COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 19 November 2020

Takdir Cinta -64-



Majlis pernikahan Ema dan Tengku Fateh diadakan di salah sebuah istana persinggahan yang berdekatan dengan kampung Ema. Majlis mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan sanak-saudara keluarga Ema, kerabat dan sahabat diraja terdekat sahaja. Pihak media tidak dijemput dan mereka hanya mendapat berita rasmi yang dikeluarkan daripada bahagian Perhubungan Diraja.

                Akad nikah yang dilangsungkan di sebelah pagi itu diikuti dengan jamuan kecil untuk semua hadirin yang ada. Ema dikelilingi oleh kakanda-kakanda iparnya dan Iman. Fateh memandang isterinya dari jauh dengan perasaan bahagia.

                Bahunya ditepuk dari belakang, membuatkan Fateh mengalih pandanganya.

                “Dari tadi duk pandang Ema tu. Semua orang perasan dah. Control sikit perasaan tu.” Sapaan di bahu Fateh diikuti dengan komen tersebut.

                “Tengok je pun, isteri sendiri pula tu,” balas Fateh bersahaja. Namun, bahunya dipaut dan dibawa menjauhi tempat tersebut oleh Danish dan mendekati kumpulan rakan-rakan mereka. Fateh tetap menjemput mereka ke majlis akad nikahnya ini walaupun bukan semua sahabatnya dapat menghadirkan diri.

                Ema pula dikelilingi oleh beberapa sanak-saudaranya selepas dia sudah bergambar dengan geng ‘Gorgeous Royal Ladies’  tadi. Kebanyakan mereka mengucap tahniah dan betapa beruntung dirinya dapat bersuamikan putera raja, dapatlah mereka merasa masuk ke kawasan istana dan bertentang mata degan Raja dan Permaisuri negera mereka!

Ema hanya senyum sahaja melihat keterujaan mereka semua. Mereka masih lagi teruja, dia pula masih lagi gementar. Debaran yang dirasainya dalam peralihan menjadi seorang isteri masih belum hilang. Ema merenung air minuman di tangannya. Dia telah menjadi seorang isteri. Jika sebelum ini dia hanya berpangkat seorang anak dan kakak. Sekarang pangkatnya sudah bertambah, seorang isteri. Tanggungjawabnya juga bertambah.

“Ema, okey tak ni?” Bahnya ditepuk lembut.

Ema memandang Cik Puan Airi dengan anggukan.

“Okey, kak. Ema cuma rasa … a bit loss. Ema tak tahu Ema nak buat apa lepas ni,” balas Ema perlahan.

Cik Puan Airi senyum dan mengajak Ema ke arah ruang yang tidak ramai tetamu. Ema ditariknya untuk duduk di sofa yang tersedia.

“Perlu dua orang untuk terjadinya satu perkahwinan itu, Ema. Jadi, komunikasi adalah benda paling penting dalam perkahwinan itu. Kalau Ema rasa loss, akak cadangkan supaya Ema berbincang dengan Fateh. Jangan pendam seorang diri.”

Ema diam, mengiyakan kata-kata kakanda ipar di hadapannya itu. Dia patut peduli akan nasihat-nasihat yang diterimanya kerana dia seperti seorang bayi dalam hal perkahwinan.

“Akak bukan pakar perkahwinan. Akak pun rasa emak Ema dah bagi banyak nasihat pada Ema, betul tak? Cuma Ema jangan lupa. Ema bukan keseorangan dalam keluarga diraja ni. Akak pun orang luar sebelum jadi ahli kerabat diraja ni.  Kalau Ema rasa tak boleh nak consult Fateh, just come to me. Okey?” ulas Cik Puan Airi.

Ema memandang wajah wanita itu sesaat dua sebelum senyum dan mengangguk.

“Terima kasih, akak,” ujar Ema penuh kesyukuran kerana mempunyai biras yang mengambil berat.

“Good. Sekarang, tarik nafas dan chin up! You can do this!”

Ema tersengih. Bunyi macam hendak berperang pula.

Klik! Klik! Klik!

Ema berpaling apabila mendengar bunyi petikan kamera berdekatan. Rupa-rupanya jurukamera rasmi majlis tersebut sedang merakan gambarnya dengan Cik Puan Airi yang sedang berbual.

“Cik Puan Airi, Cik Puan Ema. Boleh pose sikit?” pinta jurukamera bertauliah itu.

Ema terkesima seketika mendengar panggilan rasmi yang baru itu. Cik Puan Ema? Dia tersenyum manis. Dia patut mengikut nasihat yang baru diterimanya. Chin up, Ema!

Majlis tamat menjelang waktu Zohor. Hampir semua tetamu sudah pulang. Ema di bawa oleh Fateh ke bilik khas untuk mereka di istana persinggahan tersebut untuk berehat, sebelum mereka pulang ke istana besar bagi persiapan majlis makan malam esok sempena perkahwinan mereka pula.

“Majlis malam esok dengan orang-orang besar negara, kan?” tanya Ema, mengambil tempat duduk di hadapan cermin. Dia ingin membuka tudungnya tapi gaya yang dipakainya itu adalah hasil tangan kakandanya pagi tadi. Jadi dia tidak tahu hendak mula dari mana…

Tiba-tiba bahunya dipegang dan badannya dipusing oleh Fateh. Ema memandang lelaki yang berdiri setapak di hadapannya itu. Tangan Fateh mula bermain di kepalanya, menarik pin-pin di tudung yang dipakainya dengan berhati-hati. Ema tersenyum.

“Jangan risau tentang malam esok. Lagipun, saya rasa awak pun kenal most of them,” balas Fateh, dengan tangan yang sibuk membuka tudung si isteri.

“Saya kenal mereka tapi mereka tak kenal saya,” komen Ema.

“Mereka tak perlu kenal awak pun. Mereka hanya perlu tahu bahawa awak adalah isteri saya,” ujar Fateh, menyentuh dagu isteri yang baru dinikahinya itu dan merenung mata Ema. Tudung di kepala gadis itu sudah melurut jatuh ke bawah.

Ema membalas renungan tersebut seketika sebelum menolak tangan lelaki itu dari dagunya dan berpaling untuk menjauhkan diri namun lengan kirinya pantas disambar. Walaubagaimanapun, lingkaran tangan Fateh di lengannya tidak begitu kemas membuatkan dia berupaya memusingkan lengan dan badannya sementara tangan kanannya ingin menolak badan lelaki itu.

Fateh terkejut namun dia lebih pantas mengelak dan menangkap tangan tersebut dengan tangan kanannya dan memusingkan badan Ema sebelum menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Belakang badan Ema merapat pada hadapan badannya sementara tangan gadis itu dipegang kemas pada kali ini.

Cara, nak bersilat dengan saya  ke ni?” bisik Fateh, memegang kejap kedua-dua tangan isteri yang berada dalam pelukannya itu. Fateh mengerling pakaian Ema. Nasib baik gadis itu masih memakai jubah pengantin. Kalau tidak, mahunya kaki Ema turut naik ke badannya.

Ema tidak membalas. Bukan apa… Reaksinya sebentar tadi adalah tindak balas spontan. Namun nampaknya, dia tidak dapat menandingi skil lelaki itu. Ema diam. Fateh juga diam. Masing-masing membiasakan diri dengan pasangan yang baru halal itu.

Betullah orang kata. Bercinta sepuluh tahun pun, kalau bukan jodoh takkan bersama. Dahulu, dia pernah bercinta dengan seseorang yang disangka bakal menjadi teman hidupnya. Namun takdirnya, hubungan mereka hanya bertahan seketika. Mungkin masa itu, masing-masing dengan darah muda remaja yang mahu mencuba semua benda.

Hakikatnya, dia dan Fateh sudah lama bertemu dan kenal kerana bersekolah di sekolah yang sama walaupun dia bukan anak orang berada dan Fateh adalah anakanda diraja. Bukan darjat yang memisahkan mereka ketika itu, namun takdir menentukan bahawa itu bukan masa yang terbaik untuk mereka bersama.

Ema tunduk memandang tangan Fateh yang memegang tangannya itu. Cincin di jari mereka berdua membuatkan dia tersenyum. Jodoh dan takdir cinta, bukan mereka yang tentukan tapi Allah SWT. Semoga takdir mereka kali ini berkekalan.

“Jom bersihkan diri. Nanti kita check mak dan adik-adik okey ke tak sekejap lagi.”





Ya Allahhhh.... lamanya nak update kali ni! Sorry semua!!! Terima kasih untuk semua yang masih membaca cerita ni. huhuhu... Akan diusahakan untuk sambung secepatnya! Terima kasih!!!



8 komen:

Unknown berkata...

Penantian yang berbaloi.. thank you for update today..

Unknown berkata...

💕

Unknown berkata...

💕

Unknown berkata...

💕

Unknown berkata...

👍

BEAUTIFUL BIO AURA berkata...

Akhirnya. Bila nak dpt baca bukunya

Tanpa Nama berkata...

��

Tanpa Nama berkata...

��

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©