COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 25 Februari 2011

MCI -3-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}


+Da mkn?

-Da. Awk?

+Da jgak. Sy makan nasi goreng je tadi.

-Alala…Ciannya. Sy mkn nasi ikn 3rs tadi…


Syuqaira masih ingat. Itulah antara perkara-perkara yang telah melalaikannya semasa dia berada di awal zaman remajanya dulu. Berhubung tentang sesuatu yang tidak berfaedah sebegitu,terasa dirinya sangat jahil pada masa tersebut.

            Persoalan kenapa dia begitu dahulunya, tentulah dia tahu akan jawapan itu. Dia pernah menjadi remaja dan sebenarnya masih remaja. Jiwa remaja itu dipenuhi dengan rasa ingin tahu untuk mencuba sesuatu dan rasa ingin memberontak jika tidak dapat sesuatu. Apatah lagi dia sebagai seorang perempuan. Perempuan itu memang sudah dijadikan dengan banyak emosi dan nafsu. Kalau dari pecahan sepuluh, hanya satu daripada sepuluh itu merupakan akal yang waras. Sebaliknya pula pada ciptaan lelaki.

            Dahulu, dia lihat kawan-kawannya berkawan dengan budak-budak lelaki, lalu timbul di hatinya rasa ingin tahu bagaimanakah perasaannya mempunyai kawab lelaki? Maklumlah dulu, dia bersekolah di sekolah pelajar-pelajar perempuan sahaja. Lalu, pergaulannya dengan lelaki amat terbatas.

            Lalu, entah bagaimana dia berkawan dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya melalui laman chatting online. Kerana umur lelaki itu lebih tua daripadanya, lalu lelaki itu dianggap sebagai abang angkatnya.

Semasa berkawan dengan lelaki tersebut walaupun tanpa bertemu wajah, timbul juga rasa menyesal di hatinya. Kenapa? Sebabnya hanya menghabiskan duit kredit telefonnya hanya semata-mata kerana berbalas mesej tentang perkara-perkara yang langsung tidak membawa faedah.

            Walaupun dia sebenarnya tahu bahawa mualamat seperti itu memang tidak dibenarkan dalam agamanya, namun sebagai seorang gadis perasaannya ketika merasa ada orang yang mengambil berat itu memang terlalu membuaikan jiwa. Lalu, sebulan dua bulan dia membiarkan dirinya dilambung rasa tersebut.

            Suatu hari, dia terbaca satu artikel dari Buletin Tarbiyah yang diterbitkan oleh Badan Dakwah sekolahnya, bahawa antara hubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu tiada langsung istilah abang angkat, kakak angkat atau adik angkat. Yang ada hanyalah alasan-alasan yang tercipta untuk membolehkan seseorang manusia itu membuat sesuatu perkara.

            Lalu Syuqaira berfikir. Memang dalam ajaran al-Quran dan ajaran Rasulullah itu tiada langsung menyebut tentang perkara tersebut. Yang ada hanyalah cerita tentang hubungan anak angkat yang mesti berbinkan atau berbintikan ayahnya yang sebenar, bukan ayah angkat[1]. Lalu di sini, sudah jelas bahawa walaupun seseorang itu mempunyai anak angkat, hubungan dia dan anak angkatnya itu memang tetap akan terbatas, sama seperti anak itu bukan anak angkatnya.

            Lalu, jika dia mempunyai abang angkat, itu tidak memberikan dia keizinan untuk dia berhubung dengan lelaki itu seperti lelaki itu abang kandungnya. Kerana pada hakikatnya, dia dan lelaki itu memang tiada hubungan langsung.

            Setelah berfikir, Syuqaira membuat keputusan untuk menamatkan hubungannga dengan lelaki itu. Dia tidak sanggup lagi berfikir tentang dosa-dosa yang telah dia lakukan. Tidak sanggup lagi dia menambah dosa dan kesalahannya ke atas bukit-bukit dosanya selama ini.

            Dan, sampai saat ini, Syuqaira betul-betul berusaha untuk menjaga pergaulannya. Dia benar-benar berusaha untuk tidak termakan dengan nafsu keremajaannya.  Dia sungguh-sungguh hanya ingin bergantung kepada Tuhan Sekalian Alam. Jika dia mempunyai masalah dan inginkan orang mendengar masalahnya, dia berusaha untuk hanya mengadu kepada Allah SWT. Jika dia terasa ingin disayangi, dia berusaha untuk mengingati bahawa Allah itu amat menyayangi dirinya. Jika dia terasa ingin dicintai, dia akan ingat bahawa Rasulullah itu betul-betul mencintai umatnya, dan dia adalah salah seorang daripada umat Rasulullah…

            Kisah ini adalah rahsianya dengan Allah. Syuqaira berasa amat malu dengan apa yang dia pernah lakukann itu. Dan sekarang, dia bersyukur kepada Allah kerana tidak menarik hidayah yang Dia berikan kepadanya. Dan semoga, dia terus berada di dalam lingkungan rahmatNya.

            “Ya Allah, daripadaMu hambaMu ini datang dan kepadaMu kembali hambaMu ini kembali. Ya Rahman, gantikanlah musibah dan ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih hebat. Amin…”



[1]Surah Al-Ahzab, 33 : 5

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©