COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 3 Mei 2015

Takdir Cinta -35-



Satu persatu nombor telefon rumah emaknya yang sudah terpahat di dalam memorinya itu didail. Telefon pemberian Fateh itu didekatkan di telinga kanannya. Bunyi deringan telefon yang menunggu untuk diangkat itu membuatkan bibirnya senyum. Dia tidak sabar mendengar suara yang menjawab panggilannya itu. Mungkin emaknya yang akan menjawab, ataupun adik-adiknya. Dia rindukan mereka.

                Salam diberi oleh insan yang menjawab telefon. Bibir Ema tersenyum spontan. Itu suara adiknya lelakinya, Majid.

                “Waalaikumussalam. Majid, akak ni,” sapa Ema.

                “Huh? Akak? Kak Ema?!” Suara Majid jelas terperanjat besar. Sesaat kemudian, di talian sebelah sana Ema mendengar Majid menjerit memanggil emak mereka. Ema sengih sendirian. Tentu kecoh seketika keadaan di rumah mereka itu. Sudah hampir dua bulan dia tidak berhubung dengan hali keluarganya, tentu mereka sangat risaukan dirinya.

                “Ema? Ema ke tu, nak?” suara emaknya kedengaran cemas.

                Senyuman di bibir Ema perlahan-lahan mengendur. Dia rindukan wanita kesayangannya itu. Mendengar suara emaknya yang tercinta membuatkan air matanya mula bergenang.

                “Mak, Ema ni. Ema minta maaf sebab lama tak telefon mak. Ema minta maaf, mak. Ema rindukan mak.” Suaranya perlahan, memohon keampunan daripada wanita yang melahirkannya itu. Dia berasa berdosa. Air matanya yang bergenang mula mengalir turun.

                “Kamu di mana ni? Kamu sihatkah, Ema? Kamu telefon daripada mana ni?” Bertalu-talu soalan si ibu, membuatkan hatinya semakin sebak. Air mata Ema mengalir tidak berhenti. Sebagai ahli pasukan elit negara, hatinya sepatutnya dikeraskan. Walau bagaimanapun, naluri sebagai seorang anak perempuannya tetap kalah. Hampir dua bulan tidak mendengar suara emaknya membuatkan tembok hatinya runtuh.

“Mak... Ema rindukan mak.” Ema tersedu-sedan.  Dalam keadaannya yang sakit-sakit begini, tentulah belaian emaknya yang didambakan. Kalau boleh, ingin sahaja dia pulang ke rumah sekarang. Namun, dengan keadaannya yang berbalut begini, tentu ahli keluarganya akan terkejut besar dan pelbagai persoalan yang akan timbul.

                “Mak dan adik-adik pun rindukan kamu. Kamu okeykah ni, Ema?” Emaknya tentu tidak menentu apabila dia menangis begitu. Ema cuba menarik nafas dan menahan dirinya daripada terus menangis. Sesiapa yang masuk ke dalam biliknya itu pada ketika ini tentu akan terkejut melihat keadaannya itu.

                “Ema okey, mak. Mak sihat? Adik-adik?” soal Ema dengan suara yang masih tertahan.

                “Alhamdulillah. Mak dan adik-adik okey sahaja, cuma kami risaukan kamu.”

                 “Ema minta maaf, mak. Ema tak boleh tinggalkan kerja Ema, tapi Ema janji lepas ni Ema takkan buat macam ni lagi, mak,” ujar Ema sambil mengesat pipinya yang basah dengan air matanya itu.

                “Iyalah. Bila kamu boleh balik kampung ni?” soal emaknya, membuatkan Ema membuat perkiraan dalam kepalanya.

                “Mungkin dua minggu lagi, mak,” jawab Ema. Mengikut makluman doktor, dia mungkin masih perlu berada di hospital ini untuk seminggu lagi. Walau bagaimanapun, tempoh itu bergantung kepada kesembuhan luka-lukanya yang sudah semakin sedikit itu. Apa yang pasti, emak dan adik-adiknya tentu akan perasan dengan kesan-kesan parut di pipi, tangan dan kakinya nanti.

                “Alhamdulillah. Nanti beritahu mak bila tarikh sebenar kamu hendak balik, ya.”

                “InsyaAllah, mak.”

                Ema bertanyakan emaknya tentang adik-adiknya. Dia berharap mereka tiada masalah kewangan sepanjang dia menghilangkan diri. Kata emaknya, Fateh sentiasa datang menziarahi mereka di kampung, dan sentiasa membawa sedikit barang keperluan kepada mereka. Selepas itu, dia berbual-bual dengan Mazurah, Syafik dan Majid pula, bertanyakan hal-hal persekolahan dan masalah adik-adiknya itu.

                Setelah sejam berbual dengan emak dan adik-adiknya, Ema menelefon kawan serumahnya pula. Sudah lebih dua bulan dia tidak berhubung dengan kawannya itu.

                “Nada, aku ada di hospital ni,” ujar Ema setelah Nada menjawab panggilannya dan marah-marah sayang kepadanya kerana menghilang begitu lama sekali. Iyalah, sebelum ini walaupun berada dalam misi tertentu, dia tetap akan menghubungi kawan serumahnya itu.

                “Siapa yang masuk hospital?” soal Nada.

                “Aku.”  Ema menjawab pendek dan padat.

                “Hah?! Kau jangan bergurau dengan aku, Ema. Selama kau tak balik rumah ni, kau ada di hospitalkah? Kenapa? Kau sakit apa?” Nada ternyata terkejut. Bertalu-talu soalan ‘ditembak’ kepadanya, membuatkan Ema tersenyum sendirian. Dia senang  berkawan seperti Nada. Nada adalah seorang gadis yang mengambil berat tetapi tidak terlalu mengacau privasi seseorang.

                “Tak ada apa-apa. Kau jangan risau. Aku dah sembuh, hendak keluar hospital dah,” balas Ema selamba.

                “Haish, engkau ni. Hendak keluar dah, baru beritahu aku. Aku tak kira. Aku nak pergi tengok kau. Cakap sekarang, kau di hospital mana, bilik apa? Petang nanti aku pergi.”

                “Iyalah. Iyalah. Nanti aku mesej kau ya.” Ema mengalah.

                “Okey. Kau nak aku bawa apa-apa tak daripada rumah ni?”

                Ema diam seketika. Pakaian? Dia sudah ada dua pasang pakaian yang dibeli oleh Fateh kepadanya ketika dia hendak ditukarkan daripada hospital Darwish ke Zamora. Lagipun, dia memakai pakaian pesakit apabila berada di hospital.  Rasanya dia tidak perlukan apa-apa lagi.

                “Nope. Aku tak perlukan apa-apa. Terima kasih.”

                “Okey. Beres. Jumpa petang nanti ya. Aku kena pergi dulu. Ada kerja sikit ni.”

                Talian diputuskan apabila salam diberikan dan dijawab. Ema merenung skrin telefon baru tersebut. Jari-jemarinya digerak ke kiri dan kanan, melihat aplikasi-aplikasi yang ada di dalam telefon tersebut. Terdapat beberapa aplikasi yang perlu dibeli tetapi sudah dimuat turun ke dalam telefon tersebut. Tentulah kerja Tengku Fateh Abqari.

                Ema menggeleng sendirian namun, senyuman terukir di bibir. Dia berasakan Fateh terlalu baik dengannya. Dia hanya rakyat biasa. Bagaimana dia hendak membalas budi Fateh yang menjaganya di Darwish, dan juga menjaga keluarganya ketika dia tiada di sini?

                Bunyi suara riuh beberapa orang kanak-kanak daripada luar bilik sakitnya itu membuatkan Ema berpaling ke arah. Dia tersenyum. Indah sekali suara gelak ketawa yang kedengaran di telinganya. Bahagianya dunia sebagai kanak-kanak. Namun, tiba-tiba pintu yang direnungnya itu dibuka daripada luar dan ditutup dengan cepat. Ema terperanjat seketika melihat tiga tubuh kecil yang masuk ke dalam biliknya itu. Serta-merta dia mengenali tiga kanak-kanak yang saling berpegangan itu.

                “Eh, ada oranglah abang.” Si kakak berbicara kepada abangnya apabila menyedari keberadaan Ema di atas katil di dalam bilik tersebut. Tiga pasang mata memandangnya bulat.

                Ema tersenyum melihat kembar tiga itu. Bagaimana mereka boleh tersesat masuk ke dalam biliknya ini, dia tidak pasti. Wajah-wajah comel itu ternyata menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandang.

                “Auntie...” panggil si abang yang berada di hadapan sekali, seperti melindungi dua adinda-adinda perempuannya itu.

                “Iya?” soal Ema, masih dengan senyuman. Dia tidak mahu menakutkan ketiga-tiga kanak-kanak itu. Mereka pernah bertemu bersama Fateh dahulu, namun dia tidak pasti jika kembar tiga ini masih mengingatinya ataupun tidak.

                “Auntie kawan Ateh, kan?”

                Soalan Hadif membuatkan Ema mengangguk.

                “Iya. Ingat auntie tak?” Ternyata memori Hadif, si abang, itu sangat kuat. ‘Ateh’ yang disebut oleh Hadif tentunya merujuk kepada Fateh. Dia pernah mendengar Fateh menggelarkan dirinya sebegitu.

                Hadif mengangguk dan melangkah menghampiri katilnya, diikuti oleh Hafawati dan Huda. Comel sahaja dia melihat Hafawati memegang pakaian Hadif, manakala               Huda memegang pakaian Hafawati.

“Auntie sakit apa?” Hadif menyoal dengan hairan.

Auntie accident sikit. Hadif, Hafawati dan Huda buat apa di sini? Kenapa lari masuk ke sini tadi?” Lembut Ema menyoal ketiga-tiga kanak-kanak itu. Dia melihat mereka bertiga saling berpandangan sesama sendiri sebelum memandangnya kembali.

                Belum sempat dia mendengar jawapan daripada Hadif, pintu biliknya itu diketuk beberapa kali. Ema pantas mencapai tudungnya sebelum memberi kebenaran untuk orang di luar memasuki bilik itu. Kembar tiga yang berada di sisi katilnya itu pula hanya diam memandang.




komen?

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

Alahai.. Kemetot nya... Xpuas membacanya ;-)

Tanpa Nama berkata...

alaaaa!!! nak lagiiiiiii.... :D

ada berkata...

best...nk lgi..

Tanpa Nama berkata...

siapalah yg ketk pintu tu? x sabar nak tgu next entry

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©