COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 21 April 2014

E & F -17-

Ema mengatur langkah perlahan, berjalan di belakang Cik Puan Hijratul Khairiyah dan Amani yang sedang berbual itu. Dia pula berjalan seiring dengan pembantu peribadi Puteri Mahkota itu, Sufiah. Mereka masuk istana menghadap Cik Puan Hijratul Kahiriyah seperti yang dikehendaki oleh beliau. Rupanya, bukanlah ada sesuatu yang serius Cuma wanita itu ingin berterima kasih kepadanya dan Amani atas tugas mereka selama mereka semua berada di Mar Hoseki tempoh hari. Almaklumlah, kerjanya dan Amani dilakukan secara senyap-senyap, jadi untuk berterima kasih sahaja Cik Puan Hijratul Khairiyah tidak boleh melakukan sesuatu secara terbuka.
                Tiba-tiba, telefon yang berada di dapat poket jaketnya bergetar kerana berada dalam mod senyap. Ema berhenti melangkah dan berpaling kepada Sufiah di sebelahnya. “Sufi, aku kena angkat call ini sekejap.”
                “Sure. Aku tunggu kat sini,” Sufiah mengangguk sahaja.
                Ema kemudiannya berpaling dan menjauh sedikit daripada Sufiah yang juga sudah berhenti melangkah. Amani dan Cik Puan Hijratul Khairiyah yang tidak menyedari keadaan tersebut terus sahaja melangkah pergi. Panggilan daripada pemberi maklumatnya perlu diangkat, manalah tahu jika ada hal kecemasan.
                Sufiah memandang seketika gadis yang santai berseluar jeans, berkot labuh dan bertudung ‘lilit’ itu. Kemudian dialihkan pandangannya supaya Ema tidak menganggap dia senang mencuri dengar atau menjaga tepi kain gadis itu. Mindanya membandingkan cara pemakaian Ema dan seorang lagi rakan sejawatan gadis itu, Amani. Dari pandangannya, Amani lebih bergaya daripada Ema dan juga lebih terserlah sifat keperempuanan Amani itu. Mungkin sebab itulah, majikannya Cik Puan Hijratul Khairiyah itu lebih berkenankan Amani untuk dijodohkan dengan Tengku Fateh Abqari.
nampaknya, pilihan Cik Puan kita adalah Amani! :(

                Dia memandang Cik Puan Hijratul Khairiyah dan Amani yang sudah jauh meninggalkan mereka. Sufiah memang sengaja tidak mahu mengejar mereka kerana dia tahu Cik Puan Hijratul Khairiyah hendak berbicara dengan Amani tanpa gangguan sesiapa dan dia juga sebenarnya sudah diarahkan oleh Puteri Mahkota itu untuk melayan Ema.
                “Sufiah, jom.”
                Sufiah berpaling memandang Ema yang sudah berada di sisinya, “Sudah?”
                Ema mengangguk sahaja.
                “Jom. Aku bawa kau tour istana, nak?”
                Terdiam Ema seketika. Melawat istana? Dia tidak kisah kerana dia tiada kerja selepas ini. “Boleh kah?”
                “Apa yang tak bolehnya. Lagipun, kau dengan aku kan? Bukannya merayau dalam istana ni seorang diri.”
                Ema mengangguk sendiri. Dia sudah tidak nampak kelibat Cik Puan Hijratul Khairiyah dan Amani. Jadi, ada baiknya dia ikut sahaja Sufiah.
                “Kau sudah lama kerja dengan Cik Puan, Sufiah?” soal Ema sambil matanya memandang pemandangan di kiri dan kanannya.
                “Hampir tujuh tahun kalau dengan Cik Puan tapi aku sudah kerja dengan istana tiga tahun sebelum tu lagi,” sahut Sufiah.
                “Dah lamalah…” ujar Ema, lebih kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba Sufia berhenti berjalan dan Ema turut menghentikan langkahnya.
                “Okey”. Nampak tak bangunan sana yang ada pengawal dan dayang keluar masuk tu? Itu dapur istana.”
                Ema memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Sufiah. Kemudian, dia mengangguk sahaja. Kemudian, dia memandang sekeliling tempat mereka berhenti itu. Di sebelah kiri mereka, sebuah bangunan yang lain reka bentuknya dan mempunyai pintu yang besar tersergam indah.
                “Yang ini pula adalah perpustakaan diraja. Kau nak masuk tak?” terang Sufiah tanpa ditanya.
                “Boleh ke masuk?” soal Ema kembali. Dia tidak pasti sama ada orang selain kerabat diraja dibenarkan masuk ataupun tidak. Nama pun sudah Perpustakaan Diraja.
                “Boleh sahaja. Perpustakaan ini tidak diterhadkan kepada sesiapa. Sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke perpustakaan ini sekalipun dayang atau pengawal.”
                “Seronoknya. Mesti banyak buku di dalam perpustakaan ni kan?”
                Sufiah menunjukkan isyarat supaya mengikutnya. Terpegun Ema melihat keluasan perpustakaan tersebut. Perpustakaan dua tingkat itu mempunyai ruang terbuka di tengah-tengah yang dipenuhi dengan rak buku yang melebihi ketinggiannya. Berpinar mata Ema melihat buku-buku di sekelilingnya. 
Stockholm Public Library. Sila imagine  la perpustakaan tu macam ni.

                “Tempat lepak tingkat bawah ni ada empat bahagian, mengikut musim. Jom aku bawa kau tengok.”
                Ema berjalan sambil tangannya menyusuri lekuk-lekuk buku yang tersusun di atas rak-rak yang tersedia. Sesekali, dia berhenti berjalan untuk membaca tajuk-tajuk buku yang dilihatnya.
                “Sekarang ni sudah hendak masuk musim sejuk. Jadi, pemandangan yang paling menarik adalah di bahagian Winter.”
                Kawasan tempat duduk di bahagian Winter yang ditunjukkan oleh Sufiah kepadanya membuatkan dia senyum. Dengan dekorasi hamper berwarna putih semuanya, kawasan itu nampak ringkas tetapi selesa. Ema menghampiri tempat duduk kayu rotan yang tergantung itu. Jika tidak silapnya, kerusi ini juga ada terdapat di rumah emper Tengku Fateh.
‘Amboi, Ema! Benda macam ini pun kau ingat, ya!’ Tempelak hatinya, membuatkan Ema tersenyum sendiri.
“Kau nak duduk di sini dahulukah? Aku ada kerja sekejap,” ucap Sufiah membuatkan dia berpaling.
“Tak apakah kalau aku seorang diri di sini?” soal Ema kembali. Risau juga dia jikalau sesiapa yang terjumpa dengannya di sini menganggap dia sebagai penceroboh.
“Allah… Kau ni Ema, tak payah risau sangatlah. Lagipun, kaukan agen undercover. Pandai-pandailah kau cover kalau sesiapa jumpa kau, kan?”
Tempat lepak bahagian Winter di Perpustakaan Diraja itu...

Ema tersengih apabila Sufiah mengusiknya. Memandang Sufiah yang menghilang di sebalik rak-rak yang tinggi itu, Ema mengambil tempat duduk di kerusi rotan yang tergantung itu. Kerusi dipusing agar badannya menghadap jendela besar, membelakangi rak-rak buku. Badannya direlakskan. Betul kata Sufiah, pemandangan di luar jendela itu memang indah. Entah berapa lama dia memandang pemandangan di luar jendela sehingga fikirannya melayang-layang dan dia terlupa tentang rakan sejawatannya, Amani.
“Ehem. Ehem.”
Pantas telinganya menangkap bunyi seseorang berdehem. Serentak dengan itu, badannya menjadi tegang. Bagaimana dia boleh terleka sehingga tidak mendengar seseorang menghampirinya di kawasan itu? Sebagai seorang agen pengintip, dia sepatutnya sentiasa berwaspada. Okey… Apa yang dia perlu lakukan sekarang? Satu, berpusing melihat siapakah gerangan di belakangnya. Dua, diam sahaja di situ sehingga insan di belakangnya itu datang berhadapan dengannya, tetapi pilihan kedua itu nampak terlalu biadap pula sedangkan dia sedang berada di ‘rumah’ orang lain. Akhirnya, Ema terpaksa mengikut pilihan nombor satunya.

Fateh memandang hairan figura yang sedang duduk di kawasan Winter itu. Insan tersebut seperti tidak mendengar langkah kakinya yang menghampiri kawasan tersebut tadi. Dia menyandarkan badannya pada tepi rak. Daripada pemerhatiannya di situ yang hanya dapat memandang belakang insan yang bertudung itu, dia pasti dia tidak pernah melihat insan tersebut di dalam istana ini. Insan tersebut tidak mungkin kakanda iparnya kerana itu bukan gaya Hijratul Khairiyah ataupun dayang-dayang dan inang-inang dalam istana yang sepatutnya berpakaian uniform. Mindanya seakan-akan mengenali insan tersebut namun dia tidak pasti.
                Hampir lima minit juga dia memandang belakang gadis itu sebelum dia membuat keputusan untuk memaklumkan kehadirannya di situ. Fateh berdehem beberapa kali. Dari situ, dia dapat melihat bahawa gadis itu terkejut akan kehadiran seseorang selain dirinya di kawasan tersebut. Dia menunggu beberapa saat sebelum membuat keputusan untuk bersemuka dengan gadis itu. Dia menegakkan badannya namun dia tidak sempat memulakan langkahnya apabila kerusi yang diduduki oleh gadis itu berpusing, mendedahkan identiti sebenar gadis tersebut.
                … Dan dia terkejut. Matanya hampir membulat melihat wajah sebenar insan tersebut. “Ema?”
                Dilihatnya gadis itu mengangguk. Adakah gadis itu langsung tidak terkejut melihat dirinya di situ?
What are you doing here?” soal Fateh dengan perasaan yang teramat hairan. Apa urusan gadis itu di dalam istana ini? Jangan kata Ema bekerja di dalam istana ini, sungguh dia tidak akan percaya. Dia melangkah menghampiri gadis itu dan duduk di sofa yang berhampiran.  Mindanya berputar pantas. Adakah kehadiran gadis itu di dalam istana ini ada kaitan dengan gambar Ema yang jatuh daripada fail kakanda iparnya dahulu?
“Ema…” panggil Fateh apabila Ema tidak menjawab soalannya.
“Saya hantar bunga,” pendek jawapan gadis itu, namun gelagat Ema yang tidak memandang ke arahnya apabila menjawab itu menimbulkan rasa cutiga di hatinya.
“Hantar bunga?”
“Saya kerja di kedai bunga sekarang,” terang gadis itu lagi, walaupun pendek.
Fateh mengangguk sahaja walaupun, penjelasan gadis itu tidak dapat diterima sepenuhnya oleh fikirannya itu.
                “Oh ya, terima kasih sebab bagi coklat,” sambung Ema.
                Haaa… yang ini membuatkan Fateh tersenyum. “Saya terbang ke Pennysylvia tempoh hari dan saya pergi ke kilang coklat itu. Harga murah, jadi saya beli.”
                Hakikatnya, Ema adalah orang pertama di fikirannya ketika dia membeli coklat tersebut. Selepas itu baru dia terfikir untuk membeli coklat tersebut kepada ahli kerabatnya dan sahabat.
 Daaaa.... panjang tak? panjang tak?

puas hati tak? hehehe...

komen. komen, pleaseee... :D

Thank you very much for reading my nonsense story :)



that's all, peeps!

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

No way kak! Fateh with Amani? Tak nak!!! Jangan buat Nurul frust! Dah frust lepas Hadif dengan Intan! Sepatutnya dengan Nurin!

~Nurul Syifa~

iniakuyangpunyahati berkata...

tersangatlah lama x singgah sini.. huhu -_-
marathon dari bab 1 sbb dh terlupa ngeeee
wahhhh nk fateh ngn ema..
tapi mesti lagi menarik cerita nie..
maybe fateh akan ingat ema yg nk dikenalkan pd dia?? (pandai jer)
nak FATEH N EMA ..!!! (angkat sepanduk hehehehe)

Tanpa Nama berkata...

Waahh~ best! Sambung lg. Tp i can't imagine kalau ema tu yuna. Kita bygkan dia lg cantik drpd yuna. Lol. Hahaha

Auni Shahira berkata...

Waaa...lama tak masuk sini...hehe
Writer plissssssss3x smbung cepat2 cerita nie..huhu

jess zeroeight berkata...

Sambung pls

Tanpa Nama berkata...

Akak. Seriously, lamanya tk update. Sambungla cerita ni lg. I'm waitingg.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©