COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 11 November 2013

E & F -8-

Turun daripada van agensi, Ema melangkah menuju ke pondok jaga. Segera dia mencari wajah Abang Rahman. Hari-hari di mana dia ditugaskan untuk datang ke kondominium itu, memang hari Abang Rahman bertugas. Dengan jaga lain, dia tidak beberapa kenal sangat.
                “Assalamualaikum, Abang Rahman,” sapa Ema apabila terpandang lelaki itu sedang membaca akhbar di dalam pondok jaga itu.
Abang Rahman melipat akhbarnya dan menyuakan senyuman, “Waalaikumussalam. Sampai pun kamu. Lambat hari ni?”
 Ema senyum, “Van tadi ada masalah sikit.  Tuan dah keluar kan, abang?”
                Abang Rahman termangu-mangu seketika. “Er… Tuan belum keluarlah, Ema. Abang duduk di sini dari Subuh tadi, rasanya kereta dia tak keluar lagi.”
                Penjelasan Abang Rahman membuatkan Ema terdiam. Kalau Tuan tersebut masih belum keluar, dia tiada kad untuk masuk membersihkan rumah. Walaupun Tuan ada di rumah dan dia dibenarkan naik, takkanlah dia hendak berdua dengan Tuan penthouse tersebut. Mengikut pengamatannya sepanjang dia membersihkan penthouse itu, Tuannya masih bujang.
                “Macam mana, ya? Ema boleh datang ke sini hari ni sahaja. Kalau Ema datang minggu depan, dua minggu rumah dia tak berkemas,” ujar Ema.

                “Biar abang telefon dia. Ema tunggu sekejap ya.”
                Ema mengangguk sahaja dengan cadangan Abang Rahman. Lelaki itu menangkat telefon yang berada dalam pondok jaga tersebut dan menekan butang telefon. Ema berpaling dan melihat sekeliling. Direnung bangunan Kondominium Mahligai di hadapannya ini. Kalau dilihat daripada luar sahaja pun, orang ramai akan dapat melihat bahawa pemilik kondo tersebut adalah orang berada. Apa tidaknya, reka bentuk luar sahaja sudah begitu unik dan menarik. Pastilah mahal.
                “Ema,” panggil Abang Rahman.
                Ema segera berpaling. “Macam mana, bang?”
                “Dia terlupa yang Ema akan datang hari ni. Dia cakap, dia ada tetamu hari ni. Tapi Ema boleh sahaja naik dan bersihkan rumah dia. Boleh guna kad yang ada dengan abang sekarang. Nanti Ema siap dan turun, pulangkan balik di pondok ini ya,” terang Abang Rahman. Sebagai pengawal keselamatan, dia semestinya mempunyai semua akses di Kondominium Mahligai tersebut. Dia mencari kad akses ke rumah emper kondominium itu. Kad itu adalah kad ekslusif, tentunya perlu disimpan dengan baik.
                Ema terdiam seketika.Cadangan yang disebut oleh Abang Rahman itu dapat diterima oleh akalnya, asalkan mereka bukan berdua di dalam penthouse tersebut. Ema mengukir senyuman dan menyambut kad akses yang dihulurkan oleh Abang Rahman itu, “Okey, abang. Terima kasih ya. Ema naik dululah.”
Salam diberi dan dia melangkah ke arah lif. Kad akses diimbaskan di mesin pengimbas dan pintu lif terbuka. Dia bersandar di bahagian tepi lif.  Pintu lif mula untuk tertutup.
“Sekejap! Tolong tahan lif!”
                Ema tersentak dan menjenguk keluar. Jarinya pantas menekan butang menghalang pintu lif tertutup. Kelihatan satu pasangan sedang berjalan laju kea rah lif tersebut.  Ema memaniskan wajahnya.
“Maaf, lif ini lif peribadi ke tingkat paling atas, kan?” Si pemudi bertanya.
Ema menangguk dan memandang pasangan tersebut memasuki lif tersebut. Butang yang ditekannya tadi dilepaskan dan pintu lif mula tertutup.
“Terima kasih kerana tolong tahan lif ini. Awak pun hendak naik ke atas sekalilah ya?” Si pemudi bertanya apabila lif mula bergerak naik.
“Errr… Ya, saya.” Ema menyuakan senyuman buat pasangan tersebut sekali lagi.
“Maksudnya awak pun kenallah tuan punya emper tu ya. Maaf, saya Iman. Ini suami saya, Danish.” Si pemudi memperkenalkan diri dan pemuda di sisinya. Pasangan suami isteri rupanya. Dilihatnya di pemuda berdiri di sebelah si pemudi itu hanya diam dan menyuakan senyuman.
“Saya Ema,” balas Ema sambil menghulurkan tangan, bersalaman dengan Iman. Cantik nama, sama cantik dengan tuannya yang bertudung serta ber ‘blouse’ dan skirt labuh.
“Suami saya ni sepupu dia. Kami datang melawat dia dari Darwish,” sambung Iman.
                “Darwish? Jauh juga tu. Datang ke sini untuk melancongkah?” Ema menyoal. Maklumlah, negara bermusim empat seperti Zamora menerima ramai pelancong daripada luar negara.
                “Datang melawat saudara-mara. Kira melanconglah kan… Ema dah lama kenal dia?”
                Ema terdiam. ‘Dia’ yang disebut oleh Iman itu, Ema tafsirkan sebagai tuan punya emper itu. Tadi dia tidak sempat untuk menafikan bahawa dia mengenali tuan punya emper itu. “Sebenarnya…”
                Ting! Bunyi itu menandakan mereka telah sampai ke destinasi. Serentak dengan itu, pintu lif terbuka dan mereka bertiga berhenti bercakap serta berpaling ke arah pintu lif. Dari dalam lif itu, mereka dapat melihat pintu rumah di sebelah luar sudah terbuka. Ema membiarkan Iman dan suaminya keluar terlebih dahulu. Lagipun, Ema pasti mereka berdualah tetamu tuan punya emper yang disebut oleh Abang Rahman tadi.  Ema hanya berjalan di belakang mereka.
                “Assalamualaikum. Fateh, kami dah sampai ni.” Suami Iman yang bernama Danish itu melaung di muka pintu rumah emper itu.
                “Ya! Masuklah! Tak payah nak jadi tetamu sangatlah!” Satu suara membalas jeritan daripada dalam rumah emper itu.
                Ema terkaku. Mendengar nama yang disebut oleh Danish sudah mengelirukan dirinya namun, apabila dia mendengar suara dari dalam rumah emper itu, dia menjadi terkejut. Fateh? Tengku Fateh Abqarikah tuan punya rumah emper ini?
                “Hah! Masuk. Masuk.” Satu tubuh muncul di muka pintu, menjemput pasangan suami isteri itu masuk. Namun, ternyata insan itu juga terkejut sepertinya apabila perasan bahawa dia berada di situ. “Eh… Ema.”
                “Ha… Ema. Jomlah masuk. Buat apa tercegat di situ?” Iman turut mengajak dia masuk. Ema menjadi serba-salah. Dia bukannya tetamu seperti mereka berdua. Dia datang untuk menjalankan tugasnya sebagai pembantu rumah. Dia juga serba salah apabila melihat yang Fateh tercengang dengan kehadirannya di situ.
                “Oh ha… Masuklah dulu, Ema.” Fateh seperti tersedar dan menjemputnya masuk.
atau dlm bentuk novel

Fateh memandang tubuh si gadis melangkah masuk ke dalam rumah empernya. Fikirannya tertanya-tanya bagaimana gadis itu boleh berada di sini? Bagaimana gadis itu tahu dia tinggal di sini? Mengapa gadis itu datang ke rumahnya ini?
Setelah ketiga-tiga tetamunya hilang daripada pandangan, Fateh menutup dan mengunci pintu rumah. Dia ke ruang tamu. Kelihatan Danish dan Iman sudah duduk dan menyelesakan diri di sofa.  Tiada pula kelibat Ema. Dia menghampiri sepupunya itu.
“Kesian kau orang berdua datang sini dari jauh. Kau orang hendak air apa? Aku buatkan,” ujar Fateh.
“Tak payahlah. Macam tak biasa dengan kami. Kalau kami hendak, kami ambil sendiri.  Ni… duduk. Aku hendak tanya sesuatu.” Danish menunjuk sofa di hadapannya.
Fateh menggeleng dan mengambil tempat duduk. Entah apalah yang tidak menyempat Danish ni. Dia mengerling sekeliling, mencari kelibat Ema sebelum kembali memusatkan pandangannya ke arah Danish. “Apa?”
“Sejak bila ada teman wanita tak bagitahu aku?” Kening Danish terangkat-angkat. Iman di sebelah suaminya tersenyum-senyum.
Fateh mengerutkan dahinya, “Teman wanita apanya?”
“Buat tak tahu pula. Ema itu! Siap bagi kad akses emper ini pada dia lagi. Sayang betul kau pada dia ya,” sambung Danish.
Fateh terdiam. Ema ada kad akses masuk ke empernya ini? “Sekejap. Sebelum aku jawab soalan kau, Ema pergi mana tadi?”
“Tandas kot,” jawab Iman sambil menunjuk ke satu arah.
Fateh bangun dari duduknya. “Sekejap ya. Kau orang buat macam rumah sendirilah. Aku cari dia sekejap.” Dia segera berlalu ke arah tandas. Setibanya di sana, dia melihat pintu bilik air terbuka dan Ema sedang berdiri di hadapan mesin basuh yang sedang berfungsi. Berkerut lagi dahi Fateh. Ema membasuh baju-bajunya?
“Ema, awak buat apa kat situ?”
Gadis itu segera berpaling ke arahnya. “Saya sedang buat kerja saya, tengku.”
Makin kuat kerutan dahi Fateh, “Kerja? Basuh baju saya?”
Gadis itu bergerak mengadapnya yang berada di luar bilik air itu, “Tengku, saya pembantu rumah Tengku. Abang Rahman ada cakap dengan Tengku yang saya akan datang naik bersihkan rumah Tengku ini tadi, kan?”
Apabila nama Abang Rahman disebut oleh gadis itu, barulah Fateh faham.  Ema adalah pembantu rumah yang disebutkan oleh Abang Rahman kepadanya melalui telefon tadi. “Tapi… saya rasa sebelum ini, pembantu rumah saya orang lain.”
Gadis itu mengangguk, “Saya hanya pengganti buat sementara waktu, Tengku.”
Fateh mengangguk-angguk, faham. Saat pertemuannya dengan Ema dan keluarga gadis itu sebelum ini membuatkan dia dpat membuat kesimpulan bahawa Ema bukanlah orang senang. Kerana itu, dia tidak terkejut apabila Ema memberitahu bahawa dia adalah pembantu rumahnya.
“Amboi, kau Fateh. Manja sangat sampaikan Ema yang tolong basuhkan baju kau!” Suara Danish dari belakang membuatkan mereka berdua berkalih pandangan.
“Sebenarnya saya…”
                “Hisy, engkau ni Danish! Pergilah main jauh-jauh.” Fateh cepat-cepat memotong percakapan Ema. Dia dapat merasakan bahawa Ema hendak menjelaskan perkara sebenar kepada Danish. 
Danish mencebik ke arahnya seraya berlalu, “Poyolah kau.”
Fateh tersengih dan menggeleng. Kemudiannya dia berpaling kea rah Ema. “Ema, tugas awak hari ini adalah membantu saya melayan tetamu-tetamu saya. Boleh?”
Fateh melihat dahi gadis itu berkerut, “Tapi saya…”
Fateh menyatukan kedua-dua tapak tangannya, “Tolonglah ya… dan awak jangan cakap awak pembantu rumah saya atau jangan panggil saya Tengku, okey.” Dia mengenyitkan matanya dan berlalu tanpa menunggu jawapan daripada gadis itu. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman serentak dengan langkahnya menuju ke ruang tamu.


6 komen:

emyliana adlin berkata...

best2....nk lg n3 seterusnya.......cepat smbg yer....

nurul berkata...

suka...alhamdulillah..lama dah tunggu sambungan, terima kasih..

eija berkata...

amboi fateh senyum smp tliga..

hanim sofea berkata...

best sangat saya akan tunggu sambungannya

Tanpa Nama berkata...

Oh maiii... best! Cepatlah buat buku baru best baca.

Nava_JksCri berkata...

Iman n Danish pun ada!!
Ema mesti keliru+tkejut dngn permintaan Fateh!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©