COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 2 Mei 2014

Pelangi Buat Puteri SP #3

Intan membelek-kertas-kertas di dalam fail di kanannya. Seketika kemudian, dia beralih kepada fail di kirinya pula. Untuk seketika, kepalanya berpaling ke kiri dan kanan beberapa kali untuk memastikan maklumat yang dibacanya. Kemudiannya, dia memandang dinding di hadapannya sementara mindanya menerawang berfikir penyelesaian masalah yang sedang dihadapinya tentang Yayasan Hijrah. Pen di tangan kanannya diputar ‘putaran helikopter’.

          “Kak long.” Suara adinda ipar yang memanggilnya itu membuatkan Intan memutarkan kerusi yang didudukinya dan menghadap gadis berusia dua puluh tahun yang sedang menghadap komputer riba di atas meja besar. Hadiya, salah seorang adinda iparnya yang sudah menginjak dewasa.

          “Alang dengan adik cakap mereka pun hendak datang ke sini.” Gadis itu mengangkat telefon tangan miliknya dan menyengih.

          “Alright.” Intan tersenyum dan mengangguk. Fahamlah dia bahawa Hadiya telah menghantar mesej kepada adinda-adindanya yang lain memaklumkan keberadaannya di situ. Adinda-adindanya memang suka datang melepak atau membuat kerja di kediamannya itu. Kadang-kadang, mereka berkumpul di kediaman salah seorang daripada mereka. Bosan katanya jikalau membuat kerja rumah atau assignment sendirian.

          Dia sendiri tidak kisah dan tidak pernah merasa terganggu dengan kedatangan mereka. Malah, dia suka dan gembira kerana adinda-adindanya itu tidak menganggap dirinya sebagai orang luar dalam keluarga kerabat diraja ini. Jikalau dia mempunyai kerja untuk diselesaikan, dia akan mengajak adinda-adinda iparnya bersama-sama duduk di bilik kerjanya di kediaman ini. Itupun jikalau suaminya pulang ke kediaman mereka ini sedikit lewat. Jika Hadif pulang lewat, dia akan berusaha menyelesaikan kerjanya. Jika Hadif pulang awal, dia tidak akan menjejakkan kakinya ke bilik kerja itu.

          “Okey ke assignment Diya? Ada masalah tak?” soal Intan. Tengku Hadiya Khairiyah itu sedang berada dalam tahun dua di universiti. Gadis itu mengambil jurusan seni bina. Kebiasaannya, kerja-kerja rumah gadis itu adalah tentang lakaran dan pembinaan model, cuma jarang sekali Hadiya mendapat kerja rumah bertulis seperti sekarang ini.

          “Sedang berusaha,” ujar Hadiya dengan sengihan.

          “Bila kena hantar?” tanya Intan lagi. Dia bukannya apa tetapi selalunya Hadiya akan kelam-kabut menyiapkan kerja-kerjanya apabila tarikh hantar sudah dekat. Lain pula dengan Alang atau Tengku Hafeeza Khairiyah yang suka menyiapkan sesuatu kerja sebaik mungkin.

          “Lusa, kak long.” Pendek sahaja jawapan Hadiya, membuatkan Intan menjengilkan matanya, berpura-pura marah.

Hadiya pula ketawa melihat reaksi kakanda iparnya itu. “Relaks lah, kaklong. Assignment Diya ni sudah hampir siap, sudah lapan puluh peratus.”

“Bagus. Kak long percayakan Diya,” ucap Intan, dengan gaya tangan seperti seorang ibu sedang memarahi anaknya.

Yes, ma’am,” jawab Hadiya dengan tabik tangannya.

Intan ketawa kecil dan menggeleng. Ketika itu pintu bilik kerjanya itu diketuk daripada luar. Intan segera menyarung tudung ringkas yang memang diletakkan belakang kerusi yang didudukinya itu. Jika Hafeeza dan Hariz yang mengetuk pintu, maka Intan wajib menutup auratnya di hadapan Hariz. Memang Hariz adalah keluarga, namun sekadar adinda ipar. Dalam Islam, aurat juga wajib ditutup jika seseorang itu berhadapan dengan adik-beradik ipar. Keluarga atau tidak, apabila hukum wajib, berdosa jika seseorang itu melakukan yang sebaliknya.

Pintu bilik kerja itu dibuka daripada luar. Benar telahan mereka berdua, dua orang insan yang ditunggu-tunggu melangkah masuk dengan masing-masing menyandang sebuah beg, berisi komputer riba dan nota-nota mungkin.

“Hai kak long,” sapa Hafeeza, menghampiri kakaknda ipar sulungnya dan mencium pipi Intan. Hariz pula sekadar melambai kepada wanita itu. Manalah dia dapat bermesra dengan kak longnya seperti Alangnya itu. Kak long memang ahli keluarganya tetapi Islam menetapkan batas antara adik-beradik ipar.

“Hai… Banyak ke assignment dengan kerja rumah Alang dengan adik?” Intan memandang Hafeeza dan Hariz yang mengambil tempat di meja besar yang turut diguna oleh Hadiya itu. Hafeeza duduk di sebelah Hadita sementara Hariz duduk bertentangan dua gadis itu.

“Alang kena siapkan laporan,” jawab Hafeeza mula mengeluarkan komputer riba daripada beg yang dibawanya. Intan mengangguk. Hafeeza yang sedang berada di tahun akhir jurusan perubatan itu sekarang sibuk masuk hospital kalau tidak salahnya. Intan memandang Hariz pula.

“Adik tak ada kerja sekolah, hendak ulang kaji subjek Advance Math sedikit.”

Intan senyum dan mengangguk. Dia memandang ketiga-tiga adinda iparnya itu. “Okey. Kalau ada apa-apa, bagitahu kak long ya.”

“Kak long ada banyak kerjakah? Kami tak ganggu?” Hafeeza bertanya pula.

Intan menggeleng, “Tak adalah. Kak long pun sedang tunggu Along balik saja.”

“Along balik lewat malam ni?”

“Katanya sekejap lagi dia sampai,” jawab Intan dengan senyuman. Sebenarnya, mesej yang diterima daripada Hadif itu adalah sebelum azan Isyak tadi lagi. Sampai sekarang lelaki itu masih belum tiba di kediaman mereka ini. Walau bagaimanapun, Intan tidaklah marah atau terasa dengan sikap Hadif itu. Dia sedar Hadif adalah seorang yang sangat sibuk. Dia tidak boleh mementingkan dirinya sementara urusan negara lebih memerlukan suaminya itu.

Melihat adinda-adindanya membuat kerja masing-masing, Intan memusingkan kerusi menghadap kerjanya kembali. Dia sebenarnya sedang memeriksa data-data daripada salah satu makmal di Yayasan Hijrah. Beberapa hari lagi, Yayasan Hijrah akan didatangi oleh beberapa orang pemeriksa-pemeriksa daripada Majlis Pharmaseutikal untuk memeriksan keadaan makmal-makmal di Yayasan Hijrah dan dia bertanggungjawab memastikan bahawa keadaan makmal-makmal di bawah seliaannya digunakan mengikutu protokol yang betul. 


Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Intan segera mencapai telefonnya, bimbang mengganggu adinda-adinda iparnya. Melihat nama pemanggil, bibirnya terukir senyuman dan telefon itu didekatkan ke telinganya.

“Assalamualaikum, sayang.”

Intan tersipu sendiri mendengar panggilan mesra daripada suaminya. Nasib baik dia duduk membelakangi adinda-adindanya. “Waalaikumussalam…”

“Awak tengah buat apa?”

Soalan suaminya membuatkan mata Intan meliar ke atas meja kerja yang dipenuhi dengan kertas itu. Kemudian, dia menggeleng sendiri. Dia tidak mahu memberitahu Hadif bahawa dia sedang membuat kerja-kerja Yayasan Hijrah. “Tak buat apa-apa. Tengah teman adinda-adinda buat kerja mereka saja.”

“Diya?” Hadif menyoal sepatah.

“Ya. Alang dan adik juga ada,” jawab Intan seraya menoleh ke belakangnya seketika. Adinda-adindanya kelihatan khusyuk dengan kerja masing-masing.

“Okey. Kita jumpa sekejap lagi ya.”

“Kerja awak sudah siap?” soal Intan pula. Dia mengerling jam di dinding. Nampaknya Hadif akan pulang awal malam ini. Waktu paling lambat Hadif pernah pulang ke kediaman mereka adalah pukul satu pagi, namun keadaan itu jarang berlaku.

“Kerja saya ni tak akan habis, sayang. Esok saya boleh sambung. Sekarang ini, saya hendak balik jumpa isteri saya yang tercinta dan adinda-adinda saya. Tenang sikit fikiran saya ini.”

Sekali lagi Intan tersipu sendirian. Hangat pula wajahnya apabila Hadif secara tidak langsung mengaku mencintainya.

“Okey…” Balas Intan lembut dan perlahan.

“Sayang, are you blushing?” Suara Hadif nyata kedengaran ingin mengusik.

Intan terasa ingin menyembunyikan wajahnya. Tiada jawapan yang dihulurkan pada si suami. Mereka sudah berkahwin hampir lima tahun dan sudah hampir dua tahun Hadif pulang daripada latihan perisikannya. Namun, dia masih berasa malu apabila si suami mengusiknya.

“Sayang…”

“Awak, baik balik sini cepat. Nanti awak tak dapat jumpa adinda-adinda ni,” sampuk Intan, tidak mahu si suami terus menerus mengusiknya. Apatah lagi dengan kehadiran adinda-adinda mereka di dalam bilik kerjanya itu.

Akhirnya, Hadif mengalah. Intan menggeleng sendirian sambil meletak telefonnya kembali ke atas meja.

“Amboi, kak long… Bercinta dalam telefon.”

Intan tersengih dan memusingkan kerusinya apabila ditegur oleh Hadiya. Namun hanya Hafeezan dan Hariz yang berada di meja besar. Hadiya dilihatnya sedang berdiri berhampiran dengan satu rak dan memegang sebuah buku.

“Bercinta selepas nikah, tak apa.” Pendek sahaja jawapannya.

“Dan… Diya jumpa sesuatu dalam buku ni. Guess what?

Intan terdiam. Buku tu? Dia memicing matanya agar dapat melihat tajuk buku yang dipegang oleh Hadiya itu. Buku bertemakan warna biru dan putih yang bertajuk Cinta Selepas Nikah. Ketika itu, mata Intan membulat. Benar kata Hadiya, memang ada sesuatu di dalam buku itu yang dia sembunyikan. “Diya!”

Hadiya ketawa. Buku yang dipegangnya disusun kembali ke tempat asal namun, benda yang ditemuinya tadi tetap dipegang. Kemudian, gadis itu memandangnya sambil menggoyang-goyangkan benda tersebut. “Along tahu ke kak long simpan benda ni?”

Hafeeza dan Hariz yang terganggu dengan adegan Hadiya dan kakanda ipar mereka itu hanya diam memandang. Kelihatannya Hadiya memegang sekeping gambar. Gambar apa?

“Diya… Janganlah…” Intan merayu dan membuat wajah sedih. Alahai… macam manalah adinda iparnya itu tergerak untuk membuka buku bertajuk Cinta Selepas Nikah itu. 


“Alang dengan adik nak tengok tak?” soal Hadiya kepada kakanda dan adindanya secara tiba-tiba. Makin membulat mata Intan. Pantas dia bangun daripada kerusinya dan menghampiri Hadiya. Namun, Hadiya lebih pantas melarikan diri, menjauhi kakanda iparnya.

“Diya, janganlah...” Pinta Intan lagi. Dia berdiri di tepi rak tempat Hadiya tadi, manakala adinda iparnya itu sudah berdiri bertentangan dengannya di sebalik meja besar yang diduduki Hafeeza dan Hariz. Harap-harap Hadiya tidak menghulurkan gambar tersebut kepada kedua-duanya.

“Kenapa?” Tanya Hadiya dengan nada usikan. Bibir gadis itu tersenyum nakal.

“Nanti Along marah…” balas Intan. Hadif tahu tentang gambar itu Cuma apa yang lelaki itu tidak tahu adalah gambar itu ada dalam versi cetakan. Habislah dia kalau Hadif tahu adinda-adindanya sudah melihat gambar tersebut sedangkan sebelum ini dia sudah berjanji gambar itu tidak akan tersebar kepada sesiapa pun.

“Betul ke kak long ni? Diya tak percaya. Diya nak tunjuk pada Alonglah…” Sepantas kilat, Hadiya bergerak ke arah pintu. Intan melopong. Pantas kakinya  berlari mendapatkan Hadiya.

Hafeeza dan Hariz saling berpandangan apabila melihat adegan kejar-mengejar antara Hadiya dan kakanda ipar mereka. Macam-macam sungguh.




Hadif keluar daripada kamar tidur dan berjalan menuju ke bilik kerja isterinya yang turut berada di tingkat atas kediaman mereka ini. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Ketika dia menghubungi si isterinya tadi, dia sudah melangkah masuk ke kediaman mereka sebenarnya namun dia ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum bertemu dengan isteri dan adinda-adindanya.

          Beberapa langkah sahaja lagi dia ingin menghampiri bilik kerja isterinya, pintu bilik itu tiba-tiba di buka daripada arah dalam. Kakinya terhenti bergerak apabila melihat adindanya Hadiya terkocoh-kocoh keluar. Tidak sempat dia mengelak, Hadiya melanggarnya. Nasib baik dia sempat memeluk gadis itu dan menahan dirinya daripada jatuh. “Diya, buat apa ni?”

          Dia memandang adindanya yang tersengih tidak bersalah sebelum memandang pintu bilik kerja isterinya. Kelihatan si isteri yang elok bertudung sedang tercegat di situ dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkannya.

“Kenapa ni?” soalnya namun si isteri tidak menjawab malah wanita itu berpaling daripada memandangnya. Hadif mengalih pandang kepada adindanya sekali lagi. Gadis itu sedang mengutip sekeping kertas. “Apa tu, Diya?”

Namun, pantas sahaja Hadiya menyorokkan kertas tersebut di belakangnya. Agaknya kertas itulah yang menyebabkan isterinya mengejar Hadiya, telah Hadif. Dia menghulurkan tangannya ke arah adindanya itu. “The paper, please.

What paper?” Hadiya menyoal soalan dengan selamba.

Hadif berasa seperti ingin menjulingkan matanya ke atas. “The one behind your back.”

It’s not a paper,” balas Hadiya lagi.

Hadif memandang isterinya yang kelihatan sedikit… gelisah? Adakah wanita itu bimbang dia mengetahui apa yang disorokkan oleh Hadiya? Dia tidak suka apabila isterinya menyembunyikan sesuatu hal daripadanya. Hadiya yang berada selangkah jauh darinya itu dipandang tajam. “Whatever it is, Tengku Hadiya Khairiyah. Bagi pada Along dan masuk buat kerja.”

Dilihatnya Hadiya mengeluh apabila dia menggunakan suara arahan dan kuasa vetonya. Gadis itu memandang ke arah Intan sebelum memandangnya dan menghulurkan kertas yang disorokkannya tadi.

Sorry, kak long.”

Hadif mendengar kata-kata maaf diucapkan oleh Hadiya kepada Intan. Dilihatnya, Intan hanya mengangguk dan menyuakan senyuman nipis. Selepas itu, mereka memandang tubuh Hadiya yang melangkah masuk ke dalam bilik kerja isterinya dan menutup pintu. Tinggal dia dan Intan sahaja di kaki lima tingkat atas tersebut.

Dipandang sekilas tubuh isterinya sebelum dia melihat kertas di tangannya. Kertas foto. Dibalikkan foto tersebut supaya dia dapat melihat gambar apakah yang ingin disembunyikan oleh isterinya itu.

Hadif terkedu.

Dia mengangkat wajah memandang Intan yang sedang memandang ke arah lain. Nyata wanita itu segan hendak memandangnya ketika itu. Tiba-tiba, perasaan bahagia seperti meresap masuk ke dalam hatinya perlahan-lahan. Intan yang tercegat di hadapan pintu bilik kerja itu dihampirinya. Dia berhenti setapak di hadapan wanita kesayangannya itu.

Intan menoleh, memandangnya sambil mengukir senyuman serba salah. “H… Hai…”

Hadif pula membalas dengan senyuman bahagia. Lucu pula dia melihat isterinya yang tidak keruan itu, “Hai, sayang. Kenapa kejar Diya tadi?”

Mata si isteri melorot ke arah tangannya yang memegang gambar itu. Hadif mengangkat tangannya itu, “Sebab ni?”

Intan mengangguk sahaja. Hadif senyum. Dia menghampiri Intan, membuatkan wanita itu berundur ke belakang dan terpaksa bersandar pada pintu yang tertutup itu.

“Awak, adinda-adinda awak ada di dalam bilik ni. Jangan buat yang bukan-bukan ya,” ujar Intan, memberi peringatan kepadanya.

Terjungkit kening Hadif dan dia tersengih nakal, “Saya buat apa?”

Intan menjeling ke arahnya sebelum menyilangkan tangan berpeluk tubuh.

Hadif senyum lagi. “Sayang, awak cetak ya gambar ni?”

Intan pada mulanya hendak merajuk kerana si suami mengusiknya tadi. Namun, soalan tersebut membuatkan dia kembali serba salah. Dia memandang si suami yang sedang khusyuk meneliti gambar tersebut. Gambar itu sudah berusia hampir dua tahun sebenarnya.

“Tak sangka ada lagi gambar ini. Kenangan di Pulau Sang Ratu, kan? Macam mana Diya boleh dapat gambar ni?” soal si suami.

Intan mula berasa segan. Takkanlah dia hendak beritahu Hadif bahawa dia menyembunyikan gambar tersebut di dalam salah sebuah buku di atas rak? “Dia terjumpa.”

Hadif mengangkat kening sebelah. Jawapan isteri nyata tidak begitu jelas. “Terjumpa?”

Intan menghela nafas, “Iyalah. Awakkan tak nak orang tahu pasal gambar ini dulu. Jadi saya soroklah gambar tu. Mana saya tahu Diya akan terjumpa gambar ni.”

Lantas, Hadif ketawa. Amboi… senang hati nampaknya, gerutu hati Intan.

“Sayang, comelnya awak ni! Awak sorok gambar ni selama dua tahun ni?” Tanya Hadif dalam tawanya. Intan kembali berpeluk tubuh dan menoleh ke arah lain. Nampak sangat si suami sedang mentertawa dan mengusiknya. Haish… menyesal dia berterus-terang.
Walaupun dia tak pegang senduk, tapi lebih kurang macam ni la... hehe


Gambar yang dipegang oleh Hadif itu adalah salah satu gambar yang ditangkapnya ketika mereka sedang ber‘bulan madu’ di Pulau Sang Ratu, Darwish. Dia menangkap gambar itu secara kandid ketika Hadif sedang memasak untuk makan malam mereka. Ketika itu, dia memanggil Hadif sedang memakai apron dan memegang senduk supaya berpaling. Gambar itu ditangkap tanpa kebenaran Hadif, lalu suaminya melarang dia menunjukkan gambar itu kepada sesiapa. Sejak itu, gambar tersebut hanya berada di dalam simpanannya sahaja.

“Hei… Awak tak berhak merajuk tau. Awak sepatutnya kena denda sebab Diya dah tengok gambar ni. Agaknya, alang dan adik pun dah tengok, kan?” Hadif memegang dagu isterinya, memaksa wanita itu memandang ke arahnya.

Intan menjeling, “Alang dan adik tak sempat tengoklah.”

“Tapi Diya dah tengok. Jadi, awak tetap kena denda!” Hadif bertegas dalam lembut, mengusik isterinya.

“Alah… Tak payahlah denda. Saya bukan sengaja hendak tunjuk gambar tu pada Diya. Tak payah denda, ya?” Intan membuat muka kasihan. Boleh pula mereka membuat aksi manja-manja di luar bilik kerjanya itu, padahal Hadif kalau men‘denda’ pun, bukanlah teruk sangat sampaii mendera isterinya ini. Harap-harap adinda-adinda mereka tidak mendengar perbualan mereka ini.

“Tak nak? Saya baru hendak ajak awak pergi jalan-jalan,” balas Hadif, menjungkit keningnya beberapa kali.

Berkerut dahi Intan. Jalan-jalan? Itu bukannya denda. Selalunya, Hadif akan menyuruh dia memasak sesuatu ataupun membantunya membuat kerja. “Pergi mana?”

Hadif mengangkat tangan yang memegang gambar itu. Intan memandang gambar Hadif yang memakai apron dan memegang senduk itu beberapa ketika.

“Bulan madu di Darwish. Sound familiar, right?” bisik Hadif dengan senyuman nakal.

Intan memandang wajah suaminya, bertentang mata dengan lelaki kesayangannya itu. “Tapi… kerja awak?”

Hadif menggeleng. Tangannya mula bergerak membetulkan birai tudung si isteri yang sudah rosak sedikit. “Saya sudah selesaikan untuk seminggu. Jom. Awak cuti seminggu ya?”

Intan mengangguk perlahan. Senyuman mula terukir di bibirnya. Lantas tangannya memeluk leher si suami. “Terima kasih, awak.”

Hadif senyum. Baru dia hendak membalas pelukan si isteri, pintu di hadapannya itu terbuka luas tanpa sebarang bunyi. Tiga tubuh berdiri memandang dirinya yang dipeluk Intan itu. Hadif membulatkan matanya, memberi isyarat supaya adinda-adindanya masuk dan menutup kembali pintu bilik kerja itu. Dia baru sahaja ingin bermanja dengan isterinya. Namun, Hadiya nyata mempunyai agenda lain. Gadis itu berdehem pula.

Intan terperanjat. Lantas pelukannya dileraikan dan dia berpaling. Melihat tiga adinda-adinda iparnya di situ, pipinya mula terasa hangat. Matanya memandang ke arah lain.

Sorry ganggu Along dan kak long. Kami dah hendak pulang ni,” Hadiya bersuara. Nada usikan tetap kedengaran. Intan tidak membalas, manakala Hadif membuat wajah selamba sahaja.

“Kerja dah siap?” soal Hadif pula.

“Siap sikit-sikit. Nanti kami sambung di kediaman kami,” sahut Hafeeza pula.

“Okey. Jalan baik-baik.” Hadif menghulurkan tangan, bersalam dengan tiga adinda-adindanya. Hadiya dan Hafeeza kemudiannya bersalam dengan Intan pula. Kelibat mereka bertiga dihantar dengan pandangan sahaja.

Intan segera berpaling kepada suaminya apabila adinda-adinda mereka menghilang. Lengan si suami ditampar lembut, “Awak lah ni! Malu saya.”

Hadif mengangkat kening, “Saya pula? Siapa yang peluk siapa ni?”

Intan memuncung. “Dahlah. Malas hendak layan awak.”

Hadif memandang tubuh Intan yang bergerak ke arah bilik menonton. Di situlah selalunya mereka meluangkan masa bersama-sama setelah dia pulang ke kediaman. Dalam hatinya, dia berterima kasih kepada adinda-adindanya yang sengaja ingin memberi peluang kepada dia dan isterinya untuk meluangkan masa berkualiti pada malam itu.

Gambar yang masih berada di tangannya itu dipandang. Hadif tersengih. Dia masih ingat. Dia tidak mahu gambar itu tersebar kepada sesiapa kerana khuatir imejnya yang kononnya macho itu akan rosak. Dia tidak sangka Intan menyembunyikan gambar itu selama ini. Serius, isterinya sangat comel!



-TAMAT-




Tada!!! Rasa macam panjang sangat sangat sangat dah~ 12 pages tau dalam Word. =P

Komen tau... penat cik haliban tulis. hehe... tulis sambil sengih-sengih. Komen ya, jgn lupa! =D

Bab Bulan madu tu, boleh tengok link 1 dan 2 ni...

3 komen:

nurul berkata...

suka sangat...
terima kasih cik haliban..
cepat2 sambung E&F..

Tanpa Nama berkata...

Suka sgt..tp mcm mna nk bca yg complete? mcm mna hadif blh kahwin dgn intan? nurin? Sis upload lew novel nie balik..xsmpt nak bca.. :'(

Tanpa Nama berkata...

Haha ...so nice

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©