COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 28 Julai 2011

Istana Airi ; Permata Hati (IAPH) -1-

Assalamualaikum, kawan-kawan.
Hai...lama dop cik haliban cuti menulis? hehe...
rindu nak post entri baru. 
So, inilah cerita barunya...
sambungan Istana Airi.

Istana Airi ; Permata Hati -1-


Dia meletakkan tiga buah buku lagi di atas berbelas-belas yang tersedia di atas meja. Di sebalik buku-buku itu, terlihat wajah adinda lelaki bongsunya, Tengku Iman Hariz yang berusia sepuluh tahun itu terkejut dengan tambahan buku-buku itu.
            “Kak Huda! Banyaknya! Tak laratlah adik,” rengek adindanya. Huda ketawa lembut. Dia duduk di kerusi di sisi adindanya dan menggosok-gosok kepala kanak-kanak itu.
            “Adinda Kak Hudakan nak pandai. Kata nak dapat nombor satu dalam kelas,” pujuk Huda. Rambut adindanya itu diusap-usap. Bibirnya didekatkan di telinga kanak-kanak itu.
“Baik adik baca je. Nanti Along dengar adik merungut, haa…tunggulah Along marah.”
Lantas kanak-kanak itu diam, tunduk membaca bukunya. Huda tersenyum nakal. Dalam hatinya, dia sudah bergelak-ketawa. Takut benar adinda keenam mereka itu dengan kakanda sulung yang sedang membaca tidak jauh dari mereka itu. Mereka bertiga sedang berada di perpustakaan diraja di bahagian Autumn. Sebenarnya, dia yang membawa Hariz ke bahagian ini tanpa disangka mereka akan bertemu dengan Along mereka di sini.
Hariz memang lebih suka meminta bantuannya apabila dia menghadapi masalah dalam pembelajaran. Katanya, dia takut dengan Along. Angah pula selalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti lasaknya. Lalu, hanya Kak Hudanya sahajalah yang ‘baik hati’ mengajarnya kerana kakanda keempat dan kelima juga turut sibuk dengan kerja sekolah masing-masing.
“Kak, ni apa maksudnya?”
Huda mendekatkan kepalanya, merenung ayat-ayat yang ditunjukkan oleh Hariz sebelum memandang adindanya itu.
“Kak Huda pun tak faham juga. Apa kata adik tanya Along?”
Hariz mula memuncung. “Tak naklah. Takut.”
Huda tersenyum. Sebenarnya, Hadif lebih kepada tegas daripada garang. Cuma satu kelemahan Hadif. Apabila berdepan dengan bonda mereka, Hadif pasti akan menurut segala perintah bonda. Mungkin itu boleh dikatakan sebagai satu sikapnya yang bagus. Bonda yang melahirkan mereka sangat perlu dihormati.
“Adik, ingat tak bonda cakap? Takut tu hanya pada Allah. ”
“Ingat.”
“Habis tu, kenapa adik takut dengan Along? Along sayangkan adik macam Kak Huda sayangkan adik.  Kalau adik tak buat benda salah, Along takkan marah adik. Allah pun sayang adik. Betul tak?”
Hariz mengangguk. Faham sedikit-sedikit apa yang dikatakan oleh kakandanya.
“Dah. Pergi tanya Along. Kak Huda tunggu sini.”
Akhirnya, Hariz dengan teragak-agaknya bangun dari kerusi, berjalan menuju kepada kakanda sulungnya itu. Huda hampir tergelak apabila Hariz berpaling memandangnya setiap dua langkah yang diambil. Lalu dia memberi anggukan sebagai semangat kepada adinda bongsunya itu. Dulu, dua lagi adinda perempuannya,Tengku Hafeeza Khairiyah dan Tengku Hadiya Khairiyah juga begitu. Takut dengan Hadif.
Sebenarnya, bukan Hadif pernah marah atau cubit mereka, tapi cuma wajah Hadif yang dingin dan tidak beremosi itu seakan-akan menakutkan adinda-adinda mereka. Entah perangai siapa yang Hadif ikut.
Ketiga adinda-adinda mereka memanggil Hadif ‘Along’ dan Hafawati ‘Angah’. Namun dia sudah terbiasa dari kecil memanggil kedua kakandanya itu ‘abang’ dan ‘kakak’. Dia pula digelar ‘adik’ oleh abang serta kakaknya dan dipanggil ‘Kak Huda’ oleh Hafeeza, Hadiya dan Hariz. Namun sekarang, panggilan adik sudah beralih kepada Hariz. Lalu, dia hanya dipanggil ‘Huda’ kecuali dalam ‘special occasions’ sahaja, contohnya acara usik-mengusik atau dalam sesi bermanja.
“Dah?” soalnya apabila Hariz sudah kembali ke meja. Hariz mengangguk dengan senyuman. Moga-moga lepas ini, mengertilah kanak-kanak itu bahawa dia tidak perlu takut dengan Hadif. Matanya menangkap kelibat kakandanya itu bangun berdiri. Huda menoleh.
“Dah nak pergi, abang?”
Hadif mengangguk dan berjalan ke arah kedua adindanya itu. “Abang janji nak solat berjemaah di masjid kat satu kampung.”
Huda angguk mengerti. Hari minggu seperti ini, memang aktiviti itu dalam jadual Hadif. Hari-hari biasa, mereka perlu menghadiri kelas di kolej. Kebiasaannya Hadif akan mengiringi ayahanda mereka, dibiasakan dengan rakyat kerana pemuda itu akan ditabalkan menjadi tengku mahkota beberapa bulan lagi. Dilihatnya, Hadif mengusap kepala adinda bongsu mereka itu.
“Nak tanya apa-apa, adik tanya Kak Huda, ya. Along ada kerja.” Kelihatan Hariz angguk mengerti. Huda dan Hadif saling tersenyum.
“Ayahanda balik hari ni kan, abang?”
Hadif mengangguk. Ayahanda mereka mempunyai urusan di luar negara selama beberapa hari dan akan pulang hari ini. Patutlah bonda mereka sibuk sahaja pada hari ini.
“Rindu dah?” Hadif mengangkat kening kepada adinda perempuannya yang dahulu memang sangat manja itu. Huda menjelir.
“Mestilah. Tapi Huda tak dapatlah nak tandingi bonda dalam soal rindu-merindu ayahanda ni.” Akhirnya mereka ketawa bersama.

Hafawati berusaha mengayuh basikalnya dengan pantas mengelilingi taman. Sesekali berpaling ke belakang, melihat adindanya, Hadiya yang juga sedang berusaha menyainginya itu. Dia ketawa kemenangan. Hah, itulah adindanya yang mengajak dia bertanding mengatuh basikal sebanyak sepuluh pusingan di taman yang tidak kurang luasnya itu.
            “Diya! Cepatlah!” Jeritnya kepada adindanya itu. Hadiya kelihatan mencebik. Nasib baik je tak ramai pengawal di kawasan itu. Kalau tidak, tak adanya Hafawati nak menjerit begitu. Kena marah dengan bondanya nanti.
Dia yang memang lasak dan pantang diajak bertanding itu, terus sahaja bersetuju. Haha…ingat dia akan sengaja mengaku kalah ke walaupun Hadiya hanya berusia tiga belas tahun? Tolong sikit, ya. Dia akan pastikan bahawa dia berusaha untuk menang.
Hafeeza, adindanya yang berusia lima belas tahun turut berada di taman itu, tapi tidak mahu bertanding dengan mereka. Hafeeza lebih senang duduk di wakaf yang terletak di tengah-tengah taman itu, membuat kerja rumahnya yang masih belum siap. Herm…adindanya itu memang tidak suka bersukan sangat. Hafeeza lebih suka membaca buku, sudah jadi macam kakanda sulung mereka pula.
“Angah, dah berapa pusingan?”
“Angah dah sembilan. Diya lima kot,” jerit Hafawati memandang Hadiya di belakang sambil tersengih. Kakinya tetap dikayuh. Setelah berjaya membuat sepuluh pusingan seperti yang dicabar oleh Hadiya, Hafawati mula mengayuh perlahan ke arah wakaf yang diduduki oleh Hafeeza.
“Buat apa, Lang?” sapa Hafawati sambil termengah-mengah kepenatan. Dia berlari setempat seketika sebelum duduk tidak jauh dari adindanya itu. Keluarganya memang pelik sikit bila dalam bab-bab panggilan ni. Hafeeza digelar ‘Alang’, tapi Hadiya cuma dipanggil ‘Diya’ sahaja. Panggilan ‘adik’ untuk Huda yang digunakannya selama ini sudah berpindah kepada adinda bongsu mereka. Apa-apa sahajalah.
Hafeeza menunjuk muka depan buku yang dibacanya. “Lagenda Enam Permata.”
“Dari pustaka istana ke?” Hafawati memandang dengan hairan. Tidak pernah pula dia mendengar tajuk buku itu. Juga tidak pernah mendengar tentang cerita lagenda tersebut. Buku itu kelihatan sudah lama.
Hafeeza mengangguk. “Lagenda negara nilah. Angah tak pernah baca atau dengar?”
Hafawati hanya menggeleng. Ayahanda dan bonda tidak pernah pula bercerita tentang lagenda tersebut. Mungkin Along mereka tahu. Pemuda itu memang sudah menghabiskan semua buku di perpustakaan diraja itu, rasanya! Haha…hiperbola betul!
Hadiya datang menghampiri mereka berdua. Hafawati memandang adinda bongsu perempuannya itu dengan kening terangkat.
“Hai, Diya. Betul ke dah habis sepuluh pusingan ni?” usiknya. Tersengih dia apabila memandang Hadiya yang mencebik dan duduk bersama mereka di wakaf itu. Air botol mineral diteguk Hadiya tiga kali.
“Angah nak dengar cerita dia? Best…”
Hafawati menggeleng dengan cadangan Hafeeza itu.
“Tak apalah, Lang. Angah lebih rela pusing sepuluh kali lagi daripada dengar cerita.”
Dia memang begitu. Entah kenapa alergi benar untuk mendengar cerita-cerita atau sejarah-sejarah. Entahlah.




Komen tau ! ! !
Arigatou

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

smbung lgi cik haliban.....spe pulak hero kli nie......

Lila Vee berkata...

nice! tp tak berapa nak faham lagi. xpe. will wait 4 the next chapter (^^)v

Nadzipah berkata...

whoa~ Tengku Iman Hakimi dengan Cik Puan Muda Hijratul Khairiyah sudah ada 6 orang anak ye?

2 lelaki 4 perempuan..

ehem, saya suka dengan watak Tengku Iman Hadif..tegas tapi penyayang..hoho..

keep up writing ya cik Haliban^^
thanks for this new story..:)

cactaceous opuntia berkata...

okey..menarik..ade 6 org anak dah..highlight dekat sape ni?kt hadif eh...ke sume pn ade cter dorg masing2?hee...

Ain Fatihah berkata...

whoaa. da ade sambungan. hebat! post lah lagi sambungannya. xsabar nak bace!

nia berkata...

yo disambung lagi ja

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©