COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 3 Januari 2015

Takdir Cinta (E&F) -27-

SELAMAT TAHUN BARU
Dah tahun 2015 dah kita ni. - Fateh.

So...? - Ema.

Apa azam awak tahun ni? - Fateh.

Saya hendak berhenti kerja. Nak balik jaga emak dan adik-adik. - Ema.

Haaa... Saya setuju awak berhenti kerja-kerja awak semua tu. Awak kerja dengan saya. Biar saya yang jaga emak dan adik-adik kita tu semua. - Fateh.

Eh, sejak bila mereka jadi adik-adik awak pula? They're mine. - Ema.

Adik-adik awak tentulah akan jadi adik-adik saya nanti. - Fateh.

Huh? - Ema.

Takdir cinta kita, hanya Tuhan yang tahu, awak. - Fateh.

HAH??? - Ema.

==============================
:p
2015.
What will happen?
Hanya Allah Yang Tahu.
We just need to do some efforts to do better.


TAKDIR CINTA -27-


Rumah emper = 'Penthouse'

Fateh mundar-mandir di ruang tamu rumah empernya. Dia baru sahaja selesai berbicara dengan kenalannya perihal Ema yang menghilangkan diri. Kawannya yang merupakan seorang anggota polis yang berpangkat tinggi itu ternyata mengiakan sangkaannya bahawa Ema masih belum pulang ke Zamora semenjak gadis itu terbang ke Darwish dua minggu yang lalu.
                Fateh berhenti bergerak seketika sebelum dia telefon di tangannya mula mendail nombor telefon peribadi Danish, si Putera Mahkota Darwish. Sabar dia menunggu panggilan disambung sambil kakinya mula mundar-mandir sekali lagi.
                “Assalamualaikum.” Panggilannya dijawab dengan salam.
                “Waalaikumussalam, Danny. Maaf kalau aku mengganggu kerja kau sekarang ini. Aku ada hal hendak minta tolong engkau,” ujar Fateh, terus sahaja berterus-terang kepada sahabatnya itu.
                “Amboi, kau. Kot iya pun hendak minta tolong dengan aku, tanyalah khabar aku dulu,” usik Danish di hujung talian.
                Fateh senyum nipis dan menggeleng sendiri, “Maaf tapi aku betul-betul ada hal penting hendak minta kau tolong ini.”
                “Alright. Aku faham. Shoot.” Nada suara Danish bertukar serius.
                “Ini berkaitan dengan Ema. Dia sudah dua minggu hilang, dan dia tiada di Zamora. Aku syak, Ema masih berada di Darwish,” jelas Fateh secara ringkas.
                “Apa maksud kau, hilang? Dia tidak balik ke Zamora dengan engkau dua minggu yang lalu?”
                “Tak. Kami tidak pulang bersama. Masa itu, Ema masih ada urusan kerja di sana. Masalahnya sekarang, sejak dua minggu yang lalu, keluarga Ema terputus hubungan dengan dia. Aku sudah periksa, Ema masih belum pulang ke Zamora sejak dia keluar hampir tiga minggu yang lalu,” terang Fateh lagi. Dia berhenti mundar-mandir dan duduk di sofa.
                “Kalau macam tu, aku akan arahkan orang aku cari dia di Darwish ini. Beri aku masa seminggu.”
                Fateh menggeleng walaupun dia sedar Danish tidak melihatnya, “Seminggu terlalu lama, Danny. Keluarga dia sangat risau sekarang ini.”
                “Kalau begitu, tiga hari. Okey?”
                Kali ini, Fateh mengangguk. Walaupun dia berasa tiga hari masih lama, namun dia tidak boleh memaksa Danish. Lelaki itu masih banyak urusan negara yang perlu diruruskannya.
                “Thanks a lot, Danny.”
                “Allah... Don’t mention it. Ema sudah jadi seperti keluarga. Aku cuba yang terbaik. Apa-apa, aku akan roger engkau.”
                “Okey.”


Bunyi-bunyi suara yang tidak beberapa jelas di pendengarannya membuatkan Ema kaku tidak bergerak. Tumpuannya cuba difokuskan kepada deria pendengarannya agar dia dapat mengetahui apa yang dibualkan oleh orang-orang yang berada di luar stor zink buruk itu.
“Cepat! Cepat! Kita kena kosongkan tempat ini secepat mungkin!” Ema mengenalpasti suara itu daripada ketua antara pemberontak yang menangkapnya. Berkerut dahi Ema. Mereka yang berada di luar itu kedengaran seperti kelam kabut sahaja. Adakah pihak polis negara Darwish itu sudah berjaya menjejaki pemberontak-pemberontak ini?
“Perempuan di dalam stor belakang tu macam mana?” salah seorang mereka bertanya.
“Bos cakap, hapuskan dia.”
“Okey. Jadi, kita tembak saja.”
“Bodoh! Tak boleh tembak, nanti polis akan suspek kita memang ada di sini. Kita kena buat seperti kemalangan.”
“Bakar saja stor tu.”
“Herm... Bagus. Bagus. Cepat. Kita kena pergi secepat mungkin. Bakar stor itu sekarang!”
Di kala itu, bulat mata Ema. Dia berusaha untuk berdiri dengan bersusah-payah. Tangan kirinya memegang dinding zink, sementara tangan kanannya mula mengetuk pintu stor tersebut.
“Hei! Lepaskan aku! Buka pintu ni! Lepaskan aku!” Jerit Ema. Dia mula cemas. Jika betul mereka yang berada di luar itu hendak membakar stor tersebut sekarang, dia sudah tiada masa untuk melepaskan diri.
“Kau diam! Mati kau harini!” Suara di luar menjerkahnya.
“Lepaskan aku! Siapa kau orang semua?!” Jerit Ema kembali. Dia berpura-pura tidak mengetahui mereka yang menawannya itu. Saat itu, deria hidunya sudah terbau gas minyak yang seakan-akan sudah mula dicurahkan pada dinding-dinding stor tersebut.
“Siapa kami tidak penting. Sekarang pun, siapa diri kau sudah tidak penting lagi buat kami!”
Ema berpaling sekelilingnya. Buat sekalian kalinya, dia mencari jalan untuk keluar daripada situ. Sesungguhnya, dia tidak mahu berputus asa tanpa berusaha. Seminggu berada di dalam stor tersebut, dia mencari jalan untuk keluar. Namun hampa, hanya satu sahaja jalan keluar iaitu pintu stor. Hendak melawan para pemberontak ketika mereka membawa makanan kepadanya itu, dia tidak begitu bertenaga. Lalu sekarang, apa lagi yang boleh dia lakukan?
Keadaan sekelilingnya mula terasa panas dan asap kebakaran mula masuk ke deria hidunya. Ema terkaku di tengah-tengah stor tersebut. “Ya Allah, inikah kesudahan kehidupan aku di duniawi ini?” bisik Ema sendirian.

Abaikan gambar kereta. :p

Danish memandang pembantu peribadinya yang baru sahaja melaporkan perkara yang dipintanya beberapa hari yang lalu. Dahi Danish berkerut.
                “Kamu pasti itu adalah Ema?”
                Pembantu peribadinya mengangguk, “Mangsa memang bernama Syaimah Nasuha, Tengku.”
                 “Kenapa Ema boleh terlibat dalam perkara ini? Siapa gadis yang bernama Syaimah Nasuha ini sebenarnya?” soal Danish kepada dirinya sendiri.
Mengikut laporan yang diberitahu oleh pembantu peribadinya itu, gadis yang dipanggil Ema itu di temui oleh pasukan polis elit yang sedang dalam operasi memberkas sekumpulan pemberontak dua hari yang lalu. Operasi tersebut gagal namun pasukan polis elit tersebut berjaya menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap dalam stor yang dipercayai sengaja dibakar. Sekarang, Ema sedang di rawat di hospital dan masih belum sedarkan diri.
Mengapa Ema boleh terperangkap di dalam stor tersebut? Apa kerja Ema sebenarnya? Adakah Fateh tahu siapa sebenarnya gadis itu? Persoalan itu berlegar-legar di fikirannya.
Danish memandang pembantu peibadinya semula, “Saya hendak kamu siasat latar belakang Syaimah Nasuha ini secara terperinci, terutamanya tujuannya berada di Darwish.”
Pembantu peribadinya mengangguk, “Baik, Tengku.”
Setelah pembantu peribadinya keluar, Danish mencapai telefon bimbitnya. Jarinya mula mencari nama Fateh di dalam senarai kenalan sebelum nombor tersebut didail. Dia sabar menunggu panggilannya disambut.
Salam diberi dan dibalas.
“Fateh, tentang Ema, aku ada berita baik dan berita buruk.” Terus sahaja Danish menyatakan tujuan dia membuat panggilan. Lagipun, dia pasti Fateh memang tertunggu-tunggu panggilannya.
“Kau ada berita tentang Ema pun aku sudah bersyukur, Danny. Apa beritanya?”
 “Berita baik, Ema memang brada di Darwish. Dia sudah dijumpai.”
“Alhamdulillah! Jadi, berita buruknya?”
Danish menghela nafas seketika. “Ema cedera. Dia sedang dirawat di hospital dan masih belum sedarkan diri.”
Innalillahi wa innailaihi raji’un. Apa yang berlaku?”
“Dia terlibat dalam satu kebakaran. Kalau kau datang ke sini, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut,” ulas Danish secara ringkas.
“Okey. Aku akan ke sana dengan segera. Terima kasih, Danny. Aku akan sampaikan pada keluarga Ema.”
Danish mengangguk sendiri, “Okey. Beres. Telefon aku apabila kau sampai ke sini.”
 
Subtitle terbaru takdir Cinta
   
Fuhhhh... Ini klimaks cerita Takdir Cinta ni... 
Puas hati tak? Komen, plis!

6 komen:

nurul berkata...

Puas juga.. tapi nak lagii..hehehe...

muhsinah nik berkata...

puasss.... Huhh cerita dah jadi rumit ni.. cepat kak sambung lagiiiii ..^^

Tanpa Nama berkata...

nak lagiiii

Rohayu Jaafar berkata...

Stuju nk lg...thanks tuan tanah

Tanpa Nama berkata...

tak puas... nak lagi,.......

- algemasi - berkata...

Nak lagi..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©