COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 11 April 2012

PBP -SP#1-

Petang itu, sesudah menyiapkan kerjanya, Intan keluar daripada makmal. Dia pulang agak lewat hari ini, lalu rasanya, tidak ramai yang ada di dalam kawasan Yayasan Hijrah pada petang itu. Mengambil cuti selama beberapa hari untuk membuat persiapan menyambut kepulangan Hadif, membuatkan kerjanya bertambah. Sebenarnya, dua tahun dia bekerja di Yayasan Hijrah itu, tiada yang tahu bahawa dia adalah menantu kepada pemilik institusi itu iaitu Tuanku Permaisuri Airi. Jadi, dia hanya dilayan seperti biasa sahaja.
Barang-barang serta kot makmalnya hanya dipegang di tangan. Melangkah keluar ke tempat meletak kereta, matanya mencari keretanya. Yang pelik, dia tidak nampak keretanya. Terhenti kakinya di situ. Berkerut dahinya. Seingat Intan, dia memarkirkan keretanya di berdekatan pintu masuk bangunan. Anehnya!
         “Cari apa?” satu suara menjengah telinganya, daripada belakang.
Pantas Intan berpaling. Bulat dia memandang insan yang  sedang berdiri di hadapannya sekarang. Kemudiannya, dia memandang sekeliling. Melihat jika ada orang yang sedang memandang mereka berdua. Bukannya apa, diakan adalah isteri ‘rahsia’ pemuda di hadapannya itu. Dengan keadaan Hadif yang langsung tidak cuba untuk menyembunyikan identitinya itu, tentu ada orang yang akan membawa mulut tentang mereka berdua jika terserempak dengan mereka.
“Awak. Buat apa kat sini?” soalnya hairan. Hadif sepatutnya berada di istana, berehat. Baru kelmarin pemuda itu pulang.
“Jumpa isteri sayalah. Lagipun, pagi tadi isteri saya tu keluar tak maklumkan pada saya.”
Mendengar jawapan selamba Hadif membuatkan Intan tersedar. Memang pagi tadi, dia datang kerja tanpa bertemu dengan pemuda itu. Dia lupa! Selama ini, dia memang tidak perlu meminta kebenaran sesiapa kerana bonda mentuanya sudah sedia maklum akan kerjanya. Lupa pula dia bahawa suaminya sudah pulang! Astaghfirullah!
“Maaf. Saya lupa,” ujar Intan menunduk. Rasa berdosa mula menjengah hati. Berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, dia tahu itu. Entah bagaimana dia boleh lupa bahawa dia adalah seorang isteri!
“Tak apa. Saya faham. Awak sudah biasa hidup ‘bujang’ tetapi mulai saat ini, awak kena biasakan diri. Okey?”
Intan mengangguk sahaja.
“Dah. Jom,” ajak Hadif.
         Intan memandang tempat di mana keretanya terletak. “Tapi kereta saya dah hilang,” ujar Intan, memandang suaminya yang tersengih.
         “Bukan hilang, yang. Saya minta Muslim pandu balik. Jom, saya jadi pemandu awak hari ni,” balas Hadif dengan kening terangkat dan senyuman mengusik.
         Intan jadi malu sendiri mendengar panggilan manja yang diucapkan oleh pemuda itu. Hatinya tertanya-tanya, betulkan pemuda itu sayangkannya? Mereka hanya bersua muka semalam sejak tiga tahun yang lalu. Mana mungkin ada rasa di hati pemuda itu seperti mana pemuda itu menikahinya hanya demi keselamatannya dahulu.
         Dia akhirnya mengikut langkah kaki Hadif ke kereta. Nampaknya, petang itu, Hadif memandu sendiri. Tiada kereta-kereta pengawal yang lain. Tak apakah Hadif jika tiada pengawal?
         Mula-mula perjalanan, Intan hanya diam, memandang ke luar tingkap. Lama-lama, dia jadi bosan. Dia mula menjeling-jeling pemuda yang sedang tenang memandu kereta. Dia jadi tidak jemu memandang Hadif yang sedikit-sebanyak sudah berubah itu. Lebih tough. Kalaulah gadis-gadis lain tahu perubahan Hadif, tentu mereka akan jatuh cinta buat kali kedua! Ewah!
         “Kacak?”
Soalan sepatah daripada Hadif itu membuatkan Intan sedar bahawa dia sudah kantoi. Hahaha... Buat malu sahaja. Intan kembali memandang ke luar tingkap. Kala itu, baru dia sedar bahawa itu bukanlah jalan pulang ke istana.
“Kita nak ke mana?” soalnya, menoleh ke arah suaminya kacaknya, secara tidak langsung hatinya mengiyakan soalan pemuda itu tadi.
“Tempat yang tak ada orang,” jawab Hadif, tanpa memandang Intan, tetapi senyuman terukir di bibirnya.
Intan memandang dengan pelik. Okey... perangai pemuda itu yang pelik sebenarnya. Dia tidak faham.
“Maksudnya?” soalnya lagi, pendek sahaja.
“Tak ada orang yang boleh jumpa awak dengan saya. Biar kita berdua saja,” panjang sedikit penjelasan pemuda itu, namun tetap tidak menjawab soalan Intan.
“Ber...dua?” Erk... apa pula ni? Hati Intan mula kalut sendiri. Hailah... dengan suami sendiri pun macam ni, Cik Puan Intan.
“Ha’ah. Ayahanda bagi saya masa seminggu dengan awak.”
Makin berkerut dahi Intan.
“Awak... dengan... saya?” berjeda-jeda Intan bertanya.
“Yalah. Awak dan saya. Kenapa? Nak ajak orang lain ke?” sepintas suaminya itu menoleh ke arahnya, sebelum memandang jalan kembali.
“Kita nak ke mana sebenarnya? Seminggu? Saya kerja esok.” Soalan demi soalan dan alasan dia keluarkan. Tidak selesa betul dia apabila ada yang membuatkan dirinya tertanya-tanya begini.
“Saya dah minta cuti dengan bonda bagi pihak awak.”
Intan terdiam. Herm... senang sahaja Hadif mendapat apa yang dimahukannya. Sesuka hatinya meminta cuti bagi pihak dirinya. Akhirnya, Intan hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka sampai ke sebuah lapangan terbang perseorangan. Banyak soalan berada di fikirannya tetapi malas dia bertanya. Bukannya pemuda itu jawab soalannya. Ikut sahajalah. Takkanlah pemuda tu hendak menjual dirinya? Haram di sisi undang-undang memperdagangkan orang tau! Apatah lagi isteri sendiri.
Ketika berada dalam ruang menunggu, telefonnya berbunyi. Si suami ke tandas. Dia melihat nama pemanggil sebelum menjawab. Salam pemanggil dijawab seadanya. Sebenarnya dia letih. Penat bekerja tadi belum habis. Ini, entah ke mana dia hendak dibawa, tidak tahulah.
“Awak kat mana tu?” soal si pemanggil, adinda ipar yang sebenarnya setahun lebih tua daripadanya, Huda.
“Kat airportlah, Huda. Entahlah, Intan tak pernah datang sini.”
“Oh... abang culik awak ya.” Ketawa Huda kedengaran bergabung dengan seseorang. Hafawati barangkali, agak Intan. Ada-ada sahaja kembar itu.
“Herm...lebih kuranglah. Intan tak sempat nak tukar pakaian pun,” adu Intan kepada Huda. Sepanjang tiga tahun ditinggalkan oleh Hadif di dalam istana, memang dia menjadi rapat dengan Huda dan Hafawati. Alhamdulillah, mereka menerimanya sebagai keluarga dan sekarang, mereka seperti kawan baik pula.
“Tak apa. Tak apa. Abang akan jaga awak.”
Berkerut dahi Intan. Bunyi suara Huda seperti mengusiknya. Sepertinya, Huda tahu apa yang kakandanya ingin lakukan.
“Awak tahu dia nak bawa Intan ke mana?” soalnya. Sambil itu, matanya meliar, melihat jikalau Hadif sudah keluar daripada tandas.
“Tahu sangat tapi abang cakap tak boleh bagitahu awak. Dia nak buat projek!” Huda ketawa lagi. Intan tergeleng sendirian. Gembira sungguh adinda-adinda iparnya itu.
“Okey. Good luck, Intan!” ucap Huda.
Chaiyyok, Intan!” sambung Hafawati, sayup-sayup kedengaran, sebelum Huda menamatkan panggilannya.
Bulat mata Intan. Dia memandang telefonnya. Kenapa pula diucapkan selamat berjaya kepadanya? Kedua kembar itu pun sudah sama pelik dengan kakanda mereka hari ni.
“Kenapa pandang telefon tu?”
Intan menoleh apabila mendengar soalan mengejut itu. Tidak sedar bila pemuda itu tiba di sisinya. Dia hanya menggeleng sahaja.
“Jom. Awak tentu penat lagi. Nanti boleh tidur dalam pesawat.” Hadif menarik dia bangun dan melangkah keluar dari ruang menunggu itu. Dia mengikut Hadif masuk ke sebuah pesawat kecil. Pesawat persendirian milik kerabat diraja, barangkali.
Tanpa bersoaljawab dengan Hadif, Intan terus sahaja melelapkan matanya apabila dia selesa duduk. Dia sangat penat. Biarlah segala soalannya itu. Dia boleh bertanya apabila dia sudah segar nanti.
Nantikan bahagian II! ^_^

6 komen:

cactaceous opuntia berkata...

yeay...tq cik haliban...surprise ye...gud2...

G berkata...

tq2..ad gak sp~hihi

Nadzipah berkata...

nak lagi! hehe..apakah surprise hadif itu? sweetnya lak aih..

leaftulip berkata...

yay....da ade post baru....
moood: sedang menanti post seterusnya...

Nurulsyazwani Tajuddin berkata...

salam sis, x boleh ke tlg puslishkan balik cerita ni,
cerita best tp syg sy x smpt nk baca ending

Tanpa Nama berkata...

Sis cerita nie ada d terbitkn x? klo ada nak beli..
suka sgt..
sbb ada buku istana airi..so nk kumpl yg smbugan nya jugk...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©