COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label PvsA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PvsA. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mac 2020

Jualan @ Shopee


Assalamualaikum wbt.

Greetings, everyone!

Lama nya tak pos di blog ni...


ADA LAGI YANG MASIH MENUNGGU?


Mohon maaf sangat-sangat ya lama gila tak update sebab sekarang tengah busy writing Thesis for PhD. Pray for me!

post ini bertujuan untuk beritahu kawan-kawan yang novel-novel yang dah lama published tapi tak ada dah di pasaran, masih dijual oleh cik haliban. hihi... Boleh order kat Shopee kalau berminat



Shop: Belle Talib

link shopee:

Terima kasih, kawan-kawan yang sentiasa menyokong cik haliban.
Jangan lupa, STAY AT HOME! Jangan biarkan diri dijangkiti. Sayangi diri dan ahli keluarga anda!

Read more...

Ahad, 20 April 2014

[iklan] PBAKL '14 ... Jom!

.

.... & sedikit preview E & F -17-

^___________^



                … Dan dia terkejut. Matanya hampir membulat melihat wajah sebenar insan tersebut. “Ema?”

                Dilihatnya gadis itu mengangguk. Adakah gadis itu langsung tidak terkejut melihat dirinya di situ?

“What are you doing here?” soal Fateh dengan perasaan yang teramat hairan. Apa urusan gadis itu di dalam istana ini? Jangan kata Ema bekerja di dalam istana ini, sungguh dia tidak akan percaya.


-that's all-
Read more...

Ahad, 9 Mac 2014

P vs A -SP- [Pray For MH370]

Suasana perpustakaan senyap. Yang kedengaran sekali sekala adalah bunyi tapak kasut orang sedang berjalan dan juga bunyi kerusi ditarik atau ditolak. Kawasan meja yang mereka pilih nyata lenggang sahaja. Waktu petang begini, jarang pelajar yang gemar menghabiskan masa di perpustakaan. Kebanyakannya terus sahaja pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan. Sebenarnya, mereka juga begitu namun hari ini, perancangan mereka berempat berubah sedikit.
Dian tunduk menghadap iPad di tangannya. Gina di sebelah kanannya menyendeng ke arahnya, turut sama ingin melihat apa yang menarik minatnya. Tasya dan Marina di hadapannya dan Gina itu masing-masing dengan novel dan buku latihan Sejarah. Mereka tidak menghalang Tasya daripada membaca novel kerana mereka tahu itu memang hobi Tasya. Lagipun, Tasya bukannya membaca novel sehingga lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Gadis itu hanya membuka novel ketika bosan, kemudian sambung membuat latihan setelah mendapat ‘semangat’ kembali.
“Apa cerita sekarang?” soal Gina perlahan, menghormati peraturan berada di dalam perpustakaan. Dia turut memandang skrin iPad milik Marina yang dipinjam oleh Dian itu. Berita yang dibaca oleh Dian itu turut diketahuinya sejak pagi tadi, cuma maklumat ‘terberhenti’ seketika apabila masuk waktu persekolahan.
“Dapat bantuan daripada Maritim Australia pula,” jawab Dian pendek.
Gina mengangguk faham, “Australia, U.S., Singapura, China… Semua bergabung tenaga mencari kapal terbang tu, kan? Ada negara lain lagi tak?”
“Ada. Thailand, Filipina dan Vietnam pun hantar bantuan,” balas Dian. Tangannya masih bergerak, matanya memandang skrin iPad, membaca cerita-cerita yang timbul akibat peristiwa besar yang mendapat perhatian dunia itu.
“It’s amazing that benda yang mereka guna untuk berperang, digunakan untuk sebagai bantuan untuk bersama-sama mencari kapal terbang tu. Kapal selam, kapal laut, helikopter, kapal udara. Kan, Yan?”
Dian mengangguk lagi. Marina yang tiba-tiba mendengar perkataan kapal selam itu, berhenti menjawab soalan latihan sejarahnya. Matanya diangkat, memandang dua sahabat di hadapannya itu. “Kapal selam? Cerita apa ni?”
Tasya turut berhenti membaca novelnya. Dipandang Marina sebelum memandang Dian Dan Gina. Dian dan Gina tersenyum.
“Cerita kapal terbang MAS hilang. Baru terjadi semalam.” Tenang Dian menjawab. Dia tidak pasti sama ada Marina dan Tasya tahu tentang berita tersebut.
“Huh? Semalam? Kenapa aku tak tahu pun?” Terpinga-pinga Tasya bertanya. Badannya ditegakkan. Berita yang dibawa Dian itu kedengaran seperti menarik.
“Kau duduk dalam dunia fantasi kau, mana kau hendak tahu dunia reality,” sindir Gina dalam gurau.
Tasya mencebik manja, “Ala… Ceritalah. Aku nak tahu juga. Kapal terbang dari mana dan ke mana? Hilang kat mana?”
Marina turut mengangguk. “Aku pun baru tahu ni. Ceritalah.”
Dian memandang Gina dan member isyarat supaya Gina bercerita. Dia lebih suka mendengar.
“Okey. Kapal terbang MAS ni dari Malaysia, hendak ke Beijing. Ikut laporan kapal terbang tu terhempas di Laut China Selatan tapi pasukan penyelamat masih belum jumpa kapal terbang tu. Sekarang ni, mereka cuma jumpa kesan tumpahan minyak sahaja,” terang Gina secara ringkas.
Melopong Tasya dan Marina mendengar berita tersebut.
“Tak jumpa lagi? Tapi iyalah, Laut China Selatan tu luas. Bukan boleh jumpa sekejap sahaja,” komen Marina.
Gina menggeleng tidak bersetuju, “Maybe tapi banyak pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi menyelamat ni. Setakat ni, lapan buah negara masing-masing menghantar pasukan penyelamat melalui kapal selam, kapal laut, helicopter dan kapal udara. Bukan satu jenis itu satu sahaja, satu jenis berbelas-belas mereka hantar tau.”


Tasya dan Marina mengangguk. Betul juga apa yang dikatakan oleh Gina itu. “So, apa berita sekarang ni?”
Mendengar soalan Tasya tu, Gina memandang Dian. Dian yang memegang iPad, dialah yang tahu apa perkembangan insiden tersebut.
“Australia baru sahaja hantar bantuan. Pasukan penyelamat China pula terjumpa serpihan pesawat, which they said it might be from kapal terbang MH370 tu, tapi tak ada pengesahan lagi. Cerita pasal FBI Amerika Syarikat pun ada. Nak dengar?” Dian mencelah suasana sunyi itu.
Tasya tiba-tiba bersemangat. “Hah? FBI pun terlibat juga dalam cerita ni?”
Marina menolak bahu Tasya, “Uit… Ni bukan cerita rekaan okey. Realiti.”
Dian dan Gina ketawa. Iyalah, kata-kata Tasya tadi kedengaran seperti mereka tengah bercerita tentang fiksyen sahaja.
“Iyalah. Aku tahulah benda ni betul-betul berlaku tapi sampai FBI pun turut terbabit ni. Bertambah semangat pula aku hendak dengar,” jawab Tasya.
“Okey. Menurut FBI, ada kemungkinan pesawat ini ditawan oleh penjahat. Mungkin sebab ada laporan bahawa ada dua orang penumpang pesawat tu menggunakan passport palsu,” sambung Dian.
Tasya mengangguk beberapa kali. “Macam cerita televisyen pula aku rasa bila FBI pun masuk campur.”
“Itulah berita ringkas daripada aku dan Gina. Kalau nak tahu lagi, balik cari. Sekian,” ucap Dian.
Marina dan Tasya tersengih manakala Gina ketawa.
“Tahu tak, semalam aku terjumpa berita tentang pesawat menghilang, kemudian tiba-tiba mendarat setelah 35 tahun tapi keluarga aku kata berita tu berita palsu,” kata Gina.
“Menarik. Menarik. Cuba cerita. I don’t care whether it’s true or not,” pinta Tasya. Sebagai seorang yang suka membaca novel dan berimaginasi, dia tidak kisah berita itu betul atau tidak, asalkan jalan cerita menarik. Dian dan Marina juga berminat untuk mendengar.
“Aku tengok satu video, tapi macam berita daripada Indonesia berdasarkan loghat suara pembaca berita ni. Dia cakap, kapal terbang tu tersesat masuk dalam lubang hitam empat dimensi. Lepas 35 tahun, tiba-tiba kapal terbang tu mendarat di lapangan terbang yang sepatutnya tanpa sebarang panggilan kepada menara kawalan. Semua penumpang hidup tapi badan mereka kurus kering,” cerita Gina.
“35 tahun terbang di udara? Logik  tak? Minyak kapal terbang tu mestilah tak cukup, kan? Apa pendapat kau, Yan?” soal Marina, berfikir secara logik dan saintifik.
“Kalau kita fikir logik, memang palsulah cerita ni tapi kau dengan Tasya tahu tak cerita pemuda-pemuda dalam surah Al-Kahfi? Allah tidurkan mereka selama beberapa tahun. Allah pendekkan masa dimensi pemuda-pemuda itu dengan menidurkan mereka, dan Allah panjangkan dimensi masa dunia luar yang beredar dari tahun ke tahun sedangkan pemuda-pemuda dalam gua tu sedang tidur,” jawab Dian.
Marina dan Tasya mengangguk. Gina pula hanya mendengar.
“Okey. Kalau betul mereka masuk dalam dimensi lain, ada kemungkinan Allah pendekkan masa dimensi mereka tu dan Allah panjangkan masa dimensi dunia kita ni. So, it is not possible if the fuel is enough tapi kenapa mereka kurus kering tu, tak tahulah. Mungkin juga berita ni palsu. Apa-apa pun, kita boleh ambil pengajaran dari setiap cerita itu, kan?” Dian menamatkan analisanya.
“Betul. Betul. Betul,” jawab Tasya pantas, seperti dalam cerita Upin dan Ipin pula. Dian, Marina dan Gina memandang Tasya sebelum ketawa.
“Yang penting sekarang, kita doakan mereka yang berada dalam MH370 itu selamat,” ujar Gina, kembali kepada cerita asal mereka.
“Semoga keluarga mangsa sabar dan redha dengan apa sahaja yang terjadi sebenarnya,” sambung Dian pula. Marina dan Tasya mengaminkan dalam hati.

 -T A M A T-




iklan jap =P 

FB grup for this blog. feels free to add yourselves :D
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/



Read more...

Sabtu, 26 Januari 2013

P vs A -Edisi Puasa-

Siapa rindu Patricians & Aurora? ^__^

Iklan jap. Sesiapa nak beli buku2 di bawah ni, boleh beli melalui cik haliban. PM my fb page. :)

k. ENJOY~

Tasya meletakkan kepalanya di atas lengan yang sudah terbentang di atas meja. Kepalanya diteleng kepada sahabat di sisi yang sedang kusyuk menghadap buku dan kadang-kadang menekan kalkulator.

                “Yan, kau buat apa?” Lemah suara itu bertanya.

                Dian mengangkat wajahnya, memandang Tasya yang melontar persoalan kepadanya tadi. Bibirnya mengukir senyuman sambil menggeleng sedikit. “Add Math. Baik aku buat terus, balik nanti tak payah pening kepala. Jomlah buat sekali.”

                Tasya memuncung seketika. Kepalanya digeleng sedikit. “Tak nak. Aku penat. Aku lapar.”

                Dian jadi tersengih. Kepalanya mula memandang kelasnya. Ada pelajar yang sedang menerkup muka ke meja, tidur agaknya. Ada yang sedang berbual sesama mereka. Ada yang sedang membaca buku atau komik dan ada juga sedang membuat latihan seperti dirinya. Waktu rehat sebegini, selalunya kelas akan kosong sebab semua akan ke kafe untuk makan. Namun, di bulan Ramadhan yang mulia ini, kafe kolej mereka ditutup.

                “Sabarlah. Ada beberapa jam sahaja lagi,” nasihat Dian kepada sahabatnya. Siapa yang tidak lapar di bulan puasa ini? Semua orang lapar, cuma tinggal sabar atau tidak sahaja.

                “Lima jam lagi…” Tasya menspesifikasikan masa yang sepatutnya Dian kata tadi. Amboi… berkira sungguh.

                “Dalam lima jam, apa yang kita boleh buat? Apa kata kau baca novel kau? Kau bawa novelkan?” Dian memberi cadangan. Membaca novel adalah kegemaran Tasya, dia tahu itu.

                “Cadangan yang bagus, Yan. Tapi bila aku tengok novel tu tebal, jadi macam tak bersemangat hendak baca, macam menghabiskan tenaga pula,” jawab Tasya.

                Dian ketawa. “Macam-macamlah kau ni, Tasya. Kau bawa iPad kau tak?”

                Tasya mengangguk.

                “Dalam iPad kau, ada ada mp3 terjemahan al-Quran tak?”

                Tasya mengangguk lagi. Sedikit-sedikit dia dapat menangkap apa idea yang akan dilontarkan oleh Dian.

                “Haaa… Dengarlah terjemahan Al-Quran tu. Dapat pahala tahu, lagi-lagi bulan puasa ni,” cadang Dian.

                Berkerut sedikit dahi Tasya, “Tapi aku tak pakai tudung. Bolehkah?”

                Dian tersenyum. “Baca Quran tanpa bertudung, boleh sahaja[1]. Cuma mungkin lebih baik kalau tutup aurat.  Lagipun, kau cuma hendak dengar sahaja, kan? Apa yang tidak bolehnya.”

                Tasya mengangguk. Namun dia masih tidak bergerak. Dia memandang dua kerusi di belakangnya. Hari ini Marina dan Gina duduk di belakang mereka berdua. Tapi entah ke mana sahabatnya dua orang itu. “Yan, mana Rin dengan Gina?”

                “Entahlah. Tadi rasanya Rin cakap dia hendak ke tandas,” jawab Dian.

                “Hai, kawan-kawan!” Ceria suara Marina menyapa mereka. Tasya bangun, duduk dengan tegak. Dia melihat Marina dengan perasaan hairan. Gina yang menurut Marina itu hanya menyuakan senyuman.

                “Rin, cerianya kau. Energetic betul. Kau daripada mana ni?” Tasya memandang kawannya dengan pandangan curiga.

                Marina tersengih. Gadis itu meletakkan jari telunjuknya di mulut, “Shhh… Jangan bagitahu orang lain. Aku tak puasa hari ni!”

                Tasya mencebik. Cemburu okey! Seronoklah tak puasa. Boleh makan tapi kena makan sorok-soroklah, kecuali pelajar-pelajar bukan muslim. Dian tersengih.

                “Ala… relakslah, babe. Ada untung, ada rugi. Untungnya kau, tak payah ganti dah. Kalau tak puasa, kena ganti lagi,” ujar Marina sambil mengambil tempat duduk di belakang Dian dan Tasya. Marina tahu sangat kenapa Tasya bermuka monyok begitu.

                “Kau orang tinggal berapa hari lagi hendak puasa?” Gina menyampuk. Dia duduk di sebelah Marina.

                “Sepuluh,” jawab Tasya, mengangkat sepuluh jari tangannya.

                “Tasya.” Satu suara garau, milik lelaki tentunya, membuatkan gadis berempat itu mengangkat wajah dan memandang insane yang sedang berdiri di hadapan Tasya itu.

                Tasya memandang dengan kening terangkat. “Kenapa?”

                “Nah.” Satu plastik yang berisi barang dihulurkan kepada gadis itu.

                Tasya menyambut perlahan. Pelik pula. Apa yang diberikan oleh pemuda ini? “Apa benda ni? Kenapa bagi kat aku pula?”

                “Jajan. Kau kan tak puasa!” Sebaik sahaja perkataan itu meluncur, mencicit pemuda itu lari dari situ.

                Bulat mata Tasya,“Hoi! Kurang ajar kau, Faris! Kau memang Patogen! Suka hati kau saja nak tuduh orang tak puasa!”  Plastik di tangan terasa ingin dilempar kea rah lelaki itu, namun, sayanglah pula. Makanan, okey. Tak baik dibuat main.

“Eh! Kau puasa ke? Asal aku nampak kau masuk tandas tadi? Keluar basah sahaja muka,” jerit Faris, geng Patogen, daripada depan kelas.

“Eh. Aku basuh muka pun salah ke?! Sibuklah kau ni!” Jerit Tasya kembali.

Dian memegang lengan Tasya, “Tasya, semangat kau menjerit. Puasa ni, tenaga tu simpan saja. Biarlah dia orang tu.”

Marina di belakang mengangguk, “Ha’ah, Sya. Saja tu Faris hendak usik kau. Lagipun, rezeki kau tu.”

“Herm…Yalah.” Tasya kembali layu, meletakkan kepalanya di atas meja. Ah… Biarlah Patogen tu. Buat penat sahaja bergaduh dengan mereka. Hurm… Lapar.



Hafiz menggeleng melihat gelagat kawannya yang mengusik bekas musuh mereka itu. Patutlah Faris membeli jajan, dibawa ke sekolah. Hendak ‘dihadiahkan’ kepada Tasya rupanya. “Suka benar kau usik Tasya itu, ya?”

                Faris memandangnya dengan sengihan. “Usik sikit, bukan buat apa-apa pun.”

                “Bagi makanan pula tu,” Syafiq menyampuk.

                “Bulan puasa, nak usik guna apa lagi. Makananlah,” jawab Faris senang.

                “Sanggup habiskan duit sebab nak usik Tasya?” Fung menambah seraya mengusik.

                “Apalah sangat harga jajan tu. Seringgit dua saja.”

                “Usik-usik manjalah tu,” usik Fung lagi. Hafiz dan Syafiq ketawa. Faris pula mencebik.

                “Dah. Tak ada faedah bincang benda ni puasa-puasa ni. Walaupun aku tahu kau tak puasa, Fung tapi aku harap kau hormat orang puasa macam aku ni, okey,” ujar Faris, menjeling sahabatnya.

                “Eh, aku puasa juga okey. Cuma tak sampai 14jam sahaja. Puasa separuh hari. Heee…” Fung tersengih sendiri.

                “Puasa yok-yok, orang kampung panggil,” sampuk Syafiq.

                Mereka tidak sempat berbual panjang apabila guru matapelajaran seterusnya masuk, diikuti para pelajar yang berada di luar kelas tadi.


-TAMAT-

  

 IKLAN LAGI~






[1] http://www.asysyarifmeru.net/index.php?id=3&ACT=5&content=10&mnu=3
Read more...

Ahad, 6 Jun 2010

Ia Belum Berakhir - bahagian ii [cerpen]

-Cerita ini adalah sambungan BAHAGIAN 1 -
 
Dian Syuqaira merenung lagi surat yang diterimanya daripada ketuanya pada hari Rabu yang lalu. Kata ketuanya, dia perlu memaklumkan keputusannya dalam masa lima hari. Hari ini sudah hari Ahad. Cuma tinggal sehari sahaja lagi. Jadi apa keputusannya?
“Yan, kot duk tenung-tenung surat tu kenapa?”
Dian memandang teman serumahnya, Marina yang baru duduk di sisi kirinya di sofa rumah teres mereka itu.
“Kau terima ke?”
Dian menjungkitkan bahunya.
“Tak tahu lagi? Dah berapa hari ni?” soal Marina lagi. Dian masih diam.
“Afiq kata apa?”
Dian menggeleng.
“Aku masih tak dapat hubungi dia. Dia ada operasi.” Dian sememangnya ingin sekali berbincang dengan tunangnya tentang surat yang diterimanya itu. Namun, sudah beberapa hari sebenarnya dia tidak boleh berhubung dengan lelaki yang berpangkat inspektor itu. Kata lelaki itu, dia akan menyertai satu operasi besar-besaran dan dia langsung tidak boleh berhubung dengan sesiapa.
Dian tidak kisah sebenarnya kerana dia faham fitrah kerja lelaki itu. Tapi keadaannya sekarang amat meresahkannya. Dia perlu berbincang dengan lelaki itu.
“Dah. Tak yah sedih-sedih. Jom keluar makan malam. Aku belanja.”
Marina akhirnya membawa dia ke sebuah restoran yang berkonsepkan kampung. Senang sekali Dian memerhati sekeliling kawasan tersebut. Bersih. Lampu-lampu yang menerangi juga cantik.
“Macam tempat orang bercinta je. Kau bawa aku ke sini kenapa?”
Dian mendengar Marina ketawa.
“Memang pun. Aku selalu dating dengan Hafiz kat sini.”
“Ceh.” Dian mencebik.
Mereka duduk selang sebuah meja dari sepasang pemuda-pemudi. Dian duduk berhadapan dengan si gadis dan membelakangi si pemuda manakala Marina di sebelahnya. Si gadis nampaknya cantik dengan rambut yang ditocang dan baju tanpa lengan dengan seluar separas lutut.
Dian tiba-tiba merasa dia amat kenal dengan pemuda itu walaupun dia hanya melihat belakang sahaja. Terus-terus dia merenung belakang pemuda itu.
“Weh. Kalau kau setuju, bila bertolak?”
Dian terpinga-pinga berpaling kepada sahabatnya. Tidak sedar Marina sudahpun memesan makanan buat mereka.
“Erm…dalam lima enam hari lepas tu la.”
Marina terangguk-angguk. Dian kembali dengan apa yang dibuatnya tadi. Dia amat berharap sekali pemuda itu berpaling ke belakang suapaya dia boleh pasti dengan identiti pemuda itu.
“Bestnya kau. Aku ni bilalah nak dapat peluang macam tu.”
Dian tidak menghiraukan omelan gadis di tepinya itu. Tiba-tiba dia mendengar gadis di meja hadapannya itu bertanya kepada si pemuda.
“Abang kenal tak perempuan tu? Dia macam kenal abang. Renung kita dari tadi.”
Dan si pemuda berpaling.
Dian terkedu di situ.
Memang dia.
“Tak. Tak kenalpun.”
Dian tambah tergamam. Di wajah pemuda itu tiada langsung senyuman untuknya. Seperti tiada perasaan memandang wajahnya.
+ + + + +
Dian menyeka setitis air mata yang mengalir di pipinya. Ganggang telefon dipegangnya kejap.
“Mak cik tolong sampaikan pada dia,ya,” pinta Dian kepada bakal ibu mertuanya, ibu kepada tunangnya Afiq. Ternyata Afiq juga tidak menghubungi ibubapanya sejak beberapa hari yang lalu.
“Dian, kenapa terima tawaran tu? Dian ada masalah dengan Afiq ke?” Wanita di hujung talian itu seperti mengeti apa yang dihadapinya.
‘Mak cik, Dian tak nak sebenarnya. Tapi Afiq tipu Dian. Dia cakap dia ada operasi. Tapi dia keluar dengan perempuan lain…’ rintih hatinya.
“Kami tak apa-apa, mak cik. Sebenarnya, inilah peluang Dian kembangkan kerjaya Dian.”
“Tapi jauh tu, Dian. Lama pulak tu. Mak cik risau keadaan Dian nanti.”
Tersentuh Dian dengan kata-kata wanita itu. Terasa kasih sayang yang disalurkan kepadanya. Sementelahan dia sudah tiada ibubapa dan sudah anak yatim.
“InsyaAllah tak ada apa-apa, mak cik. Syarikat tempat Dian kerja uruskan semuanya.”
“Macam mana nak hubungi Dian nanti?”
Dian terdiam seketika. Mahukah dia dihubungi oleh sesiapa?
“Dian tak tahu lagi, mak cik. Tapi kalau ada apa-apa, rasanya boleh hubungi Dian melalui emel.”
Selepas meletakkan ganggang telefon itu, Dian bersandar di sofa rumahnya. Teringat dia kejadian dua hari yang lalu.
“Tak. Tak kenalpun.”
Dian tambah tergamam. Di wajah pemuda itu tiada langsung senyuman untuknya. Seperti tiada perasaan memandang wajahnya.Tiba-tiba Dian rasa hatinya bagaikan dihiris-hiris oleh pisau yang amat tajam. Hatinya terasa amat pedih sekali.
“Sayang, abang ke tandas kejap.” Kedengaran suara itu lagi.
Dian mengangkat muk. Sayang? Dia memandang wajah lelaki itu ketika lelaki itu lalu di mejanya. Dan lelaki itu langsung tidak memandangnya. Dian kecewa, tertunduk di situ lama.
Dipandang wajah gadis yang berhadapan dengannya itu. Ternyata gadis itu memandangnya tajam, dengan perasaan marah.
“Yan, kenapa?”
Rupanya Marina masih tidak perasaan apa yang berlaku.
“Aku ke tandas kejap.”
Dian bangun, berjalan perlahan menuju ke tandas. Setalah di luar pandangan sahabatnya, Dian bertembung dengan lelaki tadi di lorong menuju ke tandas.
Dian amat berharap agar lelaki itu tersenyum kepadanya, menyatakan bahawa itu semua adalah lakonan misinya, kerana mereka berdua berada di luar pandangan daripada gadis tadi. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lelaki itu berjalan melepasinya tanpa berkata apa-apa ataupun.
“Awak.” Panggil Dian. Dia berpaling melihat tubuh lelaki itu kaku, tidak berpaling ke arahnya.
“Saya akan ke Beijing minggu depan,” tuturnya perlahan. Seketika kemudian, lelaki itu berlalu pergi, begitu sahaja.
Dian kecewa lagi. Dia sebenarnya berkata begitu supaya lelaki itu berpaling kepadanya. Dia belum berbuat keputusan lagi sebenarnya. Namun, lepas apa yang berlaku Dian rasa apa yang dikatakan olehnya adalah yang terbaik buat dirinya.
“Yan.”
Marina melabuhkan diri di sisinya dipandang. Marina baru sahaja pulang dari kerja, masih berbaju kerjanya.
“Aku kena cari housemate lain ke ni?”
Dian senyum.
“Apa kata kau kahwin dengan Hafiz? Dapat terus housemate baru, tak payah cari-cari.”
“Hisy.” Marina menampar lengannya dengan beg tangan merah kesayangannya itu.
“Macam mana kau boleh terpilih untuk ditukarkan ke cawangan di Beijing, ya? Kau ada minta ke?”
“Taklah. Tapi aku pernah ada bergurau dengan ketua aku tu. Tak sangkalah dia memang usulkan nama aku.”
“Habis tu, tunang kau tu macam mana?”
“Dia dah bahagia.”
“Hah?” Marina memandangnya hairan. Dian senyum nipis.
+ + + + +
Dian duduk di kerusi yang tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu. Tiket dan passportnya dimasukkan ke dalam beg tangannya. Bagasi-bagasinya sudahpun di hantar masuk.
Jam di tangan di pandang. Masih ada masa satu jam sebelum dia masuk sebenarnya, tapi untuk apa lagi dia di luar itu? Adakah sedang menunggu seseorang datang? Dian mengeluh.
Selepas dia membuat keputusan untuk menerima tawaran bertukar ke cawangan di China, Dian mengambil cuti. Balik kampung untuk menjenguk pusara kedua-dua orang tuanya. Berdoa supaya mereka berdua selamat di alam sana.
Marina pula cukup baik untuk menghantar dia ke KLIA itu sebelum bergerak ke pejabatnya.
“Kau kalau cuti balik sini, jangan lupa bagitahu aku.”
“Kau kahwin, sure aku balik jenguk.”
Marina menjelir kepadanya. Dian ketawa.
Dian bangun. Tali beg tangannya disangkut ke bahu. Beg laptopnya pula dibimbing.
Selamat tinggal Malaysia. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal Tengku Muhammad Afiq.
+ + + + +
Afiq menghempaskan tubuhnya ke sofa di rumah apartmennya itu. Akhirnya kerjanya selesai. Misinya selesai. Penyamarannya sudah tamat. Penjenayah dan pengedar dadah terbesar di Malaysia sudahpun terperangkap dan tertangkap semalam. Afiq menghela nafas panjang.
Terasa rindu pula pada ibunya. Sudah lama ibunya tidak dihubungi. Telefon rumah dicapai. Nombor rumah di kampung ditekan.
“Assalamualaikum, ibu. How are you?”
“Waalaikumussalam. Hah, Afiq. Telefon pun kamu.”
Afiq tersenyum.
“Sorry, ibu. Afiq baru tamat operasi. Ibu sihat?”
“Sihat Alhamdulillah. Kamu tak apa-apa ke?”
“Taklah,bu. Abah sihat?”
“Sihat macam tulah. Hah, kamu dah cakap dengan Dian?”
Soalan ibunya membuatkan dia terdiam. Dian? Dia ada bertemu dengan gadis itu beberapa hari yang lalu. Ketika dia sedang makan malam. Masa itu, dia masih dalam penyamarannya. Gadis yang bersamanya malam itu adalah kunci kepada kejatuhan sindiket dadah itu.
Afiq mula tidak enak. Dia teringat apa yang dikatakan oleh gadis itu.
“Awak. Saya akan ke Beijing minggu depan.”
Membulat mata Afiq. Baru dia teringat.
“Dia nak pergi Chinakan, ibu?”
“Oh. Kamu dah tahulah ya.”
Afiq hairan kenapa Dian memberitahu ibunya hal tersebut. Selalunya kalau gadis itu outstation ke mana-mana, dia tidak pernah menelefon memberitahu ibunya.
“Kenapa dia bagitahu ibu?”
“Habis, dia tak dapat hubungi kamu. Ibu ni bukan apa. Risau dengan dia. Sorang-sorang ke sana. Lama pulak tu.”
“Berapa lama, bu?”
“La. Tadi kata dah tahu.”
Afiq mengeluh.
“Afiq tahu dia nak pergi sana, tapi tak tahu bila dan lama mana,” jelas Afiq.
“Dia memang dah bertukar ke sana. Tak tahulah sampai bila.”
Afiq terperanjat besar. Badannya yang sedang berbaring itu segera tertegak. Tiba-tiba keletihan yang dirasakannya hilang.
“Apa, bu? Bertukar? Ibu biar betul?”
+ + + + +
Dian yang dari tadi memejamkan matanya, membuka mata apabila dirasakan bahunya ditepuk lembut. Dipandang pramugari yang senyum ke arahnya. Mereka sedang berada di awan tebal, entah berapa puluh ribu kaki dari aras laut, Dian tidak tahu.
“Cik, ada orang nak jumpa cik.”
Dian terdiam. Ada ke orang yang kenal dia di atas kapal terbang ni? Ataupun dia kenal orang tu?
“Boleh cik ikut saya?” Senyuman pramugari itu, Dian balas dengan anggukan. Dia bangun mengikut pramugari itu kebahagian kabin kapal terbang itu.
“Hah?” Dian terkejut. Pramugari yang memanggilnya tadi sudah entah ke mana. Di hadapannya sekarang ialah pemuda yang dinanti kedatangannya semasa di KLIA tadi.
“Afiq! What are you doing here?”
Bagaimana lelaki itu boleh ada dalam satu kapal terbang dengannya. Padahal ketika dia menunggu di ruang menunggu, dia tidak nampak lelaki itu.
Senyuman lelaki itu sesekali tidak berbekas di hatinya.
“Agaknya flight ni nak ke mana, ya?”
“Chinalah.”
“Dah tu. Kenapa tanya saya lagi.”
Dian memeluk tubuhnya. Bersandar pada kabinet di situ. Apabila teringatkan sesuatu, dia sudah tidak ingin tahu kenapa lelaki itu ada di situ.
“Ada apa panggil saya ni?”
“Awak marahkan saya, kan?”
“Kenapa saya nak marah awak. Awak bukannya kenal saya pun!”
Afiq senyum lagi. Dian menyindirnya. Dia tahu ayat itulah yang diucapkannya ketika mereka bertemu di restoran.
“Awak, saya masih menyamar masa tu. Perempuan tu memang salah seorang daripada penjenayah.”
Dian berpaling, memandang lelaki itu tajam.
“Awak jangan nak bagi alasan, Afiq. Saya tegur awak lepas awak keluar dari tandas! Masa tu, perempuan tu tak nampak kita!” tuturnya tegas. Sesekali dia terdiam apabila ada penumpang kapal terbang yang lalu.
“Awak. Memang perempuan tu tak nampak kita, tapi konco-konco dia memang ada di sekeliling tu,” jelas Afiq.
Dian terdiam. Menimbang kata-kata Afiq yang ada logiknya itu.
“Awak buat keputusan nak ke Beijing masa marahkan saya, kan? Awak nak lari dari saya.”
Soalan itu memang tidak dapat dinafikan oleh Dian.
“Kenapa tak bincang saya?”
“Saya dah bagitahu awakkan? Saya dah pesan juga pada mak cik supaya beritahu awak. Saya nak bincang macam mana, saya tak boleh hubungi awak.” Dian sudah mula rasa kesal dengan keputusannya itu. Namun, mereka sudah berada dalam perjalanan ke sana.
“Macam mana sekarang?”
“Manalah saya tahu. Salah awak la ni,” jawab Dian dengan hentakkan di kakinya.
Afiq tersenyum dengan gelagat tunangnya itu. Comel sangat. Ingin sekali ditarik gadis itu ke dalam pelukannya, tapi dia tahu batasan mereka. Gelaran tuning bukan lessen untuk dia berbuat begitu. Hatta memegang tangan sekalipun.
“Lepas ni, saya teman awak sampai awak selesai uruskan tempat tinggal awak. Lepas tu, kita bincang macam mana, okey?”
Dian terdiam sebelum mengangguk. Lama mereka berdiam di situ. Seorang pramugari masuk ke kawasan itu.
“Tepi awak ada orang?”
Dian menggeleng. Akhirnya Afiq duduk di tempat duduk di tepinya.
“Macam mana awak boleh naik kapal ni? Macam mana boleh cari saya?” soal Dian. Afiq senyum lebar.
“Mana boleh beritahu awak.”
Dian mencebik.
“Awak tak marah saya lagikan?”
Gelengan adalah jawapan kepada soalan itu. Dian terasa kesakitan yang dirasakannya selama beberapa hari yang lalu adalah sia-sia belaka. Rupanya, dia salah sangka lagi kepada lelaki itu. Dan ini bukan kali pertama dalam hidup mereka. Namun, lelaki itu masih lagi tahan bersamanya.
“Awak, terima kasih.”
“Kasih diterima.”
- TAMAT -
- BAHAGIAN 2 -


Cerita ini adalah cerita dewasa watak dalam novel Patricians vs Aurora. Kalau hendak baca cerita diaorang pada zaman sekolah, boleh beli novel ini. Kalau hendak beli dengan cik haliban, boleh PM fb cik haliban. :)


@ cover baru
 



jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)
Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©