COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 3 Ogos 2015

Takdir Cinta -39-

Ema mengunyah nasi yang disuap dengan perlahan. Suasana di meja makan tengahari itu sepi tanpa perbualan. Masing-masing menghadap makanan di pinggan.
                “Ema nak ikan ni?” Emaknya sudah mengangkat isi ikan keli berlada untuk diletakkan di pinggannya.
                “Boleh juga, mak. Terima kasih.” Ema senyum. Masakan ikan keli adalah masakan kegemarannya. Mungkin kerana dia sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah, jadi emak sengaja memasak ikan keli untuk dia. Rindunya dia pada masakan air tangan emak yang tercinta.
Saat dia tiba di rumah itu beberapa jam yang lalu, emaklah orang yang paling sedih melihat keadaan dirinya. Air mata yang mengalir, membuatkan Ema berasa sangat bersalah. Dia tidak mahu menjadi anak yang menyebabkan air mata si ibu mengalir, namun apakan daya, apa yang terjadi pada dirinya adalah tuntutan kerja. Adik-adiknya pula kelihatan sangat terkejut dan menyalaminya tanpa berkata atau menyoal apa-apa.
                Matanya memandang adik-adik dan emaknya. Ema perasan, adik-adiknya itu asyik mengerling ke arahnya sahaja. Dia tahu, adik-adiknya itu masih terkejut dengan keadaan tubuh dirinya yang berparut di sana-sini. Yang paling ketara, tentulah parut sepanjang lebih kurang seinci lebih di pipinya. Tentu adik-adik dan emaknya menganggap bahawa parut itu akan mencacatkan wajahnya.
                “Kau orang ni kenapa? Tak payah jeling-jeling Kak Ema. Makan dulu. Lepas ini, Kak Ema jawab semua soalan kau orang,” ujar Ema kepada adik-adiknya. Rimas juga dia apabila menjadi perhatian mata-mata yang penuh dengan persoalan itu. Mazurah, Majid dan Syafiq masing-masing tersengih.
                Selepas makan, Ema membantu emaknya mengemas dapur sementara adik-adiknya ke ruang tamu setelah diarahkan oleh Ema. Dia hendak bersendirian dengan emak mereka itu seketika sebelum dia membuka bicara tentang situasi dirinya.
                “Mak... Mak ada apa-apa hendak cakap pada Ema?” soal Ema, mengerling emaknya daripada depan sinki.
                “Ada. Banyak perkara yang emak hendak cakap dan tanya pada kamu tetapi mak hendak dengar dulu apa yang kamu hendak beritahu nanti. Sekarang ni, mak cuma lega kamu ada depan mak,Ema,” balas si ibu.
                Ema senyum nipis. Rasa bersalah dalam hatinya bertambah. Namun, apa yang sudah terjadi tidak dapat diubah.
                “Beberapa bulan ni, mak tak tahu langsung keadaan kamu. Fateh datang  beritahu bahawa kamu selamat tapi hati mak tetap tak tenteram selagi mak tak nampak dengan mata mak sendiri. Kalau mak tengok keadaan kamu sekarang ini, Ema, dengan luka-luka dan parut semua tu, mak hendak kamu hentikan apa yang kamu buat Ema,” sambung emaknya.
                Tangan yang sedang membasuh pinggan itu terkaku. Emak mahu dia berhenti sepenuhnya? Dia hanya meletak jawatan daripada skuad pengintip sahaja, bukan daripada jawatan pegawai polis Zamora.
                “Mak tak tahu apa yang berlaku dan apa kerja yang kamu buat tapi kalau ia membahayakan diri kamu sampai sebegini sekali, hati ibu mana yang tidak risau, Ema?”
                Ema diam dan segera menyelesaikan basuhan pinggan mangkuk di singki. Paip air sinki ditutup dan dia berpaling menghadap emaknya yang sedang duduk di meja makan.
“Mak betul-betul mahu Ema berhenti kerja?” soal Ema dengan serius. Jika dia berhenti daripada pasukan polis, dia perlu mencari kerja lain dan kemungkinan pendapatan baharu yang akan diperolehinya tidak akan sama dengan pendapatannya yang sekarang.
                “Kalau betul, Ema tak kisah. Ema boleh tolong mak jaga gerai sepenuh masa sementara hendak cari kerja baru,” sambung Ema apabila emaknya tidak menjawab soalannya tadi. Jika emaknya serius inginkan dia meletak jawatan, dia akan turutkan. Bukankah itu tujuannya meletak jawatan sebagai ahli skuad pengintip negara adalah kerana hendak berbakti kepada emaknya?  
“Kamu sanggup?” Ringkas soalan emaknya.
Ema menarik nafas panjang. Hakikatnya, berhenti daripada kerjanya sekarang bukanlah begitu mudah. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Dia berpaling pada pintu dapur yang menghubungkan dapur dan ruang tamu. Tiga adiknya berdiri di situ. Ema mengambil tempat duduk di hadapan emaknya.
“Mazurah, Syafik, Majid. Mari duduk di sini. Biar akak terangkan apa yang berlaku sekarang,” ujar Ema. Biarlah dia berterus-terang sekarang. Buat apa hendak ditunggu lagi?

Tepukan di bahunya membuatkan Fateh mengangkat wajah daripada iPhone di tangannya, memandang Azlan yang mengambil tempat duduk di hadapannya.
Bro, dah pesan minuman ke?”  soal Azlan.
“Belum,” jawab Fateh. Dia baru sahaja duduk di meja itu tidak sampai lima minit. Kemudian, dia mengangkat tangan, memanggil pelayan restoran kelab menunggang kuda itu.  Mereka baru sahaja selesai sesi menunggang kuda tadi. 
“Hah, kau apa cerita subuh hari lagi sudah ajak naik kuda tadi?” soal Fateh kepada pemuda di hadapannya  apabila pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu. Telefon di tangannya diletakkan di atas meja. Pagi tadi, selepas solat Subuh, dia menerima mesej daripada pemuda di hadapannya itu, mengajaknya keluar menunggang kuda. Akhirnya mereka berjanji untuk bertemu pada pukul sebelas pagi. Di gelanggang tadi, mereka tidak berbual banyak. Sekarang ini baru masanya mereka
 “Hoi!” Meja di antara mereka berdua itu dihentak sedikit kuat, mengejutkan Azlan di hadapannya. Fateh menggeleng sendiri melihat gelagat kawannya itu. Angau agaknya Azlan ni. Senyum seorang diri sahaja. Fateh berpeluk tubuh dan bersandar, memandang Azlan. Pemuda itu bukan sahaja tidak menjawab soalannya, tapi kelihatan sedang mengelamun dengan senyuman di bibir.
“Kau ni kenapa? Aku tanya tak jawab. Mengelamun pula. Kau tengah angau dengan siapa ni?” soal Fateh, mengusik dalam nada serius. 
Azlan yang tersentak itu, kemudiannya ketawa mendengar soalan Fateh itu.
“Dah namanya angau, tentulah angau dengan buah hati.”
Hmmm? ” Keningnya diangkat. Dia tidak pasti Azlan main-main atau serius. Kalau Azlan serius, pemuda itu pasti akan mengaku dengan soalan tanpa suaranya ini.
“Eh... Kau dengan that girl, apa cerita?” soal Azlan tiba-tiba.
Which girl?” tanya Fateh kembali, walaupun dia tahu Azlan sebenarnya hendak menukar tajuk cerita mereka.
Partner kau semasa majlis reunion tempoh hari. Apa ya nama dia? Herm.... Nama belakang dia Suha, kan? ”
‘Syaimah Nasuha?’ soal Fateh dalam fikirannya. Sekali lagi keningnya diangkat, tetapi kali ini adalah kerana kehairanan. Macam mana Azlan boleh tahu nama penuh Ema?
“Aku mana bawa partner masa majlis itu,” nafi Fateh.
“Iyalah tu. Kau ingat aku dah lupa? Aku nampak dia balik dengan kau. Aku yang tangkap gambar kau orang dan aku yang emelkan gambar tu pada kau.”
Fateh senyum apabila ingat tentang gambar-gambar yang diemelkan Azlan kepadanya.
“Okey. Pertama, terima kasih untuk gambar-gambar itu. Kedua, aku jumpa dia semasa majlis itu dan aku cuma tolong hantar dia pulang. Ketiga, macam mana kau tahu nama belakang dia Suha kalau kau tak kenal dia?” ulas Fateh, diakhiri dengan soalan.
Azlan pula sengih memandangnya.
“Aku pengarah program majlis itu, Fateh. Aku ada senarai nama orang yang hadir program tersebut. Aku tak ingat nama penuh dia apa sebab dia bukan kelas kita dahulu. Well, someone in the committee knew her. Aku tahu kau tak datang dengan dia, tapi the fact that you knew her and gave her a ride home were interesting. Jadi, nama dia memang Suha? Apa cerita kau dengan dia?” Azlan menjungkitkan kening ke arahnya beberapa kali.
Fateh menjulingkan matanya. Dia teringatkan saat dia menarik Ema daripada meluru ke dalam hujan yang turun mencurah-curah ketika itu.
“Nasuha. Nama dia Syaimah Nasuha. Mula-mula memang aku pun tak kenal dia tapi kau nak nak tahu kenapa aku hantar dia pulang? Sebab dia nak pergi ke perhentian bas yang entah di mana-mana dalam hujan macam tu. Tak ke kerja gila tu?” jelas Fateh secara ringkas. Dia langkau fakta tentang dia terdengar perbualan antara Ema dan Hijazi sebelum kejadian itu.
“Perhentian bas? Serius?” Berkerut dahi Azlan.
Fateh senyum dan mengangguk. Dia tahu apa yang difikirkan oleh pemuda itu. Sekolah mereka dahulu dihadiri oleh anak-anak orang besar atau kaya sahaja. Jika Ema seorang yang tidak berada, bagaimana Ema boleh ‘terlepas’ ke dalam sekolah mereka itu?         

 Yup. Well, itu cerita untuk masa lain. Sekarang ni, kau ajak aku jumpa sebab hendak tanya pasal aku dengan dia sahaja ke? Baik kau berterus-terang. Aku ada kerja lain lepas Zohor nanti ni.” Fateh ‘mengugut’ kawannya itu. Dia bukannya ada kerja betul, cuma dia merancang untuk melawat seseorang di kampung selepas solat Zohor nanti ini.
“Yalah. Yalah. Aku nak tanya pendapat kau tentang sesuatu,” jawab Azlan.
“Dan sesuatu itu adalah?” soal Fateh pula.
“Macam mana nak beritahu seseorang tu yang... ” Azlan berjeda.
Fateh diam menunggu.
“Kita betul-betul sukakan dia?” sambung Azlan.
Fateh terdiam beberapa ketika sebelum dia tertawa kecil. 
“Wei!” marah Azlan, namun tidak membuatkan Fateh berhenti ketawa. Malah ketawanya semakin kuat.
“Aku tak buat lawak pun!” Azlan merungut sebelum membuang pandangan ke arah luar kafe kelab tersebut. 
Fateh cuba memberhentikan ketawanya. Serius dia berasa sangat geli hati walaupun dia tahu kawan di hadapannya itu benar-benar mahukan jawapan daripadanya. Beberapa ketika kemudian, dia ketawanya reda dan dia tersenyum. Namun, melihat pelayan yang datang membawa pesanan mereka, Fateh menangguhkan jawapannya seketika.
Ucapan terima kasih diucapkan sebelum dia memandang Azlan kembali.
“Jadi... Kenapa kau rasa aku ada jawapan untuk soalan kau tu? Aku bukannya ada pengalaman benda-benda macam ni. Lainlah kalau kau tanya kakanda-kakanda aku tu,” ujar Fateh secara jujur. Dia tiada teman wanita, jauh sekali isteri. Dia tidak pernah membuat pengistiharan romantis sebegitu.
“Iyalah tu. Habis tu, Nasuha tu siapa?” putar Azlan kembali.
Fateh senyum.
“Aku dah cakap tadi, aku baru jumpa Ema semasa majlis reunion tu,” jawab Fateh.
“Ema? Oh... Kau panggil dia Ema, ya, tapi itu beberapa bulan yang lalu. Takkan kau tak pernah jumpa dia lepas majlis tempoh hari?” soal Azlan kembali.
“Okey. Sekarang ini, kita tutup cerita pasal aku dan Ema. Ini pasal kau dan buah hati kau. Kau tanya pendapat aku, kan? Aku rasa baik kau beritahu secara terus-terang. Tentang hati ini, kita tak boleh anggap-anggap begitu.” Fateh membetulkan hala tujuan perbualan mereka. Dilihatnya Azlan menghela nafas panjang.
“Masalahnya, aku dah berpuluh-puluh kali beritahu dia yang aku sukakan dia tapi dia tak percayakan aku. Aku rasa macam hati dia tu sekeras batu, tak nak terima aku.”
“Hah? Serius?” Fateh ternganga. Azlan mengangguk.
Fateh terdiam dan berfikir. 
“Kau dah pernah slow talk dengan dia? She might have her own problems, kan?” Fateh memberi pandangan.
“Macam mana nak slow talk kalau jumpa aku, asyik bergaduh sahaja? Kalau tak bergaduh, dia larikan diri.”
Fateh sengih. Terbit sedikit rasa kelakar dalam hatinya. Cerita ringkas Azlan itu kedengaran seperti drama televisyen pula. Namun, dia tidak suarakan rasa lucu tersebut.
“Okey. Macam ni.”

Ema memandang adik-adiknya yang khusyuk menonton rancangan televisyen. Selepas penjelasannya tentang pekerjaannya yang sebenar, mereka bertiga bertanyakan soalan yang tidak putus-putus. Dia berusaha menjawab soalan adik-adiknya sebetul yang mungkin tanpa melibatkan jawatannya dalam Skuad Alpha. 
Ema kembali memandang televisyen. Zahirnya, dia menonton televisyen. Namun fikirannya melayang memikirkan hala tujunya selepas ini. Tadi emak mereka hanya diam dan memerhati sahaja dia dan adik-adiknya bersoal jawab. Sehingga sekarang, emak masih belum memberi komen apa-apa lagi. Ema menghela nafas panjang.
“Kak. Kak... Kak Ema!”
Ema terpinga-pinga memandang Majid yang sudah beralih dari kedudukan asalnya. Tadi rasanya Majid sedang berbaring menonton televisyen di hadapannya. Sekarang, pemuda itu sedang berdiri di muka pintu rumah mereka.
“Apa?”

“Ada orang cari akak.” Majid menunjuk ke arah luar rumah.
Berkerut dahi Ema. Siapa yang tahu dia akan pulang ke rumah hari ini? Dia pantas mencapai tudung segera yang berada tidak jauh daripadanya dan berlalu ke pintu rumah. Nasib baik dia memang memakai t-shirt lengan panjang, jadi dia sudah menutup aurat. Majid kembali berbaring menonton televisyen.
Melihat insan yang berdiri di sisi sebuah kereta di halaman rumahnya itu, Ema terkaku. Hijazi. Ema menghela nafas panjang dan berpaling ke arah adik-adiknya.
“Akak keluar sekejap,” ujar Ema sebelum berlalu ke tangga, turun dan menghampiri Hijazi yang masih berdiri tegak di sebelah pintu pemandu keretanya.  Dia berhenti tidak jauh daripada lelaki itu dan berpeluk tubuh.
“Awak buat apa di sini?” soal Ema terus. Dia tidak mahu berbasa-basi dengan lelaki itu, apatah lagi mengajak lelaki itu masuk ke rumah mereka. Dipandang sekelilingnya untuk memastikan bahawa emaknya tidak perasan kehadiran pemuda itu di kawasan rumah mereka ini. Mana tidaknya, sebelum ini mana ada lelaki yang datang mencarinya sampai ke rumah begini.
“Saya cari awak di hospital. Nurse cakap awak sudah pulang. Jadi saya minta alamat awak,” jawab lelaki itu.
“Buat apa lagi awak cari saya, Hijazi? Kita sudah tak ada urusan apa-apa.” Ema berpaling ke arah lain. Dia sudah mula jemu mengulangi perkara yang sama kepada lelaki itu.
“Awak tak pernah beri peluang kepada saya untuk menjelaskan perkara sebenar,” jawab lelaki itu lagi.
Ema menoleh, memandang tepat wajah lelaki itu.
“Okey. Saya beri peluang pada awak sekali ini, tetapi lepas ini awak tak boleh cari saya lagi,” ucap Ema dengan tegas. Dia tidak pasti apa yang Hijazi ingin jelaskan kepadanya tetapi kalau itu yang membuatkan Hijazi berhenti mengganggunya, apa salahnya. 
Akhirnya, lelaki itu mengangguk. Hijazi bersetuju untuk berbincang di tempat lain dan menawarkan Ema untuk menaiki keretanya. Ema hanya mengangguk dan  memberi tunjuk arah. Mereka berhenti di tepi jalan besar yang diapit oleh padang sawah yang sedang menghijau.
Ema berdiri tegak, memandang padi yang liuk-lentuk akibat disentuh angin. Dia malas hendak memandang Hijazi yang sedang bersandar pada kereta itu. Segala penjelasan yang diberikan oleh Hijazi hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kirinya sahaja. Sebenarnya, dia tidak menyalahkan Hijazi atas apa yang telah berlaku kerana semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Namun, apapun yang dikatakan oleh Hijazi tidak akan mengubah keadaan mereka. Masa tidak boleh diputar kembali.
“Ema... Saya masih sayangkan awak.”
Ema tergelak sinis mendengar ucapan Hijazi. Dia berpaling kepada pemuda itu dengan wajah yang serius.
“Awak sudah bertunang, Hijazi. Apa Diana akan kata kalau dia dengar apa yang awak cakap ini?” Ema sengaja menyebut nama tunang lelaki itu. Harap-harapnya, Hijazi akan sedar apa yang diucapkan apabila ingat wajah Diana.
“Saya... Saya tak tahu. Saya keliru. Saya tak tahu jika saya patut teruskan hubungan kami atau pun tidak.”
Ema menggeleng sendiri. Dia tidak boleh terima apa yang diucapkan oleh lelaki itu. Namun, dia tidak boleh menafikan bahawa kekeliruan yang dihadapi oleh Hijazi mungkin disebabkan oleh kemunculannya kembali dalam hidup lelaki itu beberapa bulan yang lalu. Jikalau dia tidak menghadiri majlis perjumpaan tempoh hari, hubungan Diana dan Hijazi akan baik-baik sahaja saat ini. Namun jika dia tidak menghadiri majlis perjumpaan tersebut, dia tidak akan bertemu dengan Tengku Fateh Abqari.
‘Ehhh... Kenapa kau fikir pasal Fateh pula ni? Perkara ni tak ada kaitan dengan dialah.’ Ema memarahi dirinya. Dia menghela nafas dan memandang tepat pada mata Hijazi. Kali ini, dia harus tamatkan kisah mereka yang telah lama berakhir sebenarnya.
“Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuatkan awak rasa ragu-ragu, tapi apa pun yang awak putuskan, saya tidak akan sesekali kembali pada awak. Perasaan saya pada awak sudah mati. Tidak mungkin akan berlaku apa-apa lagi antara kita,” ujar Ema dengan tegas. Seraya itu, angin yang menampar-nampar tubuhnya bagaikan membawa pergi segala beban perasaannya selama ini terhadap lelaki itu. Terasa bahunya ringan dan hatinya disinari cahaya.
“Tapi Ema...”
Mata Ema membesar apabila Hijazi cuba menghampiri dan memegang lengannya. Namun, dia bergerak pantas menampar tangan itu dengan kasar daripada menyentuhnya.
Do. Not. Touch. Me!” Satu persatu perkataan itu disebut agar sampai kepada akal Hijazi bahawa dia tidak suka akan perlakuan tersebut. Ema bengang. Terasa ingin membelasah lelaki itu pula, namun dia tiada alasan untuk berbuat demikian. Seni mempertahankan diri yang ada padanya tidak boleh digunakan semata-mata ingin melampiaskan rasa marahnya itu.
“Terima kasih sebab beri penjelasan tentang apa yang terjadi tapi saya harap awak tepati janji awak. Jangan cari saya lagi.” Ema berpaling ingin melangkah pergi daripada situ. Perbincangan mereka sudah tamat. Baru selangkah dia bergerak, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya. Ema terkejut dan pergerakannya terhenti di situ. Berkerut dahinya apabila memikirkan bahawa dia hampir dilanggar oleh kereta itu.
Belum sempat dia hendak menghampiri dan memarahi pemandu kereta itu, insan tersebut sudah keluar daripada kereta itu. Bulat mata Ema. Fateh sedang melangkah menghampirinya dengan raut wajah yang sangat serius.
“Awak! Buat apa di sini?” soal Ema. Namun, soalannya dibiarkan sepi. Fateh berhenti di hadapannya dan memandang matanya tepat.
Cara, masuk dalam kereta.”
Ema terkebil-kebil memandang pemuda itu seketika. Hatinya ingin memberontak, namun mulutnya tidak dapat bersuara untuk membantah. Dia tidak suka diarah begitu namun dia juga sedang terperanjat kerana dipanggil mesra sedemikian sekali lagi. Matanya berpadu dengan mata Fateh.
Ema menghela nafas apabila Fateh kelihatan seperti tidak mahu mengalah. Dia berpaling dan melangkah ke arah bahagian tepi pemandu, namun sebelum masuk ke dalam kereta tersebut, Ema menoleh kepada Hijazi.
“Balik dan mintalah daripada Allah, Hijazi. Bukan petunjuk untuk membuat pilihan, tetapi pohon supaya Allah tetapkan hati awak dalam hubungan dengan Diana,” ujar Ema. Dia mengerling kepada Fateh sebelum masuk dan menutup pintu kereta pemuda itu.
Ema duduk berpeluk tubuh, merenung Fateh yang sedang bercakap dengan Hijazi. Tentulah dia tidak dengar perbualan mereka berdua itu. Apa yang dia nampak, Fateh kelihatan segak.

+ Amboi! Gediknya engkau, Ema.
~ Alah. Dalam hati sahaja. Tapi apa dia buat kat sini ya? Macam mana dia tahu aku ada di sini? Ajaibkan? Dia macam tahu-tahu sahaja aku dalam masalah.
+ Masalah apanya? Kau memang dah hendak balik tadi. Mana ada masalah pun.
~ Kau ingat kalau dia tak datang ni, Hijazi akan lepaskan aku begitu sahaja?
+ Herm... Iyalah. Dia macam Ultraman datang menyelamatkan dunia.

“Ultraman?” Satu suara garau bertanya.
Ema tersedar. Terkebil-kebil dia memandang Fateh yang sedang memandu itu. Oh, mereka sudah bergerak meninggalkan tempat perbincangannya dengan Hijazi tadi. Macam manalah dia boleh terlepas cakap, padahal dia hanya berbicara dalam hati sahaja tadi.
“Awak cakap apa tadi? Ultraman?” soal Fateh sekali lagi.
Ema menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung itu.
“Iya. Ultraman. Awaklah Ultraman tu, sebab awak dah selamatkan saya daripada raksaksa tadi,” balas Ema bersahaja.
Sepi seketika sebelum dia mendengar gelak kecil daripada mulut Fateh. Pemuda itu kemudiannya gelak besar. Ema memandang pemuda yang sedang memandu itu dengan pelik. Tadi serius sangat, ini ketawa pula.
Cara mia, you are incredible,” ujar Fateh sebelum sambung ketawa lagi.

 taraaaa~ Panjangggg kannn? komen panjang-panjang ye. hihihi...

10 komen:

nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nurul berkata...

Tak puassss....harap2 mext entry cepatlah ye....suka fateh n emaaa..

eifa arey berkata...

Tak puas baca laa. Lagi lagi lagi. Hehe

Yasmin Zahra berkata...

So cute laa ema dgn fateh ni. Cik haliban update more yea. Ni first time komen selepas berbulan2 jadi silent reader hehe

Galeri Khat & Grafik berkata...

best nyerr!!!!!

Lia berkata...

Comel je fateh Ngan ema ni

ada berkata...

Best..

ada berkata...

Best..

ada berkata...

Best..

Yangjue berkata...

gerrr...gram bcaa....macho nya ateh...dr offce smpi ke rumh n dh cech jam12 pg...xbrhnti bcaa...esk smbug bcaa....keep it up sis.. waiting for more from u...love2....xoxo

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©