COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label KHB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHB. Papar semua catatan

Isnin, 30 Julai 2012

[cerpen] Chef Diraja Saya



Ini kisah anakanda kedua Tengku Muhammad Danish &  Cik Puan Iman (dalam novel Calon Isteri Putera Mahkota).  



Ini kisah adinda kepada Tengku Iwana (dalam e-novel Kerana Hati Bicara).


enjoy~
-----------------------------------

Haq duduk di sebalik kaunter yang memisahkan bahagian memasak dan juga bahagian tempat meja dan kerusi makan. Dia menongkat dagu, memandang gelagat chef-chef yang sedang gigih bekerja. Namun, fokusnya lebih tertumpu kepada seorang chef perempuan muda yang bernama Adlina. Adlina bergerak ke kanan, matanya ke kanan. Adlina bergerak ke kiri, matanya ke kiri. Ketua chef, Pak Cik Bani di dapur itu menggeleng sendirian melihat gelagat putera kedua Negara Darwish itu.   
“Haq nak makan?” soal Pak Cik Bani. Penat juga dia melihat  Tengku Dhiya’ul Haq yang asyik duduk menongkat dagu itu. Dia yang sudah biasa dengan putera itu daripada kecil, hanya memanggil Haq dengan namanya sahaja.
“Tak apa, pak cik. Haq tak lapar,” jawab Haq mesra, melarikan pandangannya ke arah wajah tua Pak Cik Bani pula.
“Dah tu, buat apa kat sini, Tengku? Membuang masa?” suara kecil yang dinanti-nantikan oleh Haq daripada tadi kedengaran. Haq menyuakan senyuman kepada Adlina.
“Tak lah. Saya tengah buat kira-kira.” sindir Haq dengan senyuman manisnya. Sungguh kontra! Dilihatnya Adlina menjelingnya. Haq tersengih lagi. Dia memang suka mengusik gadis itu. Entahlah, sejak Adlina mula bekerja di dapur itu beberapa bulan yang lalu, dia sudah tertarik. Tiada siapa yang tahu aktivitinya di masa lapang itu selain dayang-dayang dan pengawal-pengawal yang masuk ke dapur istana untuk makan ketika dia berada di situ.
         “Kira bawang yang Pak Cik Bani kupas?” Adlina menempelak lembut, dengan matanya dijengilkan.
         Belum sempat Haq membalas, Pak Cik Bani sudah mencelah.
         “Bercinta kat sini pula dia. Haq, kan tak siap makanan malam ni,” ucap Pak Cik Bani. Haq ketawa senang hati. Dia suka apabila Pak Cik Bani menyebut bahawa dia sedang bercinta, padahal mereka tiada apa-apa.
         “Yalah. Yalah. Pak Cik Bani dah menghalau. Haq pergi dululah.”
         Dalam perjalanan kembali ke kediamannya, Haq singgah di kediaman kakandanya, Iwana. Kelihatan gadis yang tua dua tahun daripadanya itu sedang mencari sesuatu di rak buku.
         “Akak buat apa?” tanya Haq selepas member salam. Dia duduk di kerusi hadapan meja kerja. Kakandanya berpaling dengan sebuah buku yang tidak kurang tebal di tangannya.
         “Buat research sikit. Haq ni, mesti daripada dapur. Pergi mengacau Lina, kan?”  balas Iwana lalu duduk. Dia adalah satu-satunya kakanda Haq, jadi semua rahsia Haq diketahuinya termasuklah rahsia hati pemuda itu.
         “Syhhh…” Haq meletakkan jari telunjuk di bibir.
         “Tak ada oranglah dalam bilik kerja ni. Tak payah hendak berahsia sangat dengan akak.” Iwana menjulingkan matanya.
         “Manalah tahu. Orang cakap, dinding pun ada telinga,” balas Haq. Memang dia agak berhati-hati. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu bahawa dia mengukai chef junior itu. Bonda dan ayahanda tentunya tidak tahu.
         “Itu orang cakap. Akak cakap, dinding bilik kerja akak ni sound-proof, insyaAllah.”
         “Yelah. Yelah.” Bercakap kakandanya itu, memang dia tidak akan menang.
         “Betullah, kan? Haq memang pergi kacau Lina.” Iwana membuat kenyataan.
         Haq menggaru-garu kepalanya yang memang tidak gatal. Segan, “Mana ada kacau. Haq cuma jenguk sahaja.”
         Iwana menggeleng melihat gelagat adindanya sebelum mengusik, “Iyalah tu. Orang tengah angau memang macam tu. Tengok sesaat pun dah okey, kan?”
         “Eh, mana akak tahu? Akak pernah angau ke?” balas Haq selamba.
         “Ish… ketuk kepala kang.” Iwana menjengilkan matanya. Dia tidak mahu berbincang tentang kisah cinta hidupnya tetapi kisah cinta adindanya. Lagipun, dia mana ada kisah cinta setakat ini! Tiba-tiba, dia melihat Haq tersengih sendiri. Hah, sempat pula budak ni mengelamun.
         “Dahlah, Haq. Kalau datang sini hendak berangan kahwin dengan Lina, baik Haq balik. Kalau tak, ada baiknya Haq tolong akak,” tegur Iwana.
         Haq tersengih. Nampaknya, kakandanya sudah mula serius. Iyalah, Iwana ada seorang puteri mahkota. Dia tahu, gadis itu memang sentiasa sibuk. Betul kata kakandanya, lebih baik dia membantu kakandanya itu daripada berangan kahwin dengan Lina yang entah bila akan tercapai impian itu.

** ** ** ** ** ** **

Haq mengaminkan doa yang dibacanya sebelum diaminkan juga oleh ayahanda, bonda dan kakandanya. Kemudian, dia bergerak menghampiri mereka untuk bersalaman. Ini adalah aktiviti mingguan mereka, iaitu bersolat jemaat bersama-sama. Oleh kerana tidak berpeluang melakukan perkara ini setiap kali solat, mereka sekeluarga membuat keputusan bahawa dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali mereka perlu bersolat jemaah.
         Dahulu, tentulah ayahanda yang menjadi imam mereka. Sekarang, ayahanda sudah member tugas itu kepada Haq. Lagipun, Haq sudah pun berusia dua puluh dua tahun. Pemuda seusia ini, memang patut sudah reti menjadi imam solat keluarga.
         “Haq, bonda perasan bacaan ayat suci Haq sudah semakin luas,” puji bonda, Permaisuri Iman, ketika dia menyalami wanita itu.
         Haq menguntum senyuman manis. “Alhamdulillah, bonda. Haq pun masih dalam proses belajar lagi juga.”
         “Alhamdulillah. Bagus tu, Haq. Nampaknya, Haq sudah dewasa,” sambut ayahanda, Tuanku Muhammad Danish pula.
         Iwana tersengih, “Maksudnya, Haq sudah boleh kahwinlah kan, ayahanda, bonda?”
         Haq membulatkan mata kepada kakandanya, menghantar amaran supaya gadis itu tidak membongkar rahsia hatinya kepada ayahanda dan bonda.
         “Kalau ada calon, apa salahnya. Lagipun, Haq sudah habis belajar. Ayahanda dulu pun kahwin lepas habis belajar walaupun ketika itu bonda masih lagi belajar,” balas Tuanku Muhammad Danish, membuka sedikit hikayat kisah zaman mudanya bersama Permaisuri Iman.
         Haq dan Iwana tersenyum mendengar kata-kata ayahanda mereka. Mereka beruda sudah tahu hikayat ayahanda dan bonda mereka dahulu tetapi mendengarnya berulang-ulang kali tidak langsung memudarkan perasaan teruja mereka.
         “Ayahanda, macam mana ayahanda tahu bahawa ayahanda sudah bersedia untuk berkahwin?” soal Haq. Ketika ini, hanya mereka berempat berada di bilik solat itu. Lalu, dia tidak segan bertanya hal-hal peribadi kepada ayahanda dan bondanya.
         “Tanya pada Allah, Haq. Setiap hari kita perlu mengadu pada Allah dan akan sampai satu masa bahawa Haq akan rasa sudah sampai masanya Haq hendak menghalalkan perasaan yang Haq alami. Ketika itu, insyaAllah, Allah akan datangkan keyakinan dalam diri kita,” jawab Tuanku Muhammad Danish. Dia dapat merasakan bahawa ada maknanya anakanda lelakinya itu bertanya soalan sedemikian, namun dia tidak bertanya lebih lanjut.
         Iwana dan Haq mengangguk manakala Permaisuri Iman pula menguntum senyuman mendengar ucapan tersebut. Sesi selepas solat itu seperti sudah menjadi slot pendek kursus perkahwinan pula.
         “Dalam masa yang sama, kita juga perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu rumah tangga. Bukan sekadar ada perasaan hendak kahwin tetapi tak tahu apa-apa tentang perkahwinan. Perkahwinan itu adalah untuk seumur hidup, bukan untuk hari pernikahan itu sahaja. Berpuluh-puluh tahun kita hendak hidup dengan pasangan kita, sebab itu kita kena minta tolong pada Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Kalau kita masih berasa belum bersedia, maknanya kita masih perlu mempersiapkan diri kita,” sambung Tuanku Muhammad Danish sambil memandang kedua-dua anakandanya. Kata-kata itu bukan hanya ditujukan buat mereka berdua tetapi kepada dirinya juga. Dia juga masih belajar untuk menjadi suami yang terbaik walaupun sudah lebih dua puluh tahun usia perkahwinannya bersama Permaisuri Iman.
         “Wana dan Haq sudah ada calon ke?” celah Permaisuri Iman, dengan senyuman. Dia mengerling suaminya seketika. Kemudian, dilihatnya Iwana menjeling kepada Haq yang tiba-tiba pula mengurut leher itu. Dia sudah bertahun-tahun hidup, jadi dia faham gaya badan anakanda-anakandanya.
         “Ayahanda dan bonda tak kisah siapa yang anakanda pilih. Bonda dulupun rakyat biasa sahaja,” sambung Permaisuri Iman apabila Iwana dan Haq tidak menjawab.
         “Rakyat biasa yang luar biasa pada pandangan ayahanda,” sampuk Tuanku Muhammad Danish, menjeling manja ke arah permaisuri hatinya itu.
Lantas, Iwana dan Haq tersengih apabila bonda mereka menampar lembut lengan ayahandanya. Mereka berdua bahagia melihat ayahanda dan bonda mereka yang masih lagi mesra itu.
 
** ** ** ** ** ** **

“Saya ada hadiah untuk awak.”
         Lina mengangkat wajah daripada hidangan yang diuruskannya. Dia memandang sekeliling sebelum memandang pemuda itu dengan kerutan. “Hari ini hari jadi kakanda Tengku. Kenapa pula saya yang dapat hadiah?”
         “Saya dah bagi hadiah pada kakanda saya. Giliran awak pula,” jawab Haq dengan sengihan.
         “Tapi hari ini bukan hari jadi saya,” balas Lina. Kemudiannya, dia bergerak untuk memeriksa makanan-makanan lain. Makanan-makanan pada majlis ulangtahun hari jadi Tengku Iwana itu adalah dibawah seliaannya. Dia juga bimbang orang akan memandang dia pelik jika berbual-bual dengan Tengku Dhiya’ul Haq.
         “Tak apalah. Saya tetap hendak beri hadiah pada awak tapi hadiah awak ada di dapur. Saya tak boleh bawa ke sini sebab hadiah awak akan hilang nanti. Nanti awak boleh tuntut hadiah awak dengan Pak Cik Bani, ya?” ujar Haq sebelum berlalu.
         Lina memandang tubuh lelaki itu. Dia kemudiannya menggeleng sendiri. Macam-macam sungguh karenah anakanda Raja mereka itu. Namun, dia tetap ingin tahu apa hadiah yang akan dituntutnya daripada Pak Cik Bani nanti. Nampaknya, Pak Cik Bani telah berkonspirasi dengan Tengku Dhiya’ul Haq.
         “Hai, Lina.” Tegur seseorang.
         Lina pantas berpaling kerana dia kenal benar akan suara tersebut. Tengku Iwana. Lalu, senyuman manis diukir untuk gadis yang berdiri di sebelahnya itu. “Tengku, Selamat Ulangtahun Hari lahir,” ucap Lina seraya menundukkan kepalanya seketika sebelum mengangkatnya kembali.
         “ Terima kasih. Terima kasih juga sebab sudi sediakan makanan untuk majlis ini,” balas Tengku Iwana.
         Lina menggeleng sendiri. Tengku Iwana memang ramah dengan staf istana, “Memang tugas saya, Tengku. Tak perlu ucapkan terima kasih.”
         “Ucapan terima kasih itu perlu sebab ia akan mengeratkan hubungan kita, Lina,” balas Tengku Iwana sebelum mengambil sebiji pinggan kecil untuk diisi makanan yang ada di situ. Lina membantu Tengku Iwana.
         “Lina, kalau saya minta satu hadiah daripada awak, boleh tak?”
         Bulat mata Lina mendengar soalan Tengku Iwana. Terkebil-kebil dia memandang puteri mahkota Darwish itu. Hadiah untuk Tengku Iwana??? Manalah dia ada duit untuk membelikan hadiah kepada Tengku Iwana. Takkanlah dia hendak menghadiahkan barangan yang murah? “Tengku…”
         “Saya bukan hendak minta sesuatu yang susah. Senang sahaja, Lina. I promise. Boleh?” Tengku Iwana memotong.
         Lina semakin serba-salah, “InsyaAllah, tengku. Saya akan cuba usahakan.”
         Tengku Iwana menguntum senyuman sebelum menghampiri Lina. Dia berdiri sekaki daripada chef junior itu. “Lina, it will make me happy if the answer will be a yes.” Kemudiannya, Tengku Iwana berlalu daripada situ begitu sahaja.
         Sekali lagi dia terkebil-kebil. Sebenarnya, dia tidak faham apa yang ingin dikatakan oleh Tengku Iwana. Tadi, Tengku Iwana menginginkan hadiah daripadanya. Kemudian, Tengku Iwana mahukan jawapan ‘Yes’. Apa sebenarnya hadiah yang diingini oleh Tengku Iwana dan ‘Yes’ itu pula untuk apa? Pening kepalanya.
         Selesai majlis sambutan hari lahir Tengku Iwana, Lina terus berlalu ke dapur istana. Tugasnya di situ sudah selesai. Tugas memantau dan mengemas makanan dan dewan itu pula adalah tugas orang lain. Di dapur istana, dia melepaskan penat lelahnya pada hari itu.
         Pak Cik Bani yang perasan kepulangan Lina di dapur istana itu hanya membiarkan juniornya itu berehat untuk seketika. Pak Cik Bani adalah ketua chef istana, jadi dia hanya memantau sekali sahaja majlis ulangtahun hari jadi Tengku Iwana tadi sebelum kembali ke dapur istana untuk tugas-tugas yang lain.
         “Macam mana majlis tadi, Lina?” soal Pak Cik Bani berbasa-basi.
         “Alhamdulillah, meriah juga pakcik. Makanan pun Alhamdulillah cukup dan semua orang nampak berpuas hati,” jawab Lina.
         “Penat sangat pula pak cik tengok Lina.”
         “Penatlah sikit pak cik.” Lina tersengih. Malu pun ada dengan Pak Cik Bani. Iyalah, dia masih muda tapi sudah mudah penat seperti orang tua pula.
         “Dalam peti tu ada sesuatu untuk kamu. Tengoklah di tingkat lima” Pak Cik Bani menunjuk ke arah peti sejuk dapur istana di belakang Lina.
         Lina segera berpaling. Dalam kepalanya sudah tergambar makanan yang enak tersimpan untuknya. Apatah lagi, dia hanya sempat melapik perutnya dengan roti sahaja untuk sejak pagi tadi. Dibuka pintu peti sejuk itu dan dia menjengah ke tingkat lima peti sejuk itu. Apa yang dia adalah satu papan yang dipenuhi dengan 6 biji kek cawan. Lina berpaling kepada Pak Cik Bani. “Cupcakes ini kah, pak cik?”
         Apabila pak cik Bani mengangguk, Lina mencapai papan kek cawan itu dan menariknya keluar. Seketika kemudian, dia terkebil-kebil memandang kek-kek cawan yang sudah berapa di atas meja. Lima kek cawan yang mempunyai bentuk hati manakala sebutir lagi ada tertulis ‘Will You Marry Me?’ 


Bulat mata Lina sebelum dia memandang Pak Cik Bani. “Pak cik, apa ni?”
         Pak Cik Bani kemudian ketawa apabila dirasakan Lina sudah salah faham. “Bukan dari pak cik, Lina. Daripada Haq.”
         Lina menarik nafas lega apabila kek-kek cawan itu bukanlah daripada Pak Cik Bani namun, apabila ketuanya itu menyebut nama Haq, dia terkedu. “Haq???”

 
         ** ** ** ** ** ** **

Lina meramas jari-jemarinya. Kepalanya daripada tadi menunduk kerana tidak berani memandang dua insan ahli keluarga diraja di hadapannya sekarang ini.
         “Macam mana, Lina? Apa keputusan Lina?” soal Permaisuri Iman. Wajahnya dihiasi senyuman kerana dia tidak mahu Lina terlalu gementar.
         Lina diam lagi. Dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Dia sekarang sedang menghadap Permaisuri Iman dan Tengku Iwana gara-gara Tengku Dhiya’ul Haq yang membuat kek cawan untuk melamarnya. Tahulah dia adalah seorang chef, tapi perlukah melamar menggunakan kek? Tapi cara itu pun romantik juga sebenarnya.
         “Hari tu saya sudah cakap pada Lina, it will make me happy if the answer will be a yes,” ujar Tengku Iwana pula.
         Lina terdiam lagi. Ooo… inilah rupanya perkara yang diperkatakan oelh Tengku Iwana pada majlis ulang tahun tempoh hari.
         “Lina tak sukakan Haqkah?” tanya Permaisuri Iman lembut. Nampak seperti Lina susah hendak memberikan jawapan. Adakah gadis itu sudah mempunyai pilihan sendiri?
         “Bukan macam tu, Tuanku. Saya tak pernah bencikan Tengku Haq,” jawab Lina.
         Permaisuri Iman tersenyum, “Lina tersalah jawapan ni. Saya tak pun cakap Lina bencikan Haq. Lina jangan risau. Saya tak akan marah jikalau Lina hendak menolak. Mungkin Lina sudah ada kekasih?”
         Lina menggeleng, “Tak ada, Tuanku.”
         “Jadi, kenapa Lina masih belum ada jawapan? Lina ada masalahkah?” soal Permaisuri Iman lagi.
         “Saya keliru, Tuanku. Saya hanya kuli istana. Saya tidak layak untuk perkara-perkara sebegini,” ujar Lina jujur.
         Iwana berpandangan dengan bondanya sebelum mereka berdua memandang Lina kembali, “Lina, kami tak pernah menganggap staf istana sebagai kuli. Malah, kami sudah mengganggap kita semua sebagai satu keluarga yang saling memerlukan dan membantu antara satu sama lain. Jangan terlalu rendah diri, Lina.”
         “Apa maksud Lina dengan tidak layak? Sebab Lina bukan berdarah diraja? Lina, awak pun tahu saya juga rakyat biasa dahulu,” sambung Permaisuri Iman pula.
         Lina mula serba salah, “Saya tidak bermaksud hendak menghina Tuanku. Maafkan saya.”
         Permaisuri Iman ketawa. “Tidak, Lina. Tidak timbul hal hina-menghina di sini. The point is, sekarang ini awak jangan fikirkan sangat perbezaan taraf. Di mata Allah, kita semua sama sahaja, Lina. Apa yang membezakan kita hanyalah taqwa kepada-Nya.”
         Lina hanya mengangguk mendengar tazkirah pendek daripada permaisurinya itu.
         “Ataupun, Lina tak yakin bahawa Haq boleh menjadi suami yang baik untuk Lina?” soal Iwana pula. Mereka berusaha mencari penyelesaian kepada kenapa Lina susah hendak menerima Haq. Hakikatnya, mereka tidak tidak jika Lina menjadi isteri Haq.
         “Bukan begitu, Tengku. Saya yang tidak yang saya boleh menjadi isteri kepada Tengku Haq,” jawab Lina, masih menunduk daripada tadi.
         Permaisuri Iman menggeleng sendiri. Gadis di hadapannya itu sungguh degil. “Lina, cuba angkat wajah awak. Pandang saya,” arah Permaisuri Iman akhirnya.
         Lina mula kecut perut mendengar suara Permaisuri Iman yang sudah mula timbul nada arahan itu. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya, memandang dua insan di hadapannya. Namun, apa yang dilihatnya adalah wajah-wajah yang penuh dengan senyuman manis.
         “Lina, jawab pendek sahaja kepada soalan saya ini. Lina sukakan Haq atau tidak?”
         Lina terkelu seketika. Hendak kata dia tidak suka, tidak juga. Hendak kata dia suka, dia sendiri keliru. Hakikatnya, dia sudah fikirkan perkara ini selama beberapa hari sudah.
         “Sudi tak Lina jadi menantu saya?” lamar Permaisuri Iman sendiri, bagi pihak anakanda lelakinya.
         Lina jadi tergamam. Permaisuri Iman melamarnya!


         ** ** ** ** ** ** **


Beberapa tahun kemudian…

“Teringat pula saya, betapa susahnya awak hendak menerima saya dulu,” ujar Haq kepada isterinya yang berada di sisinya di kepala katil itu. Di tengah-tengah mereka, terdapat seorang insan kecil yang sangat dikasihi oleh mereka berdua. Haq mengusap kepala si kecil cinta hati mereka itu.
         Lina menguntum senyuman, “Jodoh, bukanlah perkara main-main. Mestilah Lina perlu fikir masak-masak dahulu. Lagipun, awak tu adalah seorang putera, bukan sebarangan orang.”
         Sebenarnya, mereka sedang berbincang tentang lamaran daripada seorang menteri untuk menjodohkan kakanda mereka dengan anaknya. Memang Tengku Iwana masih belum berkahwin sedangkan mereka berdua sudah mempunyai seorang anakanda yang bernama Tengku Uqail.
         “Sampai bonda sendiri melamar awak untuk saya, baru awak terima saya.” Haq memandang wajah isteri yang dinikahinya beberapa tahun yang lalu.
         “Lamaran Permaisuri, mana berani saya hendak tolak,” balas Lina, sengaja mengusik suaminya. Haq tersengih sebelum mencuit hidung si isteri. Dia tahu isterinya bergurau sahaja.
         “Alhamdulillah. Sekarang awak sudah menjadi milik saya. Dulu awak chef diraja untuk semua. Sekarang, awak adalah chef diraja yang esklusif untuk saya seorang.” Haq tersenyum.
         “Ya, hanya untuk awak,” sambut Lina, membalas senyuman suami yang tercinta.

-TAMAT-

14092012. 0507.
        
untuk kisah Iwana, sila ke KHB.


sebarang kesilapan ejaan, sila maafkan cik haliban.
 

KOMEN PLEASE~ TQ.
Read more...

Sabtu, 28 Julai 2012

KHB @ IU Special

Iwana leka menggunakan aplikasi Photoshop untuk menyunting gambar-gambar yang telah dipindahkan dari kad memori kamera ke komputer peribadinya. Sekejap tetikus dibawa ke kiri, sekejap dibawa ke kanan. Seronok benar dia melakukan hobinya yang satu itu. Sesekali, dia mneghirup kopi yang disediakan.
         Ulwan yang keluar daripada bilik kerjanya mengangkat wajah daripada fail di tangan. Ruang tamu kondominium yang didiaminya bersama Iwana sekarang itu diperhatikan sekali sebelum dia memandang si isteri yang tidak mengendahkan kehadirannya itu. Khusyuk sungguh wanita kesayangannya itu.
         “Sayang…” Ulwan menapak dan duduk di sisi Iwana di sofa. Fail di tangan diletakkan di sebelah komputer riba isterinya.
         “Awak, dah siap kerja?” Iwana mengukir senyuman buat suaminya.
         “Belum. Tengah fikir sesuatu. Awak buat apa?” Ulwan memandang hasil kerja Iwana. Gambar bunga yang jelas berlatar pemandangan yang tidak beberapa jelas itu memang cantik. Ditambah lagi penambahan ayat suci al-Quran di situ. Gambar itu tampak menarik.
“Tak ada apa-apa. Kerja biasa. Awak hendak air? Saya buatkan ya?” Iwana mula bangun apabila Ulwan mengangguk. Sebentar kemudian, Iwana kembali bersama secawan kopi.
“Terima kasih, sayang,” ucap Ulwan sebagai penghargaan buat isterinya. Ucapan terima kasih sahaja tetapi Iwana sendiri sudah berasa bahagia. Sebelum Ulwan minum, dia menyuakan cawan tersebut kepada Iwana terlebih dahulu. Satu perkara baru yang dipelajari oleh Iwana, dia akan disuakan minuman untuk minum terlebih dahulu walaupun satu sisipan sebelum suaminya minum di tempat yang sama. Sunnah Rasulullah, kata Ulwan.
“Herm… sedap kopi yang sayang buat. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi ya.” Ulwan menyengih.
“Untuk cinta merah warnanya, untuk awak yang tersayang apa salahnya,” balas Iwana berpantun selamba.
Ulwan ketawa kecil. Dia tidak menyangka Iwana akan membalas pantun dua keratnya. Tiba-tiba rasa comel pula apabila mereka berpantun, bunyi seperti orang Melayu Asia pula.
“Orang dahulu bersugi guna siwak, boleh tak nak pinjam riba awak?”
Erk… Iwana mengangkat sebelah kening. Dipandang ribanya sebelum memandang Ulwan kembali. Mereka berpandangan seketika sebelum Iwana mula memahami apa yang dipinta oleh suaminya.
Ulwan melabuhkan kepalanya di riba Iwana apabila isterinya menepuk-nepuk riba beberapa kali tanda permintaannya akan dipenuhi. Setelah dia selesa begitu, Ulwan berasa rambutnya diusap lembut.
“Manjanya,” ujar Iwana apabila melihat riak wajah suaminya yang nyata senang dibelai begitu.
“Dengan awak dan bonda sahaja. Dengan orang lain, tak berani.” Balas Ulwan lalu ketawa kecil dengan jawapannya sendiri.
“Oh… dengan bonda pun awak manja begini ya. Ingatkan tough sangat. Habislah kalau peminat awak tahu awak manja macam ni,” ucap Iwana. Tangannya mula merayau daripada ubun-ubun lelaki itu kepada wajah lelaki itu. Disentuhnya kening Ulwan, turun kepada pipi, pergi kepada hidung dan akhirnya turun kepada bibir. Namun, selepas itu, jari-jemarinya itu digenggam oleh Ulwan.
“Saya tak ada peminatlah, sayang.” Ulwan bermain pula dengan jari-jemari Iwana yang tadinya menari-nari di wajahnya.
“Mustahillah. Awakkan putera diraja. Kacak dan berbadan tegap pula tu. Senang cerita, jejaka ideallah. Tentu ramai gadis-gadis Jauzan yang meminati awak.” Apabila sebelah tangannya dipegang Ulwan, sebelah lagi tangannya mula bermain di kepala suaminya kembali.
“Bahagian putera diraja sehingga jejaka ideal tu betul. He. He. He. Tapi bahagian akhir sekali tu salah. Saya hidup di Jauzan sebagai rakyat biasa yang bekerja sebagai peguam. Lagipun, saya memang susah hendak keluar di media massa. Senang cerita, kehidupan saya langsung tidak ada kaitan dengan urusan pentadbiran negara. Kira saya seperti anak raja yang low profile la…” Ulwan memuji dirinya sendiri kemudiannya tersengih.
Iwana mencuit hidung suaminya, “Orang low profile mana boleh puji diri sendiri. Masuk bakul, angkat sendiri pula ya. Ish. Ish. Ish. Suami siapalah ni…”
“Tak kisahlah saya ada peminat atau tidak. Yang paling penting, sekarang ini saya ada awak. Alhamdulillah. You filled my heart. You completed my life. Dan kita berdua pula ada Allah.” Ulwan mencium jari-jemari isteri yang digenggamnya tadi.
“Mulut manis!” Iwana tersenyum.
Sebenarnya, dia juga bertuah dijodohkan dengan Ulwan. Suaminya itu adalah seorang hamba Allah yang baik. Ulwan adalah hamba yang taat kepada Allah dan sentiasa berusaha menjauhi laranganNya. Matlamat hidup manusia adalah beribadah kepada Allah dan hidup bersama Ulwan sudah menjadi satu cara untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Subhanallah…
         “Saya merancang untuk hidup dengan awak, bukan sahaja di dunia ini tetapi sehingga hereafter. Saya berharap saya layak untuk bersama awak di sana kelak,” ujar Ulwan,  merenung wajah isteri yang menunduk memandangnya itu. Kalau dahulu, dia perlu menjaga pandangannya namun setelah berkahwin dengan Iwana, dia bebas untuk merenung wajah tersebut dengan penuh rasa kasih.
         Iwana menggeleng sendiri mendengar ucapan suaminya, “That is supposed to be my line, honey. Awak seorang lelaki yang terlalu baik. Di sana kelak, dengan izin Allah, awak tentu akan dijanjikan dengan bidadari-bidadari yang jauh lebih cantik dan suci daripada saya. Saya bimbang saya saja yang tidak layak untuk awak.”
         Mata Iwana mula berair apabila terfikirkan kemungkinan dia tidak layak untuk memasuki Syurga Allah SWT, apatah lagi hendak berada di sisi Ulwan. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Aku tidak sanggup masuk ke nerakaMa namun aku tidak tahu jika aku layak masuk ke SyurgaMu!
         Ulwan  bangun daripada pembaringannya. Lantas, dia menarik Iwana supaya dekat dengannya. Dipeluk wanita itu penuh kasih sayang. “Kita bertemu kerana Allah, kita berkahwin kerana Allah dan kita bercinta kerana Allah. Kalau macam ini, kita kena sama-sama berusaha supaya kita dapat bersama di Syurga Allah dan juga agar kita dapat bersama-sama dengan Rasulullah juga kelak. Insya-Allah, Allah itu Maha Adil. Kalau kaum lelaki dihadiahkan bidadari, kaum perempuan pula Allah kurniakan bidadara. Herm… ini yang saya jeles dengan awak ni.”
         Iwana yang enak memeluk suaminya ketika itu tersenyum mendengar kata-kata akhir Ulwan. Usikan Ulwan itu dibalas dengan sesuatu yang tidak dijangka oleh suaminya.
         “Aaauuu…” Ulwan memegang telinga kirinya.
         “Sayang, sejak bila awak pandai buat macam ni? Nak kena dakwa ni!” sambung Ulwan. Bulat matanya memandang Iwana yang sudah tersengih nakal itu. Wanita itu kemudiannya melompat bangun dari sofa yang diduduki mereka.
         “Peguambela Raja Zulqarnain Ulwan, anda tidak boleh menuduh tanpa bukti,” balas Iwana, mula menjauh daripada suaminya.
         Terangkat kening Ulwan. Nampaknya, isterinya itu semakin nakal. Ulwan mula bangun dari duduknya. “Oh, wahai Yang Mulia Arif Tengku Iwana. Saya ada bukti yang kukuh. DNA Yang Mulia Arif tentu masih ada di telinga saya. Kalau saya hantar untuk penyiasatan lanjut, Yang Mulia Arif tentu akan bersalah!”
         Ulwan bergerak pantas ingin menangkap tubuh isterinya namun wanita itu lebih pantas melarikan diri. “Sayang, jangan lari!”
         Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepantas mana pun Iwana melarikan diri, nyata Ulwan lebih laju daripadanya. Akhirnya, Iwana terperangkap.
         “Nakalnya awak sekarang. Sengaja hendak goda saya, kan?” Ulwan berbisik perlahan.
         “Mana ada!” Iwana tiba-tiba berasa seram sejuk. Ini siapa hendak menggoda siapa ni?

Ulwan tersenyum melihat gelagat isterinya yang masih malu-malu kucing dengannya. Baguslah. Malu itu adalah keistimewaan yang sepatutnya ada dalam diri setiap Muslim. Tangan yang tadinya diletakkan di sebelah kepala isterinya dibawa ke dagu Iwana untuk mengangkat wajah wanita itu. Mereka bertentang mata seketika sebelum Ulwan mencium dahi isterinya penuh kasih.
         “Sebagai hukuman, yang tertuduh Tengku Iwana akan dikenakan hukuman hidup bersama saya selama-lamanya! Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dibangkang. Perbicaraan selesai,” ujar Ulwan dengan senyuman.
Iwana tersengih. Sekarang mereka sudah bertukar watak pula. “Saya rela, Yang Arif.”
Dahi bertemu dahi. “Awak sudah tiada pilihan, sayang. Be with me forever?”
 “Dengan izin Allah.”

-TAMAT-
20 Ramadhan 1433H
         
oookkkeeeyyy....

adakah episod ini sangat keterlaluan???

-editted, kalau ada yang dah baca sebelum ni, mohon maaf sebab masa tu cik haliban 'gedik' sgt... editted version ni mcm okay sikit kot. =P- 

Read more...

Isnin, 18 Jun 2012

KHB -10-

Iwana memerhati setiap lagkah gerak-geri anakanda saudaranya, Uqail. Hari ini, Haq dan Lina memintanya untuk menjaga Uqail. Ke mana perginya inang penjaga Uqail, dia tidak bertanya. Fikirnya, mungkin Haq dan Lina sengaja hendak dia menghabiskan masanya dengan Uqail tanpa berfikir tentang hal lain.
         Kanak-kanak berusia empat tahun seperti Uqail memang aktif, apatah lagi kanak-kanak lelaki. Daripada pagi tadi, dia berusaha menjaga dan bermain bersama Uqail. Dia melayani Uqail mewarna dan melukis, bermain bola di dalam kediamannya dan bermain perang-perang.
         Selepas Zohor, dia membawa Uqail keluar dari kediamannya. Habis sudah kediamannya bersepah ketika dia bermain dengan Uqail. Nasiblah dayang yang bertugas terpaksa membersihkan semua itu. Sambil memegang tangan Uqail, dia membawa kanak-kanak itu berjalan-jalan. Kadang-kadang, Uqail menarik tangannya supaya berjalan dengan cepat. Iwana hanya ketawa dan melepaskan pegangannya. Dia membiarkan Uqail berlari-lari sendiri.
         Melintasi sungai kecil yang mengalir di tengah-tengah taman itu, Iwana mendekai Uqail yang berhenti di atas jambatan kecil untuk melihat ikan-ikan kecil yang berenang.
         “Ikan tu warna merah!” Uqail menunjuk ikan-ikan yang sedang berenang dengan senang hati itu. Iwana merendahkan badannya, bertinggung supaya sama tinggi dengan Uqail. Air sungai kecil yang jernih itu membolehkan mereka nampak warna sebenar kehidupan sungai itu. Iwana memegang badan Uqail, berjaga-jaga suapa kanak-kanak itu tidak terjatuh. Tinggi tiang pagar itu memang sama tinggi dengan Uqail tetapi jarak antara tiang itu terlalu besar. Bimbang pula Uqail terselit dan jatuh.
         “Jom. Auntie nak pergi dapur istana, nak ikut tak?” soal Iwana.
         “Nak! Nak!” Bersungguh-sungguh Uqail menganggukkan kepalanya dan mula menarik Iwana untuk bergerak. Iwana ketawa sahaja. Seronok dia melayan anakanda saudaranya ini.
         Masuk ke dapur istana, Iwana disambut oleh beberapa orang dayang dan pengawal yang sedang berehat dan makan. Dia hanya menyuakan senyuman.
         “Tengku, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal salah sorang chef di dapur itu.
         Iwana hanya menggeleng. Kemudiannya, dia berpaling pada Uqail. “Uqail nak apa-apa?”
         “Aiskrim!” sahut Uqail, menjerit ceria. Iwana tersenyum. Dia meminta chef itu menyediakan aiskrim buat Uqail. Mereka duduk di meja yang sedikit jauh daripada dayang dan pengawal yang sedang makan di dapur istana itu. Iwana tersenyum melihat Uqail yang makan aiskrim dengan gembira sekali itu.
         “Uqail duduk sini, ya. Auntie nak masuk dalam sekejap,” ucap Iwana.
         “Okey!” jawab Uqail gembira. Kanak-kanak mana yang tidak gembira kalau dapat makan aiskrim. Makanan yang manis dan sejuk itu memang kegemaran kanak-kanak sedunia, tiada sesiapa dapat nafikannya.
         Iwana bangun meninggalkan anakanda saudaranya itu. Dia bergerak ke ruang dalam dapur, tempat chef-chef istana memasak.
         “Wana, nak apa-apa ke?” soal Chef Fawwaz, ketua chef istana yang sudah berusia itu. Keramahan Chef Fawwaz sejak dia masih kecil membuatkan Chef Fawwaz tidak memanggilnya dengan gelaran Tengku.
         “Tak ada apa-apa, pak cik. Saja Wana masuk,” ujar Iwana seraya duduk di satu bangku yang ada di situ. Dia sebenarnya seronok melihat mereka yang ada di situ memasak. Akhirnya, Chef Fawwaz melayaninya berbual sambil lelaki itu melakukan tugasnya. Sebagai ketua chef, Chef Fawwaz sangat mahir menguruskan dapur dan anak-anak buahnya.
         Beberapa minit kemudian, Iwana tersedar bahawa dia telah lama meninggalkan anakanda saudaranya. Lantas dia meminta dari daripada situ. Walau bagaimanapun, apabila dia keluar dari bahagian dalam dapur, kelibat Uqail tiada di situ. Matanya meliar ke kanan dan kiri.
         “Sudah... mana Uqail ni?” soalnya kepada diri sendiri. Iwana pantas membawa dirinya ke luar dapur istana itu. Ditoleh ke kanan. Tiada juga kelibat Uqail. Ditoleh pula ke kiri.
         “Auntie!!!” jeritan Uqail kedengaran, seperti jauh sedikit daripadanya. Apapun, hatinya sedikit lega kerata jeritan itu bukanlah jerita ketakutan tetapi jeritan penuh ceria. Iwana segera mencari anakanda saudaranya.
         “Auntie!” sekali lagi Uqail menjerit memanggilnya. Kali ini, matanya membulat kerana terkejut. Uqail sedang berada di atas pokok rambutan tidak jauh daripada dapur istana itu. Iwana segara mendekati kanak-kanak itu.
         “Uqail, kenapa panjat pokok ni? Bahaya!” ujar Iwana kepada kanak-kanak yang sudah berada di dahan yang tinggi.
         “Jom turun, Qail. Nanti jatuh,” pujuk Iwana lagi. Dia mengeluh apabila melihat Uqail menggeleng-geleng dan cuba lagi untuk memanjat lagi tinggi.
         “Qail, dahlah tu. Turun ya...” Iwana bimbang. Takkanlah dia hendak memanjat naik pokok rambutan itu untuk mendapatkan Uqail? Ish... Dia memerhati langkah yang diambil oleh Uqail dengan penuh kerisauan. Iyalah...apa-apa yang terjadi kepada Uqail, dialah yang bertanggungjwawab. Takdir Allah, kaki Uqail tidak kemas pada dahan yang baru dipanjatnya dan pegangan kanak-kanak itu terlepas.
         “Qail!!!”


  komen? ^_^

ataupun Star rating ya. *_*


cerita ni dah habis di blog sebenarnya.
Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Tapi cik haliban tak boleh nak bagi full access untuk cerita ini sebab cerita ini dlm penilaian penerbit dah. Okey.. entri selepas ini adalah KHB Special! ^_^
Read more...

Sabtu, 16 Jun 2012

KHB -9-

Iwana membetulkan tudung yang dipakainya. Dipandang wajahnya pada pantulan cermin di hadapan. Dia merenung matanya sendiri.
         “Apa yang kau dah buat ni, Iwana?” soalnya perlahan, kepada pantulan dirinya di cermin itu. Apabila tiada jawapan, dia mengeluh kecil. Perlahan-lahan, dia bergerak keluar dari kamarnya. Kata pembantu peribadinya tadi, Raja Zulqarnain Ulwan sedang menunggunya di bawah. Pemuda itu telah diamanahkan oleh Uncle Adi untuk menjadi peguam kepadanya. Sekali lagi dia mengeluh. Entah... Dia sebenarnya malu hendak berhadapan dengan pemuda itu. Apa tidaknya... Dahulu, dia menolak untuk dijodohkan dengan Ulwan. Sekarang, pemuda itu sedang menolongnya dalam kes ini.
         Tiba di tingkat bawah, Iwana melangkah ke bilik kerjanya. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.
         “Ya Allah, beri aku kekuatan,” ucapnya perlahan, sebagai doa.
         Seorang pemuda duduk di kerusi berhampiran meja kerjanya. Tentulah Raja Zulqarnain Ulwan. Pemuda itu berdiri dan berpaling apabila menyedari dia sudah berada di situ.
         “Tengku,” sapa pemuda itu.
         Iwana hanya membalas dengan anggukan sebelum mengalihkan pandangannya. Dia bergerak ke kerusi di meja kerjanya.
         “Tengku dah okey?” soal pemuda itu lagi?
         Iwana langsung tidak memandang wajah pemuda itu. Malu masih menyelubungi dirinya. Namun, dia tetap mengangguk sebagai jawapan.
         “Kalau macam tu, bolehlah kita mula,” ujar pemuda itu seraya kembali memandang fail di hadapannya yang dibaca sejak tadi mungkin.
         “Sekejap,” tahan Iwana. Ulwan mengangkat wajah.
         “Kanak-kanak lelaki tu... macam mana keadaan dia?” teragak-agak Iwana bertanya. Dia bimbangkan keadaan kanak-kanak itu. Mana tidaknya, walaupun dia tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di dalam bonet keretanya, dia tidak mahu menjadi sebab mengapa kanak-kanak itu sakit atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa.
         Ulwan mengukir senyuman nipis, “Saya sempat singgah di hospital tadi. Alhamdulillah, kanak-kanak itu sudah sedarkan diri tapi pihak polis masih belum soal kanak-kanak itu. Rasanya, kana-kanak itu memerlukan masa untuk hilangkan trauma terlebih dahulu,” jelas Ulwan, menglenyapkan separuh daripada kebimbangan Iwana. Iwana terangguk-angguk sendiri.
         “Okey. Masalahnya sekarang ini adalah ibu bapa kanak-kanak tu. Mereka hendak menyaman Tengku,” sambung Ulwan, menyatakan keadaan kes mereka.
         “Tapi saya tak tahu kenapa...” Iwana tidak menghabiskan ayatnya. Dia mengeluh lagi. Astaghfirullah... sudah berapa kali dia mengeluh pada hari ini.
         “Saya percayakan Tengku,” ucap peguam muda itu, menyentakkan Iwana. Iwana memandang Ulwan.
         “Awak... percayakan saya?” soalnya kembali, perlahan.
         Ulwan menyakan senyuman nipis dan mengangguk. “Dan Tengku perlu percayakan saya untuk membantu Tengku dalam kes ini.”
         Iwana terdiam seketika sebelum mengangguk. Dia perlu membuang rasa malunya. Kalau Uncle Adi mempercayai Raja Zulqarnain Ulwan untuk menjadi peguamnya, dia percayakan Uncle Adi. Kesimpulannya, dia percayakan Ulwan.
         “Erm... Awak panggil saya Tengku, saya kena panggil awak Raja ke?” soal Iwana teragak-agak. Dia sebenarnya janggal mendengar pemuda itu memanggilnya sebegitu. Apa tidaknya, pemuda itu sendiri adalah putera kepada Raja Jauzan. Kekok mendengar pemuda berdarjat itu membahasakan diri seperti orang kebiasaan berbicara dengannya.
         Ulwan ketawa mendengar soalan Iwana. Dia menggeleng, “Tengku boleh panggil saya Ulwan ataupun Wan,” jawab Ulwan dengan senyuman.
         “Kalau macam tu, panggil saya Iwana ataupun Wana,” balas Iwana, tersenyum hambar. Segan dia mendengar pemuda itu memanggilnya Tengku.
         Ulwan masih dengan senyumannya. Lega sedikit hatinya apabila berasa Iwana sudah serba sedikit menerima dirinya.

“Haih...” Iwana meletakkan kepala di atas lengannya yang dilunjurkan ke atas meja. Syazwina yang melihat itu hanya menggeleng sendiri.
         “Kenapa mengeluh pula ni?” soal Syazwina. Dia bimbangkan sahabatnya itu sebenarnya. Kejadian yang menimpa Iwana memang tidak pernah terlintas di fikirannya. Namun, Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Apa yang berlaku tentunya dibawah KehendakNya.
         “Entahlah. Rasanya, hari ini dah banyak kali aku mengeluh,” keluh Iwana lagi.
         “Kan tak baik mengeluh, Wana,” nasihat Syazwina pendek. Dia tidak mahu berceramah panjang kerana gadis itu sudah tahu.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah 'Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Anas r.a)[1]

                  “Aku tahu... Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang ni?” soal Iwana, masih dalam posisinya tadi, langsung tidak memandang sahabatnya itu.
         “Stress?” jawab Syazwina sekali gus bertanya.
         “Malu. Takut,” balas Iwana pula.
         Berkerut dahi Syazwina. Malu? Kalau Iwana cakap dia takut, Syazwina mengerti kerana sememangnya mereka tidak pernah menghadapi situasi ini tetapi kenapa perlu malu?
         “Kau nak malu dengan siapa ni?”
         Dari tangan yang melunjur itu, Iwana melipat kedua-dua belah tangannya dan menyembunyikan wajahnya. Syazwina mendengar Iwana mengeluh sekali lagi.
         “Wana...” panggil Syazwina apabila Iwana tidak menjawab soalannya.
         “Aku malu dengan semua orang. Ayahanda, bonda, Haq, Lina, Ulwan, kaum kerabat dan rakyat. Semua, Wina. Ayahanda dan bonda juga tentunya malu sebab ada aku sebagai anakanda mereka. Tengoklah apa yang aku dah buat. Hari itu, aku membantah cakap mereka. Sekarang, aku ditangkap polis pula. Mana mereka hendak letak muka mereka apabila media tanya, Wina? Rakyat pun tentu malu sebab ada aku sebagai puteri mahkota.
         Apatah lagi, sekarang Ulwan yang jadi peguam aku. Aku rasa terhina hendak berhadapan dengan dia tadi, Wina. Entah apa yang dia fikirkan pasal aku. Mungkin dia fikir ada baiknya aku tolak dia hari itu. Jikalau tidak, sekarang tentu dia dan kaum kerabatnya di Jauzan turut terlibat sama.” Iwana meluahkan rasa hati yang terbuku di hatinya sejak semalam. Pulang daripada balai polis semalam, dia terus menunaikan solat dan tidur. Apabila bangkit dari lenanya, inilah yang bermain di fikirannya sehingga sekarang. Hanya kepada sahabat baiknya itu sahaja dia dapat luahkan perasaan yang membebaninya.
         “Aku dah menyusahkan semua orang,” sambung Iwana.
         Syazwina yang mendengar itu terdiam. Dia bangun dari duduknya berhadapan dengan Iwana dan beralih ke kerusi sisi gadis itu. Bahu Iwana dipegang dan diusapnya lembut.
         “Sabar, Wana. Bukankah ada Allah ada berkata ‘tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[2]’. Allah timpakan ujian kepada kita tanda Dia sayangkan kita, kan,” pujuk Syazwina. Dia sendiri pernah melihat satu video seorang kanak-kanak Syria yang kehilangan kedua-dua belah tangannya dan sebelah penglihatannya tetapi masih mengucapkan Alhamdulillah. Hebat, bukan?
         “Sekarang ini, mungkin kau patut berhenti fikir tentang benda ni. Biar Ulwan tu yang uruskan semuanya. Kau percayakan dia, kan?” sambung Syazwina lagi.
         Iwana hanya mengangguk. Tiba-tiba rasa seperti tiada tenaga untuk menjawab.



[1] Himpunan Hadith Harian JAKIM (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=139)
[2] Surah Asy-Syarh 94:6

komen? ^_^
Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©