COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 20 April 2011

MCI -5-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Sampai di hadapan pintu bilik asrama yang dikongsi dengan tiga lagi mahasiswi lain itu, tangannya menyeluk beg sandangnya, mencari kunci pintu bilik. Dia tidak pasti sama ada rakan-rakan sebiliknya ada tau tidak di dalam bilik itu, namun dia tidak ingin mengangggu mereka jika mereka berada di dalam bilik. Dia tidak mahu mengganggu mereka berehat.
              Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melangkah masuk dengan kaki kanan sambil memberi salam. Dan salamnya dijawab oleh suara di sebalik compartment yang didiami Airi.
            “Lah, Kak Syuq. Asal tak ketuk je? Boleh Airi buka pintu.” Suara itu kedengaran tanpa melihat tuan punya badan. Syuqaira senyum mendengar kata-kata junior yang sebilik dengannya itu.
            “Tak apalah, Airi. Akak ada kunci,” jawabnya lalu melangkah masuk ke compartmentnya sendiri. Beg, buku dan plastik berisi polisterin makanan diletak di atas meja belajar. Itulah rutin menjadi mahasiswa-mahasiswi. Pergi kelas, belajar dan lepas habis kelas, pergi kafe beli makanan sebelum balik makan di bilik. Sebenarnya, itu rutin dia sahaja. Orang lain banyak sahaja yang makan di kafe terus.
            “Airi dah solat?” Soalnya apabila melihat jam sudah menganjak pukul 1.45 petang. Kelas dia akan bermula semula pada pukul tiga petang. Lalu, sempatlah dia berehat seketika sebelum ke kelas.
“Dah, akak.”Jadual kelas junior tahun satu itu pula, dia sudah hafal. Hanya pada hari Isnin Airi hanya ada kelas pada waktu pagi. Waktu petang, Airi tiada kelas. Seperti hari ini. Syuqaira menjenguk ke compartment Airi. Kelihatannya gadis itu sedang khusyuk membaca sesuatu dari skrin computer ribanya di meja belajar itu.
            “Buat apa?”
            Gadis itu menoleh dan tersengih.
            “Tak ada apa-apa. Ni tengah baca berita orang kaya. Menarik pulak.”
            Syuqaira menghampiri gadis itu. Artikel yang bertajuk ‘Orang kaya Sikh baru’. Tanpa dipinta, dia melabuhkan diri di atas katil di belakang gadis itu. Bukan tidak berminat untuk membaca artikel itu, tapi dia masih keletihan sebenarnya.
“Kat negeri mana tu? Berita hari ni ke?”
“Entah kat mana. Taman Lazuardi. Tak tahu berita bila. Artikel ni tak ada tarikh. Pak cik agama Sikh ni jadi jutawan baru.”
“Jutawan segera?” soalnya lagi.
“Taklah. Kat sini dia cakap, pak cik ni dah lama berniaga. Dia usaha sampai berjaya macam ni.”
Oh… Syuqaira mengangguk sendirian.
“Akak.”
Dia memandang Airi yang sudah pusing berpaling menghadapnya itu. Serasa pernah nampak wajah itu. Haha…wajah Airi kalau nak bertanya sesuatu, memang lain dari wajah kebiasaannya.
“Okey. Tanya je. InsyaAllah akak jawab.”
Gadis itu tersengih.  Dia membalas.
“Pasal pak cik Sikh ni kan, dia dah berjaya kat dunia. Airi tahu, Allah bagi kekayaan kat orang bukan Islam kat dunia ni supaya mereka tak boleh minta apa-apa kat Allah di akhirat nanti. Tapi Airi tetap tertanya, kenapa? Kenapa orang Islam sekarang tak berjaya seperti mereka? Okey, maybe ada la. Tapi tak ramai. Ekonomi negara kita ni dah ditakluk oleh orang-orang bukan Islam. Bukan negara kita sahaja tapi seluruh dunia jugak.”
Syuqaira diam. Mencari idea menjawab.
“Kenapa ya.” Dia bukan bertanya, sekadar mengulangi soalan gadis itu dan Airi mengangguk.
“Airi tahu apa maksud sunnatullah?”
Gadis itu terdiam seketika.
“Sunnah Allah? Tak pastilah akak. Sunnah Rasul selalu jugak dengar.”
Syuqaira mengangguk dengan jawapan itu. Benar juga kata Airi. Hanya perkataan sunnah Rasullullah yang selalunya ditekankan dalam masyarakat. Perkataan Sunnah Allah itu hanya digunakan sekali sekala.
“Sunnatullah atau Sunnah Allah tu maknanya perkara yang berlaku kat dunia ni mengikut undang-undang semula jadi yang Allah cipta. Contohnya, pokok rambutan. Kita tanam biji rambutan dalam tanah. Kalau tak siram, mengikut sunnatullah, pokok tu takkan tumbuh. Cuba kita siram, jaga dan bajai pokok tu, pokok tu akan tumbuh membesar, membunga dan menghasilkan buah. Itu lah sunnatullah. Peraturan semula jadi daripada Allah. Faham tak bahagian tu?”
            Melihat Airi mengangguk, dia menyambung kembali.
            “Untuk berjaya dalam hidup, ianya mengikut Sunnah Allah juga. Kalau kita berusaha, kita akan berjaya. Kalau tak berusaha, kita akan kalah. Tak bermakna akak nak cakap kebanyakan orang Islam tu tak berusaha. Kemungkinan besar, kebanyakan kita hanya berusaha sedikit dan tawakkal sahaja yang banyak.”
            “Kan tawakkal tu perlu, kak?”
            Syuqaira mengangguk.
“Betul tawakkal tu perlu, tapi tawakkal banyak usaha sikit tu tak boleh dik. Dalam Islam, ada satu prinsip yang dipanggil kesederhanaan. Bermaksud, dalam apa jua yang kita lakukan, kita kena balanced. Contoh dari segi dunia kita sebagai pelajar, tanggungjawab kita adalah belajar. Dari segi akhirat dan kerohanian, tanggungjawab kita adalah beribadah.
Islam menganjurkan supaya kita balanced anta dunia dan akhirat. Belajar pun kita buat, ibadah pun kita buat. Kita tak boleh terus tinggalkan belajar semata-mata untuk beribadah ataupun teruskan tinggal ibadah sebab nak belajar je.”
“Jadi, dalam konsep tadi tu orang islam kena berusaha sunguh-sungguh dan bertawakkal sekali gus? Sama-sama buat?” Airi menyoalnya.
Syuqaira mengangguk lagi.
“Betul. Ada orang bukan Islam, mereka nak berjaya kena usaha sahaja. Siang malam bekerja. Balik rumah pukul 5 pagi, pergi semula pukul 7 pagi. Ada yang tak balik rumah langsung. Itu usaha mereka. Dan mengikut sunnatullah, kalau berusaha akan berjaya. Tak kira orang tu Islam ataupun tidak. Itu memang hukum semulajadi yang Allah tetapkan.”
“Tapi kalau orang Islam tak boleh buat macam tukan, akak? Mereka tu macam materialism saja.” Airi mengemukakan pendapatnya.
“Betul tu. Orang bukan Islam ada yang berpegangan materialism, humanism, atheism, secularism dan macam-macam lagi. Some of them mungkin percaya Tuhan tu ada, tapi mereka tidak menerima Tuhan juga. Kehidupan mereka hanya untuk dunia.
Orang Islam yang memang dah berusaha, dah bertawakkal dan dah berusaha lebih lagi tetapi masih tak berjaya, itu Islam namakan sebagai ujian. Ujiankan Allah turunkan pada hambaNya untuk tengok tahap mana keimanan hambaNya[1] ni. Jadi, sebab tu kita diajar bersabar, tak kira ujian tu kita rasa berat seberat-beratnya ataupun biasa sahaja.”
“Allah takkan menguji seseorang melebihi tahap kemampuannya[2],kan?” soal Airi.
Yup. Dan Allah juga sudah berjanji bahawa Dia akan menunaikan janji-janjiNya[3]. Jadi, kita cuma perlu tunggu sahaja. Cepat atau lambat. Kalau ditunaikan di dunia, alhamdulilah. Jika ditunaikan di akhirat, itu adalah perkara yang lebih-lebih baik lagi.
Asalkan apa yang kita buat, satu pun tak asa yang bertentangan dengan ajaran Allah. Kalau nak berjaya dalam perniagaan, Islam atau tidak, jujur tu penting. Jangan ada riba, jangan ada berat sebelah, jangan ada rasuah. Semua tu corruptions. Bila dah namanya corruption, mengikut sunnatullah, dia takkan berjaya selagi tak berhenti dan bertaubat.”
“Erm… Betul.Betul.Betul.”
Syuqaira senyum dan bangun dari duduknya. Dia teringatkan nasi yang dibelinya tadi, masih belum dimakan.
“Okeylah. Airi dah makan? Akak nak makan ni. Jom makan sekali,” ajaknya. Gadis itu sudah senyum dan menggeleng.
“Airi dah makan. Maaf akak, ganggu akak rehat. Terima kasih sebab jawab soalan Airi.”
Syuqaira hanya mengangguk dan keluar dari compartment Airi. Perutnya perlu diisi.



[1] Surah Al-Ankabut 29 : 2 - 3
[2] Surah Al-Baqarah 2:286.
[3] Surah Ar-Rum, 30:60.

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©