COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 12 Ogos 2011

IAPH -5-

by *rokachet

Airi membelek-belek fail yang berisi gambar-gambar permata dan berlian yang diukir dalam pelbagai bentuk oleh salah seorang tukang ukir permata antarabangsa yang amat berbakat. Dia memerhati hasil-hasil tangan tukang ukir yang halus itu dengan penuh kagum dan dia pasti dia akan berpuas hati jika dia memberikan tugas kepada lelaki tersebut.
            “Macam mana, Kak Airi? Jadi?” Soal wanita yang berada bertentangan dengannya di ruang tamu Kediaman Iris itu. Airi tidak menjawab terus. Dia memerhati gambar-gambar itu beberapa saat sebelum menutup dan meletakkan fail tersebut di hadapan mereka. Kemudiannya, dia memandang Sufiah dengan senyuman.
            “Tapi tak susah ke Sufi hendak berhubung dengannya nanti? Dia ni bukannya orang Zamora. Nanti kalau hendak tahu perkembangan atau apa-apa, bukankah susah?” balas Airi. Walaupun dia memang mempunyai kuasa, dia tidak mahu terlalu menyusahkan orang bawahannya.
            “Kak Airi tak perlu risau. Hal-hal lain saya akan uruskan. Yang penting sekarang adalah sama ada Kak Airi setuju untuk beri projek ini pada dia taupun pada orang lain,” jawab pembantu peribadinya, penuh dedikasi kepada permaisuri Zamora itu.
Sejak dia menjadi permasuri, Sufiah hanya menggunakan panggilan ‘Kak Airi’ atau ‘akak’ semasa mereka berdua sahaja. Jika ada orang lain di sekeliling mereka, Sufiah akan menggunakan gelaran ‘Tuanku’ seperti yang sepatutnya. Dia pernah menghalang wanita itu daripada berbuat demikian tapi kata Sufiah, jika dia tidak begitu, orang akan memandangnya serong. Mungkin juga akan menimbul fitnah.
“Kalau memang dia yang terbaik, akak okey sahaja,” putus Airi. Dia melihat Sufiah mengangguk.
“Jadi, sekarang saya hendak ulang balik details projek ini.”
Airi mengangguk sahaja. Dia memang bangga dengan prestasi kerja pembantu peribadinya. Ternyata Sufiah bukan calang-calang orang. Wanita itu sudah menjadi pembantu peribadinya sebelum dia berkahwin dengan Tuanku Iman Hakimi lagi dan Sufiah tidak pernah melakukan kesalahan besar. Dia sendiri betul-betul percayakan wanita itu.
“Akak mahu permata tu diukir dalam bentuk bunga sakura dan dalamnya ada tertulis ‘Love’ dan ‘2018’,” ucap Sufiah.
Airi mengangguk kepalanya, mengiyakan apa yang dikatakan. Dia mendapat idea bentuk bunga sakura tersebut semasa anakanda bongsunya menunjukkannya gambar bunga tersebut.
“Warna permata pula biru, merah jambu dan putih,” ujar Sufiah lagi.
Airi mengangguk lagi. Permata biru itu adalah untuk anakanda sulungnya, Iman Hadif. Merah jambu pula buat Hafawati Khairiyah dan akhirnya permata putih untuk Huda Khairiyah. Permata-permata inin adalah hadiah yang ingin diberikannya kepada kembar tiganya itu apabila tiba ulangtahun hari lahir mereka tidak lama nanti. Dia berharap mereka akan sukakannya.
“Saiznya lebih kurang tiga kali tiga kali satu sentimeter (3cm x 3cm x 1cm).”
            Angguk lagi.
            “Dan akak nak projek ini siap paling lambat sebulan sebelum ulang tahun itu.”
            Airi senyum, “Yup. Excellenct, Sufi,” puji Airi. Iyalah, kadang-kadang dia perlu memuji orang-orangnya supaya mereka bersemangat bekerja.
            “Assalamualaikum, bonda.”
            Mereka berdua menoleh ke arah suara yang memberi salam. Airi menguntum senyuman buat Hadiya yang sedang menghampiri mereka berdua. Sufiah bangun berdiri dan meminta diri, meninggalkan anak-beranak itu berdua-duaan.
            Hadiya menyalami tangannya dan duduk di sisinya.
            “Baru balik sekolah ni, tak penat ke datang sini?” Airi tahu, tiga anakandanya yang terakhir akan pulang dari sekolah selepas Zohor. Jadi, kalau waktu-waktu begini biasanya Hafeeza, Hadiya dan Hariz akan membersihkan diri dan berehat seketika.
            “Taklah. Bonda, Diya nak minta izin ni.”
            Airi memandang anakanda kelimanya itu, “Nak keluar dengan kawan ke?”
            Hadiya menyengih, meperlihatkan sedikit giginya yang putih dan tersusun itu. “Lebih kurang macam itulah. Bonda ingat tak Isma?” soal Hadiya.
            Airi terdiam seketika. Mindanya mencari wajah kawan Hadiya yang dimiliki oleh pemilik bernama Isma dalam kotak memorinya. Seketika kemudian, dia memandang kembali wajah anakandanya itu.
            “Ismahani ke?” tanya Airi kembali. Sebenarnya dia tidak pernah bertemu dengan gadis bernama Ismahani itu cuma Hadiya pernah menunjuk gambar gadis itu kepadanya. Dia pula tidak menghalang Hadiya berkawan dengan Ismahani kerana gadis itu kelihatan baik sahaja.
            “Ha’ah. Lusa ada sepupu Isma kahwin. Dia ajak Diya pergi kenduri kahwin sepupu dia tu. Boleh tak, bonda?”
            Airi tidak terus menjawab. Menghalang bermakna mengekang hidup anakandanya daripada bersama kawan-kawannya tetapi memberi izin akan merumitkan keadaan. Walaupun Hadiya tidak terlalu terdedah kepada media massa tetapi dia bimbang pula ada yang mengenali anakandanya itu. Bukannya apa, bimbang juga mengganggu majlis tersebut nanti jika tiba-tiba sahaja kecoh bahawa terdapat puteri raja yang datang.
            “Diya janji takkan ada orang tahu itu sebenarnya Diya. Nanti Diya menyamar jadi orang biasa. Pengawal peribadi Diya pun.” Cepat sahaja anakandanya itu menyambung, berusaha memujuk agar dia memberi keizinan.
            “How about ajak Alang ataupun Kak Huda sekali? Tak pun Angah,” soal Airi. Dia bimbang jika ada berlaku keadaan-keadaan yang tidak mampu dikendalikan oleh gadis berumur empat belas tahun itu. Adalah lebih baik jika ada yang kakanda lebih tua bersamanya nanti.
            “Boleh?” soal Airi kembali apabila anakandanya tidak menjawab, seperti meminta keizinan pula tetapi sebenarnya dia tidak mahu anakandanya itu berasa dia dipaksa.
            Akhirnya, Hadiya mengukir senyuman, “Okey!”

by ~pOy95


USE RAMADHAN WISELY!
JGN LUPA KOMEN, YA?
ARIGATOU :)

5 komen:

Nadzipah berkata...

hah ha! itu ke idea Airi..Ok. tapi permata tu nanti mahu diletak di mana untuk Hadif? hehe..

semua kaum kerabat diraja ni memang pandai menyamar rupanya ye..^^

gud jod cik haliban*^^*

p/s: teruskan berada di langit biru.namun jangan sampai lupa bumi nan satu. =)

shahree(auni) berkata...

hehe...like100x ......tgk ank2 airi.....pndai dia ddik...hehehehe...smbung lgi..cik haliban...

iniakuyangpunyahati berkata...

tue mesti bapaknyer turun kn ilmu mcm ner nk menyamar kehkehekhe

cactaceous opuntia berkata...

wah..seronoknye menyamar..agak2 hadiya ajak spe ye?hee

mohaira berkata...

love this to .. hoho .. aah la hadif nak letak mana .. simpan buat kenangan jelah .. sambg lagi ehh .. kak haliban ..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©