COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 13 September 2014

Takdir Cinta (E&F) -21-


Fateh mengepit topi uniform juruterbangnya di sebelah kiri, sementaratangan kanannya menarik beg pakaian. Alah... gaya biasa seorang juruterbang setelah keluar dari pintu ketibaan lapangan terbang, memang begitu. Dia baru sahaja selesai menerbangkan pesawat peribadi daripada Zamora ke Darwish ini.
                “Kapten.”
                Fateh menoleh ke belakang. Keningnya diangkat kepada Johari, rakan sekerja yang bertugas sebagai peramugara itu. Kakinya diperlahankan agar pemuda itu berjalan seiring dengannya.
                “Kapten hendak ke mana selepas ini?”
                “Saya ada hal di istana,” jawab Fateh bersahaja. Sebenarnya, dia tidak mempunyai urusan penting, cuma mahu melawat dan bertemu dengan sahabatnya merangkap Putera Mahkota Darwish itu.
                “Oh...” Apa lagi yang Johari boleh katakan?
Hakikatnya, Fateh adalah seorang ahli kerabat diraja Zamora yang mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja Darwish. Selalunya, rakan-rakan sekerja satu syarikat dengannya tidak begitu hairan jika dia berkata dia mempunyai urusan rasmi kerajaan ataupun urusan istana.
“Kamu hendak ke mana pula?” soal Fateh kembali. Dia melangkah mendekati kaunter teksi berhampiran.
“Saya hendak check-in hotel dahulu, sebelum keluar berjumpa dengan kawan saya.”
Fateh mengangguk. Penginapan mereka memang ditanggung oleh syarikat, cuma dia sahaja yang ingin kembali ke kediaman persinggahan kerabatnya di Darwish ini. Lebih selesa rasanya. Selepas mendapat teksi yang ditempah, Fateh berpamitan dengan peramugara itu.
Kediaman persinggahan kerabat Zamora di negara Darwish ini terletak lebih kurang tiga puluh minit daripada lapangan terbang persendirian itu.  Setelah selesai membersihkan diri, Fateh memandu keretanya yang sedia ada di kediaman persinggahan tersebut menuju ke istana utama.
Lampu isyarat yang merah membuatkan Fateh memperlahankan keretanya dan berhenti. Kawasan lampu isyarat yang terletak berhampiran istana utama itu membuatkan tidak banyak kereta yang lalui kawasan tersebut. Bukan semua orang mempunyai urusan istana dan bukan semua orang dibenarkan untuk masuk ke istana.
Sebuah kereta SUV hitam melintasi hadapan keretanya yang berhenti di barisan hadapan sekali itu. Cermin kereta yang begitu gelap tidak mampu membuatkan pemandu dilihat daripada luar. Jika tidak salah, laluan kereta tersebut adalah laluan ke kawasan hutan yang terletak tidak jauh daripada kawasan istana utama itu.
Beberapa saat kemudian, kereta itu menghilang di sebalik sebuah selekoh dan sebuah lagi kereta berwarna hitam lalu di hadapan keretanya. Kali ini, Fateh dapat melihat pemandu kereta tersebut kerana cermin kereta tidak gelap dan kereta itu tidak bergerak begitu laju. Namun, rupa pemandu yang dilihatnya selama satu saat itu membuatkan Fateh tersentak. Dia seperti tidak percaya wajah yang dilihatnya tadi. Betulkah pemandu itu adalah... Ema?

Ema berpeluk tubuh dan bersandar pada bonet kereta. Pandangannya dihalakan pada air yang mengalir di celah-celah batu di kawasan bawah itu. Namun, mindanya memikirkan perkara lain. Kawasan air terjun di negara Darwish itu memang menarik, namun dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Hadirnya dia ke negara ini adalah kerana tugasannya yang terakhir. Tugasan mengintip pergerakan di negara luar menyebabkan dia perlu berhai-hati mengatur strategi dan langkahnya. Dia tidak boleh mengambil lewa tugasannya kerana tidak mahu melibatkan pihak berkuasa negara tersebut. Dari segi undang-undang, dia datang ke Darwish hanya sebagai seorang pelancong.
Tanpa disedarinya, seseorang bergerak menghampiri keretanya.
"Assalamualaikum."
Ema terkaku. Suara tersebut menegurnya namun Ema menjadi musykil apabila dia seperti mengetahui pemilik suara tersebut tanpa berpaling. Ema berdiri tegak dan perlahan-lahan menoleh. Alamak... Tekaannya betul-betul tepat.
“Hai, Ema. Memang awak rupanya. Saya macam ragu-ragu sedikit hendak menegur awak tadi,” sambung lelaki yang menegurnya itu.
Ema mengukir senyuman nipis. Macam mana lelaki ini boleh berada jauh daripada Zamora pula? Malah, takdir Allah menemukan dia dengan lelaki itu jauh dari negara mereka pula.
“Awak buat apa di sini?” soal Ema apabila lelaki itu bersandar pada bonet kereta berhampirannya.
“Kerja, penerbangan saya ke sini. Malam lusa saya balik ke Zamora. Awak pula buat apa di sini, Ema?” soal putera raja negara Zamora itu, Tengku Fateh Abqari, dengan kening yang terangkat.
Ema mengerti, lelaki itu sangat hairan mengapa dia berada di Darwish. Lagipun, pakaian yang sedang dipakainya ini sangat berlainan dengan pakaian kasualnya. Fateh tentu tidak pernah melihat dia berpakaian serba hitam, malah mampu memandu kereta hitam tempat mereka bersandar itu.
 “Kerja,” jawab Ema sepatah.
“Ooo... Awak kerja apa di sini?” Berkerut dahi lelaki itu.
 “Bos suruh saya datang ke sini, jadi saya kena menurut perintah,” jawab Ema. Dia tidak mahu mengulas tentang kerjanya. Tugasannya adalah rahsia dan dia tidak suka mencipta alasan yang tidak wujud.
“Okeylah. Awak tak mahu cakap, saya pun tak mahu memaksa. Tapi saya hendak tahu awak tinggal di mana. Dua hari saya di sini, kalau awak tak sibuk, bolehlah kita keluar makan sama-sama. Saya kenal beberapa tempat yang menyediakan makanan yang sedap. Okey?”
Ema diam seketika. Keluar makan bersama-sama dengan Tengku Fateh? Gadis lain mungkin akan menjerit kegembiraan, namun bukan dia. Dia berada di sini atas satu tugasan yang penting, malah melibatkan ahli kerabat diraja Darwish. Jikalau dia keluar bersama Tengku Fateh, seseorang mungkin akan melihat dia bersama lelaki itu dan mengenali dirinya.
“Ema? Boleh atau tak? Takkanlah awak sibuk sampai tak ada masa untuk makan?” soal lelaki itu lagi.
“Tak elok kita keluar berdua,” balas Ema, mencari alasan untuk menolak.
“Kita boleh pergi makan tempat orang ramai. No big deal. Kalau nak, saya boleh ajak Danish dan Iman sekali makan dengan kita.”
Bulat mata Ema. Makan bersama Putera dan Puteri Mahkota negara Darwish pula? “Eeeiii.... Saya tahulah awak keluarga mereka tapi saya bukannya kenal mereka pun.”
Fateh tersengih, “Kenapa pula awak tak kenal mereka? Semasa awak berkerja di rumah saya, awak sudah bertemu Danish dan Iman, kan? Mereka berdua juga sudah mengenali awak.”
“Hish... Besar sangat mandat saya untuk sesuka hati hendak makan bersama-sama pasangan diraja tu,” balas Ema, menyindir cadangan Fateh yang tidak masuk akal.
“Susah sangat ya awak hendak bagi tempat awak menginap di sini, Ema?” tanya Fateh, membalas sindirannya.
Ema menghela nafas, sebelum memandang lelaki yang mendesak itu. “Fine. Hotel Suria Puteri.”
KOMEN, PLEASEEE.... terima kasih! :)

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Best.. nk lagi.. dh lama tggu

Tanpa Nama berkata...

nak lagiiii >_< ^^.

nisha aini berkata...

Lamanya tgu.... pendek nyer... x puas baca...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©