COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 12 Mac 2012

CUD -akhir-

Irfan Waqi bin Muhammad. Husna memandang nama yang tertulis di dalam buku di hadapannya itu. Sebelum ini, hanya nama Irfan sahaja yang diketahuinya. Rasa seperti pernah dengar pula nama penuh insane yang bakal menjadi suaminya itu.
            “Husna.”
            Husna mengangkat wajah, memandang ayahnya di hadapan.
            “Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?” soal ayahnya.
            Husna terkebil-kebil seketika sebelum mengangguk dan segera menurunkan tandangannya di dalam buku tersebut tanda dia bersetuju dinikahkan dengan insan yang bernama Irfan Waqi dan diwalikan oleh ayahnya sendiri serta disaksikan oleh beberapa sanak saudaranya yang lain. Dia yang berada di dalam bilik itu, tentulah tidak tahu wajah insan yang bakal menjadi suaminya beberapa minit lagi.
            Setelah itu, dia hanya memandang langkah ayahnya keluar daripada bilik tersebut untuk ke ruang tamu yang menempatkan bakal suaminya, imam yang bertugas dan orang lain. Pintu biliknya yang terbuka itu membolehkan dia mendengar sedikit apa yang berlaku di luar sana. Hati Husna berdebar-debar. Dia memandang ibunya di sisi dengan senyuman gementar. Akhirnya, dia akan bernikah dengan anak saudara pensyarahnya. Akhirnya, dia akan menjadi seorang isteri.
            “Sah. Sah. Sah.” Tiba-tiba, semua orang menyebut perkataan tersebut dengan perasaan gembira. Husna menyentuh dadanya. Sebak mula mengusai diri. Dia sudahpun terlepas daripada tanggungjawab ayah dan ibunya. Dia sudahpun menjadi tanggungan seorang lelaki lain yang baru sahaja mempunyai hubungan halal dengannya.
            Badannya dipeluk oleh ibunya. Husna mengukir senyuman manis dalam sebaknya. Pelukan ibunya dibalas erat.
            “Terima kasih, ibu. Husna sayang ibu,” ujar Husna sayu. Dia cuba menahan airmatanya daripada keluar. Terasa ibunya mengusap belakangnya.
            “Mulai sekarang, Husna kena lebih muliakan suami. Ibu pun sayangkan Husna.”
            Jatuh mutiara matanya mendengar ucapan saying daripada ibu tercinta. Seketika kemudian, pelukan terlerai. Husna menyapu air matanya. Segan pula rasanya menangis di hadapan sanak-saudaranya.
            “Una… Selamat pengantin baru. Jangan lupakan saya,” Nuzha pula mengambil peluang memeluknya. Husna tersenyum manis, membalas pelukan teman baiknya.
            “Takkan saya hendak lupakan sahabat saya,” balas Husna. Kemudiannya, dia bersalam-salam dengan beberapa orang sanak-saudara perempuannya yang ada di sekitar bilik tersebut sebelum bising di pintu biliknya bahawa rombongan pihak lelaki hendak masuk ke dalam bilik tersebut.
            Husna duduk di birai katil. Semua orang memandang pintu bilik. Rombongan pihak lelaki masuk dimulakan oleh wanita yang baru menjadi ibu mentuanya. Husna kenal wanita itu kerana wanita itu juga datang ketika merisiknya. Kemudiannya, langkah wanita itu diikuti oleh Dr. Munirah serta beberapa orang gadis yang dia tidak berapa kenal.
            Husna bangun menyambut dan tunduk bersalaman dengan ibu mentuanya. Wanita itu mencium kedua-dua belah pipinya dengan mesra. Husna berasa senang hati. Senyuman manis terukir di bibirnya.
            “Terima kasih sebab sudi terima anak ummi,” ucap wanita tersebut.
            “Terima kasih juga sebab sudi terima Husna, ummi,” balas Husna malu-malu. Kemudiannya, dia berpelukan dengan Dr. Munirah. Begitu gembira pensyarahnya itu apabila Husna sudah bernikah dengan anak saudaranya itu. Selepas itu, Husna berkenalan dengan adik-beradik serta sepupu-sepupu perempuan kepada suaminya yang masih belum dilihat wajahnya sehingga saat itu.
            “Laluan. Laluan. Pengantin lelaki hendak masuk.” Pengumuman itu kuat kedengaran dari luar bilik menyebabkan orang yang bersesak-sesak di dalam bilik tersebut terpaksa bergerak ke tepi dan ada yang terpaksa keluar.
            Hati Husna semakin berdebar. Dia menundukkan pandangannya. Malu menguasai diri padahal pengantin lelaki itu sudah menjadi suaminya. Dia masih belum biasa membiarkan diri memandang seorang lelaki walaupun hatinya teringin sekali.
            “Safa’ Husna.” Satu suara garau yang kedengaran dekat dengannya itu membuatkan jantungnya seperti berhenti berdegup seketika. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya, walaupun dia sebenarnya malu dengan orang-orang sekeliling yang sedang memandang mereka berdua. Matanya perlahan-lahan memandang kaki insan di hadapannya, naik kepada tubuh badan yang berpakaian sama warna dengannya itu, naik kepada leher, dagu, bibir, hidung dan akhirnya mata pemuda yang sudah menjadi suaminya itu. Saat itu, dia dapat melihat keseluruhan wajah suaminya dan keadaan itu membuatkan matanya membesar seketika. Husna terkaku.
            “Awak…” perlahan suaranya keluar, hanya kedengaran kepada orang-orang yang berada berhampiran dengan mereka berdua sahaja. Husna melihat bibir pemuda di hadapannya itu mengukir senyuman manis dan suaminya itu mengenyit sebelah mata ke arahnya. Bulat mata Husna sebelum dia menunduk kembali. Malu!
            + + + + +
Mereka berdua duduk bersila di atas katil, saling berhadapan, lutut saling bertemu. Husna memandang Irfan. Irfan memandang Husna sambil menggenggam jari-jemari isterinya itu. Malam ini baru mereka berpeluang untuk berbual dan saling bertaaruf sebenarnya. Sebelum ini, mereka sibuk dengan majlis menyambut menantu di kedua-dua belah pihak.
            “Jom main Twenty Questions, nak?” soal Husna mengukir senyuman. Dia cuba mengusir perasaan malunya walaupun ini pertama kali dia berkeadaan begitu dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya.
            Terangkat kening Irfan. Bibir pemuda itu mengukir senyuman nakal, “Dua puluh sahaja, sayang?”
            Husna terdiam mendengar panggilan manja yang ditujukan untuknya itu. Dia menoleh ke arah lain, tidak menjawab usikan si suami. Sudahlah tangannya dalam genggaman Irfan, dia tidak boleh lari ke mana-mana lagi.
“Okey. Sayang nak mula dulu ataupun abang?” sambung Irfan bertanya. Husna memandang jari-jemari mereka yang sedang bertaut itu. Kemudiannya, dia mengangkat wajah, berpandangan dengan suaminya.
“Husna mula dulu ya. Abang pernah sukakan seseorang?” soalnya lembut. Dia sendiri pernah sukakan seseorang, jadi dia hendak tahu sama ada suaminya juga pernah sukakan seseorang ataupun tidak.
“Tak pernah sehinggalah beberapa hari yang lalu. Abang nikah dengan sayang, sukakan sayang dan jatuh cinta dengan sayang.”
Husna terdiam mendengar jawapan tulus suaminya. Tiba-tiba dia berasa malu, terasa dirinya tidak layak untuk pemuda sebaik dan sesuci Irfan Waqi itu.
“Abang pula tanya. Sayang pernah sukakan seseorang?” Irfan mengembalikan soalan isterinya tadi kepada gadis yang sedang menunduk itu. Perlahan-lahan isterinya mengangguk kepala. Irfan tersenyum. Dia tidak marah. Sukakan seseorang adalah fitrah seorang manusia. Apa yang penting, sekarang gadis itu adalah isterinya, miliknya seorang.
“Husna pernah sukakan seorang pemuda masa sekolah menengah dulu. Husna kenal dia masa kami masuk pertandingan debat peringkat negeri. Dia pihak pembangkang. Tapi lepas itu, Husna tak jumpa-jumpa dia bertahun-tahun sehinggalah baru-baru ni,” jelas Husna tanpa dipinta oleh Irfan.
“Husna tak ingat dia sehinggalah Nuzha ingatkan Husna tapi masa tu Husna sudah terima risikan bagi pihak abang. Jadi, Husna cuba untuk tidak kembalikan perasaan tu,” sambung Husna lagi.
Irfan masih mengukir senyuman mendengar luahan isterinya. Dia seperti dapat mengagak sesuatu.
“Tapi sekarang ni, perasaan tu bercambah balik malah bertambah-tambah sejak Husna bernikah dengan abang.” Husna memandang wajah suaminya.
“Dan orang itu adalah abang?” Irfan menyoal. Melihat isterinya mengangguk, Irfan tunduk mencium dahi gadis itu. Bahagia menerpa ke dalam hati kerana dapat menyentuh gadis yang sudah halal baginya itu. Mungkin ini adalah salah satu ganjaran Allah kepada Husna, mendapat pemuda yang diingininya sebagai suamii kerana menyimpan sahaja perasaan tersebut dan mengadu kepada Allah saja tanpa membuat apa-apa yang tidak manis dipandang oleh orang lain.
“Terima kasih sayang. Abang pun sebenarnya tak sangka bahawa pelajar Mak Lang tu adalah sayang,” ujar Irfan. Dr. Munirah adalah Mak Langnya.
“Sebenarnya semasa abang nampak sayang di pertandingan debat di UIA hari tu, abang memang ingat bahawa sayang adalah salah seorang pendebat dari pihak kerajaan masa kita berdebat peringkat negeri dulu. Tapi abang tak tegurlah sebab tak manis,” sambung Irfan.
“Eh? Di UIA? Husna ingat kita jumpa balik first time masa abang datang ke kolej Husna dengan sepupu-sepupu Nusha tu?” soal Husna kehairanan. Memanglah rasanya itu pertama kali setelah bertahun-tahun mereka tidak bertemu.
“Tak. Hari tu, mungkin sayang tak perasan abang tapi abang perasan sayang dari jauh sedang tengok-tengok Nuzha dengan sepupu-sepupu dia. Masa tu, abang teman sepupu lelaki Nuzha tu jumpa adik perempuan dia dengan Nuzha. Ingat tak? Rasanya masa tu, sayang tengah tunggu Nuzha lepas habis pertandingan debat tu,” jelas Irfan panjang lebar.
Husna terangguk-angguk. Kalau diingatkan balik, memang dia tidak memandang wajah sepupu lelaki Nuzha ataupun kawannya pada ketika itu.
“Teringat pula lagi UNIC tajuk See You Di IPT. Walaupun lirik lagu dia tak sama dengan keadaan kita tapi tajuk dia sesuai sangat. Kan?” soal Irfan.
Husna mengangguk dan mengukir senyuman untuk suami tercinta. Betul kata pemuda itu. Dia bertemu kembali dengan suaminya di zaman IPT. See You Di IPT.
-T A M A T-

komen pretty pretty plis~



           

4 komen:

cactaceous opuntia berkata...

hoho...seronoknye la kalau betul2 terjd mcm tu...haih...c.haliban xmo ke cte cne keadaan husna n irfan slps kwen wpn msh student?

iniakuyangpunyahati berkata...

aah sokong sokong sokong.. hehehe x nk cter ker mcm ner life diauwg lepas kawen??

Nadzipah berkata...

“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?” soal ayahnya.

Husna terkebil-kebil seketika sebelum mengangguk...

Cik Haliban..rasanya menggeleng kan? bukan mengangguk..

Good job, cik Haliban!^^
Hee..Tersebak sendiri baca. hee..teringat kata-kata Oki Setiana Dewi,"Yang sedang jatuh cinta, berjuang untuk menahan rindu.."

Sesuai dengan situasi Husna time terpaut pada jejaka pihak pembangkang tu..hee..menahan rasa suka pada yang bukan mahram kemudian menyerahkan rasa suka dan cinta itu kepada yang halal baginya. :')

Saya setuju juga dengan dua cadangan di atas tu. Ceritakan la kisah Husna dan Irfan menghadapi alam perkahwinan sewaktu belajar..:D

nurul afifah aida berkata...

happy ending!!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©