COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label IAPH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IAPH. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2020

Takdir Cinta -62-



Majlis perkahwinan Hijazi dan Diana yang diadakan pada hujung minggu itu turut dihadiri oleh ramai kenalan sekolah mereka. Fateh dan Ema yang sedondon dengan tema warna hijau itu tiba di majlis itu bersama-sama.
                “Tahniah, Jaz. Semoga bahagia hingga ke syurga,” ucap Fateh sambal bersalaman dengan Hijazi.
Ema bersalaman dengan Diana sahaja dengan senyuman di bibir. Lagipun, dia tidak berapa rapat dengan gadis itu. Kedatangannya ke majlis ini hanya kerana hubungan lamanya dengan Hijazi dan juga sebagai pasangan Fateh sahaja.
“Alhamdulillah. Tahniah juga untuk korang. Majlis minggu depan kan?” Hijazi membalas.
“InsyaAllah, jangan lupa datang”. Fateh mengangguk dan Ema pula tersenyum nipis.
“InsyaAllah, majlis anak raja, rugilah kami kalau tak hadir. Okey, korang pergilah makan dulu. Makanan banyak lagi. Kawan-kawan kita pun ada lagi tu.” Hijazi menjemput mereka.
Fateh dan Ema berlalu ke meja makan dan bertemu dengan kawan-kawan sekolah mereka. Masing-masing bertanya tentang majlis mereka yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Sebenarnya, ada beberapa majlis yang akan diadakan. Pertama adalah majlis akad nikah yang hanya akan dihadiri oleh keluarga dan kerabat terdekat mereka. Kedua adalah majlis keraian dengan orang-orang tertinggi negara. Ketiga adalah majlis keraian untuk kawan-kawan dan sahabat Fateh. Paling akhir adalah majlis kesyukuran di rumah kampung Ema untuk orang-orang kampung dan kenalan-kenalan Ema.
Ema yang mendapat tahu bilangan majlis yang perlu diadakan itu hanya pasrah. Siapa suruh dia berjodoh dengan anakanda ketiga Raja Zamora itu?
“So, macam mana majlis tadi?” soal Fateh ketika mereka dalam perjalanan pulang. Ema berpaling menghadap lelaki yang sedang memandu itu.
“Macam mana apa? Bukan majlis kita. Saya cuma bawa diri dan pergi makan sahaja tadi,” jawab Ema dengan selamba. Fateh ketawa seketika.
“Maksud saya, ada tak awak hendak tambah apa-apa untuk majlis kita? Mana tahu awak baru terfikir apabila awak tengok majlis Hijazi dan Diana tadi,” jawab Fateh. Hatinya gembira mendengar istilah ‘majlis kita’ dari bibir gadis itu.
“Tak ada apa-apa. Saya cuma harap majlis kita tak adalah macam majlis artis popular tahunan. Baju pun baju yang selesa  dan senang untuk saya berjalan dan makan,” komen Ema sedikit. Almaklumlah, Hijazi dan Diana masing-masing anak orang berada. Majlis antara dua keluarga besar haruslah gilang-gemilang. Namun, melihat fesyen baju pengantin Diana yang mengikut gaya fesyen barat itu membuatkan dia tidak selesa sedikit.
“Majlis kita memang bukan majlis artis popular, tapi tetaplah wedding of the year. Awak ingat awak kahwin dengan siapa?” Fateh menjungkitkan sebelah keningnya dengan senyuman di bibir.
“Wedding of the year as a simple wedding, boleh ke?” Risau pula Ema memikirkan majlisnya dengan anakanda raja di sebelahnya itu. Dia tidak mahu terlalu membazir.
“Don’t worry, cara. Wedding planner kita yang utama adalah Angah. She knows what everyone wants, and what Syariah wants,” balas Fateh.
Ema mengangguk. Betul kata Fateh. Orang yang membuat perancangan majlis mereka adalah puteri mahkota Zamora, Hijratul Khairiyah yang tahu batas-batas agama yang mereka perlu patuhi. Wanita itu juga selalu menghubunginya untuk bertanya pendapat tentang majlis mereka.
“So, awak nak balik ke rumah terus atau nak ke mana-mana lagi?” tanya Fateh lagi.
“Baliklah. Emak pesan tak boleh keluar lama-lama dengan awak, bahaya. Ini pun sebab ada undangan sahaja,” jawab Ema.
Fateh mengerling ke sisi, melihat gadis itu tersengih.
“Sabar sajalah. Ingat saya ni buaya ke?”

Ema terus tersengih, tidak menjawab.
.
.
.
Hai semua... apa khabar? Sorry tau, entri kali ni pendek saja. 

Ini Cik Haliban nak maklumkan bahawa Cik Haliban dan buat e-buku IAPH ni. hihihi.... 
Check out my shop on Shopee!
❤️😁

Sesiapa yang rindu anakanda-anakanda Airi dan Tengku Hakimi, boleh la ke shopee. Lagi-lagi sekarang tengah promosi Raya, e-buku ni boleh guna voucher 15% cashback tau. 

and jangan lupa komen. Thanksss...



Read more...

Jumaat, 2 Mei 2014

Pelangi Buat Puteri SP #3

Intan membelek-kertas-kertas di dalam fail di kanannya. Seketika kemudian, dia beralih kepada fail di kirinya pula. Untuk seketika, kepalanya berpaling ke kiri dan kanan beberapa kali untuk memastikan maklumat yang dibacanya. Kemudiannya, dia memandang dinding di hadapannya sementara mindanya menerawang berfikir penyelesaian masalah yang sedang dihadapinya tentang Yayasan Hijrah. Pen di tangan kanannya diputar ‘putaran helikopter’.

          “Kak long.” Suara adinda ipar yang memanggilnya itu membuatkan Intan memutarkan kerusi yang didudukinya dan menghadap gadis berusia dua puluh tahun yang sedang menghadap komputer riba di atas meja besar. Hadiya, salah seorang adinda iparnya yang sudah menginjak dewasa.

          “Alang dengan adik cakap mereka pun hendak datang ke sini.” Gadis itu mengangkat telefon tangan miliknya dan menyengih.

          “Alright.” Intan tersenyum dan mengangguk. Fahamlah dia bahawa Hadiya telah menghantar mesej kepada adinda-adindanya yang lain memaklumkan keberadaannya di situ. Adinda-adindanya memang suka datang melepak atau membuat kerja di kediamannya itu. Kadang-kadang, mereka berkumpul di kediaman salah seorang daripada mereka. Bosan katanya jikalau membuat kerja rumah atau assignment sendirian.

          Dia sendiri tidak kisah dan tidak pernah merasa terganggu dengan kedatangan mereka. Malah, dia suka dan gembira kerana adinda-adindanya itu tidak menganggap dirinya sebagai orang luar dalam keluarga kerabat diraja ini. Jikalau dia mempunyai kerja untuk diselesaikan, dia akan mengajak adinda-adinda iparnya bersama-sama duduk di bilik kerjanya di kediaman ini. Itupun jikalau suaminya pulang ke kediaman mereka ini sedikit lewat. Jika Hadif pulang lewat, dia akan berusaha menyelesaikan kerjanya. Jika Hadif pulang awal, dia tidak akan menjejakkan kakinya ke bilik kerja itu.

          “Okey ke assignment Diya? Ada masalah tak?” soal Intan. Tengku Hadiya Khairiyah itu sedang berada dalam tahun dua di universiti. Gadis itu mengambil jurusan seni bina. Kebiasaannya, kerja-kerja rumah gadis itu adalah tentang lakaran dan pembinaan model, cuma jarang sekali Hadiya mendapat kerja rumah bertulis seperti sekarang ini.

          “Sedang berusaha,” ujar Hadiya dengan sengihan.

          “Bila kena hantar?” tanya Intan lagi. Dia bukannya apa tetapi selalunya Hadiya akan kelam-kabut menyiapkan kerja-kerjanya apabila tarikh hantar sudah dekat. Lain pula dengan Alang atau Tengku Hafeeza Khairiyah yang suka menyiapkan sesuatu kerja sebaik mungkin.

          “Lusa, kak long.” Pendek sahaja jawapan Hadiya, membuatkan Intan menjengilkan matanya, berpura-pura marah.

Hadiya pula ketawa melihat reaksi kakanda iparnya itu. “Relaks lah, kaklong. Assignment Diya ni sudah hampir siap, sudah lapan puluh peratus.”

“Bagus. Kak long percayakan Diya,” ucap Intan, dengan gaya tangan seperti seorang ibu sedang memarahi anaknya.

“Yes, ma’am,” jawab Hadiya dengan tabik tangannya.

Intan ketawa kecil dan menggeleng. Ketika itu pintu bilik kerjanya itu diketuk daripada luar. Intan segera menyarung tudung ringkas yang memang diletakkan belakang kerusi yang didudukinya itu. Jika Hafeeza dan Hariz yang mengetuk pintu, maka Intan wajib menutup auratnya di hadapan Hariz. Memang Hariz adalah keluarga, namun sekadar adinda ipar. Dalam Islam, aurat juga wajib ditutup jika seseorang itu berhadapan dengan adik-beradik ipar. Keluarga atau tidak, apabila hukum wajib, berdosa jika seseorang itu melakukan yang sebaliknya.

Pintu bilik kerja itu dibuka daripada luar. Benar telahan mereka berdua, dua orang insan yang ditunggu-tunggu melangkah masuk dengan masing-masing menyandang sebuah beg, berisi komputer riba dan nota-nota mungkin.

“Hai kak long,” sapa Hafeeza, menghampiri kakaknda ipar sulungnya dan mencium pipi Intan. Hariz pula sekadar melambai kepada wanita itu. Manalah dia dapat bermesra dengan kak longnya seperti Alangnya itu. Kak long memang ahli keluarganya tetapi Islam menetapkan batas antara adik-beradik ipar.

“Hai… Banyak ke assignment dengan kerja rumah Alang dengan adik?” Intan memandang Hafeeza dan Hariz yang mengambil tempat di meja besar yang turut diguna oleh Hadiya itu. Hafeeza duduk di sebelah Hadita sementara Hariz duduk bertentangan dua gadis itu.

“Alang kena siapkan laporan,” jawab Hafeeza mula mengeluarkan komputer riba daripada beg yang dibawanya. Intan mengangguk. Hafeeza yang sedang berada di tahun akhir jurusan perubatan itu sekarang sibuk masuk hospital kalau tidak salahnya. Intan memandang Hariz pula.

“Adik tak ada kerja sekolah, hendak ulang kaji subjek Advance Math sedikit.”

Intan senyum dan mengangguk. Dia memandang ketiga-tiga adinda iparnya itu. “Okey. Kalau ada apa-apa, bagitahu kak long ya.”

“Kak long ada banyak kerjakah? Kami tak ganggu?” Hafeeza bertanya pula.

Intan menggeleng, “Tak adalah. Kak long pun sedang tunggu Along balik saja.”

“Along balik lewat malam ni?”

“Katanya sekejap lagi dia sampai,” jawab Intan dengan senyuman. Sebenarnya, mesej yang diterima daripada Hadif itu adalah sebelum azan Isyak tadi lagi. Sampai sekarang lelaki itu masih belum tiba di kediaman mereka ini. Walau bagaimanapun, Intan tidaklah marah atau terasa dengan sikap Hadif itu. Dia sedar Hadif adalah seorang yang sangat sibuk. Dia tidak boleh mementingkan dirinya sementara urusan negara lebih memerlukan suaminya itu.

Melihat adinda-adindanya membuat kerja masing-masing, Intan memusingkan kerusi menghadap kerjanya kembali. Dia sebenarnya sedang memeriksa data-data daripada salah satu makmal di Yayasan Hijrah. Beberapa hari lagi, Yayasan Hijrah akan didatangi oleh beberapa orang pemeriksa-pemeriksa daripada Majlis Pharmaseutikal untuk memeriksan keadaan makmal-makmal di Yayasan Hijrah dan dia bertanggungjawab memastikan bahawa keadaan makmal-makmal di bawah seliaannya digunakan mengikutu protokol yang betul. 


Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Intan segera mencapai telefonnya, bimbang mengganggu adinda-adinda iparnya. Melihat nama pemanggil, bibirnya terukir senyuman dan telefon itu didekatkan ke telinganya.

“Assalamualaikum, sayang.”

Intan tersipu sendiri mendengar panggilan mesra daripada suaminya. Nasib baik dia duduk membelakangi adinda-adindanya. “Waalaikumussalam…”

“Awak tengah buat apa?”

Soalan suaminya membuatkan mata Intan meliar ke atas meja kerja yang dipenuhi dengan kertas itu. Kemudian, dia menggeleng sendiri. Dia tidak mahu memberitahu Hadif bahawa dia sedang membuat kerja-kerja Yayasan Hijrah. “Tak buat apa-apa. Tengah teman adinda-adinda buat kerja mereka saja.”

“Diya?” Hadif menyoal sepatah.

“Ya. Alang dan adik juga ada,” jawab Intan seraya menoleh ke belakangnya seketika. Adinda-adindanya kelihatan khusyuk dengan kerja masing-masing.

“Okey. Kita jumpa sekejap lagi ya.”

“Kerja awak sudah siap?” soal Intan pula. Dia mengerling jam di dinding. Nampaknya Hadif akan pulang awal malam ini. Waktu paling lambat Hadif pernah pulang ke kediaman mereka adalah pukul satu pagi, namun keadaan itu jarang berlaku.

“Kerja saya ni tak akan habis, sayang. Esok saya boleh sambung. Sekarang ini, saya hendak balik jumpa isteri saya yang tercinta dan adinda-adinda saya. Tenang sikit fikiran saya ini.”

Sekali lagi Intan tersipu sendirian. Hangat pula wajahnya apabila Hadif secara tidak langsung mengaku mencintainya.

“Okey…” Balas Intan lembut dan perlahan.

“Sayang, are you blushing?” Suara Hadif nyata kedengaran ingin mengusik.

Intan terasa ingin menyembunyikan wajahnya. Tiada jawapan yang dihulurkan pada si suami. Mereka sudah berkahwin hampir lima tahun dan sudah hampir dua tahun Hadif pulang daripada latihan perisikannya. Namun, dia masih berasa malu apabila si suami mengusiknya.

“Sayang…”

“Awak, baik balik sini cepat. Nanti awak tak dapat jumpa adinda-adinda ni,” sampuk Intan, tidak mahu si suami terus menerus mengusiknya. Apatah lagi dengan kehadiran adinda-adinda mereka di dalam bilik kerjanya itu.

Akhirnya, Hadif mengalah. Intan menggeleng sendirian sambil meletak telefonnya kembali ke atas meja.

“Amboi, kak long… Bercinta dalam telefon.”

Intan tersengih dan memusingkan kerusinya apabila ditegur oleh Hadiya. Namun hanya Hafeezan dan Hariz yang berada di meja besar. Hadiya dilihatnya sedang berdiri berhampiran dengan satu rak dan memegang sebuah buku.

“Bercinta selepas nikah, tak apa.” Pendek sahaja jawapannya.

“Dan… Diya jumpa sesuatu dalam buku ni. Guess what?”

Intan terdiam. Buku tu? Dia memicing matanya agar dapat melihat tajuk buku yang dipegang oleh Hadiya itu. Buku bertemakan warna biru dan putih yang bertajuk Cinta Selepas Nikah. Ketika itu, mata Intan membulat. Benar kata Hadiya, memang ada sesuatu di dalam buku itu yang dia sembunyikan. “Diya!”

Hadiya ketawa. Buku yang dipegangnya disusun kembali ke tempat asal namun, benda yang ditemuinya tadi tetap dipegang. Kemudian, gadis itu memandangnya sambil menggoyang-goyangkan benda tersebut. “Along tahu ke kak long simpan benda ni?”

Hafeeza dan Hariz yang terganggu dengan adegan Hadiya dan kakanda ipar mereka itu hanya diam memandang. Kelihatannya Hadiya memegang sekeping gambar. Gambar apa?

“Diya… Janganlah…” Intan merayu dan membuat wajah sedih. Alahai… macam manalah adinda iparnya itu tergerak untuk membuka buku bertajuk Cinta Selepas Nikah itu. 


“Alang dengan adik nak tengok tak?” soal Hadiya kepada kakanda dan adindanya secara tiba-tiba. Makin membulat mata Intan. Pantas dia bangun daripada kerusinya dan menghampiri Hadiya. Namun, Hadiya lebih pantas melarikan diri, menjauhi kakanda iparnya.

“Diya, janganlah...” Pinta Intan lagi. Dia berdiri di tepi rak tempat Hadiya tadi, manakala adinda iparnya itu sudah berdiri bertentangan dengannya di sebalik meja besar yang diduduki Hafeeza dan Hariz. Harap-harap Hadiya tidak menghulurkan gambar tersebut kepada kedua-duanya.

“Kenapa?” Tanya Hadiya dengan nada usikan. Bibir gadis itu tersenyum nakal.

“Nanti Along marah…” balas Intan. Hadif tahu tentang gambar itu Cuma apa yang lelaki itu tidak tahu adalah gambar itu ada dalam versi cetakan. Habislah dia kalau Hadif tahu adinda-adindanya sudah melihat gambar tersebut sedangkan sebelum ini dia sudah berjanji gambar itu tidak akan tersebar kepada sesiapa pun.

“Betul ke kak long ni? Diya tak percaya. Diya nak tunjuk pada Alonglah…” Sepantas kilat, Hadiya bergerak ke arah pintu. Intan melopong. Pantas kakinya  berlari mendapatkan Hadiya.

Hafeeza dan Hariz saling berpandangan apabila melihat adegan kejar-mengejar antara Hadiya dan kakanda ipar mereka. Macam-macam sungguh.




Hadif keluar daripada kamar tidur dan berjalan menuju ke bilik kerja isterinya yang turut berada di tingkat atas kediaman mereka ini. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Ketika dia menghubungi si isterinya tadi, dia sudah melangkah masuk ke kediaman mereka sebenarnya namun dia ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum bertemu dengan isteri dan adinda-adindanya.

          Beberapa langkah sahaja lagi dia ingin menghampiri bilik kerja isterinya, pintu bilik itu tiba-tiba di buka daripada arah dalam. Kakinya terhenti bergerak apabila melihat adindanya Hadiya terkocoh-kocoh keluar. Tidak sempat dia mengelak, Hadiya melanggarnya. Nasib baik dia sempat memeluk gadis itu dan menahan dirinya daripada jatuh. “Diya, buat apa ni?”

          Dia memandang adindanya yang tersengih tidak bersalah sebelum memandang pintu bilik kerja isterinya. Kelihatan si isteri yang elok bertudung sedang tercegat di situ dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkannya.

“Kenapa ni?” soalnya namun si isteri tidak menjawab malah wanita itu berpaling daripada memandangnya. Hadif mengalih pandang kepada adindanya sekali lagi. Gadis itu sedang mengutip sekeping kertas. “Apa tu, Diya?”

Namun, pantas sahaja Hadiya menyorokkan kertas tersebut di belakangnya. Agaknya kertas itulah yang menyebabkan isterinya mengejar Hadiya, telah Hadif. Dia menghulurkan tangannya ke arah adindanya itu. “The paper, please.”

“What paper?” Hadiya menyoal soalan dengan selamba.

Hadif berasa seperti ingin menjulingkan matanya ke atas. “The one behind your back.”

“It’s not a paper,” balas Hadiya lagi.

Hadif memandang isterinya yang kelihatan sedikit… gelisah? Adakah wanita itu bimbang dia mengetahui apa yang disorokkan oleh Hadiya? Dia tidak suka apabila isterinya menyembunyikan sesuatu hal daripadanya. Hadiya yang berada selangkah jauh darinya itu dipandang tajam. “Whatever it is, Tengku Hadiya Khairiyah. Bagi pada Along dan masuk buat kerja.”

Dilihatnya Hadiya mengeluh apabila dia menggunakan suara arahan dan kuasa vetonya. Gadis itu memandang ke arah Intan sebelum memandangnya dan menghulurkan kertas yang disorokkannya tadi.

“Sorry, kak long.”

Hadif mendengar kata-kata maaf diucapkan oleh Hadiya kepada Intan. Dilihatnya, Intan hanya mengangguk dan menyuakan senyuman nipis. Selepas itu, mereka memandang tubuh Hadiya yang melangkah masuk ke dalam bilik kerja isterinya dan menutup pintu. Tinggal dia dan Intan sahaja di kaki lima tingkat atas tersebut.

Dipandang sekilas tubuh isterinya sebelum dia melihat kertas di tangannya. Kertas foto. Dibalikkan foto tersebut supaya dia dapat melihat gambar apakah yang ingin disembunyikan oleh isterinya itu.

Hadif terkedu.

Dia mengangkat wajah memandang Intan yang sedang memandang ke arah lain. Nyata wanita itu segan hendak memandangnya ketika itu. Tiba-tiba, perasaan bahagia seperti meresap masuk ke dalam hatinya perlahan-lahan. Intan yang tercegat di hadapan pintu bilik kerja itu dihampirinya. Dia berhenti setapak di hadapan wanita kesayangannya itu.

Intan menoleh, memandangnya sambil mengukir senyuman serba salah. “H… Hai…”

Hadif pula membalas dengan senyuman bahagia. Lucu pula dia melihat isterinya yang tidak keruan itu, “Hai, sayang. Kenapa kejar Diya tadi?”

Mata si isteri melorot ke arah tangannya yang memegang gambar itu. Hadif mengangkat tangannya itu, “Sebab ni?”

Intan mengangguk sahaja. Hadif senyum. Dia menghampiri Intan, membuatkan wanita itu berundur ke belakang dan terpaksa bersandar pada pintu yang tertutup itu.

“Awak, adinda-adinda awak ada di dalam bilik ni. Jangan buat yang bukan-bukan ya,” ujar Intan, memberi peringatan kepadanya.

Terjungkit kening Hadif dan dia tersengih nakal, “Saya buat apa?”

Intan menjeling ke arahnya sebelum menyilangkan tangan berpeluk tubuh.

Hadif senyum lagi. “Sayang, awak cetak ya gambar ni?”

Intan pada mulanya hendak merajuk kerana si suami mengusiknya tadi. Namun, soalan tersebut membuatkan dia kembali serba salah. Dia memandang si suami yang sedang khusyuk meneliti gambar tersebut. Gambar itu sudah berusia hampir dua tahun sebenarnya.

“Tak sangka ada lagi gambar ini. Kenangan di Pulau Sang Ratu, kan? Macam mana Diya boleh dapat gambar ni?” soal si suami.

Intan mula berasa segan. Takkanlah dia hendak beritahu Hadif bahawa dia menyembunyikan gambar tersebut di dalam salah sebuah buku di atas rak? “Dia terjumpa.”

Hadif mengangkat kening sebelah. Jawapan isteri nyata tidak begitu jelas. “Terjumpa?”

Intan menghela nafas, “Iyalah. Awakkan tak nak orang tahu pasal gambar ini dulu. Jadi saya soroklah gambar tu. Mana saya tahu Diya akan terjumpa gambar ni.”

Lantas, Hadif ketawa. Amboi… senang hati nampaknya, gerutu hati Intan.

“Sayang, comelnya awak ni! Awak sorok gambar ni selama dua tahun ni?” Tanya Hadif dalam tawanya. Intan kembali berpeluk tubuh dan menoleh ke arah lain. Nampak sangat si suami sedang mentertawa dan mengusiknya. Haish… menyesal dia berterus-terang.
Walaupun dia tak pegang senduk, tapi lebih kurang macam ni la... hehe


Gambar yang dipegang oleh Hadif itu adalah salah satu gambar yang ditangkapnya ketika mereka sedang ber‘bulan madu’ di Pulau Sang Ratu, Darwish. Dia menangkap gambar itu secara kandid ketika Hadif sedang memasak untuk makan malam mereka. Ketika itu, dia memanggil Hadif sedang memakai apron dan memegang senduk supaya berpaling. Gambar itu ditangkap tanpa kebenaran Hadif, lalu suaminya melarang dia menunjukkan gambar itu kepada sesiapa. Sejak itu, gambar tersebut hanya berada di dalam simpanannya sahaja.

“Hei… Awak tak berhak merajuk tau. Awak sepatutnya kena denda sebab Diya dah tengok gambar ni. Agaknya, alang dan adik pun dah tengok, kan?” Hadif memegang dagu isterinya, memaksa wanita itu memandang ke arahnya.

Intan menjeling, “Alang dan adik tak sempat tengoklah.”

“Tapi Diya dah tengok. Jadi, awak tetap kena denda!” Hadif bertegas dalam lembut, mengusik isterinya.

“Alah… Tak payahlah denda. Saya bukan sengaja hendak tunjuk gambar tu pada Diya. Tak payah denda, ya?” Intan membuat muka kasihan. Boleh pula mereka membuat aksi manja-manja di luar bilik kerjanya itu, padahal Hadif kalau men‘denda’ pun, bukanlah teruk sangat sampaii mendera isterinya ini. Harap-harap adinda-adinda mereka tidak mendengar perbualan mereka ini.

“Tak nak? Saya baru hendak ajak awak pergi jalan-jalan,” balas Hadif, menjungkit keningnya beberapa kali.

Berkerut dahi Intan. Jalan-jalan? Itu bukannya denda. Selalunya, Hadif akan menyuruh dia memasak sesuatu ataupun membantunya membuat kerja. “Pergi mana?”

Hadif mengangkat tangan yang memegang gambar itu. Intan memandang gambar Hadif yang memakai apron dan memegang senduk itu beberapa ketika.

“Bulan madu di Darwish. Sound familiar, right?” bisik Hadif dengan senyuman nakal.

Intan memandang wajah suaminya, bertentang mata dengan lelaki kesayangannya itu. “Tapi… kerja awak?”

Hadif menggeleng. Tangannya mula bergerak membetulkan birai tudung si isteri yang sudah rosak sedikit. “Saya sudah selesaikan untuk seminggu. Jom. Awak cuti seminggu ya?”

Intan mengangguk perlahan. Senyuman mula terukir di bibirnya. Lantas tangannya memeluk leher si suami. “Terima kasih, awak.”

Hadif senyum. Baru dia hendak membalas pelukan si isteri, pintu di hadapannya itu terbuka luas tanpa sebarang bunyi. Tiga tubuh berdiri memandang dirinya yang dipeluk Intan itu. Hadif membulatkan matanya, memberi isyarat supaya adinda-adindanya masuk dan menutup kembali pintu bilik kerja itu. Dia baru sahaja ingin bermanja dengan isterinya. Namun, Hadiya nyata mempunyai agenda lain. Gadis itu berdehem pula.

Intan terperanjat. Lantas pelukannya dileraikan dan dia berpaling. Melihat tiga adinda-adinda iparnya di situ, pipinya mula terasa hangat. Matanya memandang ke arah lain.

“Sorry ganggu Along dan kak long. Kami dah hendak pulang ni,” Hadiya bersuara. Nada usikan tetap kedengaran. Intan tidak membalas, manakala Hadif membuat wajah selamba sahaja.

“Kerja dah siap?” soal Hadif pula.

“Siap sikit-sikit. Nanti kami sambung di kediaman kami,” sahut Hafeeza pula.

“Okey. Jalan baik-baik.” Hadif menghulurkan tangan, bersalam dengan tiga adinda-adindanya. Hadiya dan Hafeeza kemudiannya bersalam dengan Intan pula. Kelibat mereka bertiga dihantar dengan pandangan sahaja.

Intan segera berpaling kepada suaminya apabila adinda-adinda mereka menghilang. Lengan si suami ditampar lembut, “Awak lah ni! Malu saya.”

Hadif mengangkat kening, “Saya pula? Siapa yang peluk siapa ni?”

Intan memuncung. “Dahlah. Malas hendak layan awak.”

Hadif memandang tubuh Intan yang bergerak ke arah bilik menonton. Di situlah selalunya mereka meluangkan masa bersama-sama setelah dia pulang ke kediaman. Dalam hatinya, dia berterima kasih kepada adinda-adindanya yang sengaja ingin memberi peluang kepada dia dan isterinya untuk meluangkan masa berkualiti pada malam itu.

Gambar yang masih berada di tangannya itu dipandang. Hadif tersengih. Dia masih ingat. Dia tidak mahu gambar itu tersebar kepada sesiapa kerana khuatir imejnya yang kononnya macho itu akan rosak. Dia tidak sangka Intan menyembunyikan gambar itu selama ini. Serius, isterinya sangat comel!



-TAMAT-




Tada!!! Rasa macam panjang sangat sangat sangat dah~ 12 pages tau dalam Word. =P

Komen tau... penat cik haliban tulis. hehe... tulis sambil sengih-sengih. Komen ya, jgn lupa! =D

Bab Bulan madu tu, boleh tengok link 1 dan 2 ni...

Read more...

Sabtu, 14 April 2012

PBP SP-Ramadhan

Intan tersedar daripada dunia tidurnya. Bersusah payah dia berusaha untuk membuka matanya. Kemudiannya, dia terkebil-kebil memandang siling bilik itu sebelum menoleh ke sebelah, ingin melihat insan yang berkongsi katil dengannya. Tiada. Intan bangun daripada pembaringan. Apabila ditebar pandangannya ke sekeliling bilik pula, matanya menangkap satu tubuh yang sedang berada di atas sejadah dalam kegelapan bilik itu. Dia menghela nafas.
         Sejak pulang daripada Darwish tempoh hari, dia secara automatik sahaja berpindah masuk ke dalam bilik Hadif. Mungkin kerana ketika berada di Pulau Sang Ratu itu, dia akan tidur di dalam bilik pemuda itu kerana bimbangkan keselamatannya. Hadif pula, jelas tiada masalah untuk berkongsi bilik dengannya.
         “Awakkan isteri saya,” ujar Tengku Iman Hadif tempoh hari.
         Hari ini adalah hari kedua mereka berpuasa. Melewati bulan mulia Ramadhan ini, mereka akan bersahur di kediaman masing-masing sahaja manakala berbuka puasa bersama-sama di kediaman ayahanda dan bonda. Intan menggagau iPhone miliknya untuk melihat waktu. Sudah pukul empat setengah pagi. Patutlah Hadif sudah berdating dengan Allah, namun Intan tidak berpuas hati.
         “Sudah bangun?” suara itu memecahkan kesunyian kamar mereka. Intan memerhati Hadif bangun daripada sejadahnya dan duduk di birai katil berdekatan dengannya.
         “Awak bercinta dengan Allah, tak ajak saya pun, kan?” soal Intan, bernada cemburu. Inilah yang dia tidak puas hati tadi. Hadif sepatutnya turut mengejutkannya apabila pemuda itu bangun tadi. Namun, Hadif hanya ketawa. Intan memandang lelaki itu tajam. Bahagia sangat nampaknya.
         “Sayang, saya baru hendak kejutkan awak. Awak sudah bangun,” ujar Hadif, dengan sengihan selepas ketawa. Hati mana tidak bahagia apabila seorang isteri memarahinya kerana tidak mengajak untuk bertahajud. Dia bersyukur kerana isterinya itu suka untuk bangun bertemu dengan Allah sebegini.
         Intan menghela nafas. Mendengar panggilan ‘sayang’ daripada mulut Hadif memang akan menyejukkan terus hatinya. Haish... Senang sungguh untuk memujuk hati ini, marah Intan kepada hatinya.
         “Awak sudah lama bangun?” soal Intan lagi. Ruginya dia tidak dapat berjemaah dengan Hadif ketika dia tidur tadi.
         “Baru sahaja. Sempat solat empat rakaat sahaja. Haaa... Bangunlah. Ada setengah jam lagi. Pukul lima kita hendak turun sahur pula.” Hadif bangun dari katil, dan mencapai al-Quran, ingin menunggu isterinya bersiap-siap untuk bersolat sunat bersama-sama.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan).” (Hadis Riwayat Muslim)

         Intan lalu turun dari katil dan bergerak ke bilik air tanpa banyak soal. Makin lama dia bersoal-jawab, makin terbatas pula waktunya untuk menunaikan solat-solat sunat sebelum mereka turun bersahur. Beruntungnya dia mendapat seorang suami yang menggalakkan amalan-amalan sunat. Semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
         Apabila jam menjangkau pulul lima pagi lebih, mereka berdua beriringan turun ke ruang makan di tingkat bawah kediaman tersebut. Ketika melihat dua orang dayang yang masih sedang menghidangkan makanan untuk bersahur itu, Intan segera menolong.
Hadif pula memanggil pengawal-pengawal yang sedang berjaga untuk masuk dan bersahur bersama mereka. Apa salahnya makan dan bersahur bersama-sama dayang dan pengawal. Mereka juga manusia. Mereka juga hamba Allah, sama sahaja seperti dia dan isterinya. Jadi, makan bersama mereka tidak akan menjatuhkan maruah dia dan isteri.
“Tahun-tahun lepas, awak bersahur dengan siapa?” soal Hadif kepada isterinya, sambil mencapai lauk-pauk yang masih panas dan enak dimakan di dini hari itu.
“Selalunya dengan Wati dan Huda, bermalam di kediaman mereka. Kadang-kadang, adinda-adinda yang lain pun ada sekali,” jawab Intan. Dayang dan pengawal yang makan semeja dengan mereka pula berbual sesama mereka sendiri.
“Herm... meriahlah jawabnya.”
Intan tersenyum, teringat telatah adinda-adinda iparnya ketika bulan puasa pada tahun-tahun yang lalu, “Kalau ada Alang dengan Diya, makin meriahlah kediaman Huda ataupun Wati. Kadang-kadang, kami keluar sama-sama pergi bazar Ramadhan. Seronok bersama adinda-adinda awak.”
Hadif menggeleng sekali, “Jangan lupa, mereka pun adinda-adinda awak juga. Jadi, mereka adalah adinda kita. ‘Ours’, no more ‘mine’ or ‘yours’. Okey?”
Intan terpegun seketika. Ungkapan yang keluar daripada bibir lelaki itu ternyata membuatkan hatinya bahagia. “Ours...”
“Hari ni, awak ada apa?” soal Hadif lagi.
“Ada mesyuarat di yayasan. Saya pergi dengan bonda.” Sejak diumumkan sebagai isteri kepada putera mahkota, bonda sebagai pemilik Yayasan Hijrah telah melantik dia sebagai penasihat bagi salah sebuah jabatan di yayasan itu, sesuai dengan jadualnya sekarang.
“Herm... Saya pun ada mesyuarat sepanjang hari dengan ayahanda dan pak cik-pak cik menteri tu. Fuh... Belum mula mesyuarat pun, sudah rasa tekanan.”
Intan tergelak kecil. Kelakar apabila Hadif menggelar para menteri dengan gelaran pak cik. Nasib baik tiada makanan di dalam mulutnya. Kalau tidak, pasti tersembur.
“Lah... gelak pula. Saya serius ni, sayang.”
“Sebab awak buat kelakar. Kalau pak cik-pak cik tu dengar awak panggil dia orang macam ni, saya tak boleh hendak agak apa reaksi mereka. Kelakar,” balas Intan, menyambung ketawa.
Hadif memandang Intan yang ketawa sopan, tidaklah terlalu kuat sehingga mengganggu dayang dan pengawal yang sedang bersahur bersama mereka. Cantik sungguh akhlak insan yang bergelar isterinya itu.

Huda pagi-pagi hari lagi sudah tiba di kediamannya. Hadif yang sedang menguruskan sesuatu menggunakan iPadnya itu mengangkat wajah, memandang Huda yang mendekat.
         “Huda nak pinjam Intan pagi ni!” bersemangat Huda, sambil meminta izin daripada Hadif. Hendak bersama-sama Intan, tentulah kena meminta izin daripada kakandanya itu.
         “Tapi Intan cakap, dia ada mesyuarat di yayasan,” balas Hadif. Huda juga bekerja di Yayasan Hijrah sebagai salah seorang ahli farmasi, tentu Huda tahu tentanng mesyuarat tersebut.
         “Oh. Mesyuarat itu mula pukul sepuluh pagi. Huda hendak pinjam Intan sebelum tu.”
         “Adik nak bawa Intan pergi mana?”
         “Ala... Abang janganlah tanya,” rengek Huda, sahaja hendak bermanja.
         “Intan tu isteri abang, adik. Mestilah abang kena tahu.”
         “Ala...”
“Kalau tak beritahu, abang tak benarkan.” Hadif mengusik adindanya, dalam ketegasan. Apa yang penting, dia perlu tahu ke mana isterinya pergi. Ketika itu, Intan turun dari tingkat atas kediaman dan menyapa adinda iparnya.
“Intan, abang tak benarkan awak ikut Huda,” adu Huda kepada Intan. Intan menoleh kepada suaminya, bertanya dengan pandangan. Hadif menjungkitkan bahu.
“Kalau abang tak benarkan, takkan abang hendak berkepit dengan Intan. Bulan puasa ni, abang.”
Bulat mata Intan mendengar kata-kata Huda. Hadif lagilah terkejut.
“Amboi, adik. Kasarnya bergurau,” tegur Hadif.
Huda tersengih-sengih. “Gurau sajalah. Sorry.”
 “Pergilah. Berahsia sangat dengan abang,” ujar Hadif seraya kembali menghadap iPadnya. Gaya seperti merajuk.
Huda memandang Intan. Intan merenung Huda sebelum tersenyum dan menghampiri suaminya, duduk di sisi lelaki itu untuk.
“Nanti saya call awak, ya. Huda sengaja hendak usik awak. Sebenarnya, kami takkan keluar dari istana pun,” bisik Intan kepada Hadif. Hadif memandang isterinya. Intan menyuakan senyuman.
“Yalah. Jaga diri,” balas Hadif.
Intan mengangguk sebelum mencapai tangan kanan suaminya, ingin bersalam. Penuh tatatertib Intan mencium tangan Hadif. Huda memerhati dengan senyuman. Namun, apa yang Huda tidak pernah nampak adalah Hadif kembali membalas dengan mencium tangan Intan. Huda segera berpaling dan bergerak ke pintu kediaman. Malu hendak memandang pasangan itu. Romantik sangat!
 Tamat~  

Macam mana?  

Puas hati tak???
Read more...

Ahad, 8 April 2012

IAPH -untold episode-


entri ni mengandungi untold episode.  ^_^


Hafawati membaling bantal kecil yang dicapai dari sofa itu ke arah belakang tubuh kakakanda Hadifnya itu.
            Pap! Setelah bantal itu melekap pada sasaran, bantal tersebut jatuh ke lantai yang berlapikkan permaidani itu.
            Mata Huda bulat. Mulut Hafawati ternganga. Pergerakan Hadif terhenti. Mereka bertiga terkaku melihat mangsa balingan bantal kecil Hafawati. Gadis itu tersalah sasaran!
            “Hafawati Khairiyah!! Iman Hadif!!” Suara itu jelas sedang menahan marah dan malu barangkali. Pagi-pagi hari sudah diserang dengan bantal kecil, terkena wajahnya.
            “Ayahanda! Ampun! Kakak tak sengaja! Betul tak sengaja!” Pantas Hafawati menutur kata. Kedua-dua telapak tangannya disatukan. Takut-takut dia memandang ayahandanya yang berdiri di pintu masuk bilik menonton itu.
            “Maaf, ayahanda. Tapi bukan salah abang.”
Hafawati menjeling apabila mendengar bicara kakandanya yang selamba itu. Langsung tidak membantu dia.
“Ayahanda okey?” Suara lembut Huda bertanya. Risau juga balingan itu menyakiti wajah ayahanda mereka. Sudahlah Hafawati itu lasak, tentulah balingannya sangat kuat.
Mereka bertiga melihat reaksi bonda yang tadinya berada di belakang ayahanda. Wanita kesayangan mereka semua itu sedang senyum geli hati. Ternyata bonda mereka sedang menahan diri daripada meletuskan ketawa.
“Sayang, ketawakan Kimi ya!” Kedengaran ayahanda mereka berkata-kata perlahan.
“Ekpresi muka amor tadi lucu la.”
Hadif, Hafawati dan Huda saling berpandangan sesama sendiri. Haish… memang hanya bonda mereka sahajalah antara orang yang berani mengetawakan Raja Zamora itu. Mana ada orang lain yang berani berbuat begitu!
“Okey. Okey. Airi marah mereka. Abang! Kakak! Kenapa main baling-baling bantal ni?”
Huda tersenyum kecil. Boleh pula bonda mereka berpura-pura memarahi kakanda-kakanda kembarnya itu. Lucu juga bonda dan ayahanda mereka ni. Mereka selalu sahaja bermanja-manja di hadapan mereka adik-beradik.
“Ampun ayahanda.” Hafawati mendekati dan mencium tangan kanan ayahandanya tanda meminta maaf, diikuti oleh Hadif.
“Syukurlah hari ini hari istimewa abang, kakak dan adik. Sabar sajalah ayahanda hari ni.” Mereka bertiga tersengih mendengar titah ayahanda mereka itu. Lelaki itu kadang-kadang boleh dibuat geng, cuma tegasnya boleh tahan apabila melakukan urusan negara.
Sekali lagi Hadif, Hafawati dan Huda memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk sesama mereka dan memandang bonda mereka.
“Selamat Ulangtahun Hari Jadi, bonda!” Serentak mereka memberikan ucapan istimewa tersebut. Melihat senyuman manis yang terukir di bibir bonda mereka, mereka turut senyum. Dengan takdir yang sudah tersurat dari Allah, mereka bertiga sememangnya dilahirkan pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran wanita itu.
“Selamat Ulangtahun Hari Lahir juga abang, kakak, adik.” Mereka bertiga bergerak ke arah bonda tercinta dan memeluk wanita tersebut bersama-sama dengan penuh kasih.
 “Bonda sayang anakanda semua,” tutur wanita itu perlahan.
“Kami pun sayang bonda lebih dari segala-galanya.” Sambut Huda.
“Sejak lahir sampai akhirat, bonda.” sambung Hafawati pula.
“Selepas Allah dan Rasulullah insyaAllah, bonda adalah orang yang paling kami cintai.” Itulah jawapan Hadif.
Wanita itu menitiskan air mata keharuan. Betapa dia menyayangi anakanda-anakandanya dan sekarang mereka sudah mula menganjak dewasa. Mereka akan mula jauh dari naungan keibuannya.
“Dah dua puluh tahun satu dah umur abang, kakak dan adik.”
Hadif menyapu bekas airmata di pipi bondanya. Dia tidak tahan melihat bondanya menangis. Mutiara dari wanita yang melahirkan mereka itu amat berharga.
“Sini,” panggil ayahanda mereka selepas Hadif, Hafawati dan Huda melepaskan tubuh bonda mereka. Seorang demi seorang memeluk kasih sayang dan menerima ucapan hari lahir dari ayahanda mereka.

^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^


“Okey. Angah nak travel. Siapa nak ikut?”
            Hijratul Khairiyah menoleh kepada anakanda keduanya yang tiba-tiba sahaja berkata-kata. Mereka sekeluarga sedang minum petang bersama-sama. Hafawati kelihatannya begitu bersemangat setelah mengutarakan kata-katanya itu. Hijratul Khairiyah berpendangan dengan suaminya. Hairan sebenarnya kenapa anak kedua menreka itu tiba-tiba ingin berbuat demikian.
            Soalan Hafawati di akhir tadi membuatkan tiga adinda-adindanya yang lain mengangkat tangan, ingin mengikut kakandanya itu. Hijratul Khairiyah membuat keputusan untuk mediamkan diri sementara waktu.
            “Travel?” tanya Huda. Hafawati mengangguk dengan bersemangat.
            “Ya tetapi bukan travel as in melancong tapi mengembara.”
“Backpaking?”
“Ya. That’s the word.”
“Kenapa?” Hadif menyoal lalu mengangkat cawan tehnya untuk diminum.
            “Kenapa apa?” Hafawati nyata tidak memahami soalan pendek daripada kakanda kembarnya itu.
            “Kenapa tiba-tiba?”
            Hafawati tersengih.
            “Kakak nak cari Hlovate!”
            Hijratul Khairiyah sekali lagi berpandangan dengannya. Nampaknya suaminya juga mengambil langkah yang sama dengannya, berdiam diri dan mendengar mereka berbincang sesame mereka terlebih dahulu sebelum mereka berdua boleh membuat keputusan sama ada ingin membenarkan gadis itu pergi ataupun tidak.
            “He-what? Apa tu?” Hadif mengangkat kening. Pelik pula bunyi nama benda yang disebut oleh adinda keduanya itu. Huda pula sudah tergeleng-geleng.
            “Bukan benda la, abang. He-lo-vate is a person. A writer. Kakak ni dah fanatik dengan penulis tu.”
            “Adik nak ikut Angah jugak!” Hariz menarik-narik lengan kakandanya itu.
            “Adik mana boleh ikut. Adikkan sekolah.”  Hadiya membantah.
            “Kita pun sekolah juga, Diya. Tak boleh ikut jugak.” Hafeeza menyampuk. Hadiya mencebik ke arah kakandanya. Huda senyum mengusap kepala adinda bongsunya yang sudah memuncung.
            “Again, kenapa nak cari Hlovate tu?”
            “Saje nak berkenalan dengan dia.”
            “Tak ada kerja,” komen Hadif pendek. Hadif mengerling ke arah kedua bonda dan ayahandanya.
            “Apa pulak. Mengembara di bumi Allah tu satu pekerjaan tau. Allah sendiri menyuruh manusia ni berjalan-jalan di bumiNya. Untuk mengambil pengalaman, pengetahuan dan pengajaran.” Hafawati mempertahankan keinginannya.
            “Kakak nak pergi mana? U.K.?” Huda bertanya kerana menurut apa yang diceritakan oleh Hafawati sendiri kepadanya selama ini, penulis itu seorang penulis warganegara Malaysia tetapi sedang berada di United Kingdom.
            “Nak pergi UK, Sapporo, Melaka, Alexandria…” Tidak sempat Hafawati menyenaraikan tempat-tempat yang ingin dilawatinya, Hadif sudah memotong.
            “Severnaya Zemlya tak nak pergi? Honiara ke? South Georgia ke? Kiribati ke?” Nampak macam menyindir.
            Hijratul Khairiyah dan suaminya sudah ketawa mendengar  ‘cadangan’ anakanda sulung mereka itu. Habis semua tempat di hujung dunia disebut oleh Hadif.
            “Perli nampak? Tahulah… orang tu cemburu tak dapat pergi.” Hafawati menjeling kakandanya yang nampak sudah bengang sedikit dengan kata-katanya itu.
            “Oh. Hellooo... Abang boleh saja pergi kalau abang nak pergi. Pergi ke Fort Yukon pun bolehlah. Lainlah awak. Awak tu perempuan. Nak backpacking seorang diri. Jangan harap ayahanda nak bagi!”
            Mendengar balasan daripada kakandanya, Hafawati jadi sedar sesuatu. Ayahanda dan bonda mereka masih lagi tidak bersuara tentang hal tersebut. Lantas kesemua mata yang berada di situ tertumpu kepada ayahanda dan bonda mereka.
            Hijratul Khairiyah mengukir senyuman apabila menyedari semua tumpuan sudah berada pada dia dan suaminya padahal mereka berdua tidak membuat apa-apa pun untuk memperolehi perhatian, cuma berdiam diri. Memang itulah cara yang paling berkesan.
            “Bonda, boleh tak?”
            Hijratul Khairiyah memandang wajah Hafawati yang sedang membuat muka kasihannya.
            “Kakak serius?”
            “Serius.” Sepatah jawapan itu ternyata menggambarkan keteguhan keputusan anakandanya.
“Bila kakak nak pergi?” Dia menyoal perkara yang berligar di fikirannya sejak tadi.
            “Lagi sebulan dua kot.”
            “Bonda rasa kakak tak nak bawa pengawal-pengawal kakakkan? Nak pergi seorang diri?”
“I was thinking of that actually.”
Hijratul Khairiyah menoleh ke sisinya, memandang suaminya yang santai minum teh itu. Tuanku Iman Hakimi memandang ke arahnya sebelum memandang ke arah anakanda-anakanda mereka.
“Boleh…”
“Yay!” Hafawati sudah riuh bersorak.
“Tapi…” dan sorakannya terhenti.
“Ada syaratnya, sayang.” Hijratul Khairiyah menyambung bicara suaminya. Ternyata dia dan suaminya sedang berfikir perkara yang sama. Biasalah, setiap permintaan daripada anakanda-anakanda mereka akan ada syarat untuk dipatuhi.
“Always.” Sepatah Hadif berkata.
Hijratul Khairiyah senyum dengan nada yang digunakan oleh anakanda sulung mereka itu. Sepertinya Hadif tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Tapi itulah yang dia dan suaminya terapkan dalam kehidupan mereka. Sesuatu yang kita inginkan, kita tidak akan pernah dapat dengan percuma. Ada harga yang perlu dibayar. Itulah dunia realiti di luar sana. Begitulah dia dan suaminya mengajar anakanda-anakanda mereka.

^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ 

.
terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca karya IAPH ini~ 

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)  
Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©