COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 27 Oktober 2010

TBUM -3-



Ameer memutar stereng Gen-2 hitamnya memasuki satu kawasan perumahan. Satu persatu banglo yang tersergam indah dilepasi oleh Gen-2 tersebut. Sesekali Ameer menjengah-jengah dari tingkap keretanya itu.

Sebenarnya, dia sedang mencari tempat tinggal bapa saudaranya, Chik Ngah dan famili yang baru sahaja berpindah ke kawasan tersebut. Dalam kalangan keluarganya, hanya dia sahaja yang tidak tahu di mana letaknya rumah Chik Ngah kerana dia tidak pergi menolong memindahkan barang-barang bersama keluarganya pada hari Chik Ngah berpindah. Itu kerana dia terlalu sibuk dengan klinik haiwannya yang baru sahaja dibuka selama lima bulan itu.

Ketika melalui taman permainan yang terdapat di situ, dia ternampak seorang penjual aiskrim berbasikal. Lantas Ameer memberhentikan kenderaannya tidak jauh dari pak cik penjual aiskrim tersebut. Pak cik penjual aiskrim yang sedang mengibas tubuhnya itu dihampiri Ameer. Mungkin menyedari seseorang sedang menghampirinya, pak cik tersebut senyum kepadanya.

“Nak beli aiskrim ke?”

Ameer tersengih. Sebenarnya, dia turun kereta untuk bertanya tapi apa salahnya jika dia membeli aiskrim pak cik tersebut. Kata orang, sambil menyelam minum air. Apatah lagi dalam cuaca panas pada petang itu, bagus juga jika makan aiskrim.
Akhirnya, Ameer memilih perisa strawberi campur coklat. Sambil-sambil itu, dia mula berbasa-basi dengan pak cik tersebut.

“Pak cik dah lama menjual kat sini?”

“Adalah dalam lima tahun. Petang-petang pak cik selalu datang sini.”

Ameer mengangguk. Dia menyambut apabila pak cik trsebut menghulurkan kon aiskrim kepadanya. Selepas membayar, dia berkira-kira untuk bertanya tentang rumah bapa saudaranya itu.

“Pak cik…”

Walaubagaimanapun, belum sempat dia bertanya lanjut, mereka berdua diganggu oleh suara-suara riang riuh kanak-kanak.

Ameer menoleh. Beberapa orang kanak-kanak sedang berlari ke arah mereka dengan bersoarak riang diikuti oleh seorang gadis bertudung yang berpakaian kasual. Ameer berundur sedikit untuk memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut. Riuh keadaan di situ dengan suara mereka berebut membuat order.

“Hype. Hype. Hype. Kak Uma dulu order. Korang beratur belakang,” ujar gadis yang bersama kanak-kanak tersebut. Ameer hanya memerhati gelagat mereka semua. Enam orang kanak-kanak itu bersorak tidak setuju. Pak cik penjual aiskrim itu tersenyum. Dia sudah biasa dengan keadaan itu.

“Kak Uma jahat…”

Gadis itu pula menjelir seketika kepada seorang kanak-kanak lelaki yang bersuara tadi.

“Eleh, Kak Uma tak jadi belanja baru tahu.” Suaranya seperti mengugut. Ameer jadi kagum dengan gadis yang mampu menangani enam orang kanak-kanak itu sekali gus.

“Mana boleh! Kak Uma dah kalah. Kak Uma kena belanja,” jerit seorang kanak-kanak perempuan yang rambutnya ditocang dua. Ameer melihat mereka masih lagi berebut-rebut.

“Kak Uma saja jek bagi korang menang tau! Sebab semalam-semalam pun, korang tak pernah menang!”

Ameer melihat gadis itu mengejek dan mentertawakan enam orang kanak-kanak tersebut. Dia jadi terpesona dengan ketawa gadis itu dan cara dia melayan kanak-kanak yang kelihatan berumur empat hingga lima tahun itu. Macam gadis itu sendiri menjadi seorang kanak-kanak. Aiskrim kon di tangannya sudah habis dimakan.

Akhirnya, setelah bertegang lidah dengan Si Kak Uma mereka-sepertinya dia halimunan di situ-, keenam-enam orang kanak-kanak itu mendapat aiskrim mereka dan kembali ke tempat mereka bermain bersama gadis itu. Ameer melihat mereka dari jauh.

“Nak!”

Ameer tersedar. Pantas dia menoleh ke arah pak cik penjual aiskrim tersebut dan tersenyum. Lantas, dia teringatkan tujuan utamanya ke situ.

“Pak cik, pak cik kenal tak rumah Encik Adam Danish kat kawasan ni?”

“Adam Danish?” soal pak cik itu pula sambil mengibas badannya kembali.

“Ha’ah. Dia baru jek pindah ke sini bulan lepas.”

Seketika dia ternanti pak cik tersebut menjawab.

“Oh, Encik Adam ya?”

Pantas dia mengangguk.

“Rumah dia hujung sekali rasanya,” jawab pak cik itu sambil menunjuk ke arah rumah tersebut.

Ameer berlalu setelah mengucapkan terima kasih. Sebelum dia melarikan keretanya, Ameer menoleh sekali lagi ke arah kanak-kanak tadi bermain. Kelibat Si Kak Uma mereka sudah tidak kelihatan. Hanya kanak-kanak itu yang riang bermain.

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©