COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 29 Jun 2013

E & F -4-

Lagu yang berkumandang di seluruh dewan menjadi latar untuk orang yang sedang berbual-bual dan juga sedang menjamu selera. Fateh memandang sudut kanan pentas di mana seorang sahabatnya sedang menjadi DJ. Tersenyum Fateh melihat bekas rakan sekelasnya itu, Izzat. Dahulu Izzat adalah seorang yang mementingkan pelajaran. Nampaknya, dalam masa beberapa tahun ini pemuda itu sudah berubah. Fateh menebarkan pandangannya ke seluruh dewan. Hampir semua orang sudah berubah sebenarnya. Kalau dalam masa seminggu atau sebulan, banyak perkara yang boleh berlaku, inikan pula beberapa tahun.
                “Fateh!” Satu tangan menepuk bahunya daripada belakang. Fateh segera menoleh. Melihat gerangan orang yang berada di belakangnya itu, Fateh menyuakan senyuman dan bangun memeluk lelaki itu.
                “Jaz! Apa khabar kau?” Bahu pemuda yang bernama Hijazi itu ditepuk beberapa kali sebelum dia menapak setapak ke belakang. Dari situ, dia perasan terdapat seorang gadis yang sedang memerhati gelagatnya dan Hijazi daripada belakang pemuda itu.
                “Alhamdulillah, baik. Kau? Makin kacak nampaknya. Tinggilah saham kau sekarang ya?”Hijazi menepuk-nepuk lengan Fateh beberapa kali.
                Fateh ketawa mendengar. Pakaiannya malam ini memang digunakan untuk majlis-majlis rasmi, set sut putih dan blazer dalam hitam. “Ada-ada sajalah engkau ini.”
                “Herm. Ini aku hendak kenalkan tunang aku, Diana. Ingat tak? Dia pun sekelas dengan kita dulu.” Hijazi menapak ke tepi sedikit, menampakkan tubuh tunang yang dikatakan.
                “Hai.” Diana melambai sedikit.
                Fateh menyuakan senyuman. “Ingat. Ingat. Tahniah kau orang. Bila tarikh kahwinnya?” Sekilas matanya memandang, Fateh sudah kenal. Satu sahaja perubahan yang dia perasan pada Diana, gadis itu sudah tidak bertudung. Seingatnya, dahulu Diana cantik sahaja bertudung. Ingin sahaja dia persoalkan, ke mana hilangnya tudung gadis itu? Namun, nampaknya Hijazi tidak menilai Diana melalui pemakaian. Itu baik untuk pasangan tersebut tetapi dia berharap Hijazi sedar bahawa pemuda itu sekurang-kurangnya perlu menasihati tunangnya itu.
                “Itu kami belum tentukan lagi. Hah. Kau seorang? Aku rasa Azlan suruh kau bawa partnerkan?” Hijazi mengangkat-angkat sebelah kening sambil memandang ke kiri dan kanan, mencari teman Fateh.
                Fateh ketawa lagi. “Tak ada partner pun.”
                “Nasib baik Azlan tak wajibkan.” Hijazi turut ketawa. Selepas itu, Fateh mempelawa mereka duduk sebelum terus berbual-bual.  Diana kadang-kadang mancelah dan bertanya.  Fateh menjawab seadanya.
                Dalam keriuhan dewan itu, Fateh terpandang seorang gadis yang berada di meja buffet yang sedang memandang ke arah meja yang sedang didudukinya itu. Lebih tepat lagi gadis itu sedang memandang ke arahnya ataupun Hijazi.
Gadis itu memakai gaun labuh putih yang sangat ringkas tanpa ‘kelip-kelip’ dan selendang yang berwarna hitam. Gadis itu berdiri tanpa bergerak di situ. Lama sedikit Fateh merenung gadis itu, dia pasti gadis itu sedang merenung pasangan Hijazi dan Diana tanpa menyedari bahawa dia yang berada di sisi Hijazi itu. Kenapa gadis itu memandang Hijazi dan Diana begitu lama?
                “Aku ambil makanan sekejap.” Fateh meminta diri dari rakan semejanya. Dia mendekati meja buffet. Banyak makanan yang ada di situ. Sushi,ayam bakar,pizza, popia karipap dan macam-macam lagi. Kurma pun ada! Sekilas di memandang gadis yang masih berdiri di sisi meja buffet tidak jauh daripadanya itu. Pandangan dari dekat itu membuatkan Fateh berasa bahawa dia seperti pernah melihat gadis itu tetapi dia tidak pasti.
                Dia baru sahaja hendak berlalu daripada situ apabila seorang gadis berbaju kurung sutera ungu muda dan bertudung putih datang mendekati gadis bergaun putih, menyedarikan gadis itu daripada renungannya. Gadis berbaju kurung itu memandangnya sekilas dan menyuakan senyuman sebelum berlalu dengan gadis bergaun putih itu.

“Fuh! Hot. Hot. Hot.” Gadis berbaju kurung ungu muda dan bertudung putih itu duduk lalu mengipas-ngipas wajahnya. Ema turut duduk di sisi kanan gadis itu.  Fatin yang berada di kiri gadis berbaju kurung itu berpaling ke arah mereka berdua.
“Apa yang hotnya, Nani?” Fatin menyoal Inani, gadis berkurung ungu itu. Ema yang turut tidak tahu apa yang dikatakan oleh Fatin itu turut menunggu jawapan. Fatin dan Inani adalah salah seorang kawannya semasa zaman sekolah dahulu. Sekarang, mereka masih tidak berubah, Alhamdulillah.
Hot kau tahu! Putera tu…” Inani tidak menghabiskan ayatnya membuatkan Fatin geram dan menampak lembut bahu gadis itu. Mengaduh kecil Inani. Ema tersenngih.
“Engkaulah. Cuba cakap biar habis. Senang sikit hati aku. Tak payah nak saspen segala.” Fatin merungut. Inani memuncung.
“Alah… Tadi aku nampak putera raja tu. Aku senyum pada dia…” Inani mula tersenyum-senyum. Ema memandang Inani dengan kening terangkat.
“Putera raja mana pula ni, Nani?Ada jemput VVIP ke majlis kita ni? Bukan ini majlis reunion saja ke?” soal Ema hairan.
Inani dan Fatin kedua-duanya memandang Ema serentak.
Berkerut dahi Ema, “Kenapa? Aku tanya soalan yang salah ke?”
“Lah… Engkau lupakah? Kan putera raja kedua,Tengku Fateh satu batch dengan kita? Thus, of course he is here.Dia pandang kau kot tadi. Haaa… Iyalah. Memang engkau tak perasan sebab kau sedang renung orang lain, kan?” Jawab Inani selamba sehingga dia terlepas cakap. Lantas mulutnya ditutup di hujung katanya.
Berubah wajah Ema. Dia menundukkan wajahnya. Memang betul kata Inani. Dia sedang memandang seseorang sehingga tidak menghiraukan orang lain.
“Ema… aku… minta maaf. Aku tak ada niat.” Inani memegang bahunya.
Ema cuba mengukir senyuman dan memandang kawan-kawannya. “It’s okay.
Fatin cuba menggenggam tangannya daripada sebelah Inani itu. “Ema, it’s okay. Ada lelaki yang lebih baik yang sedang tunggu kau kat luar sana. Lupakan dia, Ema.”
Ema cuba mengukir senyuman untuk kawan-kawannya yang memahami. Bukan salah sesiapa. Takdir Tuhan sudah begini. ‘Si dia’ bukan miliknya. Fatin dan Inani yang tahu bahawa dia menyukai ‘Si dia’ pada zaman sekolah itu menenangkannya. Ema bersyukur mempunyai kawan seperti mereka.  Dia bukannya patah hati, cuma berasa sedikit kecewa apabila mengetahui pemuda yang diminatinya pada zaman sekolah itu sudah bertunang. Iyakah sedikit kecewa, Ema?



jangan lupa komen tauuu.... 

^_____^

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

sambung plsssssss

munirah fierus berkata...

eh ? Ema suka dekat Hijazi ke ? :O

Nava_JksCri berkata...

Ala Ema suka Hijazi ke??? Ingat kn Fateh yg diminat nya

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©