COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 13 Mei 2012

Iwana-Ulwan -4-

Disclaimer : the artwork is not cik haliban's.
Sedang enak dia menikmati kuih-muih sebagai sarapannya sambil membelek berita hari ini melalui iPad di sebelah pinggannya, kakanda sulungnya merangkap Putera Mahkota Jauzan, Raja Zulhilmi Taufiq masuk ke ruang makan itu. Ulwan hanya mengiringi kakandanya dengan pandangan mata sehingga lelaki itu duduk di hadapannya.
         “Makan, kanda,” sapa Ulwan. Kalau Haq hanya memanggil kakandanya dengan panggilan kakak, dia di Jauzan ini memanggil kakandanya dengan panggilan kanda. Dari kecil dia sudah dibiasakan dengan panggilan tersebut, jadi tiada rasa kekok.
         Dia tidak menyoal di mana keberadaan isteri serta anakanda-anakanda Taufiq kerana kadang-kadang mereka semua itu hanya bersarapan di kediaman mereka sahaja.
         “Dah lama?” soal Taufiq pendek.
         “Dalam lima belas minit dah,” jawab Ulwan, kembali kepada iPadnya.
         “Amboi, lamanya sarapan.”
         Ulwan mengukir senyuman nipis seketika. Bukannya dia makan banyak, dia cuma terleka dengan iPadnya itu.
         “Hah. How’s Darwish?” soal Taufiq setelah selesai mencapai kuih-muih yang dikehendakinya untuk sarapan pagi itu.
         Mendengar nama negara itu, Ulwan mengangkat wajahnya dan menutup iPadnya. Perhatiannya diberikan kepada kakandanya. Tentu putera mahkota itu sedia maklum bahawa dia baru pulang daripada Darwish semalam.
Interesting,” sepatah Ulwan menjawab, dengan senyuman tersungging di bibirnya. Fikirannya melayang teringatkan puteri mahkota Darwish.
“Bahagian mana yang menarik sangat? Puteri mahkotanya?” Taufiq mengangkat keningnya, ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan adindanya. Dia sudah lama tidak melawat Darwish, sebab itulah dia bertanya. Hairan sedikit dia melihat senyuman di bibir adindanya. Bukan selalu Ulwan tersenyum. Jikalau puteri mahkota Darwish mampu membuat Ulwan mengukir senyuman, gadis itu ternyata bukan gadis sebarangan.
“Adinda tak jumpa sangat Iwana. Dia tak tunjuk muka langsung sepanjang adinda di sana,” jawab Ulwan.
Makin menarik, fikir Taufiq. Jikalau tidak berjumpa, bagaimana Ulwan boleh tertarik dengan puteri tersebut atau adindanya itu sedang memikirkan perkara lain?
“Sudah tu? Tak tercapailah objektif adinda pergi ke sana?” soal Taufiq. Apa yang diketahui, adindanya itu menziarahi Darwish atas dasar ingin menilai calon isterinya itu.
“Adinda jumpa dia tapi dia tak sedar kehadiran adinda,” jelas Ulwan ringkas. Teringat rancangan Tengku Dhiya’ul Haq yang simple tapi berkesan itu. Pada hari dia dijadualkan kembali ke Jauzan, Haq sudah menukar jadualnya tanpa pengetahuan kakandanya, Iwana. Jadi, ketika Iwana datang bertemu dengan Haq di kediaman pemuda itu tempoh hari, dia sebenarnya berada di kediaman tersebut dan mendengar setiap perbualan mereka berdua tanpa disedari oleh Iwana.
“Jadi, adinda akan setuju dengan cadangan ayahanda?” Tanya Taufiq, soalan yang paling penting.
“Insya-Allah. Why not? Adinda tak akan rugi apa-apa,” jawab Ulwan selamba. Betul. Dia tidak akan rugi apa-apa, malah dia akan diangkat menjadi seorang putera mahkota, dia akan mempunyai seorang isteri dan ahli keluarga bertambah. Sepanjang pemerhatiannya di Darwish, menjadi salah seorang ahli keluarga kaum kerabat Darwish tidaklah teruk sangat. Mereka semua sangat mesra dan menerima serta melayannya dengan baik.
“Dah bersedia? Menjadi seorang suami, bukan tugas yang ringan.” Taufiq cuba menduga hati adindanya. Dia tidak meragui kemampuan Ulwan untuk menjadi seorang putera mahkota kerana dia yakin adindanya itu mampu memandangkan Ulwan adalah seorang peguam yang berjaya dan berwibawa. Namun, menjadi pemimpin dalam sebuah perkahwinan berbeza dengan menjadi pemimpin negara. Ikatan ini lebih kepada permainan emosi.
“Insya-Allah,” jawab Ulwan pendek. Apa lagi yang dia boleh kata? Dia masih perlu belajar dan belajar itu adalah pekerjaan sepanjang hayat. Moga-moga, Allah memberkati keputusan yang diambilnya itu.
Ulwan memandang jam tangannya sekilas. Sudah masanya dia meminta diri. Hari ini, dia mempunyai sebuah kes yang akan dibicarakan di mahkamah. Kemungkinan, kes ini adalah kes terakhir yang akan ditanganinya. Selepas ini, dia hanya akan menjadi pemerhati dan penasihat syarikat guamannya di Jauzan itu.
         “Adinda pergi dulu.”
         “Herm... bila nak berhenti ni?”
         Ulwan tersenyum nipis. “Dalam seminggu lagi. Adinda sedang uruskan perkara-perkara yang perlu.”
         Taufiq hanya mengangguk. Ulwan mengangguk ke arah kakandanya dan berlalu.
Disclaimer : cik haliban dont know him. *_*

1 komen:

leaftulip berkata...

aish...x cukup panjang ni...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©