COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 22 Oktober 2013

E & F -7-

Joging. Aktiviti yang dia sentiasa lakukan setiap kali dia mempunyai masa lapang. Berjoging dan bersenam di sebuah tasik berdekatan dengan kondominiumnya itu adalah salah satu cara dia mencari ketenangan. Tasik yang besar dan dikelilingi dengan hutan yang terjaga itu ternyata menyejukkan mata memandang kehijauan di sekeliling. Kadang-kadang, terdapat orang yang berkayak di tasik itu namun dia sendiri masih belum pernah mencuba aktiviti berkayak di situ. Entahlah, mungkin suatu hari nanti.
Sambil berjoging, telinganya dipasang dengan earphone yang disambung dengan iPhone yang terletak di dalam poket seluar jogingnya. Pendengarannya dihidangkan dengan lagu-lagu yang pelbagai genre. Kadang-kadang, ada juga surah-surah al-Quran. Bercampur-campur.
“Weh.” Satu tangan tiba-tiba hinggap di bahu kirinya, membuat Fateh serta-merta berwaspada. Sebagai salah seorang bekas ahli skuad khas tentera, dia dilatih untuk sentiasa bersiap-siaga dan alert jika ada apa-apa kecemasan. Pantas sahaja dia berpaling dan badannya segera menjauh sedikit daripada target yang mencurigakan. Namu melihat insan tersebut, Fateh menjadi relaks. Bibirnya mengukir senyuman.
“Lah…Engkau rupanya. Nasib baik aku tak taek wan do kau di sini. Boleh pula kita jumpa di sini,” ujar Fateh sambil tangannya mencabut earphone dari telinganya. Tentulah tidak sopan bercakap dengan orang jika tidak menumpukan perhatian. Dia memerhati Azlan dengan sebiji kamera yang tersangkut di leher. Kemudian, dia memandang sekeliling sebelum memandang Azlan kembali.
“Kau photographer ke?” soal Fateh. Dia tidak pelik jika ada sesi photoshoot di tasik ini kerana tempat ini memang indah jika ditangkap ke dalam gambar. Namun, kali ini dia tidak nampak seperti ada sesi tersebut di mana-mana.
                Azlan tersengih, “Taklah. Aku datang majlis anak saudara aku kat sini nanti. Alang-alang tu, aku datang awal tangkap gambar. Hobi.”
                Fateh mengangguk, mengerti. Setiap orang ada hobi. Demi hobi, apa sahaja pengorbanan akan dilakukan. “Oh haaa… Reunion hari tu pun, kau jadi jurugambar kan?”
Azlan menggeleng, “Untuk majlis tu, jurugambar rasmi bukan aku. Hari tu, aku saja-saja tangkap gambar untuk koleksi aku sendiri. Kau nak tengok gambar hari tu? Ada lagi dalam kamera ini.” Azlan menghulurkan kamera yang dipegangnya.
Fateh menyambut dan berjalan menuju ke tempat duduk berdekatan. Azlan diam, hanya memerhati, namun bibir pemuda itu mengukir senyuman seakan menunggu reaksi tertentu daripada Fateh. Tangan Fateh mula menekan butang kamera untuk melihat gambar-gambar yang terdapat dalam kamera tersebut. Ada gambar Izzat, Hijazi, Diana, Inani dan ramai lagi kawan mereka. Ada juga gambar makanan, dan lampu-lampu yang bergemerlapan. Orang seni memang macam ini, gambar makanan pun nampak cantik. Jarinya menekan lagi butang di kamera. Tiba di satu gambar, jarinya terkaku. Tidak berkelip dia memandang gambar itu beberapa saat. Setelah tersedar, dia menoleh kea rah Azlan. Ketika itu dia perasan bahawa kawannya itu sedang mengangkat kening ke arahnya dengan senyuman yang… pelik.
“Cantikkan, gambar tu?” soal Azlan nakal.
                Fateh kemudiannya tersengih dan menggeleng sendiri. Entah macam mana Azlan boleh mengambil gambar dia yang sedang menyarung kot putihnya ke badan Ema di luar hotel ketika hujan lebat tempoh hari. Cantik pula sudut yang diambil oleh lelaki itu. Gaun putih dan tudung hitam Ema nampak serasi dengan kot putih dan blazer dalam hitamnya.
“Siapa tu? Kata datang tak bawa partner malam tu?” soal Azlan dengan kening terangkat-angkat beberapa kali.
Fateh senyum, sungguh tiada jawapan untuk soalan Azlan itu. Bagaimana dia tergerak hati hendak mengikut gadis itu pada malam tersebut dan diakhiri dengan dia menghantar gadis itu pulang. Padahal dia baru sahaja bertemu dengan gadis itu. Siapa gadis itu. “Dahlah kau. Nanti boleh kau emelkan pada aku gambar-gambar majlis ni?”
Or specifically, kau nak gambar kau dengan si dia ni?” usik Azlan lagi.
“Apa-apalah tafsiran kau, Lan.
Setelah kembali dari berjoging, dia terus memandu keretanya ke arah kawasan kampung yang dilewatinya semalam. Dia sudah berjanji dengan kakandanya untuk mendapatkan pagi-pagi lagi kuih yang tidak dapat dicarinya semalam. Dia juga sudah berjanji dengan Ema yang dia akan pergi pada pukul tujuh. Dikerlingnya jam papan pemuka (dashboard) kereta. Sudah hamper tujuh setengah pagi. Matahari sudah mula memancar terang. Fateh membawa keretanya melusuri jalan kampung dengan perlahan sambil mengambil angin pagi yang sejuk di kampung tersebut.
Keretanya diparkir di bawah sebuah pokok di tepi jalan. Fateh berjalan kaki ke arah gerai yang terdapat beberapa orang pelanggan itu. Pagi-pagi begini, insyaAllah banyak rezeki untuk orang yang berusaha. Apabila tiba, dia menjengah, melihat kuih apa yang ada. Walaupun dia ada memesan kuih untuk kakandanya, mungkin ada kuih lain yang menarik minatnya.
“Eh, Tengku. Sekejap ya. Mak cik ambilkan kuih Tengku.” Emak Ema nampaknya perasan kehadirannya. Fateh sedikit tidak selesa mendengar wanita itu membahasakan dirinya Tengku, namun dia tidak sempat menghalang apabila wanita itu bergrak ke belakang sedikit, mendapatkan pesanannya barangkali. Dia memandang dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang membantu wanita itu melayan pelanggan. Pada pengamatannya, insan-insan ini adalah adik kepada Ema. Ketiga-tiga remaja itu memandangnya beberapa kali ketika melayan pelanggan lain. Fateh hanya tersenyum.
“Ini Tengku. Tengku ada hendak beli kuih lain?” soal emak Ema sekembalinya dengan plastic berisi kuih yang dipesannya semalam.
“Mak cik, panggil saya Fateh sahaja. Segan saya mak cik panggil Tengku,” ujar Fateh.
“Iyalah. Mak cik panggil Fateh. Fateh ada apa-apa lagi ?”
Fateh memandang sekilas kuih muih yang ada. “Bagi saya karipap gulung dangan donat, mak cik.”
Segera emak Ema melayan permintaannya.
“Ini adik-adik Ema ke, mak cik?”soal Fateh. Manalah tahu, dia tersalah tafsir tadi. Kemungkinan remaja-remaja itu adalah adik sepupu Ema.
“Ha’ah. Hari ini mereka cuti. Kalau hari minggu macam ni, selalu mereka tolong mak cik kat gerai ni.”
Fateh mengangguk. Sedikit sebanyak, dia mula mengetahui perihal diri dan keluarga Ema. 
 komen? :D

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

It's alright tpi mcm selow sket dia punya story tu berkembang. apa pon I'll keep reading so teruskan menulis k

Tanpa Nama berkata...

auchhh .. nk lg !

Nava_JksCri berkata...

De pic plak....hehehe
Sweet

Yangjue berkata...

teruskn mnulis sis...suka baca karya awk... :)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©