COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 23 Mei 2010

Kerana Saat Itu - 1

Tiba-tiba bahunya disentuh. Aisyah tersentak. Dia menoleh ke sisi dan senyum ke arah sahabatnya, Maisara yang masih juga dalam telekung solat sepertinya.

“Sara selalu cemburukan Aisyah.”

Aisyah diam. Dia tidak tahu apa yang perlu Maisarah cemburukan daripadanya. Dia bukannya sesiapa. Dia bukannya ada apa-apa apatah lagi harta.

“Sara cemburu sebab dapat rasakan perasaan kasih Aisyah kepada Allah lebih kuat dan teguh daripada perasaan Sara kepadaNya.” Maisarah merenung lembut bening mata di hadapannya itu.

Aisyah senyum sedikit. Hatinya tercuit mendengar bicara gadis itu.

“InsyaAllah, kita sama-sama berharap cinta kita bertambah besar dan kuat terhadap Allah.”

Maisara senyum dan mengangguk. Begitulah kehidupan mereka sejak tinggal sebilik setelah memasuki Kolej Nur Iman empat tahun yang lalu. Saling mengingati dan bergurau senda. Hubungan mereka bukan sahaja setakat sahabat malah seperti adik-beradik.

“Kak Sara, Kak Aisyah.”

Maisara dan Aisyah menoleh ke arah suara yang menyapa mereka. Seorang gadis berjalan ke arah mereka sebelum duduk searas dengan mereka berdua.

“Ada apa?” tanya Aisyah.

“Ummi. Dia bagitau dia nak adakan syura’ untuk semua ahli jawatankuasa muslimat.”

Ustazah Halawiyah penasihat muslimat Persatuan Siswa-siswi Islam (PSI), lebih gemar
digelar Ummi. Ummi penasihat yang baik dan sering dianggap sebagai seorang ibu. Mereka semua seperti satu keluarga.

Maisara Ketua Lajnah Syura dan Tazkirah Siswi manakala Aisyah pula Ketua Lajnah Halaqah dan Usrah Siswi. Jika ingin tahu di mana Maisara berada, tanyalah Aisyah dan sebaliknya. Masyarakat Kolej Nur Islam sudah kenal sangat dengan mereka berdua, antara sayap-sayap kiri dan kanan perjuangan PSI di situ.

“Bila tu?”

“Pukul dua setengah petang. Sekejap lagilah. Akak tak tahu lagi kan?” Aisyah menggeleng.

“Kalau macam tu, jom kita pergi. Dah nak dekat dua setengah ni,” ajak gadis yang juga AJK muslimat PSI itu.

Mereka berjalan beriringan ke bilik persatuan. Setibanya di sana, Aisyah mendapati hampir semua AJK muslimat persatuan berada di situ. Nasib mereka baik, Ustazah Halawiyah belum tiba.

“Ada apa sebenarnya ni? Macam tergempar saja.”

“Tak tahulah. InsyaAllah, tak ada apa-apa.”

Masa menunggu Ustazah Halawiyah diisi dengan bacaan ayat-ayat ma’thurat yang diingati oleh Aisyah. Tepat pukul sebelas tiga puluh minit, Ustazah Halawiyah muncul. Beliau duduk di hadapan mereka semua yang turut bersimpuh menghadap Ummi mereka.

Selepas membuka majlis dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, Ustazah Halawiyah memulakan bicaranya.

Syukran Ummi ucapkan kepada anak-anak Ummi semua kerana telah bersusah payah untuk persatuan kita ni. Tambahan pula, peperiksaan sudah hampir. Kerja dan aktiviti persatuan juga banyak.”

Masing-masing menumpukan perhatian mereka kepada Ustazah Halawiyah. Amanat Ummi mereka amat berharga kepada mereka.

Antunna adalah bunga-bunga yang tumbuh di taman larangan. Kekalkan gelaran itu. Pertahankan kelopak hatta haruman antunna sekalipun. Antunna adalah mirah yang amat diperlukan oleh umat marcapada ini. Ummi juga menghargai jasa antunna kerana tidak pernah mengeluh atau mengadu kepada Ummi. Di samping kerja persatuan, antunna perlu mengulangkaji pelajaran pula. Terutamanya, pelajar tahun akhir.”

Satu persatu Ummi menyebut nama ahli jawatankuasa yang berada di tahun terakhir di Kolej Nur Iman termasuk Aisyah dan Maisara.

“Ingatlah, Allah pasti membantu kita ketika kita berada di dalam kesusahan. Janganlah anak-anak Ummi mengeluh kerana bekerja di jalan Allah kerana hakikatnya anak-anak Ummi ini memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah, InsyaAllah. Teruskanlah perjuangan kita. Sesungguhnya, Allah itu tidak rugi apa-apa jika kita tidak membantuNya, tetapi kita yang rugi.

Jangan antunna beranggapan bahawa antunna akan ketinggalan dalam pelajaran demi kerja-kerja sebegini. Sesungguhnya, Dia Maha Adil. InsyaAllah, Allah akan membantu kita. Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya.

Contohilah Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna yang melakukan pengorbanan dalam kerja dakwahnya, Abdullah bin Ummi Makhtum R.A. , sahabat Nabi yang membawa panji bendera Islam walaupun buta dan As-syahid Ahmad Yaasin yang digeruni musuh walaupun cacat. Allah telah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7,

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”


1 komen:

cik ian@aH Lian~ berkata...

keindahan agama Islam
terlakar di dalam kisah ini.
bagus sangat!
:)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©