COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 25 Ogos 2011

IAPH -9-

Hadif melangkah masuk ke dalam bilik menonton di kediamannya. Dia melangkah mendekati Hafawati yang sedang seronok menonton drama cina yang menceritakan kisah seorang puteri yang lincah. Entah dari mana adindanya itu mendapat DVD drama tersebut kerana di kediamannya semestinya tiada drama tersebut. iPad miliknya diletakkan di atas meja di hadapan sofa dan dia melabuhkan diri di sisi Hafawati. Huda pula duduk tidak jauh daripada mereka, bukannya sedang menonton seperti Hafawati tetapi sedang membelek-belek surat khabar. Hadif dapat melihat ada setimbun akhbar di sisi gadis itu.
            “Buat apa tu, dik?” soalnya apabila tidak dapat mengagak apa yang dilakukan oleh adinda kembarnya itu. Tadi, dia ada dengar Huda meminta akhbar-akhbar lama daripada seorang dayang kediamannya.
            “Tak ada apa-apa. Huda ada assignment sikit. Nak cari berita yang berkenaan dengan tajuk assignment Huda tu,” jawab gadis itu tanpa menoleh ke arahnya.
            “Kenapa tak minta tolong dayang-dayang carikan? Bukankah cepat sikit?”
            Hadif senyum nipis apabila Huda menggeleng. “Huda tak suka orang lain buat kerja Huda. Lagipun, tarikh hantar kerja ini lambat lagi sebenarnya.”
            “Tak tanya bonda?” tanyanya lagi. Lagipun, Huda adalah pelajar jurusan farmasi. Bonda mereka pula adalah pelopor kepada salah satu organisasi farmaseutikal halal yang terbesar di Zamora. Pengetahuan bonda mereka tentu dapat membantu Huda.
            “Nak tanya juga bonda tapi tak tanya lagi,” jawab gadis itu lagi.
Hadif mengangguk sahaja. Dia hanya boleh memberi cadangan sahaja kerana dia bukannya pelajar jurusan sains. Dia berkalih pada Hafawati di sisi kanannya. Diam sahaja adindanya itu. Kebiasaannya kalau mereka berkumpul bersama, Hafawati tentu tidak duduk diam.
            Tiba-tiba tangannya bergerak sendiri, menarik tudung gadis itu sedikit. Terjerit kecil Hafawati apabila tudung yang dipakainya sudah tidak betul. Hadif tersengih apabila gadis itu berpaling dan menjelingnya. Alah… dia tidak takut langsung jelingan gadis itu.
            “Eeeiii… Yang tangan gatal-gatal nak kacau kakak ni kenapa?” Garang gadis itu menyoal kembali.
“Marah nampak?” balasnya bersahaja. Hafawati tidak menjawab. Diam, kembali memandang televisyen.
“Bukan hari minggu macam ni kakak selalu ada aktiviti ke? Menunggang la, memanah la, menembak la. Hari ni tak ada apa-apa?” Hadif bertanya. Dia juga turut mula menonton drama yang tersiar di televisyen itu.
“Kakak tak ada kang, bersungut. Kakak ada pun, cakap macam-macam,” rungut gadis itu, kedengaran di telinganya. Hadis senyum nipis. Nampaknya angin adindanya yang satu itu dalam tidak elok.
“Hei, kenapa ni? Cuba cerita pada abang. Kalau boleh, abang akan bantu,” ujar Hadif lembut. Dia tahu benar dengan Hafawati. Gadis itu mungkin lasak dan sedikit kasar tetapi apabila dia mula bersuara lembut dengan adindanya itu, gadis itu akan beralah.
            “Lo siento. No es nada. Sólo estoy cansado. (Maaf. Tak ada apa-apa. Saya cuma letih.),” jawab gadis itu dalam bahasa Sepanyol. Memang kadang-kadang mereka akan menggunakan bahasa kebangsaan Lotus, negara di mana bonda mereka membesar itu. Dari kecil mereka diajar oleh bonda mereka tentang bahasa tersebut.
            “Bien, pero si tienes problemas, puedes consultarme. (Okey tetapi kalau awak ada masalah, awak boleh berunding dengan saya.),” balas Hadif dalam bahasa yang sama. Dia melihat gadis itu menyuakan senyuman dan mengangguk ke arahnya. Hadif turut senyum dan tangannya sekali lagi bergerak merosakkan kedudukan tudung adindanya itu.
            “Abang!” jerit Hafawati. Hadif ketawa sahaja. Bunyi telefon Hafawati bersama getarannya di atas meja itu mengalihkan tumpuan mereka. Hafawati sempat lagi menjelingnya sebelum mencapai telefon tangannya itu dan bangun keluar dari bilik menonton itu untuk menjawab panggilan tersebut.
Pandangan Hadif menurut langkah gadis itu sebelum dia berpaling ke arah adindanya yang seorang lagi itu. Terjungkit keningnya apabila melihat riak wajah Huda ketika. Berita apalah yang dibaca oleh Huda sehingga gadis itu ternganga dan bulat mata itu.
“Adik,” panggilnya namun Huda seperti tidak dengar panggilannya.
“Adik!” panggilnya sedikit kuat daripada tadi. Huda terpinga-pinga memandangnya.
“Kenapa tu?” soal Hadif, ingin tahu. Sebentar kemudian, Huda kalut berlari kecil ke arahnya dengan akhbar yang dipegangnya tadi di tangan. Huda duduk di sisinya, menggantikan tempat Hafawati tadi dan menunjukkan akhbar di tangannya.
“Ni hah.”
Berita yang bertajuk ‘Puteri Gabenor Juwana Pelajar Paling Cemerlang’ menyapa matanya.
“Ini kawan Huda!” Huda menunjuk ke arah gambar yang terpampang di bawah tajuk itu. Kelihatan seoranng gadis yang berpakaian sekolah tinggi sedang memegang sebuah piala dan sijil bersama seorang lelaki dan wanita. Dia mengenali lelaki itu. Itu memang gambar gabenor Juwana yang sekarang, Tuan Haniff. Dia memerhati wajah anak perempuan gabenor itu pula.
Hadif tersentak seketika apabila dia merenung lama wajah gadis itu. Itu adalah gambar gadis yang ditolongnya di pusat membeli-belah tempoh hari. Nurin! Pantas dia membaca berita berkenaan puteri gabenor Juwana itu. Nama penuh gadis itu adalah Puteri Nurin Najwa binti Tuan Haniff. Rupa-rupanya Nurin adalah anak perempuan gabenor Juwana.
Hadif teringat kejadian tempoh hari. Dia menemani Nurin menunggu temannya tetapi sepanjang masa itu, Hadif tidak membuang kaca mata hitam dan topi yang dipakainya. Jadi, dia pasti Nurin tidak tahu bahawa dia adalah putera mahkota yang ditemuinya di Kampung Seratus Menara. Sebaliknya dia tahu gadis di kampung itu adalah Nurin. Apabila kawan Nurin tiba, dia terus meminta diri. Nama penuh gadis itu dia tidak tahu ketika itu. Nombor telefon pun dia tidak minta. Sekarang, Nurin adalah kawan Huda pula?
Hadif menoleh ke arah adindanya, “Kawan Huda?” soalnya untuk memastikan perkara tersebut. Huda kenal dengan Nurin? Apabila gadis itu mengangguk, ternyata perkara itu adalah benar.
 “Dah lama ke Huda berkawan dengan dia? Kenapa terkejut sangat tengok berita ni?” tanya Hadif. DIlihatnya akhbar itu bertarikh dua tahun yang lalu. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa adindanya itu ada kawan dari Juwana.
“Huda baru kenal je Nurin ni. Dalam dua minggu rasanya tapi Huda tak tahu pula dia anak gabenor. Dia tak cakap pun.”
Hadif diam. Dia juga tidak tahu gadis itu anak gabenor. Nampaknya keadaan mereka memang adil. Mereka tidak tahu Nurin adalah anak gabenor, Nurin juga tidak tahu bahawa mereka berdua adalah anak raja. Namun begitu, Hadif rasa mungkin Nurin akan tahu dalam masa terdekat kerana dia dan adindanya memang selalu keluar di media terutamanya majalah.
Sebentar kemudian, Hafawati masuk kembali ke ruang menonton, mengambil tempat duduk berdekatan dua kembarnya itu.
“Kawan kakak ajak pergi konsert la. Nak pergi tak?”
Terjungkit kening Hadif. Apabila adindanya itu sebut konsert, terbayang pula di mindanya keadaan pemuda-pemudi dalam satu kawasan tetapi dipisahkan. Itulah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur konsert di negara mereka ini.
“Tapi kakak kan tak suka tempat ramai orang?” Huda bertanya.
“Memang pun tapi kawan kakak ni bersungguh sangat. Dia dapat free ticket sebenarnya. Lagipun, dia cakap ini konsert amal,” jawab Hafawati.
“Konsert amal? Konsert Hafiy Sidqii tu ke?” soal Huda lagi, semakin teruja nampaknya gadis itu. Mana tidaknya, dia adalah peminat penyanyi itu walaupun bukannya peminat fanatik. Tentulah dia tahu jika pemuda itu ada membuat konsert.
“Ha’ah. Huda nak ikut?”
Hadif hanya memerhati kedua-dua kembarnya itu. Huda menggeleng dengan soalan Hafawati.
“Tak dapatlah nak pergi. Huda ada hal hari tu.”
“Abang nak ikut? Konsert ni hujung minggu ni,” Hafawati berpaling ke arahnya pula. Hadif diam seketika, berfikir. Sebenarnya, dia bukannya minat sangat pergi ke konsert-konsert sebegini. Lagipun, Hafawati pergi bersama rakannya. Perlukah dia turut serta?

Perlu tak Hadif ikut? Alasan? :)

SELAMAT HARI RAYA!

3 komen:

shana berkata...

pergi jer manalah tahu kawan huda tu nurin ;)

iniakuyangpunyahati berkata...

x kot.. g tempat len n btembung ngn nurin hehehe
biar hafawati plak ad cter dia kehkehkeh

cactaceous opuntia berkata...

haha..sekalin sekala tukar selera...smntr xbz dgn urusan istana dia...kwn huda bukn kwn hafawati ke?ntah2 yg beria-ia nk pegi konsert tu nurin x?heheh

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©