COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label CSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CSR. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Mei 2010

{CERPEN} Cinta Sang Ratu II

“Kenapa?” sampuk Syah yang sudah penuh dengan perasaan ingin tahu.

“Waktu tu, kami baru saja lepas kenakan seorang pak cik tua. Dalam gelak-gelak tu, basikal kawan Adah terbabas dan masuk ke dalam sungai yang deras dan dalam. Kami semua tak pandai berenang. Seorang kawan lagi ni bergegas hendak meminta bantuan tapi tiba-tiba sebuah lori yang laju datang dan langgar dia ketika dia nak melintas jalan. Adah jadi terkaku kat situ sebab terperanjat sangat. Bila nak lihat kawan Adah yang lemas tu, dia dah tak kelihatan. Adah jadi cemas, blank dan lepas tu pengsan.” Adah berhenti seketika untuk melihat reaksi sahabatnya. Syah yang dari tadi memandangnya, mengalihkan pandangan ke bawah. Seperti ada sesuatu yang menarik pada kasutnya.

“Bila Adah sedar, Adah jadi terbayang-bayang, teringat-ingat pasal peristiwa tu sampai Adah jadi trauma. Allah nak uji Adah tapi Dia takkan menguji hambaNya melampaui batas kemampuan hamba itu. Masa tu, Adah sedar bahawa mati tak tunggu hingga kita tua. Dia akan datang menjemput kita kalau Allah dah perintahkannya. Dia takkan buat tawaran dengan kita macam ibu kita beli ikan kat pasar tu. Adah jadi teringat akan semua dosa yang Adah lakukan. Dosa pada orang yang Adah buli, pada ibubapa, pada pak cik-mak cik kat kampung tu. Adah jadi takut kalau-kalau Adah mati masa tu sedangkan Adah masih belum bersedia. Alhamdulillah, Allah berikan hidayah kepada Adah dan Adah selalu mendoakan supaya Allah ampunkan dosa Adah dan kawan-kawan Adah yang dulu.” Adah menamatkan ceritanya.

“Adah cuba hendak beritahu Syah sesuatu ke?” soal Syah tiba-tiba. Adah tidak mengelak malah mengangguk.

“Ya, sayang. Memang masa kita masih muda dan ketika kita hidup ni, kita akan terfikir bahawa tak mungkin kita akan mati sekejap lagi ataupun esok. Tapi kuasa Allah tu tak terbatas. Macam kisah Nabi Musa. Kaum yang beriman tu terfikir, mana mungkin mereka dapat meredah lautan yang luas itu. Tapi kuasa Allah, laut itu terbelah memberi laluan kepada mereka. Dalam tafsir, ada yang mengatakan bahawa laut itu adalan laut Swiss. Jadi, mati itu mungkin sahaja bila-bila masa dan di mana-mana. Macam mana kalau kita tak sempat bertaubat, Syah?”
“Di mana sahaja kamu berada nescaya kematian itu akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada di kubu yang tinggi...”
(Surah An-Nisa’ : ayat 78)
“Adah harap Syah tak marah. Adah beritahu ni sebab Adah sayangkan Syah. Adah faham kalau Syah tak rasa dan masih tak faham apa yang Adah rasa sebab perkara ni tak terjadi pada Syah. Apabila sesuatu tu berlaku pada diri kita sendiri, barulah benda tu akan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga membuatkan kita berfikir dan muhasabah diri. Syah pulak, pernah tak rasa atau terfikir untuk bertudung dan tutup aurat? Sebenarnya kalau kita tak menutup aurat ibarat kita menganiaya diri sendiri, sayang.”
“Dan sesiapa berbuat dosa sesungguhnya ia berbuat kerosakan atas dirinya sendiri. Allah Mengetahui lagi Bijaksana.”
(Surah An-Nisa’ : ayat 111)
Syah terdiam. Matanya melirik pada pakaiannya. T-shirt baby dan seluar panjang ketat. Dipandang pula pakaian Adah yang menutup aurat dengan tudung, baju lengan panjang dan seluar panjang yang longgar.

“Syah memang sejuk mata memandang orang yang tutup aurat tapi tak pernah terfikir untuk buat macam tu. Ibu Syah bertudung bila keluar rumah tapi dia tak pernah suruh Syah pakai tudung,” jawab Syah jujur. Dia lebih senang berterus-terang dengan kawan baiknya.

“Syah nak tahu tak? Itupun salah satu cara untuk berdakwah walaupun dia tak tegur Syah. Itu namanya ‘berdakwah dengan keadaan’. Mungkin ibu Syah berharap agar Syah akan ikut jejak langkahnya bila dia buat macam tu. Berbalik pada topik asal kita, pasal Syaza. Syah tak boleh menyalahkan Syaza seratus peratus kerana mungkin dia berpedapat zahir tu mencerminkan batin.”

“Tapi kita tak boleh menilai buku daripada kulitnya!” bantah Syah pantas. Adah mengangguk.

“Betul. Salah Syaza sebab fikir macam tu tapi juga salah Syah sebab Syah sendiri yang menyebabkan Syaza berfikiran macam tu. Erm…Syah faham ke?” Adah merenung wajah Syah yang kelihatan bingung sedikit.

“Syah sedar tak mesej apa yang kita nak sampaikan pada penonton nanti?” sambung Adah lagi. Sebenarnya, dia juga mahu sahabatnya itu berubah ke arah kebaikan. Walaubagaimanapun, cara yang lembut dan berhemah lebih sesuai digunakan olehnya terhadap Syah. Adah tidak mahu cara dia menegur Syah menyakitkan hati dan hubungan mereka akan putus. Semuanya akan menjadi sa-sia.

“Okey. Syah fikir dulu. Adah nak masuk tandas.”

Adah berlalu masuk ke dalam tandas pelajar perempuan, meninggalkan Syah sendirian untuk berfikir. Sebenarnya, dia tidak mahu terlalu mendesak Syah sedangkan dirinya jugak terdapat banyak kelemahan. Dia hanya boleh berusaha tapi yang memberi hidayah itu adalah Allah. Samalah seperti Nabi Muhammad S.A.W.
yang tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudaranya, Abu Talib kerana hidayah itu milik Allah S.W.T.

Sekembalinya dari tandas, Adah mengajak Syah masuk ke dalam dewan kerana sudah lama mereka menghabiskan masa di luar. Namun sebelum melepaskan Syah untuk meneruskan latihan lakonannnya, Adah memberi sesuatu kepada Syah. Syah menyambutnya dengan serba-salah.

“Sempena pementasan ini, Adah hadiahkan Syah novel Cinta Sang Ratu ni. Adah harap Syah baca dan hayati novel ni sebab novel ni membawa banyak pengajaran sepertimana Adah harap mesej-mesej yang bakal dibawa oleh lakonan Syah akan sampai dan terkesan di hati penonton,” ujar Adah sambil memegang erat tangan sahabatnya.

‘Kita sebenarnya beruntung dan patut bersyukur kerana Nabi Muhammad S.A.W. sayangkan kita. Baginda tidak pernah mendoakan supaya kita, ummatnya ditimpa bala. Sedangkan Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Nuh berdoa supaya Allah S.W.T. memusnahkan kaum mereka yang mendustakan Allah.

Seperti namamu, moga suatu hari nanti kau mewarisi sifat-sifat terpuji Ummul Mukminin Aisyah Al-Humaira. Menjadi seorang anak yang baik dan taat, seorang yang berpengetahuna luas dan mendalam, cerdik serta seorang isteri yang mendamaikan hati suaminya. Moga kau mendapat hidayah Allah, sahabatku Aisyah Al-Humaira.’

...TAMAT...
Maaf la kalau tajuk cerita tak ada kaitan dengan jalan ceritanya... ^^

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :) 
Read more...

{CERPEN} Cinta Sang Ratu

Cerpen yang memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis untuk majalah sekolah MMP.

“Aku tidak berniat jahat! Benarkan aku bertemu dengan Laksamana Sunan!” jerit Ratu Sulaman dengan termengah-mengah setelah beberapa kali dia cuba untuk melangkah naik ke rumah papan itu namun tidak berjaya kerana ada sesuatu yang ghaib seolah-olah menghalangnya daripada berbuat demikian.

“Cut!! Okay. Bagus. Rehat sekejap!”

Suara yang kedengaran dari corong pembesar suara buatan dari kertas itu bergema sedikit di dalam dewan tersebut. Syah yang sedang melakonkan wataknya segera berhenti. Aksinya yang termengah-mengah tadi bertukar menjadi biasa serta-merta. Dia menoleh ke arah Cikgu Sumaiyah yang berdiri di tempat duduk di tengah-tengah dewan pementasan. Adah yang setia berdiri di sisi Cikgu Sumaiyah dari tadi menunjukkan ibu jari ke atas tanda bagus sambil berlari-lari anak ke arahnya.

Oleh sebab kepenatan, Syah bergerak dan duduk di sebelah begnya, menjuntaikan kaki ke bawah pentas. Adah datang melabuhkan diri di tepinya lalu menghulurkan sebotol air minuman.

“Nah! Hadiah untuk Syah,” ujar gadis yang bertudung hitam itu sambil tersenyum.

“Yalah tu. Hadiah konon.” Syah mencebik sambil mengusik namun dia tetap mencapai botol tersebut.

“Sebab lakonan Syah hari ni bertambah baik.” Adah mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Syah tersenyum.

Pementasan yang sedikit sebanyak diadaptasi dari novel Melayu karya Ramlee Awang Mursyid ini akan dipersembahkan pada malam Hari Kebudayaan sekolah yang akan diadakan nanti. Pada awalnya, dia langsung tidak berminat tetang acara ini tetapi entah bagaimana dia boleh memegang watak utama dalam pementasan ini. Syah tahu sebenarnya bahawa semua ini kerja Adah. Sementelahan, Adahlah yang menulis skrip pementasan tersebut. Akhirnya setelah dipujuk oleh Adah, Syah bersetuju untuk memegang watak Ratu Sulaman. Namun yang malangnya, dia terpaksa bergandingan dengan orang yang tidak disukai olehnya.

“Syah!”

Mendengar suara yang menyapanya dari belakang, Syah menoleh atau lebih tepat lagi menjeling tajam ke arah gadis yang berdiri di belakangnya dan Adah itu.

“Apa?” sahut Syah sedikit keras namun wajah gadis di hadapannya sedikitpun tidak berubah. Sudah lali barangkali.

“Kau dah baca habis semua skrip ni?”

“Dah! Kenapa?” Syah mengerling sekilas Adah yang tetap bermanis muka dengan gadis yang sudah mula menunjukkan wajah sinisnya.

“Tak adalah. Rasanya babak-babak lepas ni watak bertudungkan? Kau reti ke pakai tudung? Apa kata kau berlatih dari sekarang?” sindir gadis itu secara terang-terangan. Berubah wajah Syah. Dia sedar dia tidak bertudung seperti Adah tetapi gadis itu tiada hak untuk merendah-rendahkan dirinya. Syah berada ingin membalas kata-kata lancang itu tetapi ditegah oleh Adah. Gadis itu memegang lengannya lembut sebelum berpaling bersemuka dengan gadis yang masih berdiri itu.

“Syaza, pasal watak yang dibawa Syah awak janganlah susah hati. Serahkan perkara ni pada saya. Tahulah saya nak buat macam mana. Saya rasa sekarang ni lebih baik awak tumpukan perhatian awak pada watak Maharani tu. Kalau awak asyik susah hati tentang watak Ratu ni, saya khuatir watak Maharani pula yang tak menjadi. Nanti tak sampai pula mesej-mesej yang kita hendak sampaikan kepada penonton.”

Mendengar ucapan Adah, gadis yang bernama Syaza itu terdiam. Syah rasa sedikit terbela. Tutur kata Adah yang mempertahankannya itu memang pedas walaupun dalam bentuk kiasan.

“Syah, jom gi tandas.”

Syah berjalan meninggalkan pentas bersama Adah. Mereka bertemu Cikgu Sumaiyah terlebih dahulu sebelum keluar dewan. Pemandangan padang sekolah yang menghijau sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati Syah yang kepanasan akibat sindiran yang diterima.

“Syah, marah lagi?” Adah memaut bahu sahabatnya. Syah menoleh dan senyum sedikit.

“Kenapa Syaza tu tak habis-habis nak memalukan Syah? Syah tahulah Syah tak pakai tudung tapi ingat orang yang tak pakai tudung ni jahat sangat ke? Syah pun ada maruah diri. Dia tak berhak nak pijak-pijak maruah Syah!”

Adah tersenyum mendengar luahan rakannya.

“Syah, Adah rasa Syaza tu cuma nak nasihatkan Syah aje tapi mungkin cara yang dia gunakan tak kena. Mungkin juga dia tersalah pilih bicara agaknya,” pujuk Adah. Kemudian dia mengajak Syah duduk di kerusi yang tersedia tidak jauh dari tandas.

“Macam manalah nak berkesan kalau asyik menyindir dan merendah-rendahkan orang saja? Takkanlah dia tak tahu remaja sebaya macam kita semua ni tak betah disindir atau dimarahi. Makin menjadi adalah. Sepatutnya kenalah tegur dengan cara berhemah. Nasihat tu kenalah guna bahasa yang lembut. Tak pun, berkiaslah sikit,” ujar Syah lagi.

“Betul jugak apa yang Syah cakap. Wah! Dah pandai ya sekarang, Aisyah,” usik Adah. Dia sebenarnya tidak mahu sahabatnya terus menerus menyimpan amarah terhadap Syaza di dalam hatinya kerana tiada gunanya. Amarah hanya akan menggelapkan hati. Syah tersengih dengan usikan rakannya.

“Yalah. Semua tu pun, Syah dapat dari Adah jugak. Tengoklah. Walaupun Adah sendiri bertudung, Adah bukan saja tak pernah sindir Syah malah menjadi kawan baik Syah. Bukan macam Syaza tu. Entah-entah, perangai dia lebih teruk daripada Syah sendiri.”

Adah menggeleng-geleng kepalanya melihat Syah yang tidak henti-henti memarahi Amin walaupun gadis itu tiada di hadapan mereka.

“Tak baik, Syah. Kita mesti bersangka baik dan berbuat baik dengan orang lain walaupun musuh kita sendiri. Rasulullah S.A.W. pun tak pernah marah walaupun setiap hari jiran baginda melontar najis jika baginda lalu di hadapan rumahnya. Mungkin Syaza tu berharap benar nak lihat Syah pakai tudung tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Jadi dia cakap macam tu supaya ego doa tak jatuh.”

Syah mencebik.

“Yalah sangat tu. Adah pun satu. Yang pilih Syah dengan dia jadi watak tu siapa suruh?” Syah merenung wajah Adah yang tersenyum-senyum mendengar rungutannya.

“Adah ambil Syah sebab Syah memang sesuai dengan ciri-ciri watak tu. Syaza tu Cikgu Sumaiyah yang pilih, sayang. Adah tak boleh buat apa-apa. Lagipun, Adah tak ada alasan nak tolak dia.”

“Ada pulak macam tu. Tak patut betul!”

Adah mengalihkan pandangannnya ke arah air terjun buatan yang dibina berdekatan situ. Walaupun bukan air terjun semula jadi, bunyi air yang mengalir dan berpercikan itu tetap mampu menenangkan fikiran orang yang melihat dan mendengarnya.

“Syah nak dengar rahsia tak?” Suara Adah memecahkan kesunyian antara mereka yang seketika tadi.

...to be continued...


Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©