COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 3 Februari 2015

Takdir Cinta -31-

Apabila Fateh melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya, Danish menutup fail yang dibaca dan diletakkan di atas meja. Pembantu peribadinya diminta meninggalkan mereka berdua.
                “Kau sibuk ke?” soal Fateh, setelah lelaki itu mengambil tempat duduk di hadapan mejanya selepas mereka bersalaman.
                “Macam biasalah. Kenapa? Kau ada benda penting untuk dibincangkankah?” balas Danish. Tadi dia membaca laporan-laporan sektor pendidikan negara Darwish ini. Akibat bencana alam yang terjadi di sesetengah kawasan, hal-hal pendidikan di kawasan tersebut perlu diberi perhatian.
                “Tak ada apa-apa yang penting sangat. Bimbang mengganggu kau sahaja. By the way, tiga hari lagi aku balik Zamora.”
                Terangkat kening Danish. Kalau Fateh sudah hendak balik ke Zamora, maknanya Ema sudah boleh dipindahkan ke Zamora. Itu yang diberitahu oleh Iman kepadanya beberapa hari yang lalu.
                “So, Ema sudah sihatlah ni?” tanya Danish.
                “Dia sudah semakin pulih, alhamdulillah tapi dia masih memerlukan rawatan di hospital Zamora.”
                Danish mengangguk sahaja mendengar jawapan kawannya itu. Namun, timbul rasa pelik di hatinya apabila wajah lelaki di hadapannya itu langsung tidak menggambarkan perasaan gembira. Sepatutnya Fateh senang hati apabila Ema dan dia sudah boleh pulang ke Zamora, kan?
                “Sudah tu, muka engkau macam anak kucing kau mati ni, kenapa pula?” soal Danish. Fateh ketawa pula setelah dia menyoal.
“Weh, aku mana ada anak kucing.”
Danish tersengih. Sedar bahawa dia sesuka hati sahaja menggunakan perbandingan rekaannya sendiri.
“Iyalah. Aku hendak cakap anak bini pun, kau masih belum kahwin. Kalau aku guna anak kucing, baru lagi masuk akal. Jadi, apa masalah kau ni? Bukan kau patut gembira ke sebab sudah boleh pulang ke Zamora? Aku rasa, famili kau semua sudah tertanya-tanya apa yang kau lakukan di Darwish hampir dua minggu ini,” balas Danish.
Dalam tempoh yang hampir dua minggu ini, Tengku Iman Hakimi mahupun Cik Puan Hijratul Khairiyah yang merupakan kakanda-kakanda Fateh itu ada bertanya perihal Fateh yang berada di Darwish ini kepadanya. Apa yang dia boleh katakan jikalau Fateh sendiri tidak mahu berterus-terang dengan keluarganya?
Sebagai orang besar Zamora, boleh sahaja Tengku Iman Hakimi menggunakan orang-orangnya untuk menyiasat aktiviti Fateh di sini, namun oleh sebab keadaan tidak begitu kritikal, jadi mereka tidak perlu menggunakan cara tersebut. Lagipun, itu akan mancabul privasi Fateh sahaja.
“Aku memang senang hati hendak kembali ke Zamora, masalahnya Ema itu.”
Terangkat kening Danish, “Kenapa dengan Ema? Doktor sudah beri kebenaran, kan?”
“Betul tapi Ema sendiri tidak mahu pulang ke Zamora,” ucap Fateh.
Berkerut dahi Danish.
“Kenapa pula?”
Danish melihat Fateh meraup wajah.
“Dia tak mahu famili dia tahu keadaan dia begitu. Dia tak mahu famili dia bimbangkan dia dan terpaksa jaga di hospital. Kalau boleh dia sebenarnya hendak tinggal di Darwish ini sampai dia pulih sepenuhnya. Aku ini kena bergaduh dulu dengan dia, baru dia setuju hendak pindah ke hospital di Zamora. Itupun, dia tak mahu aku beritahu keluarga dia bahawa dia akan berada di Zamora.
Hisy... Aku tak tahulah kenapa Ema bertegas sangat tak mahu kelaurga dia tahu. Aku faham kalau dia tak mahu emak dan adik-adik dia bimbang tapi aku rasa mereka lagilah risau kalau tak berjumpa dengan dia hampir sebulan ini. It’s ridiculous,” jelas Fateh panjang lebar, bercerita tentang ‘perbincangan’nya dengan Ema beberapa hari yang lalu.
“Maksud kau, sekarang ini famili Ema tak tahu bahawa Ema sebenarnya terlibat dengan kebakaran di Darwish ini?” tanya Danish.
Fateh mengangguk, “Pada mulanya, aku cuma beritahu keluarga dia bahawa kami masih ada urusan di sini. Ema pula bila telefon keluarga dia, tak berterus terang langsung.”
Danish mengangguk. Mindanya berpusing, mengaitkan semua hal tentang Ema yang dia tahu.
‘Nampaknya keluarga Ema tidak tahu siapa Ema yang sebenarnya. Kalau tidak, tentu Ema tidak akan bersungguh-sungguh menyembunyikan kejadian ini daripada keluarganya,’ fikir Danish. Dia memandang Fateh.
“Kau dah bacakah fail peribadi Ema yang aku bagi pada kau tempoh hari?” soal Danish. Terkejut dia apabila Fateh menggelengkan kepala.
“Kau tak baca?” tanya Danish sekali lagi, dengan mata yang besar. Sekali lagi, Fateh menggeleng. Akhirnya, Danish menggeleng sendiri.
“Jadi, kau sebenarnya tak tahu lagi apa kerja Ema yang sebenarnya kan? Kau memang tak curious kah kenapa dia boleh terlibat dengan kes pemberontak ini?”
“Bukan tak curious. Aku malas hendak serabutkan kepala aku. Aku hendak tunggu Ema beritahu aku sendiri,” ucap Fateh.
Danish tersenyum. Nampaknya, Fateh begitu mempercayai gadis yang bernama Syaimah Nasuha ini.
“Kau rasa bila dia hendak berterus-terang itu? Aku rasalah, Ema sebenarnya ingat bahawa kau sudah tahu perkara sebenar. Dia mesti expect kau tahu perkara-perkara ini daripada aku.” Danish bangun dari duduknya dan bergerak ke almari yang berisi fail-fail di almari belakang tempat duduknya itu. Dia mencapai fail nipis yang berwarna ungu dan dihulurkan kepada Fateh.
“Ini salinan fail peribadi Ema. Aku hendak kau baca sekarang,” arah Danish. Suaranya ditegaskan. Dia bukan hendak mengarah Fateh sesuka hati, namun dia rasa Fateh perlu tahu tentang peribadi Ema.
Fateh pula memandangnya dengan tajam. “Danny...”
Danish mengambil tempat duduknya kembali, “Fateh, tak ada beza kalau kau tahu benda ini sekarang. Trust me.”
Dilihatnya, Fateh mengeluh kecil. “Fine.”

Malam itu, Fateh baring memandang lelangit bilik tidur yang didiaminya itu. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Fikirannya melayang kepada perbualannya dengan Danish pada petang tadi. Danish memaksa dia membaca fail peribadi Ema, walaupun dia sudah bertegas tidak mahu berbuat demikian kali pertama Danish memberikannya salinan fail peribadi gadis itu.

                Perlahan-lahan dia membaca maklumat-maklumat tentang seorang gadis yang bernama Syaimah Nasuha. Terdapat maklumat pendidikan gadis itu dan maklumat-maklumat tentang ibubapa serta adik-beradik gadis itu. Apabila dia tiba pada bahagian pengalaman bekerja gadis itu, Fateh menggeleng sendiri. Banyak betul kerja-kerja yang pernah Ema lakukan sepanjang beberapa tahun yang lalu ini. Ternyata gadis itu menghadapi kehidupan yang susah semenjak bapanya meninggal dunia.
Membelek muka surat seterusnya, berkerut dahi Fateh apabila dia membaca tajuk kecil di situ. ‘Pekerjaan Sebenar’.
‘Pekerjaan sebenar? Pengalaman-pengalaman kerja sebelum ini, bukan kerja sebenar?’ soal hatinya. Akhirnya, dia membaca jua apa yang tertulis.
 
Terkebil-kebil dia memandang bahagian tersebut. Seketika kemudian, dia berkalih pandang ke arah Danish. Ternyata lelaki itu sedang merenungnya, ingin melihat reaksinya apabila membaca perihal Ema ini.

                Memang dia terperanjant. Memang dia terkejut. Memang dia tidak sangka.
                “Ema adalah inspektor polis dalam pasukan anti-pengganas? Woah...” Fateh berkata-kata sendirian. Bibirnya mengukir senyuman. Mindanya seakan-akan tidak boleh percaya bahawa Ema adalah seorang inspektor polis. Hatinya berbelah bahagi. Sebahagian hatinya marah kerana Ema tidak pernah berterus-terang dengannya. Sebahagian lagi hatinya bangga kerana Ema adalah seorang gadis yang bukan calang-calang orang.
Segala persoalan yang timbul akibat perbuatan Ema yang sentiasa merunsingkan dirinya itu sudah terjawab. Ema ada seorang anggota polis yang cuba menjalankan misinya. Fateh faham sekali bahawa misi sesuatu pasukan adalah maklumat sulit dan tidak patut dihebah-hebohkan.
“Tapi kenapa identiti sebagai seorang pegawai polis pun, Ema rahsiakan?” soal Fateh sendiri lagi. Apabila difikirkan semula, ahli keluarga Ema juga tidak mengetahui Ema adalah seorang pegawai polis. Apa yang adik-adik dan emak Ema tahu adalah Ema bekerja keras dan saling bertukar-tukar kerja untuk mencari rezeki.
Fateh tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan Ema tentang perkara ini. Lagipun, dia tiada hubungan apa-apa dengan gadis itu yang membolehkan dia mencampuri urusan peribadi Ema. Tiada salah Ema menyembunyikan identiti sebenar kerana dia sendiri tidak mempunyai hak ke atas gadis itu.
“Nampaknya, aku tak boleh buka mulut dengan Ema tentang perkara ini.” Akhirnya, Fateh berbuat keputusan begitu.
Tiba-tiba, telefonnya yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi menandakan ada panggilan. Fateh bangun daripada pembaringannya dan menggagau iPhone daripada poket seluarnya sebelum menjawab panggilan daripada rakan sejawatannya, Safiuddin. Salam diberi sebelum dia mendengar suara Safiuddin lagi. Sunnah memberi salam kepada orang lain terlebih dahulu, moga dia mendapat pahala.
“Apa hal telefon aku?” soal Fateh terus.
“Saja. Rindu pada kau.”
Fateh membuat reaksi hendak termuntah walaupun kawannya itu tiada di hadapannya.
“Nak termuntah aku dengar. Kau jangan, aku lelaki sejati ya.”
Blah la kau. Aku pun tak nak dekat kau.”
Fateh ketawa. Ada-ada sahaja kawannya ini.
“Dah tu, kenapanya telefon aku ni?”
“Tak adalah. Nak tanya, jadi ke kau masuk kerja minggu depan?” soal Safiuddin di hujung corong telefon itu.
“InsyaAllah, jadi. Tiga hari lagi aku balik Zamora. Minggu depan aku masuk kerjalah. Bos ada cakap apa-apakah?” Bimbang pula Fateh jika bos mereka itu tidak menyukai cuti kecemasan yang diambil selama dua minggu itu.
“Tak ada apa-apa pun. Lagipun, kau memang dah personally beritahu dia haritu, kan? Dia pun tertunggu-tunggu bila kau hendak masuk kerja.”
Panggilan daripada Safiuddin itu tamat selepas lima belas minit mereka berbual. Fateh memandang jam dinding. Waktu Maghrib sudah hampir. Dia perlu bersiap-siap segera untuk menghadap Allah SWT. Lupa sudah masalahnya tentang gadis yang bergelar Ema.

err... dah panjang ke? puas hati tak? :D 

yay! ema boleh balik Zamora sudah... lamanya kita duduk di Darwish, kan? hihi...lepas ni, scenes di Zamora pula ya.

anyway, cik haliban nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menyokong karya cik haliban ni. Terima kasih kepada 256 orang followers blog ini... dan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi komen!  :D sayang awak-awak semua~

psssttt... kali ini nak 15 komen, boleh? :D

6 komen:

rabiatul adawwiyah berkata...

Alaaa xpuas...nk lg hahahhaha ayt mntk backhand je hahhaha tq sis...xsabar nk taw next

muhsinah nik berkata...

terimah kashh!! tak puas nak lagiiii!! ^____________^ >_<

nurha berkata...

Trimas..nak lgi

nurul berkata...

Bestttttt, tp nk yg gaduh2 sweetttt tue...hehehe

n kian Chai berkata...

Tq please continue , can't wait for the next undate....

Rohayu Jaafar berkata...

Mekasih cik haliban...buat ku trsenyum

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©