COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 5 September 2011

IAPH -10-

Sambil membaca dokumen di tangannya, Hadif terbersin sekali dua. Setiap kali bersin dia beristighfar dan mengucap hamdalah. Hadif menarik nafas dan memandang ke arah keluar kereta yang sedang bergerak itu. Ramai yang keluar pada hari minggu sebegini. Dia pula, baru balik daripada bertemu rakan-rakan kolejnya kerana ada kerja, dalam keadaan yang sedikit tidak sihat.
            Keadaan ini menyebabkan Hafawati melarang dia menemani gadis itu esok, iaitu hari konsert penyanyi tempatan hafiy Sidqii. Dia sudah berjanji untuk pergi ke konsert itu dengan Hafawati dan kawannya tetapi keadaannya yang tidak sihat sebegini mungkin akan memudaratkan lagi kesihatannya jika dia pergi ke tempat yang dipenuhi dengan orang ramai yang beresak-esak.
            Pembantu peribadinya, Muslim yang berada di sebelahnya menghulurkan tisu untuk entah kali ke berapa. Hadif mencapai sebelum membersihkan hidung dan bibirnya. Dugaan betul baginya apabila tidak sihat dikala dia mempunyai banyak kerja. Bondanya ada menghalang tetapi takkanlah dia hendak meninggalkan kerja-kerjanya. Kata bonda, dia keras kepala seperti ayahandanya. Hadif tersenyum sendiri.
            Apabila memikirkan bondanya, Hadif teringatkan masalah negara yang berkaitan dengan negara pulau Mar Hoseki. Sebenarnya, dia langsung tidak diberitahu tentang masalah tersebut tetapi dia mendapat tahu masalah tersebut daripada bawaan mulut-mulut dayang-dayang dan pengawal-pengawal yang bercakap. Sepertinya bonda dan ayahandanya tidak mahu dia terlibat dalam hal ini, jadi dia hanya meminta Muslim menyiasat senyap-senyap.
            “Apa cerita tentang ratu Mar Hoseki tu sekarang?” soal Hadif tanpa berpaling kea rah Muslim. Dia masih lagi memandang ke arah luar, melihat orang-orang yang berjalan di kaki lima jalan.
            “Dia akan datang dalam masa sebulan dua lagi. Buat masa sekarang, dia masih bertegas dengan syarat yang dia kemukakan, Tengku.”
            Hadif menyandarkan kepalanya sebelum berpaling ke arah pembantu peribadinya itu. “Kenapa ya dia bertegas dengan syarat itu? Bukankah itu akan membuatkan dia kelihatan seperti terdesak hendak kahwin?” soal Hadif kepada Muslim dan dirinya sendiri.
            “Mungkin dia hendak kekal sebagai seorang kerabat diraja,” jawab Muslim.
            Hadif diam, berfikir. Dia berpaling ke arah luar kereta kembali dengan fikirannya penuh dengan persoalan tersebut. Seketika kemudian, dia menoleh ke arah pemuda di sebelahnya itu kembali.
            “Muslim, awak pernah baca kandungan dokumen tawaran ratu itu?” soal Hadif. Manalah dia tahu pemuda itu dapat membaca dokumen itu secara sembunyi-sembunyi. Pembantu peribadinya itu sangat cekap. Dia melihat Muslim mengangguk.
            “Dia tulis ‘perkahwinan diraja’ ataupun ‘perkahwinan’ sahaja?” tanya Hadif dengan lebih terperinci. Dia sendiri risau memikirkan jika ayahandanya terpaksa bernikah dengan ratu tersebut. Dia tahu, ayahandanya mampu berlaku adil tetapi dia tidak pasti jika bondanya kan bahagia dengan keadaan tersebut. Na’uzubillah. Walaupun sebenarnya poligami adalah satu sunnah,  dia momohon agar dijauhkan perkara itu daripada bonda dan ayahandanya. Dia jadi bimbang memikirkan perasaan bondanya yang tercinta nanti.
            “Kalau tidak salah saya, tertulis di situ ialah ‘perkahwinan dengan ratu pemerintah Mar Hoseki’. Bagitu sahaja, Tengku,” balas Muslim setelah seketika berdiam diri.
            “Bermaksud, tidak semestinya perkahwinan diraja, kan? Kalau pihak Zamora aturkan perkahwinannya dengan orang selain ayahanda, maknanya tiada masalah di situ. ” Hadif bercakap lebih kepada dirinya sendiri dan tersenyum.
            “Tapi Tengku, boleh jadi ratu tersebut boleh membantah.”
            Hadif masih lagi senyumannya dan menjungkitkan bahunya. Pandangannya dihala ke luar semula. Dia pasti, ayahanda dan bondanya juga ada memikirkan perkara itu seperti yang difikirkannya. Lagipun, perkara ini masih boleh dibawa berbincang lagi. Walau apa pun yang berlaku, Hadif pasti ayahbondanya mempunyai banyak rancangan dan idea lain. Dia tidak perlu bimbang sebenarnya. Mungkin sebab itulah masalah ini tidak dimaklumkan pada mereka adik-beradik.
            Kereta yang dinaikinya sedang melintas sebuah taman yang terletak betul-betul di tengah bandar. Matanya terpandang seorang gadis yang sedang duduk menghadap jalan raya di satu bangku, sedang makan aiskrim sambil memerhati kenderaan di atas jalan raya.
            “Berhenti!” spontan dia mengarah, menyebabkan pengawal yang memandu keretanya itu memberhentikan kereta betul-betul di hadapan gadis yang dilihatnya tadi. Nasib baik sahaja jalan raya itu luas dan pengawalnya tidak berhenti di tengah-tengah jalan.
            “Tengku.”
            Hadif berpaling.Dilihatnya Muslim sedang menghulurkan topeng muka perubatan yang berwarna biru kepadanya. Muslim seperti dapat mengagak bahawa dia hendak keluar. Apatahlagi dia sedang selsema dan sedikit tidak sihat. Topeng itu bukan sahaja dapat melindungi mukanya daripada dikenali tetapi juga dapat mengelakkan keadaannya daripada menjadi lebih teruk. Lagipun, taman tersebut tidak terlalu penuh dengan orang ramai.
            “Terima kasih,” ucap Hadif seraya memakai topeng muka itu dan topinya sebelum dia keluar daripada kereta tersebut. Sempat dia berpesan kepada pengawal-pengawalnya supaya tidak perlu keluar daripada kereta. Dia tidak mahu menarik perhatian lebih ramai orang sebagaimana dia sudah menarik perhatian orang lain apabila kereta itu tiba-tiba berhenti di situ.
            Dia menutup pintu kereta dan bergerak ke arah bangku yang di duduki oleh gadis yang menarik perhatiannya tadi, Nurin. Dia tersenyum sendiri melihat Nurin yang bulat mata memandangnya sejak dia melangkah keluar daripada kereta itu sehinggalah dia duduk di sebelah gadis itu tanpa amaran.
            “Assalamualaikum,” ucap Hadif, berpaling ke arah gadis di tepinya. Dia pasti Nurin tidak akan sedar bahawa dia adalah ‘Iman yang dikenali semasa di pusat membeli-belah’ ataupun ‘Putera Mahkota Tengku Iman Hadif’. Lagipun, semasa di pusat membeli-belah, dia hanya menutup matanya. Sekarang pula, hanya matanya sahaja yang kelihatan.
            “Waalaikumussalam,” jawab gadis itu, masih lagi merenung dirinya dan kereta-kereta hitam di hadapan mereka itu beberapa kali.
            “Awak kenal saya?” soal Hadif, dengan suaranya yang memang sedikit serak kerana tidak betul-betul sihat itu.
“Kenal,” jawab gadis itu selamba dan berpaling dari wajahnya sebelum kembali menikmati aiskrim di tangannya itu.
Hadif terdiam. Terkejut sebenarnya.
“Siapa tak kenal putera mahkota Zamora,” sambung gadis itu membuatkan Hadif berpaling ke kiri, kanan dan belakangnya. Dia tidak nampak orang lain memandangnya, menandakan tiada yang perasan bahawa dia adalah putera mahkota. Bagaimana Nurin boleh kenal dia dan kenapa gadis itu berlagak biasa sahaja?
“Saya juga sudah tahu Tengku adalah Iman yang bantu saya di pusat membeli-belah hari tu,” ujar Nurin, setelah menghabiskan airkrim konnya.
Ajaib! Hadif terpegun seketika.
“Macam mana?” sepatah Hadif bertanya.
“Sebab saya adalah stalker,” jawab Nurin selamba. Gadis itu memandangnya dengan kening terangkat, seperti bertanya sama ada dia percaya dengan pernyataan tersebut ataupun tidak.
Hadif terdiam sekali lagi. Dahsyat betul gadis di sebelahnya itu. Kalaulah dia tidak tahu bahawa gadis itu adalah anak perempuan Tuan Haniff, gabenor Juwana itu, tentu dia akan percaya cakap gadis itu.
Ha. Ha. Very funny,” balas Hadif dengan suara yang senada sahaja.
            “Tengku tak percaya?”
            “Eh, saya percaya. Kenapa pula saya tak percaya?” jawab Hadif, melayan gadis itu yang sengaja ingin mempermainkannya itu.
            “Habis tu, kenapa Tengku tenang sangat ni? People are supposed to turn away from stalkers. Stalkers are very dangerous. They know every bit of details about you.
            Hadif tersengih di sebalik topeng muka yang dipakainya itu. Lucu pula dia dengan Nurin yang mengaku diri sebagai pengintip itu, malah mengaku dirinya bahaya.
“Saya tenang sebab saya pun tahu setiap perkara tentang stalker yang intip saya ni,” jawab Hadif sambil memandang Nurin yang berpeluk tubuh, memandangnya.
“Oh, ya?” Nurin seakan-akan mencabarnya.
“Puteri Nurin Najwa binti Tuan Haniff. Tahun ini, umur 21 tahun. Anak bongsu. Masih belajar di cawangan Universiti Antarabangsa Zamora di Juwana.” Hadif memberitahu beberapa maklumat yang diperolehinya beberapa hari yang lalu. Setelah Huda menunjuk gambar Nurin di akhbar lama, dia terus mengarahkan Muslim memberikannya maklumat tentang gadis itu.
            Hadif tersenyum kemenangan apabila nyata Nurin terperanjat. Beberapa saat kemudian, gadis itu ketawa sendirian. Hadif hanya memandang sahaja.
            “Nampaknya saya memang tak boleh sembunyikan sesuatu dari orang yang hebat macam Tengku,” ujar Nurin selepas ketawa.
            Hadif menggeleng. Dia tidak hebat. Maklumat yang dia dapat pun hanya daripada Muslim. Lagipun, Allah itu yang Maha Hebat.
            “Nurin, orang yang saya nampak di Kampung Seratus Menara hari tu memang awakkan?” soal Hadif, inginkan kepastian. Rasanya, itulah kali pertama dia bertemu dengan Nurin.
            Gadis itu menyuakan senyuman ke arahnya sebelum mengangguk, mengiakan.
            “Dah beberapa kali kita bertemu, kan?” Ungkapan itu lebih  kepada pernyataan daripada pertanyaan sebenarnya.
            “Ha’ah tapi lepas ini Tengku takkan jumpa saya dah.”
            “Kenapa?”
            “Cuti saya sudah hampir habis. Saya akan balik esok.”
            Hadif mengangguk, mengerti. Lagipun, apa dia boleh buat. Gadis itu memang perlu pulang walaupun dari mana dia datang.
 panjang dah kan? :)

ARIGATOU KRN MEMBACA!

KOMEN JGN LUPA, TAU! :)

7 komen:

Nadzipah berkata...

alolo..kesian Hadif. Tak sihat ye? Cepat sembuh ye Hadif^^

Nurin, beraninya awak! Nakal dalam ayu ye awak ni~I like~^^

Nak lagi cik Haliban :)

iniakuyangpunyahati berkata...

hadif,, get well soon.. mintak laa no fon ker,, emel ker leh hubung2 t.. i-p
tq tq tqqq

shahree(auni) berkata...

hahaha...sweet pulak tgk iman dngan nurin nie,.....

cactaceous opuntia berkata...

haha...boleh pulak kn ngaku diri sendiri stalker...haha...nsb nurin xckp..sy ni psycho orgnye...heheh

canim berkata...

best cite.....hai apa le syarat ratu mar hoseki tu......jgn le sampai ayahanda iman ni setuju lak ngan syarat ...

Tanpa Nama berkata...

ala...knpa 11 to akhir di remove...nak bca lg..

Yangjue berkata...

mcm mna nk bca.sambugn dya nie sis..pleszzz..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©