COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 27 Januari 2018

Takdir Cinta -58- Bahagian 2


Iman menghampiri lelaki yang sedang memandang dokumen di tangan walaupun sedang duduk di kerusi menghadap televisyen yang sedang menyiarkan drama. Iman hanya menggeleng melihat drama di televisyen dimainkan tanpa suara. Kalau hendak buat kerja, kenapa duduk di sini?
                      Apa pun, dia mengambil tempat di sisi suaminya. Sebelah tangan si suami automatik memeluk bahunya dan menariknya ke dalam pelukan, sementara sebelah lagi masih memegang kertas. Iman hanya menurut dan menonton drama tanpa suara itu.
                      Dear.”
                      “Herm…” balas Iman, tidak mengalihkan pandangannya daripada televisyen walaupun tiada bunyi.
                      “Iman binti Razali.”
                      “Ya. Kenapa?” jawab Iman bersahaja, tetap tidak berpaling.
                      Tiba-tiba, skrin televisyen itu gelap. Terkebil-kebil Iman seketika sebelum dia menegakkan badannya. Matanya mula mencari “remote controller” televisyen itu. AKhirnya dia nampak benda tersebut di tangan Danish. Maka, tahulah dia puncu televisyen tiba-tiba tertutup itu.
                      “Kenapa tutup televisyen tu?”
                      “Apa yang best sangat? Bukannya bunyi suara pun,” jawab lelaki itu, menyorokkan remote controller itu di belakangnya dan berpeluk tubuh.
                      “Saya tak nak kacau awak, sebab tu saya biarkan sahaja tiada bunyi. Kenapa awak tutup?” Berkerut dahi Iman. Bukannya apa, dia hanya pelik sahaja.
                      “Tak payah tengok drama, tengok saya sahaja.”
                      Erk… Iman terkedu seketika mendengar jawapan dari mulut suaminya.Kemudian, dia tergelak kecil.
                      “Awak dah kenapa? Tiba-tiba sahaja cemburu dengan drama tu. Kerja dah habis ke?” Iman melihat dokumen-dokumen yang dibaca oleh Danish sudah tersusun di meja kecil.
                      Danish hanya mengangguk sahaja.
                      “Kalau macam tu, saya hendak tanya sesuatu pada awak ni,” ujar Iman, membetulkan duduknya di sisi lelaki itu.
                      “Apa dia?”
                      “Kenapa Kak Rani kosongkan jadual saya hujung minggu ni?” Kak Rani adalah pembantu peribadi Iman. Selalunya, jadual Iman akan dikosongkan jika dia dan Danish hendak menghabiskan masa bersama-sama. Jikalau tidak, tentu hari minggu mereka akan dipenuhi dengan jemputan-jemputan dan majlis-majlis.
                      “Oh… Nuh buka resort baru. Jadi dia ajak kita pergi ke majlis pembukaan resort tu hari minggu ni,” jawab Danish bersahaja. Memang dia yang menyuruh Kak Rani mengosongkan jadual mereka, namun dia masih belum memberitahu perancangannya kepada si isteri.
                      “Ohhh… ” Iman mengangguk faham. Nuh adalah salah seorang daripada kerabat diraja yangg berumur dalam lingkungan sebaya dengan  Danish dan Fateh. Selain, Nuh terdapat beberapa orang pemuda lagi yang dikira satu geng dengan Danish dan Fateh ini. Geng kerabat diraja. Seperti Fateh dan Danish, mereka semua juga dipisahkan oleh negara dan benua. Namun mereka tetap mengadakan pertemuan seperti kali ini.
                      “Fateh pergi juga?” soal Iman.
                      “Ya, Nuh dah ‘confirm’kan dengan Fateh.”
                      Iman mengangguk. Bukannya apa, fikir tentang Danish dan Fateh, sebenarnya dia teringatkan Ema. Apa cerita gadis itu sekarang ya?



Petang itu, sebaik sahaja tamat waktu bekerja, Ema terus mengemas dan bersedia untuk pulang. Selalunya dialah antara staf yang paling lewat pilang kerana dia tiada komitmen lain. Hari ini, dia perlu pulang awal kerana dia dan Fateh akan bergerak ke destinasi selepas solat Maghrib. Jadi, dia harus bersiap lebih awal.
                      Dia menyuakan senyuman apabila terserempak dengan rakan sejawatan serta pelajar-pelajar yang menegurnya.
                      Sesampainya di kereta, Ema meletakkan barang-barangnya di tempat duduk belakang. Enjin kereta dihidupkan terlebih dahulu. Dia berdiri di luar kereta sambal membelek skrin telefonnya.
                      “Eh, puan.” Tiba-tiba seorang pelajar menegurnya. Dia kenal pelajar ini. Pemuda ini sentiasa aktif semasa kelasnya.
                      “Tayar kereta puan…”


Fateh berjalan keluar dari pejabat Bersama kawannya yang baru sahaja selesai bertugas itu. Dia pula tidak bertugas tetapi ada sedikit urusan di pejabat. Terserempak pula dengan Safiuddin yang baru sahaja selesai penerbangan itu.
                      “Kau ada programkah esok?” tanya Safiuddin.
                      “Ya. Aku tak ada di sini hari minggu ni,” balas Fateh.
                      “Eh… Tengok tu.” Safiuddin menunjuk kea rah tempat parkir kereta. Kelihatan seorang gadis yang beruniform pramugari syarikat mereka sedang berdiri si sebelah sebuah kereta. Gadis itu sedang berpaling seperti mencari seseorang sebelum ternampak mereka berdua.
                      “Sebelah kereta kau tu. Pergilah tanya,” ujar Fateh pula. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, tanda ada mesej yang masuk.
                      “Sah-sahlah Si Melissa tu bukan cari aku,” komen Safiuddin pula.
                      Fateh buat endah tak endah. Mesej yang masuk ke telefonnya dibuka. Setelah membaca mesej tersebut, dia memandang Melissa yang berjalan semakin menghampiri dengan mereka berdua dan berpaling kepada Safiuddin.
                      Sorry. Kali ni, kau kena tolong aku. Tunang aku ada masalah. Aku kena gerak dulu.” Fateh pantas bersuara dan terus berlalu tanpa memandang Melissa lagi. Dia mendail nombor telefon Ema seraya melangkah menghampiri keretanya sendiri.

Melihat tayar keretanya yang pancit itu, Ema menghela nafas panjang. Boleh pula dia tak perasaan keadaan keretanya. Nasib baiklah ada pelajar ini yang memberitahunya.
                      “Terima kasih. Nasib baik kamu beritahu saya.” Ema mematikan enjin keretanya sebelum memandang pelajar tersebut.
                      “Tak ada masalah, puan. Puan nak saya tolong apa-apa?”
                      Ema hanya menggeleng dan membenarkan pelajar tersebut berlalu dari situ. Baru sahaja dia hendak menelefon seseorang, telefonnya telah berbunyi terlebih dahulu. Melihat nama pemanggil, Ema menarik nafas sekali lagi. Salam diberi dan dijawab.
                      Cara, awak dah habis kerja?” Si pemanggil bertanya.
                      “Dah, baru sahaja start kereta tapi…” Ema teragak-agak untuk memberitahu masalahnya kepada si tunang di hujung talian.
                      “Kenapa?”  
                      “Ada masalah sikit. Tak tahu sempat ke tak balik rumah awal ni,” ucap Ema, masih belum berterus terang.
                      “Masalah apa? Cuba bagitahu.”
                      “Tayar kereta ni pancit.”
                      “Ohhh… Ada orang ke tak di situ? Cuba minta tolong sesiapa tukarkan tayar sementara saya ke sana. Kalau dah siap tukar tayar pun, jangan bergerak ke mana-mana, tunggu saya datang, boleh?”
                     
                      “Erm… Okey.” Terkebil-kebil Ema mendengar arahan Fateh satu per satu. Lelaki itu tenang sahaja seperti sudah tahu apa masalahnya dan apa penyelesaiannya.
                      Sebenarnya, dia sendiri tahu bagaimana untuk menukar tayar kereta. Dia bukanlah gadis lembut yang tidak pernah membuat kerja berat. Tapi dalam universiti pertahanan begini, mustahil pula jika ada yang tidak tahu cara menukar tayar kereta. Akhirnya, dia meminta tolong beberapa orang pelajar lelaki yang melalui kawasan parkir tersebut.
                      Setengah jam kemudian, kereta Fateh berhenti betul-betul di belakang kereta Ema. Fateh melihat Ema sedang menunggu di dalam kereta sahaja. Dia mengetuk cermin kereta. Ema mengangkat wajah dan menurunkan cermin kereta apabila melihat Fateh.
                      “Tayar dah okey? Siapa tukarkan?” soal Fateh.
                      “Saya minta tolong student tukarkan tadi.”
                      “Okey. Saya teman awak balik rumah. Awak gerak dulu, saya ikut dari belakang.”
                      “Eh, tak apalah. Kereta saya dah okey ni. Awak pun perlu balik bersiap kan?” bantah Ema.
                      “Saya cuma mandi dan solat sahaja. Beg saya dah sedia dalam bonet kereta tu. Saya temankan awak balik. No objection.” Memang dia bersiap sedia lebih awal kerana perancangan awalnya adalah dia hendak masuk ke istana selepas pulang dari pejabat.
                      Ema menghela nafas. Apa lagi yang boleh dia buat selain mengangguk setuju sahaja. Setibanya di rumah mak Ema, langit sudah hamper gelap menandakan waktu Maghrib sudah dekat.
                      “Awak sempat ke nak balik ni? Kata nak bergerak lepas Maghrib?” soal Ema.
                      “Kalau tak sempat?” Fateh menyoal sambil senyum.
                      Akhirnya, Fateh mandi dan bersolat di rumah mak Ema, diuruskan Syafik dan Majid.

 KOMEN???
Read more...

Jumaat, 19 Januari 2018

Takdir Cinta -58- Bahagian 1

Menghidu bau air kopi melalui wap-wap yang keluar dari muka cawan itu, menyegarkan mindanya. Fateh bergerak duduk di kerusi meja tinggi di tengah-tengah ruang menunggu staf itu. Tangannya membelek-belek kertas tentang maklumat penerbangannya seketika nanti.
“Hai, Tengku.”
Fateh berpaling. Melihat tangan yang semakin hamper dengan bahunya, Fateh pantas mengelak. Dia berpura-pura tidak perasan perubahan wajah gadis di hadapannya itu.
“Hai,” balas Fateh sepatah. Dia tidak mahu berlebih-lebih melayan Melissa. Kerana gadis inilah, Ema hampir memutuskan hubungan mereka. Jadi, dia sangat berhati-hati dalam berhubung dengan gadis ini.
“Tengku, you buat apa hari weekend nanti?” soal Melissa, mengambil tempat di hadapan Fateh.
Fateh tidak terus menjawab. Kopi panas di tangannya dihirup perlahan-lahan. Matanya tidak memandang Melissa, tetapi kembali membelek kertas di hadapannya.
Hiking,” sepatah jawapan Fateh.
Melissa senyum lebar apabila soalannya dijawab.
“Oh... Seronoknya! I tak pernah pergi hiking. Can I join you, Tengku?” Melissa memandang Fateh dengan penuh pengharapan, namun sayang Fateh tidak memandang gadis itu, jadi dia tidak melihat wajah Melissa itu.
I dah ada janji dengan orang lain,” balas Fateh, berkias dan menolak permintaan gadis itu tanpa rasa bersalah.
“I tak kisah join you dengan kawan you,” ujar  Melissa, tidak mahu berputus asa.
 You mungkin tak kisah tapi I rasa tunang I kisah. I dah janji dengan tunang I.” Fateh akhirnya memandang gadis di hadapannya itu. Dia senyum apabila menyebut perkataan tunang.
 Melissa terkedu seketika. Tunang? Bila pemuda ini bertunang? Namun, cepat-cepat dia bertenang.
“Oh, Tengku dah bertunang. I kenal tak tunang Tengku?” soal Melissa. Dia tidak percaya kerana tiada langsung khabar berita bahawa ahli kerabar diraja ini bertunang.
“Ema. You kenal dia kan?” jawab Fateh dengan senyuman.
“Ooohhh…” Senyuman di wajah Melissa pula yang semakin pudar.
Fateh memandang jam di tangan sebelum dia menyusun barang-barangnya, bersedia untuk beredar dari situ. Masa untuk memulakan kerja.

Ema merenung komputer riba hak milik universiti yang dibawa pulang ke rumah untuk menyiapkan kerjanya itu. Cawan berisi air teh di sebelah komputer riba itu sudah pun sejuk , menandakan sudah lama dia merenung skrin komputer riba itu. Ema menongkat kepalanya dengan lengan yang diletakkan di atas meja.
                      “Daripada tadi mak tengok duk tenung saja skrin tu. Tangannya tak bergerak pun.”
                      Ema sengih. Dia mengangkat muka memandang emaknya yang sedang menjahit di ruang tamu itu.
                      “Tenung cari idea, mak.”
                      “Idea mengajar?” soal emaknya lagi.
                      “Idea nak minta duit kerajaan.” Ema sengih lagi. Dia sebenarnya sedang menghadap dokumen untuk memohon geran penyelidikan.
                      “Aik. Kenapa pula? Akak bukan kerja pensyarah ke?” soal Mazurah yang menghadap buku sekolah, duduk di meja yang sama dengannya itu.
                      “Itulah. Ingat kerja pensyarah ni mengajar sahaja ke? Nak buat penyelidikan, kena minta duit sendiri ya. Nak kena buat kertas usul penyelidikan tu pula. Banyak lagilah,” jelas Ema secara ringkas.
                      “Kenapa pensyarah kena buat penyelidikan? Tu bukan kerja penyelidik ke?” tanya Majid pula.
                      “Pensyarah cari duit untuk buat penyelidikan, penyelidik yang buat kerja.”
                      “Macam tu pula.”
                      Ema senyum sahaja. Malas dia hendak terangkan panjang lebar tentang sistem pendidikan tinggi pada mereka yang masih bersekolah menengah itu.
                      “Oh ya, mak. Hari minggu nanti, Tengku Fateh ajak Ema keluar,” ujar Ema, memandang emaknya.
                      “Pergilah. Jaga diri,” pendek sahaja pesanan emaknya.
                      “Mak, senangnya bagi izin.” Berkerut dahi Ema. Bukan apa, emaknya tidak langsung bertanya ke mana tujuan dia dan Fateh hujung minggu nanti.
                      “Iyalah. Fateh dah bagitahu mak.”
                      Ema tercengang seketika. Oh…
                      “Baguslah Abang Fateh tu. Sebelum bagitahu Kak Ema, dia dah tanya mak dulu.” Mazurah menyampuk pula.
                      Ema hanya diam. Dia tidak sangka sebenarnya Fateh berbuat demikian.  Timbul sedikit rasa bahagia di hatinya apabila Fateh betul-betul menjaga hubungan mereka pada kali ini.
                      “Sukalah tu,” usik Mazurah.
                      Ema membuntangkan mata ke arah adiknya.
                      “Hisy. Sibuk. Buat kerja sekolah tu.”


KOMEN, plissssss
Read more...

Sabtu, 23 Disember 2017

Takdir Cinta (E&F) -57- Bahagian 2

Salam diberi seraya menghampiri dua wanita kesayangan ayahanda dan kakanda sulungnya itu.
"Buat apa, bonda? Khusyuk tengok ipad tu?" soal Fateh. Daripada jauh dia nampak bonda dan kakanda iparnya yang berada di beranda itu memandang ipad dan kadang-kadang berbisik sesama mereka. Bergosip?
"Cari barang hantaran Atehlah," jawab bonda.
Ohhh... Fateh mengangguk. Bab-bab itu, memang diserahkan kepada wanita-wanita kerabat diraja ini. Cuma ada dua tiga barang sahaja yang akan disediakan olehnya sendiri.
“Canggihnya bonda. Cari barang hantaran pun, melalui atas talian saja.” Fateh sengih.
“Kita cari idea sahaja dulu. Kalau tak boleh beli atas talian, kita beli sendiri.”
"How about this, bonda?" Kakanda iparnya menunjukkan sesuatu di ipad pada bondanya, sebelum bondanya mengangguk dan menunjukkan gambar itu kepadanya.
Fateh memandang gambar itu tiga saat sebelum mengangguk.
"Praktikal. Okey kot," komen Fateh. Melihat gambar telekung solat itu, dia jadi kagum seketika. Dunia sudah semakin maju, telekung solat pun orang boleh buat inovasi. Selagi inovasi telekung solat itu tetap menutup aurat dan memenuhi tujuan ketika solat, apa salahnya kan?
Fateh berpaling, mencari kelibat si tunang. Kelihatan gadis itu sedang duduk di astaka sambal melayan karenah anakanda-anakanda saudaranya. Fateh terus melangkah ke arah astaka.

Ema sedang memandang tiga kembar yang sedang bermain sesame mereka apabila telefonnya berbunyi tanda terdapat mesej yang masuk ke dalam aplikasi Whatsappnya dalam kumpulan Whatsapp 'Gorgeous Royal Ladies'
Cik Puan Iman
Kakanda-kakandaku sekalian, tengok baju ni. Cer teka nama baju ni apa?

Tengku Syifaúl Asrar
Kenapa? Iman nak buka butik ke sekarang?

Cik Puan Airi
Boleh la bekerjasama dengan Achik.


Cantik!
Cik Puan Iman
Ish... Semua tak menjawab soalan Iman. Bukan nak buka butik la. Iman scroll di fb, jumpa baju ni. Nama dia unik tau. Cer teka?

Tengku Syifaúl Asrar
Tu Iman dah bagitahu. Nama dia UNIK. hahaha

Cik Puan Airi
💁‍♀️

Cik Puan Iman
Ishhhhhhh.... main-main ye kak Asrar. Cepat teka lagi~ Kalau betul, Iman beli bagi free satu!

Tengku Syifaúl Asrar
Sayang.

Cik Puan Airi
Amor.


Ema tersenyum. Macam-macam sungguh ahli keluarga diraja ni. Dia yang masih belum menjadi ahli keluarga mereka secara rasmi, sudah terasa sangat mesra kerana mereka sudah menganggap dia sebagai salah seorang daripada mereka.
“Cara, senyum apa tu?”  soalan yang datang dari suara yang makin mendekat dengannya itu membuatkan dia mendapat satu idea. Ditulis balasan untuk persoalan Cik Puan Iman itu, sebelum dia mengangkat muka, memandang si tunang yang sudah mengambil tempat di sisinya. Dipandang Fateh yang sedang mengangkat kening kepadanya, tanda menanti jawapan.
Ema membalas dengan perlakuan yang sama, mengangkat keningnya kembali.
“Okey. Tak nak jawab tak apa. Anyway, awak ada free tak weekend depan kan?” soal Fateh.
Ema diam dan berusaha mengingati jadualnya untuk hari minggu pada minggu hadapan. Seketika kemudian, dia mengangguk.
Alright, good. Saya booked weekend awak minggu depan. Jangan buat apa-apa perancangan lain, okay?”
“Dua hari terus? Kenapa?” Barulah Ema membuka mulut bertanya apabila dia hairan.
“Adalah. Nanti dah confirm, saya bagitahu awak. Okey?”
Ema memandang pemuda itu seketika sebelum mengangguk. Dia percayakan pemuda itu. Lagipun, dia bukan seorang gadis yang lemah. Jika apa-apa perkara luar biasa terjadi, Ema yakin dia dapat atasi apa jua situasi itu

Cara.
Cik Puan Iman
LOL sangat kan kakanda-kakanda Iman ni semua. Tahulah romantik dengan pasangan masing-masing. Tapi nak beritahu, nama baju ni, nak dekat-dekat dengan apa yang kakanda-kakanda sebut tu. CINTA. Nama baju ni "Cinta".


“Cinta,” sebut Ema sepatah, mengulangi apa yang tertulis di skrin telefonnya itu.
Berminat, boleh order & whatsapp Cik Haliban (013 942 6459)
“Apa?” Fateh terkejut sedikit mendengar patah perkataan daripada gadis di sebelahnya itu. Dia musykil adakah dia tersilap dengar atau tidak. Cinta? Syaimah Nasuha yang dia kenal bukanlah seorang yang bercakap atau berbual tentang perkara-perkara romantik seperti cinta.
Ema memandang wajah Fateh sebelum menunjukkan gambar yang dikirim oleh Cik Puan Iman ke dalam kumpulan mereka tadi.
“Inilah. Cinta namanya.”
Terkebil-kebil Fateh memandang skrin telefon Ema itu. Seketika kemudian, dia tersengih dan menggeleng sendiri.
“Pinjam telefon awak sekejap.” Fateh menghulurkan tangannya.
Ema hanya meletakkan telefonnya di atas telapak tangan pemuda itu. Lagipun, tiada sebarang rahsia yang disimpan dalam telefonnya yang ini. Dia memandang gelagat Fateh yang menekan skrin telefonnya itu sebelum telefon itu diangkat tinggi dari paras kepala pemuda itu dan dihalakan ke arah mereka berdua. Rupanya Fateh membuka aplikasi kamera depan.
Selfie?”
“Senyum, cara. One, two, three!” Klik. Klik. Klik.
Sesudah itu Fateh berpaling ke arahnya. Ema pantas meneutralkan kembali senyuman di wajahnya. Apabila Fateh menyuruhnya senyum tadi, dia tidak sempat menghalang pemuda itu lalu dia hanya mampu senyum untuk bergambar dengan pemuda itu.
Cara, ini baru cinta.” Fateh menayang gambar selfie mereka di skrin telefon Ema itu.
Ema hanya mampu senyum nipis dengan gelagat Fateh itu. Telefonnya diambil kembali sebelum gambar itu diteliti. Dia dan Fateh duduk tidak begitu dekat namun, gambar yang diambil Fateh itu nampak cantik.
“Puas hati tak? Nak selfie sekali lagi?” soal pemuda itu, mengusik Ema.
Ema mengerutkan dahi dah menggeleng. Malulah orang dalam istana ni tengok nanti. Nanti apa pula yang mereka fikir.
“Nak jugak!!!” Tiba-tiba tiga suara bergabung menjerit dan tiga pasang kaki berlari mendekati mereka.
“Ateh! Nak bergambar jugak!” Ujar Hafawati apabila tiba dalam pangkuan ayahanda saudaranya itu. Hadif dan Huda berhenti di hadapan mereka semua.
Fateh ketawa dan Ema tersenyum. Dia hanya menghulurkan telefonnya kembali kepada pemuda itu. Jom bergambar!
Ema berada di istana sehingga malam menjelma. Cik Puan Airi menyuruh adinda iparnya, Fateh, untuk menghantar Ema selepas mereka solat Isyak sahaja. Ema pula berasa selesa dengan keluarga diraja itu, lalu dia tidak langsung membantah.
Cara, awak nampak okey dengan keluarga saya hari ini,” komen Fateh. Dia sedang memandu kereta, dalam perjalanan pulang untuk menghantar Ema.
“Keluarga awak semua baik. It was fun.” Ema senyum dan mengangguk. Semasa menjadi ahli perisik negara, dia sudah banyak kali memasuki istana, namun atas urusan kerja. Kali ini dia masuk istana untuk bertemu dan bermesra dengan ahli-ahli kerabat diraja terdekat dengan tunangnya ini.
“Bagus. Lepas ni saya bawa awak jumpa kawan-kawan saya pula. Okey?”
Ema diam seketika sebelum senyum dan mengangguk setuju. Tiba-tiba, iPhone milik Fateh yang terletak di antara mereka berdua itu berbunyi.
“Tolong jawab, cara,” pinta Fateh.
Ema mengangguk dan mengambil iPhone itu. Nama ‘Adam’ terpampang di skrin telefon tersebut, namun melihat nombor yang memanggil itu seperti dari luar negara. Namun, dia tetap menekan butang menjawab panggilan.
Hello. Fateh, puoi venire la prossima settimana?
Erk…. Ema terdiam. Kemudiannya, dia menjauhkan telefon dari telinganya dan berpaling kepada pemuda yang sedang memandu kereta itu.
“Kenapa?” Fateh mengerling sekilas.
“Saya tak faham kawan awak cakap apa. Bahasa Itali kot,” jawab Ema, terkebil-kebil.
Fateh tergelak.
“Okey. Tolong buat loudspeaker,” pinta Fateh.
Ema menekan butang pembesar suara sebelum di dekatkan telefon tersebut kepada Fateh.
“Fateh. Oooo, Fateh.” Si pemanggil masih di talian.
Sì (ya),” jawab Fateh.
Scusa, ti sto dando fastidio. Chi è con te adesso? (Maaf, aku mengganggu kau. Kau bersama siapa sekarang ini?)
Mendengar soalan itu, Fateh mengerling si tunang yang setia memegang telefonnya itu.
Qualcuno (Seseorang). Perché mi stai chiamando? (Kenapa kau menelefon aku ni?)” soal Fateh terus. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka ketika dia sedang memandu.
“Okey. Segreto, no? (Rahsia, ya?). Perché stiamo parlando in italiano? (Kenapa kita bercakap dalam bahasa Itali ni?).”
“Kaulah yang mula dulu,” balas Fateh dalam Bahasa Melayu terus.
“Haha… Aku telefon ni nak tanya, jadi ke kau datang minggu depan ni?” Adam di sebelah sana mula bercakap bahasa yang difahami oleh Ema. Ema yang mendengar itu terkebil-kebil memandang Fateh. Lahhh… Pandai Bahasa Melayu rupanya.
 “InsyaAllah, jadi. Aku bawa seseorang nanti,” ujar Fateh. Fateh yang perasan Ema sedang memandangnya itu, tersenyum.
“Siapa? Tunang kau?”
“Iya.”
“Dapat juga kami jumpa tunang kau.”
“Okeylah. Aku sedang memandu ni. Ti parleró dopo (Aku akan bercakap dengan kau lain kali).”
Akhirnya, talian diputuskan. Emameletak iPhone tersebut di tempatnya kembali.
“Mati-mati saya ingat kawan awak ni orang Itali.”
“Kawan yang sama-sama study di Itali dulu. Kadang-kadang kami bercakap guna bahasa tu,” balas Fateh.
“Saya patut belajar bahasa Itali juga ni.” Ema bercakap sendiri.



 KOMEN???
Read more...

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©