COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 11 Jun 2012

KHB -8-

iklan --> CIPM SP#1 & CIPM SP#2
Selepas mengangkat tangan kepada Tengku Faidhi, Ulwan memandu keretanya keluar daripada kawasan balai polis tersebut. Saat ini, dia diamanahkan oleh majikannya itu untuk menghantar pulang gadis di sebelahnya itu kerana lelaki itu masih ada urusan penting.
         Ketika Tengku Faidhi menerima panggilan daripada Iwana mengatakan gadis itu sedang berada di balai polis, bukan main terkejut Tengku Faidhi. Dia ada bersama ketika itu kerana mereka sebenarnya sedang berbincang tentang sebuah kes. Selepas itu, terus sahaja Tengku Faidhi mengheretnya bersama pergi ke balai polis itu.
         Sesekali, Ulwan menjeling Iwana di sisinya yang diam sejak masuk ke dalam keretanya tadi. Kerana gadis itu memalingkan wajah, memandang luar tingkap, dia tidak dapat melihat riak wajah gadis itu. Namun, apabila pandangannya dijatuhkan kepada tangan gadis itu, Ulwan mengeluh kecil. Tangan gadis itu nyata nampak menggigil, yang dia pasti, bukan kerana kesejukan tetapi kerana kebimbangan. Tiada apa yang boleh dia lakukan. Hendak memujuk gadis itu, dia berasa janggal kerana mereka bukanlah rapat sangat. Hendak bertanyakan soalan-soalan berkenaan sebagai peguam kepada kes ini, masanya tidak sesuai. Lalu, hanya sepi yang menemani mereka sepanjang perjalanan.
         Selepas melepasi pagar utama istana, Ulwan terus memandu ke arah bangunan kediaman gadis itu. Saat ini, dia yakin bahawa seluruh kerabat diraja sudah mengetahui berita Iwana ditangkap polis. Benar jangkaannya, apabila kediaman Iwana menjengah pandangan, dia juga dapat melihat beberapa insan yang sedang menanti di hadapan kediaman tersebut.
 Setelah kereta diberhentikan betul-betul di hadapan kediaman  tersebut, Ulwan mematikan enjin kereta dan keluar. Dia disambut oleh Haq dan juga Tuanku Muhammad Danish. Mereka saling bersalaman sebelum memandang Iwana yang diiring oleh Tuanku Iman dan Adlina serta si kecil Uqail. Para pengawal dan dayang yang ada di sekitar situ hanya memerhati daripada jauh.  
         Iwana hanya diam tidak berbicara daripada keluar daripada kereta Ulwan sehinggalah dia dibawa oleh bondanya ke tingkat atas untuk berehat. Ulwan memandang gelagat Iwana dengan keluhan kecil.
         “Wan tahu apa yang terjadi?” soalan daripada Raja Darwish itu menghentikan lamunannya. Dia memandang ayahanda kepada Iwana dan Haq itu.
         “Wan belum dapat tahu lagi cerita dari Tengku Iwana tapi menurut polis, Tengku Iwana tak tahu yang dalam keretanya ada budak tu. Entah macam mana budak tu boleh ada dalam bonet belakang, mereka tak tahu,” jelas Ulwan pendek. Dia bergerak mengikut langkah kedua kerabat Darwish itu ke ruang tamu kediaman Iwana itu. Tuanku Iman dan Adlina, isteri Haq, serta Uqail masih berada bersama Iwana di atas barangkali.
         “Jadi, macam mana budak tu sekarang, abang?” soal Haq pula. Mereka mengambil tempat di sofa di ruang menonton di tingkat bawah itu.
         “Buat masa ni, budak tu berada di hospital dan masih tidak sedarkan diri. Mungkin sebab lama sangat terkurung dalam bonet belakang, jadi tak cukup oksigen.” Ulwan mengambil tempat di hadapan Tuanku Muhammad Danish yang khusyuk mendengar penjelasannya. Raja di hadapannya itu tentulah risaukan keadaan anakanda sulungnya itu.
         “The parents?” soal Tuanku Muhammad Danish sepatah.
         Ulwan mengangguk sebelum menjawab. “Pihak polis memaklumkan bahawa ibu bapa kanak-kanak itu kehilangan anak mereka itu di pusat membeli-belah tengahari tadi, tuanku. Mereka sebenarnya hendak menyaman Tengku Iwana atas alas an membawa lari anak mereka atau lebih tepat lagi menculik tetapi kita sedang tunggu kanak-kanak itu sedarkan diri untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi,” panjang Ulwan memberikan penjelasan. Tuanku Muhammad Danish dan Haq mengangguk faham.
         Tuanku Iman memasuki ruang itu dan duduk di sisi suaminya.
         “Kak Wana okey, bonda?” pantas sahaja Haq bertanyakan hal kakandanya. Mana tidaknya, tadi dilihatnya kakanda Iwananya seperti zombie hidup.
         “Fizikal okey. Rasanya Wana masih terkejut dan trauma. Bonda suruh dia berehat dan tidur. Lina dengan Uqail ada dengan dia,” jawab Tuanku Iman. Selepas itu, permaisuri Darwish itu memandang Ulwan.
         “Wan, terima kasih sebab bawa Iwana pulang,” ucap Tuanku Iman.
         Ulwan mengukir senyuman, “Tengku Faidhi mengamanahkan Wan untuk menjadi peguam Tengku Iwana, tuanku. InsyaAllah, Wan cuba lakukan yang terbaik.”
         “Kami percayakan Wan.”
 sorry pendek~ :(

tapi, please comment~ 

*_* pretty please....

1 komen:

Nadzipah berkata...

Ha..kan? Dah agak dah..mesti Ulwan yang jadi peguambela Iwana nanti. Hee...Siapalah yang nak kenakan keluarga kerabat diraja ni ye? huhu...Kesian Iwana...

psst..Ulwan, kalau betul suka, sekarang nilah masanya untuk mendapatkan sedikit perhatian Iwana. Then boleh terus propose dengan Tengku Danish. Hee :D

Cik Haliban, thumbs up! Nak lagi...panjang la sikit eh^^

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©