COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 16 Ogos 2011

IAPH -6-

by ~MusliMultimedia

Hadif berjalan melepasi kedai-kedai di tingkat tiga pusat membeli-belah itu.  Sesekali, dia menjenguk ke tingkat bawah dan melihat orang yang berjalan ke sini-sana. Dia memerhati gelegat mereka. Ada yang berjalan dalam kumpulan dan ada yang berjalan berdua-dua dan juga keseorangan seperti dirinya. Sebenarnya, dia memang kelihatan berjalan seorang diri tetapi sebenarnya dia tetap ditemani beberapa orang pengawal peribadinya dari jauh. Lagipun, dengan cermin mata hitam dan topi rasta yang dipakainya, Hadif pasti tiada yang akan mengecamnya sebagai putera mahkota mereka jika dipandang secara sekilas.
            Buk!
            Hadif berasa badannya dilanggar seseorang dan dia terundur setapak ke belakang. Terkebil-kebil dia memandang seorang gadis bertudung yang terduduk di hadapannya. Timbul rasa bersalah di hatinya kerana dia tidak memandang ke hadapan ketika berjalan. Sekelip mata, tiga pengawal peribadinya berada di sisinya, bimbang keselamatannya barangkali.
            “Tuan tak apa-apa?” soal salah seorang pengawalnya. Memang dia menyuruh mereka memanggilnya sebegitu apabila dia menyamar di kalangan khalayak ramai.
Hadif hanya menggeleng apabila pengawal-pengawalnya lebih bimbangkannya daripada gadis yang masih duduk di hadapan mereka itu. Hadif mendekati dan mencangkung di sebelah gadis tersebut. Hairan pula dia apabila gadis itu tidak bangun-bangun.
“Cik tak apa-apa? Boleh bangun tak?”
Gadis itu mengangkat muka dan Hadif terpegun seketika. Melihat wajah tersebut, dia teringatkan gadis yang ditemuinya di sebuah kampung seminggu yang lalu, gadis yang menghadiahkannya senyuman kemudiannya menghilang bergitu sahaja. Itulah dia gadis yang berada di hadapannya itu.
“Maaf. Saya tak sengaja tadi. Awak boleh bangun tak?” soal Hadif sekali lagi. Gadis itu tidak bersuara tetapi hanya menggeleng sahaja. Wajahnya kelihatan sedang menahan kesakitan dengan tangan kanan gadis itu memegang buku lali. Mungkin gadis itu terseliuh. Kuat sangat dia melanggar gadis itu tadi barangkali.
Mindanya berfikir cara untuk menolong gadis itu. Lagipun, dia dan para pengawal peribadinya semuanya lelaki. Takkanlah mereka hendak memegang dan memapah gadis itu? Mana boleh! Hadif tidak akan membenarkan perkara itu terjadi.
“Awak tahan sekejap, boleh? Bangun dan duduk di bangku sana tu,” ucap Hadif, menunjuk ke arah sebuah bangku yang lebih kurang tiga empat langkah daripada mereka. Melihat dahi gadis itu berkerut-kerut, berusaha untuk bangun dan menahan kesakitan di kakinya itu, dahi Hadif turut berkerut. Kesian sungguh melihat gadis tersebut. Dia menurut gadis itu daripada belakang, bimbang pula gadis itu akan terjatuh ke belakang. Daruratlah jika saat tersebut terjadi. Namun, Alhamdulillah gadis itu selamat melabuhkan diri di bangku tersebut. Okey, langkah seterusnya…
“Awak datang dengan siapa? Biar saya telefon dia untuk beritahu awak kat sini,” ujar Hadif. Dia berdiri menghadap gadis yang sedang terbongkok-bongkok memegang buku lalinya. Nampaknya, gadis itu memang tidak mengenali dirinya.
“Saya datang dengan… kawan,” jawab gadis itu.
Hadif hairan sedikit apabila gadis itu berjeda, seakan-akan memikirkan istilah untuk digunakan pada ‘kawan’nya itu.
“Tapi saya tak ada nombor dia,” sambung gadis itu pantas.
Bertambah pelik pula Hadif. “Awak tak ada nombor telefon kawan awak?” soalnya mendapatkan kepastian. Dia mengeluh sendiri apabila gadis itu hanya menggeleng sebagai jawapan. Aneh sungguh gadis itu. Dia fikir, tentulah seorang kawan akan ada nombor kawannya yang lain. Dia tidak sangka wujudnya orang seperti gadis tersebut.
“Nombor siapa yang awak ada? Famili awak? Kawan-kawan yang lain?” soal Hadif lagi, mencari jalan untuk terus menolong gadis tersebut.
“Ada tapi mereka semua tiada di sini.”
Terangkat kening Hadif. Mindanya berputar ligat. Muncul pelbagai persoalan di benaknya.
“Awak bukan orang sini, ya?” Hadif mengambil tempat di sebelah gadis itu, jauh sedikit. Penat pula berdiri.
Apabila gadis itu mengangguk, Hadif terdiam. Seingatnya, memang gadis itulah yang ditemuinya di Kampung Seratus Menara minggu lalu. Jika gadis itu bukan orang sini, tentunya gadis itu ke sini untuk melawat ‘kawan’nya itu.
“Macam mana sekarang ni? Takkanlah hendak tunggu kawan awak kat sini? Dia bukannya tahu awak kat sini. Lagipun pusat membli-belah ni besar. Apa kata kami hantar ke klinik dahulu sebelum hantar awak pulang?” Hadif memberi cadangannya. Dia memandang para pengawal peribadinya sebelum memandang gadis tersebut. Dia melihat gadis itu memandangnya dan para pengawalnya dengan pandangan yang sedikit curiga. Hadif mengerti, gadis itu tentu tidak mudah mempercayai mereka lebih-lebih lagi dia yang masih memakai kaca mata hitam dan topinya itu.
“Tak apalah. Encik biarkan sahaja saya di sini. Saya tak apa-apa ni.”
Hadif tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Ternyata gadis itu tidak mengenalinya. Tambahan pula gadis itu bukan orang sini, tentu susah untuk gadis itu mengecam wajahnya yang sedikit berselindung itu.
“Saya tak boleh biarkan awak macam ini. Lebih-lebih lagi saya yang menyebabkan awak jatuh dan terseliuh,” bangkang Hadif.
“Tapi…” Kata-kata gadis itu terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
Hadif hanya memandang gadis itu menjawab panggilan. Sementara gadis itu tidak member perhatian kepadanya, Hadif berpaling kepada para pengawal peribadinya, mengarahkan mereka kembali berkawal daripada jauh. Selepas pengawal-pengawalnya berlalu, dia kembali melihat gadis di sisinya itu. Seketika kemudian, gadis itu menoleh memandangnya setelah menamatkan panggilan.
“Kawan saya dalam perjalanan ke sini,” ucap gadis itu.
Hadif mengangguk sahaja. “Saya temankan awak sehingga kawan awak datang, okey.”
“Eh,tak apalah. Saya tak nak mengambil masa encik.” Gadis itu membantah.
Hadif menggeleng, “Nah… it’s okay. Lagipun, memang saya yang bersalah. Saya minta maaf.”
“Tak apa. Tak apa. Saya pun tak berhati-hati tadi,” jawab gadis itu.
Hadif menyuakan senyuman. “Saya Iman. Awak?”
“Nurin.”
Makin lebar senyuman Hadif. Akhirnya, dia tahu nama gadis tersebut. Tanpa disedarinya, hatinya sedikit berbunga.
“Jadi, awak orang mana?” soal Hadif lagi, tidak mahu membiarkan keadaan sepi di antara mereka sementara menanti kawan gadis itu tiba.
“Saya dari negeri Juwana.”
Hadif mengangguk. Rupanya Nurin itu tetap rakyat negara Zamora cuma gadis itu tidak tinggal di negeri Imtinan ini yang merupakan ibu negara dan negeri yang menjadi pusat pentadbiran Zamora. Zamora adalah gabungan enam buah negeri iaitu negeri Imtinan, Juwana, Hafthah, Faizia, Udzah dan Watari. Negeri Juwana adalah negeri yang paling jauh sekali daripada Imtinan dalam peta negara Zamora.
Setiap negeri ditadbir oleh seorang gabenor dan semua enam orang gabenor itu diketuai oleh seorang Raja Zamora. Sekarang, ayahandanyalah Raja Zamora dan juga gabenor negeri Imtihan. Negara mereka berusaha mengamalkan sistem pentadbbiran seperti sistem kerajaan Islam zaman Rasulullah dahulu. Setiap negeri dijaga oleh seorang gabenor dan keseluruhan kerajaan itu diperintah oleh seorang raja.
Sesungguhnya, adalah lebih baik jika seluruh dunia mengamalkan sistem sebegini dan amat baik jika negara-negara Islam seluruh dunia bersatu membentuk satu kerajaan Islam kembali yang dinaungi oleh seorang khalifah seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.
 ok. mood malas is on. 
hehe...sorry.

TIME KASIH KERANA MEMBACA! 

4 komen:

shahree(auni) berkata...

sikit nye......bru nk feeling/...heehee
menarik...iman n nurin dh berkenalan.....
smbung lgi cik haliban

Nadzipah berkata...

O.....kay. Gadis berbaju hijau tu Nurin namanya ye.

Thanks for the new n3, cik Haliban^^

p/s: aha..jangan la malas2..kena selalu rajin tau! hihi...

cactaceous opuntia berkata...

ok..iman n nurin..dua2 nama anak sedara sy...heheh

iniakuyangpunyahati berkata...

rrr baru nk lentok2 x sempat hehehe tq cik haliban

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©