COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 9 Ogos 2011

IAPH -4-

by ~yoshiminukawa

Hadif tekun merenung skrin iPad. Tangannya memegang pen stylus. Dia sedang duduk di astaka yang terdapat di tepi tasik. Pagi-pagi begini, dia senang mengulangkaji pelajarannya di situ. Untuk mengulangkaji pelajaran, dia memang lebih gemar menggunakan teknologi tersebut daripada membawa buku ke sini dan sana. Apa salahnya dia menggunakan iPad jikalau alat tersebut boleh menggantikan buku yang dia sepatutnya baca, kan? Tambahan pula, iPad itu banyak kegunaannya yang boleh dimanfaatkan.
            Hadif bersendirian di situ tanpa ditemani pembantu peribadinya, Muslim. Sudah menjadi rutinnya jika dia tiada kelas ataupun program lain pada waktu pagi, dia akan berada di astaka itu dan dia akan menyuruh Muslim menunggunya di kediaman sahaja. Kalau ada apa-apa, pemuda itu boleh sahaja menghubunginya. Lagipun, dia berada di dalam kawasan istana. Tentulah dia tidak akan ditimpa sebarang bahaya, dengan izin Allah.
            “Assalamualaikum, abang.”
            Hadif mengangkat wajah, memandang gerangan yang menyertainya di situ pada pagi hari yang damai itu. Wajahnya yang tadinya serius bertukar ceria. Bibirnya mengukir senyuman manis buat wanita yang dicintainya itu.
            “Waalaikumussalam, bonda. Selamat pagi,” balas Hadif. Dia bangun berdiri menyambut kedatangan bondanya yang ditemani oleh pembantu peribadi yang dipanggil Kak Sufi. Hadif mencapai tangan kanan bondanya dan dicium penuh kasih dan dia terus sahaja menggenggam jari-jemari bondanya itu tanpa melepaskannya.
            “Abang buat apa? Bonda ganggu ke?” lembut bondanya bertanya.
            “Taklah. Bonda tak pernah ganggu abang,” jawabnya dengan senyuman.
            “Abang dah sarapan?”
            Hadif hanya menggeleng.
            “Abang puasa ke?” Manalah dia tahu jika anakandanya itu sedang berpuasa sunat. Bukankah berpuasa itu dapat melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang asalkan mereka ikhlas berpuasa kerana Allah.
            “Tak.”
            “Kalau macam tu, kita bersarapan sama-sama di sini. Okey?”
            Hadif senyum dan mengangguk. Sesaat kemudian, baru dia teringat sesuatu.
            “Bonda tak sarapan dengan ayahanda ke?” soal Hadif. Tentulah dia hairan. Ayahandanya bukannya pergi ke mana-mana. Kebiasaannya jika ayahandanya tiada urusan di luar negara, tentu bonda akan bersarapan dengan ayahanda.
            “Bonda tengah merajuk ni. Nanti kalau Hadif jumpa ayahanda, cakap pada dia bonda merajuk,” jawab Wanita Pertama negara itu dengan selamba dan kemudiannya memberitahu dia hendak bersarapan bersama anakandanya di sini. Tahulah apa yang pembantunya perlu buat.
            Hadif tersengih mendengar kata-kata bondanya itu. Semalam dia melihat ayahbondanya baik-baik sahaja. Alih-alih pagi ini bondanya sudah merajuk. Semoga bondanya itu hanya main-main sahaja. Seketika, matanya memandang Kak Sufi yang berlalu dari situ.
            “Iman abang apa khabar?” Seraya dengan pertanyaan tersebut, Hadif terasa dadanya disentuh lembut oleh tangan bondanya. Hadif terkedu seketika dengan soalan tersebut. Ternyata soalan tersebut luar biasa sekali. Bondanya bertanyakan sesuatu yang tidak pernah disoal oleh orang lain kepadanya. Satu pertanyaan luar biasa daripada seorang wanita yang hebat!
            Subhanallah. Seketika Hadif terfikir, adakah semua ibu di Zamora ini seperti bondanya? Bonda yang bukan sahaja mengambil berat tentang kebajikan dunia anakandanya tetapi juga mengambil tahu keimanan dan kebajikan akhirat. Kalau ya, tentulah mereka dikelilingi oleh rakyat jelata yang bertaqwa.
            Hadif bersyukur dia dikurniakan dan dilahirkan oleh wanita di hadapannya itu. Sepanjang pemerhatiannya selama ini, dia dapat melihat bahawa bondanya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anakanda, bonda, dan isteri dengan bagus sekali walaupun dengan segala ujian yang ditimpa oleh wanita itu. Walaupun dia tidak tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh bondanya, tipulah jika dia hendak mengatakan bahawa wanita itu tiada masalah kerana setiap manusia itu Allah timpakan ujian yang sesuai dengan bebanan masing-masing.
             “Abang?”
            Hadif mengukir senyuman. Bondanya tentu hairan dia hanya diam tidak menjawab.
            “Tipulah kalau abang cakap iman abang sentiasa baik sahaja. Abang sedar kadang-kadang abang buat sesuatu yang tak sepatutnya tapi abang sentiasa berusaha untuk jaga hati abang ni, insyaAllah,” ulas Hadif sedikit, memandang lembut bondanya.
            “Perkara yang tak sepatutnya? Contoh?” soal bondanya lagi. Hadif terdiam. Perlukah dia menjawab soalan tersebut. Serasa malu pula untuk menyebut kesalahan-kesalahannya itu.
            “Abang mengeluh sebab banyak kerja dan tanggungjawab ke?”
            Hadif diam dan menunduk, tidak mengiyakan walaupun sebenarnya serkap jarang bondanya itu tepat sekali.
            “Mesti abang pernah terfikir kenapa abang tak boleh menjalani kehidupan biasa sahaja, kan?”
            Hadif diam lagi. Rupanya, wanita itu begitu mengenali dan mengetahui apa yang tersirat di hati anakandanya itu.
            “Jadi, apa yang abang lakukan?”
            “Abang tahu abang salah. Abang tak sepatutnya mempertikaikan takdir yang Allah telah tentukan buat abang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya,” jawab Hadif. Dia melihat bondanya menyuakan senyuman dang menangguk.
            “Betul tu, abang. Kalau abang ditakdirkan lahir sebagai anakanda sulung bonda dan ayahanda, itu maknanya abang adalah orang yang terbaik yang layak jadi putera mahkota Zamora. Kalaulah bukan abang tetapi orang lain yang mengambil tempat abang sekarang, mungkin bukan begini kesudahan sekarang. Mungkin keadaan akan jadi lebih buruk.”
            Sekali lagi telapak tangan kanan bondanya singgah di dadanya.
            “Jaga hati abang baik-baik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Bukhari dan Muslim)[1]
Syaitan itu sentiasa mencari peluang untuk menceroboh hati kita terutama sekarang dengan harta kekayaan, pangkat dan kuasa yang kita ada, syaitan akan sentiasa menghasut. Abang tahu apa fitnah terbesar buat hati seorang lelaki?”
“Hawa?”
Ternyata bondanya berpuas hati dengan jawapannya.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)[2]

“Tepat sekali. Kalau abang ada kawan-kawan perempuan, bonda tak mahu menghalang tapi bonda harap abang tahu memelihara dan mengawal pergaulan abang dengan mereka. Abang pun masih muda lagi kan? Jadi, boleh abang jaga hati abang dari perkara-perkara ni?”
Hadif senyum ikhlas, “InsyaAllah, bonda. Abang akan usahakan.”
“Macam tulah anakanda bonda.”
Hadif mencium tangan kanan bondanya, “Terima kasih sebab memperingatkan abang.”
Bonda membalas senyumannya. Hadif memandang beberapa orang dayang istana sedang membawa dulang berisi makanan. Namun, dia juga turut melihat ada orang lain selain dayang-dayang istana itu. Hadif tersengih. Dia memandang adinda-adinda kembarnya yang semakin menghampiri mereka berdua di astaka itu.
“Bonda!” Huda terus memeluk tubuh bonda mereka apabila tiba di bawah astaka itu. Manja!
Hafawati pula merungut sahaja, “Abang ni tak aci betul. Dating dengan bonda pagi-pagi ni tak ajak kitaorang pun!”
            Meletus ketawa dari bonda mereka. 


by ~yoshiminukawa




[1] Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp)
[2] Ibid.

USE RAMADHAN WISELY! :)
JGN LUPA KOMEN, YA?

ARIGATOU :)

4 komen:

Nadzipah berkata...

such a lovely family...bestnyer berada di samping keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan saling mengingatkan ke jalan ALLAH..

baitul muslim yang diimpikan oleh setiap individu muslim...:)

cactaceous opuntia berkata...

alahai...seronoknya nk mkn ade org tlg sediakan

yanzi_ulum berkata...

family contoh=)

mohaira berkata...

love it . best ek klau fsmily mcm tu .. hee~

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©