COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 11 Mac 2012

CUD ii

Lima tahun berlalu…

Husna tekun mendengar hujah-hujah yang diketarakan oleh pendebat daripada pihak pembangkang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  (UIAM) itu. Melihat peserta-peserta di atas pentas itu, dia teringatkan zaman persekolahannya. Dia juga bekas seorang pendebat, dari sekolah menengah sehinggalah ke kolej tetapi pada tahun ini, dia berhenti dan memberi peluang kepada pelapis-pelapisnya untuk beraksi.
         Hari ini, dia bertandang ke situ atas ajakan rakannya, Nuzha untuk menonton pertandingan debat peringkat kebangsaan itu yang diadakan di UIAM itu. Nuzha adalah pelajar sarjana muda jurusan senibina di UIAM. Dia pula menyambung pelajarannya di sebuah kolej Islam tempatan.
         Mendengar, memahami dan menghayati perdebatan di atas pentas membuatkan dia tidak sedar bahawa pertandingan itu sudah hampir tamat. Alhamdulillah, terima kasih kepada Nuzha kerana mengajaknya untuk ke situ pada kali ini.
Ketika pertandingan diberhentikan sementara waktu untuk memberi masa bagi mengira markah-markah yang diberikan oleh pengadil, Nuzha yang berada di sebelah kanannya itu berpaling ke arahnya.
         “Una, saya nak keluar dulu. Nanti saya jumpa awak kat luar, ya?”
         Husna mengukir senyuman dan mengangguk ke arah sahabat di sebelahnya itu. Biarlah. Mungkin gadis itu ada urusan yang dia tidak tahu. Dia memandang kelibat Nuzha berlalu, meninggalkan kerusi yang kosong di sebelahnya. Kemudian, dia kembali memandang hadapan ke arah pentas.
         Alhamdulillah. Pemenang sudah terpilih. Pendebat terbaik juga sudah diumumkan. Husna melangkah keluar daripada dewan tersebut setelah berkurang orang yang berebut-rebut untuk keluar tadi. Dia memang tidak suka berebut-rebut untuk keluar. Kenapa perlu tergesa-gesa? Bukannya pintu itu akan terkunci secara automatik.
         Matanya melilau-lilau mencari sahabatnya Nuzha. Dia tidak mahu bergerak jauh kerana bimbang dia akan sesat. Dia bukannya tahu sangat selok-belok universiti tersebut. Dari jauh, dia ternampak tubuh sahabatnya yang berjubah hijau tua dan bertudung warna putih ditemani seorang lagi gadis yang berbaju kurung sedang bercakap-cakap dengan dua orang pemuda. Husna melangkah mendekat tetapi dia tidak terus menghampiri kumpulan itu. Husna berhenti cukup jauh untuk dia tidak mendengar perbualan mereka tetapi cukup dekat supaya Nuzha nampak dirinya jikalah sahabatnya itu berpaling ke belakang.
         Sementara itu, dia hanya memandang orang yang lalu lalang di situ dengan mulutnya yang terkumat-kamit membaca zikir. Sesekali matanya singgah kepada Nuzha dan sesekali matanya memandang jam tangannya.
         Beberapa minit kemudian, Nuzha datang menghampirinya dengan senyuman. Tiada sudah gadis yang berbaju kurung ataupun dua orang pemuda tadi.
         “Maaf awak tunggu lama.”
         Husna hanya mengukir senyuman. Dia tidak begitu kisahpun sebenarnya.
         “Tadi tu siapa?” soal Husna berbasa-basi.
         “Sepupu-sepupu saya.”
         “Tiga-tiga?” soal Husna kehairanan pula. Pelik juga kalau tiga orang sepupu Nuzha berada di universiti yang sama. Pelik tetapi memang tdak mustahil.
         “Taklah. Yang perempuan tu dengan seorang pemuda tu sepupu-sepupu saya. Itu adik dengan abangnya. Diaorang belajar di sini juga. Yang pemuda sorang lagi tu, kawan kepada si abang tu. Si adik tu hendak jumpa abang dia tapi sebab nampak tak manis kalau si adik tu pergi seorang diri, itu yang ajak saya sekali.”
         Husna mengangguk tanda dia memahami penjelasan panjang sahabatnya itu. Bagusnya mereka, Alhamdulillah, menjadi pergaulan dan pandangan orang lain. Memang itulah yang diterapkan di dalam Islam sebenarnya. Walaupun adik-beradik tetapi apabila berada di dalam masyarakat, mereka perlu menjaga kelakuan supaya tidak timbul fitnah.
         “Jom pergi makan,” ajak Nuzha mematikan lamunannya.
         “Jom.”

+ + + + +
“Husna, kalau saya hendak jodohkan awak dengan anak saudara saya, awak nak tak?”
         Husna terkejut tetapi dia hanya tersengih memandang pensyarah wanita di hadapannya itu. Disebabkan dia selalu datang berjumpa dengan Dr. Munirah untuk bertanya tetang subjek yang diajar oleh wanita itu, Dr. Munirah pun sudah jadi tidak formal sangat dengannya.
         Berbalik kepada soalan yang ditanya kepadanya tadi, apa yang perlu dia jawab ya?
         “Anak saudara saya pun dah tahun akhir, macam awak. Tapi dia belajar di UIAM, ambil jurusan Undang-undang Syari’ah. Saya rasa dia sesuai dengan awak,” cerita Dr. Munirah lagi.
         “Errr… anak saudara doktor kenal sayakah?” soal Husna kehairanan. Takkanlah pelajar daripada UIAM mengenalinya. Dia sendiri, rasanya hanya kawannya Nuzha itu sahaja yang dikenalinya di UIAM itu.
         “Dia tak kenal awak tapi dia pinta ibubapanya carikan seseorang untuknya dan kakak saya itu memberikan amanah untuk tolong carikan bakal menantu untuknya. Jadi, saya buat keputusan untuk bertanyakan awak.”
         “Tapi doktor…”
         “Sebenarnya, dah lama saya perhatikan awak, Husna.”
         “Err… Saya risau saya pula yang tak sesuai dengan dia, doktor,” jawab Husna lembut.
         “Safa’ Husna, saya bukan saja-saja hendak mengusik awak. Secara jujurnya, saya memang tengok awak sangat sesuai dengan dia, seperti awak dan dia akan saling melengkapi antara satu sama lain.”
         Husna tertunduk apabila Dr. Munirah menyebut nama penuhnya. Pastinya wanita itu begitu serius. Bercakap tentang jodoh dengan wanita itu membuatkan dia sedikit serba-salah. Entahlah… siapa yang tidak mahu berkahwin? Ibu bapanya juga tiada halangan sebenarnya. Mereka memberi lampu hijau sahaja. Siapa mereka untuk menghalang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah jika jodohnya yang sebenar sudah tiba. Walaubagaimanapun, dengan keadaannnya yang masih sedang menunjut ilmu itu, dia jadi tidak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.
         “Ataupun awak tak berniat untuk berkahwin ketika belajar?” soal Dr. Munirah.
         Husna mengangkat wajahnya. Nampaknya Dr. Munirah hendak menjodohkan dia dengan anak saudaranya itu secepat mungkin. Dia fikir, kalaupun dia setuju, mungkin majlis itu berlangsung selepas dia tamat pengajian nanti, bukannya masa dia masih belajar seperti sekrang. Husna akhirnya mengangguk, “Saya dengar kahwin masa belajar ni banyak halangannya, doktor. Makin banyak benda kena jaga. Makin banyak benda yang perlu diambil berat.”
         Husna melihat Dr. Munirah mengangguk mengerti bersama senyumannya.
         “Betul apa yang awak cakap tu, Husna. Sebenarnya, saya pun kahwin masa belajar. Jadi, saya pernah alami kesusahan kahwin masa belajar. Walau apapun, kahwin masa belajar ni boleh membawa kesenangan juga kalau seseorang itu tahu menguruskan rumahtangganya. Herm… saya pun tak nak memaksa awak tetapi saya berharap agar awak setuju, Apa kata awak solat istikharah dahulu? Ambillah masa, minta petunjuk daripada Allah dan berbincang dulu dengan keluarga awak sebelum awak berikan jawapan pada saya supaya awak tak menyesal nanti.”
         Husna tersenyum nipis. Sedikit-sebanyak kata-kata Dr. Munirah seperti mengugutnya walaupun dia tahu wanita itu tidak berniat begitu. Dia juga berharap dia akan membuat keputusan yang dia tidak akan sesali kelak.

------------------------
komen plis~

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: CompartidĂ­simo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©