COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 9 Mei 2012

Iwana-Ulwan [2]

Khabar yang baru diterimanya, beberapa hari lagi putera kedua Jauzan akan datang melawat Darwish sebagai lawatan persahabatan antara dua buah negara. Iwana merungut sendiri, dia pasti putera itu datang untuk ‘melihat’ dirinya. Almaklumlah, diakan calon isteri pemuda itu dan pemuda itu adalah calon suami merangkap calon putera mahkota Darwish.
         Iwana menoleh kepada Madihah, pembantu peribadinya yang duduk di sisinya itu. Matanya yang memandang Madihah walaupun fikirannya sedang memikirkan perkara tadi, menimbulkan rasa hairan di hati gadis itu.
         “Kenapa, Tengku?” soal Madihah apabila puteri mahkota itu merenungnya terus-menerus.
         “Madi, awak tahu tak apa aktiviti dia kat sini nanti?” soalan Madihah dijawab dengan soalan juga. Pada fikirannya, jika Raja Zulqarnain Ulwan itu datang untuk menilai dan meneliti dirinya, dia sendiri juga perlu menguji lelaki itu.
         “Saya tak pasti, Tengku tetapi rasanya Tengku Haq lebih tahu sebab saya dengar Tengku Haq yang akan iring Raja Zulqarnain Ulwan untuk kebanyakan masanya di Darwish ini,” jelas Madihah panjang.
         Iwana mengangguk. Pantas sahaja tangannya mencapai iPhone miliknya yang tersadai di sebelah komputer riba. Nombor adinda lelakinya terus didail.
         “Haq kat mana?” tanyanya sebaik sahaja adindanya itu menjawab salamnya.
         “Kat pejabatlah, kak. Kenapa?” balas pemuda itu pendek. Sebagai putera kedua Darwish, Haq tidak akan mewarisi takhta dan lelaki itu menubuhkan sebuah syarikat konsultant.
         “Erm... betul ke Haq yang akan teman Raja Zulqarnain Ulwan bila dia datang ke sini nanti?” Nama penuh putera kedua Jauzan itu disebut Iwana. Haq yang mendengar itu tersenyum nipis sahaja.
“Itulah yang ayahanda titahkan tapi bukan setiap masa Haq dengan dia nanti. Kenapa dengan bakal kakanda ipar Haq tu?” soal Haq kembali, mengusik kakandanya di hujung ayat.
“Eh... dia tu baru ‘calon’, bukannya ‘bakal’ lagi. Akak tak setuju pun lagi,” balas Iwana sedikit jengkel. Nampaknya, Haq juga sudah mula menerima Raja Zulqarnain Ulwan. Apalah yang lelaki itu buat kepada familinya?
“Setuju sajalah, kak. Ayahanda dan bonda pun nampak macam sukakan abang Ulwan tu. Buat apa akak hendak pening-pening kepala lagi?”
Bulat mata Iwana mendengar ucapan adindanya di hujung talian. Amboi... senangnya mulut adindanya berkata-kata. Malah, memanggil putera Jauzan itu dengan panggilan abang seperti sudah kenal lama pula.
“Haq, akak ni, kalau boleh hendak kahwin sekali sahaja seumur hidup. Biar di dunia dan di akhirat dengan suami akak tu seorang sahaja. Lagipun, suami akak nanti kena jadi pemimpin negara. Jadinya, perkara kahwin-kahwin ni, bukan sesuka hati akak boleh setuju,” tempelak Iwana dengan suara monoton sahaja. Dia tidak ingin berceramah tentang perkahwinan kepada adindanya.
“Herm... yalah. Jadi, kenapa akak telefon Haq ni?” Haq juga tidak mahu menentang apa yang diucapkan oleh kakandanya. Tapi pelik juga sampai kakandanya itu menelefonnya ketika ini. Penting sangatkah? Tak bolehkah tunggu dia pulang ke istana nanti?
“Oh... Haa... Memandangkan Haq yang akan teman dia nanti, akak nak minta tolong Haq. Akak nak Haq cabar dia,” ujar Iwana. Dia memandang screensaver komputer ribanya sambil bercakap dengan adindanya itu.
“Cabar? Haish, akak. Tak ke susah Haq nanti kalau Haq kena belasah dengan abang Ulwan tu?” Berkerut-kerut dahi Haq.
“Hish... apa Haq mengarut ni. Akak bukan suruh Haq bertumbuk dengan dia.” Iwana menjulingkan matanya ke langit.
“Dah tu?” sampuk Haq.
“Akak nak Haq uji dia dalam tiga benda. Pertama, dia pandai tak sukan sunnah? Kedua, dia pandai tak main chess? Ketiga, dia sabar atau tak?” terang Iwana.
“Sukan sunnah tu, maksudnya memanah dengan menunggang kudakah?” soal Haq meminta kepastian.
“Ha’ah. Boleh tak? Akak nak minta Haq perhatikan benda ni bagi pihak akak,” balas Iwana.
“InsyaAllah, nanti Haq cuba aturkan. Tapi nanti akak kena terangkan pada Haq kenapa tiga syarat ni...”

Iwana mengukir senyuman. Selesai satu masalah dalam fikirannya. Haq boleh jadi orang tengah atau pengintipnya untuk menilai pemuda yag dicalonkan oleh ayahanda serta bondanya itu. 

----------------------------------

So? So? So?

pendek eh... ^_^ kenalah komen panjang2. *_*

1 komen:

cactaceous opuntia berkata...

ujian ape nk bg kt ulwan nk tw die sabar ke x? ntah2 ulwan pn ade benda nk buat untuk uji iwana x?haha....semoga berjaya ulwan...heee...ala iwana...tgk...haq pn da terima ulwan jd bakal abg ipar meh...huu

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©