COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 11 Disember 2013

E & F -9-

Hijratul Khairiyah menyisip teh yang dituangnya tadi perlahan-lahan. Matanya kadang-kadang memerhati anakanda-anakandanya yang sedang bermain sesame mereka walaupun terdapat mereka diawasi penjaga-penjaga mereka sendiri. Kemudian, pandangannya dialihkan ke fail di tangannya. Fail itu diberikan kepadanya oleh bonda mentua beberapa hari yang lalu. Dokumen dalam fail tersebut adalah biodata peribadi  beberapa orang insan yang boleh dianggap istimewa dan rahsia. Pembantu peribadinya, Sufiah, juga tidak didedahkan dengan isi kandungan fail tersebut.
“Bonda!” Suara si kecil Huda memanggil.
                Hijratul Khairiyah mengangkat wajah dan memandang ke arah anakanda-anakandanya. Lambaian daripada Huda dibalas dengan senyuman. Huda kemudiannya menyambung permainan kejar-mengejarnya dengan kakanda-kakandanya. Hijratul Khairiyah tersenyum mengingatkan saat-saat dia melahirkan tiga kembarnya itu. Keletihan yang terasa selepas bersalin, tidak dapat dia gambarkan. Almaklumlah, ketiga-tiganya dilahirkan dengan cara biasa. Syukur kepada Allah dia tidak menghadapi komplikasi ketika itu.
Dari jauh, matanya menangkap tubuh seorang pemuda yang sedang melintasi taman, menghampiri mereka semua.
“Ateh!!!” jerit si kecil Hafawati apabila menyedari kehadiran ayahanda saudaranya itu. Terus sahaja si kecil itu berlari ke arah Fateh. Hadif dan Huda pun apa lagi…menurut jejak langkah Hafawati. Habis Fateh diserbu mereka bertiga.
Hijratul Khairiyah tersenyum melihat Fateh.  Fateh rajin benar masuk melawat istana walaupun pemuda itu sudah tinggal di luar istana. Mungkin kerana Fateh masih lagi bujang, jadi senang itu pemuda itu bergerak ke mana-mana. Jikalau sudah berumah tangga, pemuda itu akan mempunyai tanggungjawab lain, namun melawat ayahanda dan bonda semestinya Fateh tidak patut lupakan.
Hijratul Khairiyah teringatkan lawatan sepupunya dan isteri yang datang daripada Darwish. Ketika mereka meluangkan masa bersama, tanpa ayahanda dan bonda, Danish ada menyebut tentang perihal teman wanita Fateh. Ketika itu, suaminya hanya berpandangan dengannya. Itu adalah satu berita baru bagi mereka. Ateh sudah mempunyai calon isteri nampaknya. Pastinya Achik masih belum mengetahui berita ini. Wanita itu sedang ‘dikurung’ di rumahnya kerana kandungannya sudah berada dalam bulan-bulan terakhir.
“Angah.” Sapa Fateh apabila pemuda itu mendekat dengannya.
Hijratul Khairiyah menyuakan senyuman dan mengangguk. Fateh mengambil tempat di sisinya sambil melihat anakanda-anakanda saudaranya itu bermain. “Angah sihat?”
“Alhamdulillah. Ateh macam mana? Nampak muka macam berseri-seri sahaja,” usik Hijratul Khairiyah.
Fateh yang mendengar itu membulatkan matanya, “Angah, lelaki gagah perkasa macam Ateh ni tak sesuai cakap muka berseri-seri tahu. Macam orang perempuan pula bunyinya.”
Hijratul Khairiyah tertawa. “Maksud Angah, Ateh nampak gembira. Ada apa-apa berita baikkah?” Dia menggiat lagi.
Fateh tersenyum memandangnya, “Berita gembira apa, Ngah? Mana ada apa-apalah. Haaa… Danny ada singgah kat sini tak?”
“Mestilah wajib singgah. Lagipun kan… dia bawa berita gembira,” balas Hijratul Khairiyah.
Fateh sengaja diam tidak membalas tetapi hanya mengangkat keningnya, meminta kakanda iparnya menyambung bicara.
“Katanya, mereka jumpa teman wanita Ateh.”
Terus Fateh ketawa sambil menggeleng-geleng kepalanya. Danish itu memang tak boleh menyimpan rahsia kalau dengan kakanda iparnya itu. Namun, Fateh tidak salahkan pemuda itu. Dia sendiri bukannya ingin berahsia sangat sebenarnya. Fateh memandang wanita di sebelahnya itu. “Angah, layak ke Ateh ni berteman wanita?”
Dilihat Hijratul Khairiyak menyuakan senyuman, “Apa definisi layak pada Ateh sendiri?”
                Soalan dibalas dengan soalan, sesuatu yang mencabar minda. Fateh berpaling merenung anakanda-anakanda saudaranya. “Entahlah. I mean, I got a feeling that I still did not ready for that.”
                “Okay then, but who is the girl? Siapa gadis yang Danish cerita tu?” Hijratul Khairiyah tidak mahu terlalu memaksa. Fateh sudah dewasa dan ada kehidupan sendiri. Dia tidak mahu terlalu menjaga tepi kain adinda iparnya itu.
“Ai… Dia tak cerita pada Angah ke?” Fateh tergeleng sendiri mengenangkan sepupu merangkap sahabat baiknya itu. Saja je Danish hendak membuat gempar keluarga Zamora itu.
“Danish tak cerita banyak pun. Dia cuma cakap dia jumpa teman wanita Ateh saja.”
“Bukan teman wanita la, Ngah.  Kawan Ateh saja. Kawan sekolah tinggi dulu. Reunion hari tu, jumpa dia,” jelas Fateh akhirnya. Dilihat Hijaratul Khairiyah tersenyum dan mengangguk.
“Angah harap tak lama lagi Angah boleh jumpa dia,” ucap Hijratul Khairiyah pula.
Fateh ketawa kecil, memahami kata-kata tersirat kakanda iparnya itu namun dia tidak membalas.  Kakanda iparnya itu juga tidak menyambung perbualan mereka tentang hal tersebut.
“Okey.  Angah hendak masuk sekejap. Ateh tolong tengokkan mereka ya,” ujar Hijratul Khairiyah seraya bangun berdiri.
Fateh mengangguk. Dia melihat wanita itu membawa sekali beberapa buah fail nipis namun dia tidak bertanya apa-apa. Pandangannya mengikut langkah kaki wanita itu. Apabila Hijratul Khairiyah hendak melangkah keluar daripada astaka itu, sehelai kertas terselit keluar dan jatuh daripada fail di tangan wanita itu.
“Angah.” Pantas dia memanggil kakanda iparnya, sambil dia bangun ingin mengambil kertas tersebut. Apabila dicapai kertas tersebut, baru dia perasan kertas itu sebenarnya ada sekeping gambar dan gambar itu membuatkan dia terdiam seketika.
“Ya Allah, terjatuh pula. Terima kasih ya Ateh.” Hijratul Khairiyah menghulurkan tangan ingin mengambil gambar tersebut.
Fateh teragak-agak menghulur, “Angah…”
                Namun dilihatnya Hijratul Khairiyah sedang senyum dan meletakkan jari di bibir sebelum menunjukkan fail di tangan, “Sulit.”
                Selepas itu, wanita itu berlalu, membiarkan dia dengan tanda tanya yang besar. Mengapa gambar itu berada dalam fail sulit Puteri Mahkota Zamora itu? Gambar Ema! 

3 komen:

eija berkata...

aii agah duk siasat ema ke.. wahh

Tanpa Nama berkata...

erm.. makin teruja nak tahu sebabnya... ^^

Nava_JksCri berkata...

Kenapa nak investigate Ema??

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©