COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 7 Mei 2013

E & F -2-

Fateh keluar daripada perpustakaan diraja dengan sebuah buku The Art of War Sun-Tzu. Buku ini adalah salah sebuah buku yang popular jika seseorang hendak membaca tentang gaya kepimpinan yang baik dalam pentadbiran kerajaan, pengurusan bisnes, perhubungan awam dan dilpomasi, walaupun bukan dari orang Islam. Jika hendak mengetahui gaya kepimpinan khalifah-khalifah Islam, carilah buku Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, 4 orang khalifah Islam yang pertama dan yang paling penting, tentang gaya kepemimpinan Rasulullah SAW.
          Dia adalah seorang pegawai tentera udara Zamora. Lebih tepat lagi, dia adalah seorang ahli skuad khas tentera udara. Namun, dia tidaklah mempunyai jawatan yang tinggi dalam skuad tersebut. Dia hanyalah orang bawahan. Walaupun dia hanya seorang pegawai bawahan, namun dia cuba untuk melatih dirinya mengamalkan cara hidup pemimpin-pemimpin Islam yang lampau. Walaupun dia pegawai bahawan di dunia ini, di mata Allah, dia adalah seorang khalifah. Sebenarnya, setiap orang di muka bumi ini adalah khalifah di mata Allah dan setiap daripada mereka memegang amanah Allah.
          “Ateh.”
          Fateh berhenti melangkah dan berpaling apabila namanya dipanggil daripada belakang. Kelihatan kakanda iparnya sedang menuju ke arahnya bersama Huda, kembar tiga yang paling bongsu. Huda memang lebih manja berbanding kakanda-kakandanya yang lain dan sentiasa ingin bersama bonda atau ayahandanya.
          “Angah. Adik… nak Ateh dukung tak?” Fateh menyapa kakanda iparnya merangkap Puteri Mahkota Zamora itu, seraya menghulurkan kedua-dua tangannya kepada Huda. Walaupun Huda sudah berusia empat tahun, Fateh masih gemar memanjakan anakanda-anakanda saudaranya. Huda pula cepat sahaja meluru ke dalam pelukan ayahanda saudaranya sebelum Fateh mengangkat si kecil itu.
          “Ateh, adik dah berat tu. Tak apakah Ateh dukung dia? Kalau tidak, biarkan sahaja dia berjalan,” ujar Airi. Dia sendiri sudah tidak larat hendak mendukung anakanda-anakandanya.
          “Tak apa, Angah. Masa ni mereka kecil lagi, biarlah Ateh dukung diaorang. Nanti dahh besar, mana boleh dah hendak buat beginikan? Angah daripada mana ni?” balas Fateh, menyambung perjalanannya yang tergendala tapi bersama kakanda ipar di sisinya.
          “Angah jumpa Along tadi. Sekejap lagi Angah ada urusan di luar. Ateh cari apa di perpustakaan?” soal Airi. Wanita itu dapat melihat sebuah buku di tangan adinda iparnya itu.
          “Tak ada cari apa-apa yang spesifik pun. Ateh tiada kerja pagi ini, ingatkan hendak membaca sedikit. Itu yang cari sebuah dua buku ni.” Fateh menunjuk buku di tangannya sekilas. Airi mengangguk faham.
          “Along cerita pada Angah, ada pesawat luar yang menceroboh kawadan sempadan negara belah barat. Betul, Ateh?” Airi menyoal Fateh apabila melihat di sekelilingnya tiada sesiapa. Lagipun perihal keselamatan negara seperti sebenarnya tidak boleh dibincangkan secara terbuka seperti ini, namun dia hanya inginkan kepastian sahaja.
          “Skuad khas masih sedang menyiasat perkara ini di kawasan tersebut.” Pendek, dan bermakna jawapan Fateh walapun dia tidak menjawab secara terus soalan kakanda iparnya itu. Sebagai seorang pegawai tentera, dia sudah bersumpah supaya tidak mendedahkan hal-hal keselamatan Negara kepada sesiapapun walaupun keluarga sendiri. Padanya, jika kakanda iparnya itu ingin tahu dengan lebih lanjut, wanita itu boleh bertanya kepada Alongnya sendiri.
Airi mengangguk. Dia tidak marah. Dia sudah faham skop kerja adinda iparnya itu. Tiba-tiba dia teringatkan surat yang tiba di istana yang ditujukan kepada pemuda di sebelahnya itu. “Oh, ya. Ateh, semalam ada surat sampai untuk Ateh.”
“Surat? Sampai ke istana?” Fateh menyoal, inginkan kepastian. Sebenarnya perkara itu tidak pelik namun kebiasaannya surat yang ditujukan kepadanya akan sampai ke alamat kondominiumnya. Hanya ada beberapa sahaja yang sampai di istana dan perkara ini jarang berlaku.
“Ya tetapi nampak seperti bukan surat rasmi. Tiada nama atau logo organisasi mana-mana. Angah letak dalam bilik kerja Angah. Jom.” Mereka melangkah kea rah bilik kerja Airi yang terletak tidak jauh daripada situ. Huda yang didukung Fateh itu bermain-main dengan buku yang dipegang oleh ayahanda saudaranya itu.
Sampai di bilik kerja Angahnya itu, Fateh mengambil tempat di sofa yang tersedia bersama Huda di atas ribanya. Dia hanya memandang Airi yang mencapai surat yang dimaksudkan di atas rak lalu dihulurkan kepadanya. Fateh membelek-belek luaran sampul surat tersebut. Betul kata kakanda iparnya, pada sampul itu hanya ada namanya dan alamat istana. Fateh membuka surat tersebut setelah Huda turun daripada ribaannya dan menuju kepada Airi.
 
Ke hadapan
Tengku Fateh Abqari         .

Dengan segala sukacitanya dimaklumkan, anda dijemput untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Semula pelajar-pelajar Tingkatan Lima 2002/2003 Sekolah Elit Xelline. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Ballroom 5, Hotel Bintang Emas.

Sila pastikan kehadiran anda kepada Hijazi (013-XXXXXXX) sebelum 5 Mei 2013.

Pengarah Program,
Azlan

p/s: Fateh, aku tak tahu alamat kau sekarang. Jadi aku hantar surat ini ke alamat istana. Aku harap kau dapat datang ke majlis ini. Lama gila kami tak jumpa kau.  -Azlan-


Fateh tersengih membaca pesanan ringkas daripada Pengarah Program di bawah sekali. Azlan adalah salah seorang rakan baiknya semasa zaman sekolah menengah dahulu. Azlan yang dahulunya gila-gila, sekarang menjadi pengarah program pula. Wah… sudah berubah sahabatnya itu.
          “Surat cintakah, Ateh?”
          Fateh mengangkat muka. Mendengar soalan daripada kakanda iparnya itu membuatkan sengihannya bertukar menjadi gelak ketawa. “Angah ni lawaklah. Mana ada surat cinta.”
          “Lah… Sudah itu, Ateh tersengih baca surat tersebut. Angah teka sahaja. Kalau surat cinta pun, apa salahnya, kan?” Airi pula yang tersengih, mengusik adindanya.
          “Tak adalah, Angah. Ini surat jemputan ke majlis reunion sekolah menengah Ateh dulu,” jawab Fateh, tidak langsung menjawab usikan kakandanya itu. Siapalah yang berani menulis surat cinta kepadanya ini? Lagipun, dia sudah 28 tahun. Tak mainlah surat-surat cinta.
          “Wah, majlis reunion. Mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Angah pun sudah lama tak jumpa kawan-kawan Angah.”
          Fateh tersenyum, “Manalah nak jumpa kawan-kawan Angah tu kalau Angah di Zamora, mereka semua di Lotus.”
          “Betul tu tapi Angah tak menyesal pun. Kehidupan Angah sekarang di sini, bukan lagi di sana. Semua keluarga Angah ada di sini. Angah gembira di sini.”

setelah sekian lama, baru cik haliban boleh update. SORRY !!!

3 komen:

iniakuyangpunyahati berkata...

ehem2.. agak2 ema sekelas x?? ker akan ada watak lai?? jengjengjeng 0-0

cik n.haliban berkata...

tq cik iniakuyangpunyahati... awak je la yang sudi komen cerita saya ni...hehehe

Nava_JksCri berkata...

Rasa2 nya Ema de tak bila Fateh pergi reunion?

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©