COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label LUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUM. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Januari 2013

LUM SP -part 1-


Figura isteri yang indah berjubah gaun warna susu putih keluaran First Lady itu dipandang lama. Dari atas ke bawah direnung beberapa kali dengan tidak berkelip. Batrisyia yang perasan akan hal tersebut tersenyum manis. Lantas, langkahnya diatur menghampiri suaminya di sofa ruang tamu apabila lelaki itu langsung tidak bersuara.
                “Awak,” panggil Batrisyia lembut, mengeluarkan Zarif daripada dunianya.
                “Errr…” Terkebil-kebil Zarif memandang di isteri yang sudah duduk di sisinya itu.
                “Awak, saya patut tukar pakaiankah? Kalau awak rasa pakaian ni tak sesuai, saya tukarlah,” ujar Batrisyia, cuba untuk menduga suaminya itu. Padahal, dia tahu daripada pandangan lelaki itu tadi, Zarif memang sudah tidak terkomen. Namun, dia risau jika dia terlalu menarik perhatian orang lain, tambah-tambah lelaki lain. Itu adalah sesuatu yang tidak baik. Dia hanya boleh kelihatan menarik pada penglihatan suaminya sahaja, bukan lelaki lain.
                Zarif terdiam, berfikir. Patutkah dia menyuruh Batrisyia menukar pakaian kepada pakaian yang lebih ringkas? Pahadal, jubah gaun itu adalah pilihan dia sendiri untuk dipakai oleh Batrisyia bagi menghadiri majlis pada malam ini. Lagipun, jubah gaun tersebut memang menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk badan Batrisyia. Tudung yang dipakai Batrisyia juga labuh menutup dada.  “It’s okay, sayang. You look beautiful and decent.”
                Batrisyia mengukir senyuman. Siapa tak suka dipuji suami sendiri?
“Okey. Dah. Jom kita gerak.” Zarif mula bangun dari sofa, menarik sama isterinya. Lama-lama renung wajah isterinya boleh menyebabkan mereka lewat tiba di majlis yang patut dihadiri.
Lima belas minit kemudian, mereka tiba di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan. Batrisyia berjalan beriringan dengan Zarif. Di pintu masuk hotel tersebut, mereka disambut oleh pekerja hotel. Kemudiannya, Zarif ditegur oleh dua orang insan
“Doktor, terima kasih kerana sudi datang,” sapa pemuda yang jelas bukan pekerja hotel tetapi memakai bunga di dadanya, menantikan dia adalah salah seorang komiti majlis yang bakal berlangsung.
Batrisyia hanya menyuakan senyuman apabila Zarif bersalaman dengan pemuda tersebut. Zarif tentunya lebih dikenali dengan Dr. Zarif di kolej tempat suaminya itu mengajar. Jadi, para pelajar dan staff memang lebih senang memanggil suaminya itu dengan panggilan Doktor sahaja.
“Isteri doktor?” soal seorang lagi pemuda, menunjuk ke arah Batrisyia.
“Yes. This is my wife. Trisy, dia orang ni pelajar saya.” Zarif memperkenalkan mereka secara ringkas. Batrisyia hanya menganggukkan kepalanya ke arah kedua pelajar Zarif.
“Doktor dan isteri boleh ke arah sini ya. Nanti doktor akan nampak yang lain-lain.”
“Jom, awak.” Zarif berlalu ke arah yang ditunjukkan oleh pelajarnya, beriringan dengan Batrisyia. Batrisyia memerhati hiasan dalaman hotel tersebut. Fuhhh… sangatlah cantik, menarik dan the boom…
“Awak,” panggil Batrisyia.
“Herm?” Zarif menoleh ke arah isterinya.
“Cantiknya hotel ni, kan. Pelajar-pelajar awak buat majlis dekat hotel ni, mesti tinggi kosnya. Majlis dinner akhir tahun saya dulu pun tak buat sampai macam ini,” komen Batrisyia. Teringat dia akan majlis makan malam semasa dia berada di akhir tahun. Memanglah buat di hotel tetapi bukanlah hotel lima bintang sebegini.
“Herm… Dengar kata mereka ini pun bersungguh-sungguh cari sponsorship. Batch kali ni, memang rapat dengan pensyarah-pensyarah, jadi peluang untuk dapat sponsor banyak memang tinggilah. Maklumlah, mereka sudah akhir tahun. Masing-masing hendak ada memori terakhir. Bila lagi hendak merasa begini kalau bukan sekarang, betul tak?” balas Zarif.
Kemudian, mereka menghampiri sebuah kawasan yang nampak padat. Batrisyia hanya mengikut apabila Zarif menariknya ke arah kumpulan tersebut. Zarif mendaftarkan nama mereka terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam dewan makan. Mereka ditempatkan semeja dengan beberapa pensyarah yang lain.




cik haliban nak minta maaf sebab (1) lambat sgt update, (2) tak ada idea nak sambung lagi sebenarnya, so for now, yang ni je cik haliban mampu. Mohon maaf ye kawan-kawan.   

cik haliban nak pendapat jugak.I'm still plotting cerita Tengku Fateh Abqari (Fateh) ♥ Syaimah (Ema), tapi i'm still not sure nak buat Ema ni kerja apa... Any idea? ^__^
Read more...

Rabu, 29 Ogos 2012

LUM -2- ii

Azra menghela nafas panjang, ingin meredakan perasaan marahnya. Apanya tidak marah kalau dia berasa dia ditipu oleh Zarif! Pergi makan konon! Alih-alih, selepas makan, Zarif mengajak dia bersolat di masjid negeri. Itu tidak mengapalah. Apa yang menyakitkan hatinya, selepas solat maghrib itu, Zarif memandu kereta ke arah yang bertentangan dengan laluan pulang ke asrama kampus, ke rumah sewa lelaki itu. Apabila dibantah, Zarif memberi alasan bahawa rumahnya lebih dekat daripada asrama.
                “Saya tak bawa bajulah, awak,” bantah Azra lagi. Dia tidak tahu alasan apa lagi yang boleh disuakan kepada lelaki itu. Lagipun, sebenarnya, tidak menjadi kesalahan jika Zarif ingin membawanya. Zarif adalah suaminya. Hakikatnya, dialah yang salah kerana tidak mahu mengikut kemahuan Zarif yang langsung tidak menyalahi syariat agama itu.
                Zarif tersengih. Gotcha!
“Baju saya ada,” balas Zarif selamba. Sengaja ingin menduga gadis bergelar isterinya itu dan nampaknya si isteri itu terdiam. Aik... Adakah Azra fikir boleh sahaja jikalau hendak menggunakan baju miliknya? Kalau begitulah, tidak payah dia susah-susah berpakat dengan Fatihah untuk membawa turun baju lebih bagi isterinya tadi.
“Esok kita keluar beli baju untuk awak. Nak?” soal Zarif mengajak si isteri berbual dengannya.
“Saya dah ada banyak baju,” jawab Azra.
“Dekat rumah kita, belum ada. Kita beli esok, simpan di rumah kita.”
Azra tergamam mendengar ungkapan daripada Zarif itu. Zarif tidak menyebut ‘rumah saya’ tetapi menyebut ‘rumah kita’. Dia menjadi serba salah. Memang Zarif tidak salah tetapi Zarif juga sudah berjanji tidak mahu memaksanya dan dia pula tidak mahu menjadi isteri yang derhaka. “Awak...”  
                “Sayang, saya tak paksa awak duduk terus di rumah kita tapi untuk permulaan, apa kata awak tinggal di rumah kita pada hari minggu?” Zarif memberi cadangan. Dia tahu, Azra masih tidak selesa dengannya. Memang mereka masih tidak mengenali antara satu sama lain. Namun, jika mereka terus terpisah begini, bagaimana Azra hendak mengenali dirinya dan bilakah jurang di antara mereka akan hilang?
                Azra terdiam.
Zarif juga diam. Tiba-tiba dia menjadi serba salah pula. Bimbang jika dia bertegas hendak Azra mengikut kemahuannya itu, isterinya itu hanya akan lebih menjauh dengannya. Zarif menghela nafas panjang sebelum dia memberi isyarat kereta ke sisi jalan.
Azra tersentak seketika apabila kereta dihentikan di sisi jalan. Dia menoleh kepada suaminya. “Kereta rosak?”
Zarif menggeleng. Dia berpaling dan menghadap Azra. Jari-jemari Azra dicapainya dan digenggam. “Sayang, saya tak kisah. Kalau awak memang tak nak, saya boleh pusing semula. Ya? Saya tak mahu memaksa.”
Azra tergamam. Zarif sanggup berpusing balik? Baiknya lelaki itu, sanggup berbuat apa sahaja supaya dia tidak berasa susah hati. Dia menjadi terharu. Azra memandang Zarif yang merenungnya daripada tadi, menunggu keputusannya.
“Hari minggu sahaja dahulu, boleh?” Azra menyoal, secara tidak langsung bersetuju untuk bermalam di rumah yang didiami suaminya. Apa salahnya dia menyenangkan hati lelaki itu kan? Dapat pahala berganda-ganda.
Zarif mula tersenyum lebar. Jemari Azra ditarik dan dicium penuh kasih.


Pendek kan? heee.... sorry~



JUALAN NOVEL 2ndhand 
sehingga 5/9/2012

Perlu confirmkan payment sebelum 5/9,
jika tidak, booking dikira CANCEL.
Harga TERMASUK postage.

Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun (RM12)
Kidung Selawat Zaki & Zulfa (RM19)
Daun Pun Berzikir (RM18)
Tuan Rumah Pembantu Rumah (RM21)
Protect The Boss (RM18)
Pada Daun Aku Berpesan (RM20)
Jet Jonah (RM21)
Read more...

Isnin, 6 Ogos 2012

Lelaki Untukmu (LUM) -2-

Dalam menunggu hari minggu tiba, setiap hari dia menerima mesej sebanyak lima kali. Setiap kali masuk watu solat, pasti telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tentulah daripada ‘Hubby awak’. Malam pula, dia akan menerima panggilan daripada lelaki itu.  Tentunya dia lebih banyak mendengar daripada bercakap. Banyak betul benda yang diceritakan oleh suaminya itu.
                “Tu hah. Hubby kau mesej,” ujar Fatihah apabila telefonnya di atas meja belajar itu bergetar. Di perpustakaan, sememangnya telefonnya diletakkan dalam keadaan ‘senyap’. Itu adalah satu common sense agar bunyi telefon tidak mengganggu pelajar lain. Hari khamis, mereka hanya ada kelas separuh hari. Setelah tamat kelas mereka tenghari tadi, dia dan Fatihah melepak di perpustakaan sehingga petang. Solat pun hanya di surau perpustakaan itu. Esok, Jumaat, mereka juga tiada kelas. Maklumlah, berada di tahun akhir, semester terakhir membuatkan mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk projek tahun akhir daripada kelas.
                Azra hanya tersengih. Tangannya mencapai sahaja telefonnya.
                ‘Otw’
Hanya tiga huruf itu yang terpapar di skrin telefonnya.  Mengerti akan maksud mesej tersebut, Azra tidak membalas. Dia kembali kepada pembacaannya.
“Kau keluar dengan hubby kau kan nanti?”
“Ha’ah. Nak pesan apa-apa?”
“Taklah. Nak tanya, kau balik bilik tak nanti? Kalau tak, aku nak tumpang tidur bilik sebelah je la,” ujar Fatihah. Bilik mereka memang hanya memuatkan mereka berdua sahaja.
“Eh, baliklah. Kitaorang nak keluar makan saja,” jawab Azra. Itu yang dicadangkan oleh suaminya minggu lalu. Ketika itu, dia hanya mengangguk dan tidak bertanya lebih lanjut sehinggalah sekarang.
“Erm... yalah. Kalau ada apa-apa, mesej aku. Kotlah tak jadi balik ke...” usik Fatihah di hujung ayatnya.
“Kau ni...” Azra menepuk kuat lengan sahabat di sisinya.
“Sakitlah. Kau ni... aku cakap saja. Manalah tahu. Itu adalah salah satu kemungkinan yang boleh terjadi tahu! Lagipun, kan hubby kau dah ada rumah.”
Azra mencebik dan tidak membalas. Dia tahu suaminya ada rumah tetapi dia tidak tahu di mana rumah suaminya itu. Sebetulnya sehingga sekarang, dia masih belum mengenali siapa lelaki itu. Yang dia tahu, lelaki itu adalah anak kepada Mak Cik Azi dan Pak Cik Talib, jiran tiga buah rumah daripada rumahnya di kampung. Disebabkan mereka jiran, kenduri pihaknya dan pihak sebelah lelaki hanya dibuat sekali gus. Jimat, kata ayah.
Sebenarnya, Mak Cik Azi tu ibu tiri dan Pak Cik Talib itu adalah ayah kandung pemuda itu. Itupun, dia hanya tahu ketika ayahnya memaklumkan siapa sebenarnya bakal suaminya tempoh hari. Ketika itu, baru dia tahu bahawa Mak Cik Azi dan Pak Cik Talib itu ada anak yang lebih tua daripadanya. Selama ini, dia hanya mengenali anak-anak mereka yang muda lima enam tahun daripadanya itu.
“Eh, laki kau kerja apa eh?”
Erk... Azra terdiam seketika. Selama seminggu, inilah kali pertama Fatihah bertanya soalan tersebut. Namun, soalan itu sebenarnya sudah seminggu bermain di fikirannya. Dia juga tertanya-tanya apakah kerja suaminya sehingga lelaki itu loaded begitu. Aish... tak boleh jadi ni. Lepas ni, kena tanya.
“Nak tahu yang betul ke yang tipu?” soal Azra, menangguhkan jawapannya.
“Main-main pula. Hah, bagitahulah aku yang tipu tu.” Fatihah menjelingnya. Azra tersengih.
“Aku berangan-angan suami aku kerja arkitek. Arkiteklah kot,” jawab Azra main-main.
“Ehhh... dah tu, yang betulnya, dia kerja apa?” soal Fatihah kembali.
Azra memberi jawapan dengan jungkitan bahunya. Ternganga seketika Fatihah.
“Kau tak tahu? Serius?”
Azra mengangguk sahaja.
“Teruklah kau ni.”
Azra mencebik mendengar cemuhan Fatihah itu. “Yalah...nantilah aku interview dia lepas ni. Lepas tu, kau tanyalah apa pun, aku jawab ya.” Sinis jawapannya.
“Eh... aku tak apa kalau tak kenal dia. Kau tu, sebagai isteri, sepatutnya kenal dia luar dan dalam,” selamba Fatihah memberi nasihat. Walaupun dia masih belum berkahwin, nasihat yang diberikannya adalah pengetahuan umum, okey.
Azra tidak menjawab. Dia tidak menafikan apa yang diucapkan oleh sahabatnya itu. Masalahnya, dia baru beberapa hari menjadi isteri lelaki itu.
“Dah. Aku nak balik dah. Dia datang ambil kau kat sini atau kat asrama?”
“Kat asrama,” jawab Azra pendek.
“Ha... jom balik sekali. Cepat, kang lama pulak dia tunggu,” ucap Fatihah yang dalam sekelip mata sahaja sudah siap mengemas barang-barangnya. Terkecoh-kecoh Azra menutup semua buku-buku rujukan yang terbuka di hadapannya sebelum berjalan mengikut langkah Fatihah dengan membawa barang-barangnya.


Cermin kereta yang diketuk membuatkan Zarif terkejut sedikit dan menoleh pantas. Namun, melihat insan yang berada di luar keretanya itu membuatkan dia mengukir senyuman manis. Azra, isterinya! Zarif terus keluar daripada keretanya. Dia menyuakan senyuman dan mengangguk kepada kawan isterinya. Kalau tidak salah, Fatihah nama gadis itu.
                “Awak sudah lama tunggu?” suara Azra lembut bertanya selepas mereka berbalas salam.
                Zarif senyum lebar seraya menggeleng. “Baru sampai. Awak dengan Fatihah dari mana ni?”
                “Dari library. Awak tunggu sekejap ya. Saya pergi simpan buku-buku ni dahulu,” ujar Azra dan berlalu daripada situ dengan pantas.
                Zarif kemudiannya memandang Fatihah yang mengikut isterinya dengan langkah perlahan. Zarif memanggil gadis itu.
                “Boleh tak pastikan Azra bawa baju lebih? Kalau tak, tolong masukkan dalam beg dan bagi pada saya tapi jangan beritahu Azra. Boleh?” Pinta Zarif kepada gadis itu.
Fatihah yang tercengang pada mulanya itu, tersenyum, mengangguk dan berlalu dari situ. Zarif tidak memberitahu perkara itu kepada isterinya itu kerana dia pasti Azra akan membantah habis-habisan. Jadi, dia terpaksa bermuslihat sedikit. Zarif tersengih sendiri.
Sementara menunggu si isteri, Zarif memandang sekeliling. Tempat parker kereta yang terletak di hadapan asrama siswi itu nampak penuh dengan kereta. Pada hematnya, kereta-kereta itu semua tentunya milik pelajar-pelajar universiti ini. Ada kereta Kancil, ada Gen-2, malah ada juga kereta Mitsubihi Evo. Wah...bukan main kaya pelajar di sini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia masuk ke kawasan kampus ini. Dia sudah beberapa kali masuk ke kampus ini atas urusan kerjanya. Jadi, dia sudah tahu sedikit sebanyak selok belok kampus ini.
Seketika kemudian, dia melihat Azra menuruni tangga blok asrama bersama Fatihah. Di tangan isterinya hanya ada dompet sahaja manakala Fatihah pula memegang sebuah beg kertas besar. Zarif mengagak bahawa itu beg kertas itu mengandungi pakaian Azra tanpa diketahui oleh isterinya. Selepas Azra masuk ke dalam kereta, Zarif menyambut beg yang dihulurkan oleh Fatihah kepadanya. Ungkapan terima kasih diucapkan kepada gadis itu sebelum Zarif masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg kertas tersebut di tempat duduk belakang.
“Apa tu?” soal Azra, menjeling beg kertas tersebut.
Zarif menghidupkan enjin kereta dan menoleh kepada isterinya, “Kenapa? Cemburu?”
“Saya tanya saja.”
Zarif tersengih. DIa tidak membalas. Kereta dipandu keluar daripada kawasan asrama dalam kampus itu. Zarif menjeling ke arah isterinya. Kelihatan gadis itu sedang bermain aplikasi permainan yang ada dalam telefon tangannya.
“Awak hendak makan di mana?” soal Zarif.
Azra menoleh seketika ke arah pemuda yang sedang memandu itu. “Saya tak kisah. Awak yang bawa kereta.”
Zarif mengangguk dan tersenyum sendiri. Kalau begitu hendaknya, dia ikut sahaja. Sebenarnya, dia sudah ada perancangannya sendiri.


 tak nak komen? :) tak apa... =D

tapi kalau komen, cik haliban lagi suka. hehehe....
Read more...

Rabu, 1 Ogos 2012

Lelaki Untukmu (LUM) -1-



Jangan jangan pernah kamu sakiti lagi
Hatiku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku

Jangan jangan pernah kamu hancurkan lagi
Cintaku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku untukmu kekasihku

Akulah lelaki yang paling mencintaimu
Dari semua yang mengaku lelaki
Dari semua yang mengaku kekasih

Akulah lelaki untukmu

Jangan jangan pernah kamu lupakan lagi
Diriku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku untukmu kekasihku

Jangan jangan pernah kamu lupakan lagi
Diriku yang selama ini hanya untukmu
Untukmu kekasihku, untukmu kekasihku

Akulah lelaki yang paling mencintaimu
Dari semua yang mengaku lelaki
Dari semua yang mengaku kekasih
Akulah lelaki oh lah
Akulah lelaki untukmu



“Hidup aku ni dah macam cerita dalam e-novel tau tak?”  Azra menongkat dagu. Dia berpaling, memandang ke luar kafe.
                “Eh, mana kau tahu cerita ni ada dalam e-novel? Kau pernah baca ke? Setahu aku aku je yang suka baca e-novel ni. Tak sangka pula kau pun baca juga ya,” panjang lebar sahabat di hadapannya itu membalas.
                Azra menjeling Fatihah sekilas, membuatkan gadis itu tersengih sahaja.
                “Hello... aku tak mainlah baca e-novel ni. Booo...ringgg... Asyik cerita jiwang memanjang,” tempelak Azra.
                Fatihah mencebik, “Sedar tak kau tengah menghina aku? Ceh...” dijuihkan lagi bibirnya. Azra ketawa.
                “Mana ada aku menghina. Haish... kau ni. Aku cuma cakap aku tak suka cerita jiwang-jiwang. Kau lain. Aku lain. Kau tak apalah, kau suka benda macam tu,” jelas Azra’. Tidak mahu kawannya itu merajuk. Penat dowh nak memujuk kalau Cik Fatihah binti Amri ni merajuk.
                “Hek eleh... tak suka pun, kau kena suka juga. Nama pun dah kahwin. Kenalah beromantik dengan encik suami, kan?”
                Persoalan akhir membuatkan Azra mencebik sedikit dan mendiamkan diri. Itulah kisahnya yang dia cakap hidupnya sudah seperti cerita dalam e-novel yang selalu dibaca oleh Fatihah. Dia sudah berkahwin dan dia masih lagi seorang pelajar.
Eh...kahwinnya tentulah dengan kerelaan hati sendiri tetapi masalahnya sekarang, dia tiada perasaan terhadap suaminya. Macam mana dia boleh berkahwin dengan Encik Suaminya itu, ayahnya punya pasal! Amboi... marahkan ayah pula. Padahal dia sendiri juga rela. Okey... sebenarnya dia tidak rela sepenuh hati. Dia rela kerana terpaksa.
“Aku jealous tau dengan kau,” sambung Fatihah, meleraikan lamunan pendeknya tadi.
“Apa kemendanya yang kau hendak jealous? Kepala aku ni makin pening tau,” jawab Azra.
“Iyalah...kau kahwin masa belajar. Aku pun bercita-cita nak kahwin masa belajar tapi jodohnya tak ada lagi dan parent aku pun tak bagi. Hu...hu...hu...” Fatihah membuat muka sedih.
Azra menjulingkan matanya ke langit. Seingat dialah... ibubapanya juga pernah bagitahu kepadanya supaya menamatkan dahulu pelajarannya sebelum ada niat untuk kahwin tapi ini tup-tup ibu bapanya beri kebenaran untuk kahwin. Dah kahwin pun.
“Dah tu, suami kau ada kerjaya, ada rumah, ada kereta, ada rupa. Tengok cincin kahwin kau tu. Emas lapan karat okey! Bukan cincin belah rotan biasa. Haish... senang cerita, suami kau memang perfect lah...” sambung Fatihah, melambung-lambung memuji suami orang itu.
“Amboi, puji orang tak ingat dunia nampak?” Azra membulatkan matanya. Fatihah terkikih-kikih ketawa.
“He...he...he... cemburu ke?”
Azra menjelir. Dia tidak membalas. Pandangannya dihantar ke luar kafe kembali.
“Anyway, kenapa pula kau hendak pening-pening kepala ni? Aku tengok korang berdua okey saja tadi. Siap salam tangan cium dahi lagi,” Fatihah bertanya, ingin tahu apa yang bermain di fikiran Azra.
Azra mengeluh.Memang dia kembali ke asrama dihantar oleh Encik Suaminya. Okey... kisahnya begini. Seminggu yang lalu, dia pulang ke kampong untuk cuti pertengahan semester universitinya. Alkisahnya, apabila dia sampai di perkarangan rumah, dia melihat ada beberapa buah khemah terpasang di halaman. Adik lelaki yang mengambilnya di stesen bas tadi pula tidak cakap apa-apa. Apabila ditanya pada ayahnya, dengan selambanya ayahnya berkata ini khemah itu adalah untuk majlis perkahwinannya tiga hari lagi.
Terkejut beruk dia!
Pertama, kahwin? Kalau majlisnya, kenapa dia tak tahu?
Kedua, tiga hari lagi??
Ketiga, bakal suami???
Apa ke hal! Azra jadi marah. Dia mogok dengan ayah dan adik lelakinya tetapi mogoknya hanya tahan sehari. Hendak dijadikan kisah, hari kedua dia mogok, ayahnya ke kebun buah tetapi kakinya digigit ular.
“Azra!”
Azra terpinga-pinga apabila lengannya ditampar kuat.
“Sakitlah!” Berkerut dahinya menahan sakit. Lengannya digosok perlahan.
“Padan muka! Tu... handphone kau berbunyi!”
Baru Azra perasan, telefon tangan yang berada di dalam beg galasnya yang mengeluarkan lagu. Terkocoh-kocoh dia mencari.
‘Hubby  awak’
Berkerut dahi Azra memandang nama yang naik itu. Kalau hendak cakap suaminya sedang menelefonnya, dia namakan suaminya di telefon itu dengan nama ‘Encik Suami’. Entah siapa yang menukar nama itu. Teragak-agak Azra menjawab panggilan tersebut dengan salam.
“Waalaikumussalam, sayang! Tengah buat apa?”
Azra terkedu mendengar panggilan manja yang ditujukan kepadanya itu.  
“Errr... tengah makan malam,” jawabnya pendek.
“Dengan siapa? Seorang?”
“Kawan.”
“Siapa kawan tu?”
Azra menjulingkan matanya, seakan-akan lelaki di hujung talian itu ada di hadapannya. “Kawan yang awak jumpa tengahari tadi. Fatihah,” jelas Azra.
“Ooohhh... Boleh saya cakap dengan dia sekejap?”
Berkerut dahi Azra. “Kenapa pula? Awak kenal dia ke?”
“Saya nak pesan sesuatu pada dia.”
Azra diam. Telefonnya dihulur pada Fatihah sebelum dia berpeluk tubuh dan bersandar, memandang sahabat yang sedang berbual dengan suaminya itu. Yang dia dengar dari mulut Fatihah hanyalah ‘Ya, insyaAllah.’ ‘Baiklah.’ ‘Okey.’
“Nah!” Fatihah menghulurkan kembali telefon bimbitnya dengan senyuman yang nakal. Dengan wajah cemberutnya, Azra menyambut dan dilekapkan telefonnya kembali ke telinga.
“Dah?” soalnya pendek kepada si suami.
“Dah, sayang. Nanti jangan lupa makan sampai kenyang. Jangan tak makan. Kalau awak tak makan, saya pergi sana jumpa awak.”
Azra terkebil-kebil mendengar ugutan si suami yang tiba-tiba itu.
“Saya tengah makanlah ni. Lagipun, takkan nak makan sampai perut kembung. Sunnah Rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang.”
Si suami ketawa. “Pandai isteri saya.”
“Errr... awak dah makan?” iyalah, dia tengah sedap-sedap makan bersama Fatihah. Manalah tahu jika orang di sebelah sana itu tengah kebuluran. Alah...tak adanya sampai kebulur. Si suaminya itu poket  loaded kot.
“Tengah makan maggi seorang diri depan televisyen ni. Maklumlah, saya duduk seorang diri je. Isteri sayakan duduk di asrama sekarang,” panjang lebar pula si suaminya menjawab dengan suara yang sedih. Sengaja membuatkan dia rasa bersalah. Memang di dalam kereta tadi, suaminya ada mengajak untuk dia tinggal bersama tetapi Azra tidak membalas apa-apa. Akhirnya, dia kembali juga ke asrama dan suaminya kembali ke rumahnya.
“Sayakan student lagi,” jawab Azra pendek.Alasan sahaja. Bukannya dia tak boleh live-off-campus sebenarnya.
“Iyalah. Saya tak nak paksa awak.”
 “Herm...” hanya itu yang dibalasnya.
“Okeylah. Saya ada kerja nak buat. Kita jumpa hujung minggu nanti ya. Take care. Bye. Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam. Awak!” panggil Azra kembali.
                “Ya?”
                “Errr...take care,” ujar Azra perlahan. Malu jika didengari oleh Fatihah.
                “Ya, sayang. Awak pun. Bye.”
                “Bye,” sambut Azra sebelum meletakkan telefonnya di atas meja.
                “Amboi, kau. Bercinta depan aku!” ucap Fatihah.
                “What ever. Aku bercinta pun bukan dapat dosa,” balas Azra. Bercinta selepas kahwin, dapat pahala tau!


TADA! cerita baru. :)
Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©