COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 4 Jun 2015

Takdir Cinta -37-


"Awww... bunga pink lagi tu..." Berjeda usikan Nada apabila gadis itu memasuki bilik sakit itu.

                “Sudah. Tak payah gedik sangat,” balas Ema bersahaja, menjulingkan mata ke atas.

“Hei... Aku tak pernah dapat bunga tahu,” sahut Nada, mengambil tempat duduk di sisi katil.

 “Iyakah? Tipulah. Kalau orang macam aku dapat satu bunga, orang macam kau mesti dapat sepuluh bungakan?” Ema memandang kawannya itu dengan pandangan curiga.

“Orang macam kau, orang macam aku. Apakah itu? Peribahasa baru?” Nada buat-buat tidak faham.

Dengan geramnya, Ema menghempuk bantalnya kepada gadis itu.

“Hei! Ini dikira hospital violence. Aku buat laporan kang.”

“Macamlah aku takut,” Ema membalas agak kebudak-budakan sambil menengelelotkan lidah kepada Nada.

“Mentang-mentanglah kau pesakit. Hah! Yang jambangan bunga coklat ni, siapa yang beri? Bunga pink tu, siapa yang beri?” soal Nada, menyentuh jambangan bunga coklat Kisses itu pula.

 “Kenapa kau expect aku dapat daripada orang yang berlainan?” Ema memandang sekilas kedua-dua jambangan bunga yang disebut itu.

“Engkaukan banyak peminat,” jawab Nada bersahaja.

“Herm... Bunga pink tu bekas kawan sekolah aku dulu yang beri. Bunga coklat ini pula... bekas kawan sekolah aku dulu juga.”

“Orang yang samalah tu.” Nada menepuk pahanya lembut. Nasib baik Nada tepuk di tempat yang tidak luka.

“Bukan. Orang lain-lain tapi dua-dua bekas kawan sekolah aku.”

“Oh... Perempuan?”

“Tak.” Sepatah sahaja jawapan Ema kerana dia tahu sebenarnya, Nada hanya hendak mengusik.

“Ooohhh...” Lagi panjang Nada menyebut harakat perkataan itu.

Ema menjeling. Nada ketawa.

“Jadi... siapa bekas kawan-kawan sekolah kau tu?” Tanya Nada setelah reda ketawanya.

Ema menceritakan perihal dua lelaki yang yang muncul kembali dalam hidupnya setelah bertahun-tahun mereka tidak bertemu. Perihal Hijazi yang pernah menjadi kawan istimewanya juga disentuh secara ringkas. Kisah Fateh yang sentiasa membantunya juga diceritakan kepada kawan serumahnya itu.

 “Jadi... kau suka yang mana? Bunga coklat atau bunga pink?” Nada bertanya dengan kening setelah dia habis bercerita. Ema memandang kedua-dua jambangan bunga itu seketika. Dia tidak pasti jika Nada sedang bertanya secara literal ataupun secara kiasan.

“Kau?”

Berkerut dahi Nada seketika.

“Aku? Aku tak suka sangat coklat, tapi coklat Kisses ni mahal dan boleh dimakan. Bermanfaat juga dan bukan sebarangan orang yang boleh beli Kisses ni tanpa fikir banyak kali. Bunga pink ini pula nampak menarik tapi tahan beberapa hari sahaja. Lepas ini, bunga ini akan layu begitu sahaja. Jadi, rasa dua-dua bukan taste aku,” ulas Nada secara ringkas.

Ema senyum nipis. Betul kata Nada. Tengku Fateh Abqari itu bukan calang-calang orang, anakanda raja. Kalau Tengku Fateh itu seorang puteri, maharnya tentu mahal. Bukan semua orang dapat berdampingan ddengan pemuda itu. Pemuda itu betul-betul dapat diibaratkan seperti coklat Kisses seperti disebut oleh Nada. Hijazi dikiaskan seperti bunga merah jambu itu? Mungkin tidak sesuai tetapi ibaratnya jika dia menyambung hubungan dengan lelaki itu, hubungan mereka tidak akan ke mana-mana, seperti apa yang difikirkannya selama beberapa hari ini.

Taste aku lain. Taste engkau lain. Jadi, mana satu taste engkau?” soal Nada apabila dia tidak menjawab soalan yang ditanya tadi.

“Aku tak minat sangat pada bunga-bunga ni tetapi kebelakangan ini aku suka coklat Kisses.” Kebelakangan ini, dia sukakan Fateh? Begitu? Ema menyoal hati sendiri.

“Untunglah...” Nada sekali lagi mengangkat kening kepadanya beberapa kali, hendak mengusik. Nyata sekali pertanyaan dan jawapan dalam perbualan mereka tadi hanyalah kiasan semata-mata.


Selesai urusannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Fateh bersama-sama rakan sekerjanya menghala ke stesen keretapi KLIA Express. Daripada KLIA itu, mereka boleh terus ke tempat penginapan mereka, Hotel Hilton Kuala Lumpur, dengan menaiki KLIA Express yang merupakan keretapi yang terpantas di Asia Tenggara itu.

Sementara menunggu di dalam keretapi pantas itu, Fateh membuka telefon yang dimatikan sejak dari Zamora lebih kurang lapan jam yang lalu. Beberapa mesej masuk dalam telefonnya, namun tiada satu pun mesej yang daripada seseorang yang ditunggu-tunggunya. Fateh mengeluh dalam hati.

‘Ah, mesej dialah.’ Jari-jemarinya pantas menekan skrin telefonnya, menghantar mesej kepada insan yang difikirkannya itu.

Salam. Saya dah sampai Malaysia


W’salam. Alhamdulillah. Baguslah
Itu saja awak balas?   


Sudah tu? Nak saya balas apa? Kenapa awak mesej saya ni? Kadar antarabangsa mahal.
Tak apalah mahal. Nanti saya balik Zamora, saya top up kan untuk awak. Atau pun awak hendak saya call awak? Saya okey saja.        


“Itu pula yang difikirkannya.” Fateh menjulingkan mata sendirian.  Seminit dua Fateh menunggu balasan, namun tiada mesej yang masuk. Bibirnya mengukir senyuman dan jemarinya pantas sahaja menekan skrin untuk menghubungi insan yang dihantar mesej tadi.  Bunyi panggilan disambung kedengaran namun panggilannya tidak terus dijawab. Fateh menunggu dengan sabar. Matanya memandang luar tingkap keretapi  yang pantas bergerak itu.

Salam yang diberikan di hujung talian. Salam tersebut dibalas dengan senyuman yang semakin lebar di bibirnya.

“Lambatnya angkat panggilan saya? Balas mesej tadi laju sahaja,” ucap Fateh, ingin mengusik insan yang berada di Zamora itu.

“Awak saja, kan?”

Fateh tergelak, namun dengan nada perlahan. Anehnya, ucapan pendek sebegitu sudah membuatkan hatinya gembira dan ceria apabila mendengar suara itu.

“Saya cakap mesej mahal, awak telefon pula. Lagilah mahal. Membazir sahaja kalau awak tak ada benda penting hendak cakap,” sambung insan itu lagi.

“Hisy... Awak jangan risau tentang benda itulah. Lagipun, saya yang telefon awak ni. Kredit awak tak kurang pun. Haa... Jimatlah tukan?” balas Fateh.

“Iyalah. Bercakap dengan awak, saya tak pernah menang. Awak ada di mana ni? Baru sampai Malaysia, kan?”

“Ha’ah, baru sampai. Saya dalam perjalanan hendak ke tempat penginapan krew  lagi ni. Awak mahu apa-apa daripada Malaysia? Saya carikan.”

“Entah. Tak ada apa-apa kot. Tak tahu sangatlah apa yang ada di Malaysia sana tu.”

“Takkan tak ada apa-apa langsung?” soal Fateh, sedikit mendesak. Dia ingin bawa balik sesuatu kepada gadis itu.

“Herm... tak tahulah. Surprise me.”

‘Kejutan, ya? Aku bagi cincin baru tahu,’ detik hati Fateh nakal.

“Awak suka merah, hijau, biru atau ungu?” Tanya Fateh. Terbayang cincin-cincin yang bertatahkan nilam dan berlian yang lain-lain warnanya.

“Hitam.”

“Serius?” Berkerut dahi Fateh. Cantikkah berlian berwarna hitam? Jarang pula dia tengok warna sebegitu digandingkan pada cincin.

“Perlu seriuskah? Kenapa awak tiba-tiba tanya warna pula? Untuk apa?”

Bibir Fateh tersengih spontan. Mahunya gadis itu memutuskan panggilannya itu jikalau dia berterus-terang apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.

 “Surprise untuk awaklah. Nanti saya tengok apa yang menarik di Kuala Lumpur ni.” Fateh memandang dua rakan sekerjanya yang berada di kerusi sebelah sana, sedikit jauh daripadanya. Pramugara dan pramugari itu lebih senang duduk berjauhan daripadanya, tidak mahu mengganggu privasinya barangkali. Pandangannya dialihkan kembali ke luar tingkap.

“Tak beli apa-apa pun tak apalah.”

“Eh, perlulah beli sesuatu. Bukan selalu dapat datang ke Malaysia ni,” jawab Fateh. Pemandangan negara beriklim khatulistiwa itu ternyata memberikannya pemandangan yang jarang dilihat di negara Zamora yang beriklim empat musim itu.

“Iya ke? Bukan awak selalu pergi sana ke?”

Not really. Sejak saya kerja di syarikat penerbangan ni, ini baru kali ketiga saya terbang ke sini.”

“Ohhh... Kalau macam tu, awak kena beli untuk semua oranglah. Kawan-kawan sekolah awak dulu, berapa ramai tu...”

“Huh? Kenapa pula? Apa kaitan dengan mereka?” Berkerut dahi Fateh.

“Iyalah. Mereka pun kawan-kawan awak. Awak kenalah adil. Awak hendak beli sesuatu untuk saya, awak kena beli untuk mereka juga.”

Mendengar ungkapan daripada Ema itu, Fateh mengeluh lembut.

‘Ema ni, memang tak faham atau berpura-pura tidak faham? Apa yang aku lakukan untuk dia selama ini, takkan dia tak faham? Adakah silap aku? Apa yang aku buat selama ini tak menunjukkan niat atau perasaan akukah? Macam mana aku hendak buat dia mengaku ni?’ detik hati Fateh sendirian.

“Ema... Jujurnya, awak gembira tak kalau saya hadiahkan awak sesuatu?” tanya Fateh.

“Fateh, awak ...”

Truthfully, Ema. Gembira atau tak?,” sampuk Fateh apabila dirasakan Ema di hujung taliannya itu ingin mengelak daripada menjawab soalannya itu.

“Gembira,” pendek jawapan gadis itu.

“Awak akan rasa gembirakah kalau awak tahu saya hadiahkan sesuatu yang sama kepada orang lain dan juga awak?”

Sepi seketika. Fateh menunggu jawapan Ema dengan sabar. Gadis itu sedang berfikir agaknya.

“Entah...” balas Ema akhirnya. Bersama jawapan itu, Fateh seperti dapat membayangkan Ema menjungkitkan bahu.

“Pilihan jawapan hanya ‘gembira’ atau ‘tidak’ sahaja,” tegas Fateh. Matanya tajam merenung ke luar tingkap, seperti Ema ada di hadapannya sahaja.

“Okey. Fine. Tak.” Tiga perkataan yang disebut oleh Ema satu persatu itu membuatkan matanya relaks dan senyuman terukir di bibirnya.

“Jadi, awak dah fahamkan kenapa saya hendak beli sesuatu untuk awak?” tanya Fateh, penuh harapan.

“ Sebab saya kawan awak?”

Haih... Fateh menghela nafas panjang.

“Ema, saya tak panggil semua kawan saya ‘sayang’. Faham, cara mia[1]?” ucap Fateh dengan lembut. Sejurus selepas itu, dia melihat keretapi itu sudah hampir berhenti di stesen KL Sentral.

“Okey. Saya dah sampai. I’ll call you later. Bye, cara mia.”

Fateh memutuskan perbualannya dengan Ema tanpa menantikan jawapan gadis itu. Telefonnya segera dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia bangun dari tempat duduk seiring dengan dua rakan sekerjanya apabila keretapi pantas itu berhenti di stesen yang dikehendaki.

‘Cara mia? Nice one, Fateh.’ Fateh memuji dirinya sendiri dan tersengih. Ini kali pertama dia menggunakan perkataan Itali itu. Bunyi seperti sedap didengar pula. Dia tidak pasti sama ada Ema faham atau tidak tetapi dia sudah tidak sabar hendak kembali ke Zamora.




[1] Bahasa Itali = sayang saya

rasa macam dah panjang?

Best tak? hihihi... Komen tau! 
 .
[iklan]

 [iklan]
[dan... iklan]


8 komen:

Rohayu Jaafar berkata...

best best best..

WoShi Nadhi berkata...

Best3.. keep it up! :)

salawati abd mubin berkata...

dah masuk mood romantik ye...i loike

eifa berkata...

Main tarik tali pulak Ema ek! Belikan aje cincin, biar Ema terkejut. Nak surprise sangat kan? Go go Fateh!

ada berkata...

best n sweet..

Nur Nadheera berkata...

Alololo... Sweetnya Si Fateh in.. He he.. Mesti Ema terkejut bila dpt hadiah DRI Fateh kann.. Hehe

Tanpa Nama berkata...

so sweett!! nak lagiii :D

Yangjue berkata...

aaahhh.... sweet nya ateh... love2...keep going sis...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©