COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 4 Januari 2014

E & F -10-

Tangan kanannya erat menggenggam jari-jemari si kecil Huda. Matanya tidak lepas dari memerhatikan dua anakanda saudaranya yang dibiarkan berjalan di hadapan dia dan Huda. Huda yang lebih manja daripada kakanda-kakandanya itu memilih untuk berjalan di sisi ayahanda saudaranya. Mengawal tiga kanak-kanak berseorangan bukan satu kerja yang mudah, namun disebabkan anakanda-anakanda saudaranya itu dibesarkan di istana yang penuh protokol dan adab-adab, ketiga-tiga mereka lebih mendengar kata. Sebab itulah dia tidak mempunyai masalah untuk membawa mereka bertiga berjalan-jalan.
                “Ateh! Toys!”


                Fateh memandang ke arah yang ditunjuk oleh si kecil Hafawati. Huda dan Hadif turut memandang satu kedai permainan yang berada di tingkat satu pusat membeli-belah tersebut, sebelum memandang dirinya dengan mata yang mengharap. Fateh tersenyum dalam hati. Pandai sahaja anakanda-anakandanya  itu memujuk tanpa perlu berkata apa-apa. Kepalanya diangguk, tanda membenarkan mereka memasuki kedai tersebut. Huda melepaskan genggaman tangannya dan mengikut kakanda-kakandanya yang sudah berlari masuk ke dalam kedai tersebut.
                Fateh menurut dari belakang. Dibiarkan si kecil-si kecil kesayangannya itu melihat dan memilih permainan mereka, namun matanya tidak pernah leka.Almaklumlah, tiga kembar itu adalah putera dan puteri-puteri diraja. Mereka bertiga memang jarang didedahkan di media massa dan publik, tidak hairan jika orang ramai tidak mengecam mereka. Walau bagaimanapun, jika ada orang sudah mentargetkan kembar-kembar diraja itu untuk sesuatu yang tidak baik, tentulah mereka akan mengecam Hadif, Hafawati dan Huda. Oleh sebab itu, keselamatan tiga kembar itu sentiasa menjadi priority keluarga diraja. Sebenarnya, kedatangan mereka ke pusat membeli-belah ini pun turut dikawal oleh beberapa pengawal peribadi yang sengaja tidak memperlihatkan diri mereka.
                “Ateh, nak ini.” Si kecil Huda mengangkat sebuah patung kecil yang berhijab. Wahhh… ada juga patung yang memakai hijab ya. Nampak comel dan cantik pun ya.
                “Yang ni? Betul adik tak nak yang lain dah?” soal Fateh menginginkan kepastian. Anakanda-anakanda saudaranya sudah arif barangkali, jika keluar bersama-sama dengannya, Fateh hanya membenarkan mereka memilih satu permainan seorang sahaja. Bagi Fateh, ini adalah satu cara untuk tidak terlalu memanjakan kanak-kanak. Kakanda-kakandanya juga bersetuju dengan caranya itu.
                “Nak yang ni,” ujar Huda sekali lagi.
                Fateh senyum dan mengangguk. “Okey. Jom cari abang dengan kakak. Lepas bayar, kita makan aiskrim. Nak?”
“Yay! Nak aiskrim. Nak aiskrim.” Huda menjerit gembira.
Fateh mencapai tangan Huda dan berjalan menuju ke arah Hafawati dan Hadif. “Kakak dengan abang dah pilih?”
“Abang nak jet tu.” Hadif menunjuk ke arah sebuah kotak yang berisi jet permainan bersama controller. Fateh mengambil kotak itu dan membelek-belek kotak tersebut sebelum memandang Hadif.
“Okey tapi abang kena janji dengan Ateh, kena jaga elok-elok jet ni. Jangan sampai rosak,” ucap Fateh, memberi amaran. Bukan dia tidak tahu, jet itu tetap akan rosak. Maklumlah, kanak-kanak. Namun, dia hanya mahu Hadif lebih menjaga barangnya. Hadif mengangguk bersungguh-sungguh. Lebar senyuman si kecil itu apabila menyambut kotak jet permainan itu daripada Fateh.
“Okey. Kakak?” Fateh berpaling pada Hafawati.
“Kakak nak bola ni.”
Fateh mengangguk memandang bola yang dipeluk penuh oleh Hafawati. “Lepas ni, tak boleh masuk kedai toys dah.  Okey?”
Hadif, Hafawati dan Huda mengangguk tanda mengerti. Fateh senyum dan membawa mereka ke kaunter bayaran. Mereka keluar daripada kedai tersebut dengan permainan masing-masing dipeluk.
Fateh membawa kembar tiga diraja itu ke kedai aiskrim Basket Robbin yang ditanggung halal. Masuk sahaja ke kedai aiskrim tersebut, matanya terus menangkap satu figura yang makin dikenalinya, namun dia tetap melayan anakanda-anakanda saudaranya dahulu yang gembira ingin makan aiskrim itu. Setelah masing-masing mendapat aiskrim yang diingini, Fateh membawa mereka bertiga ke arah meja yang diduduki oleh insan yang dikenalinya.
Salam diberi dan insan itu ternyata terkejut melihat dia di situ, apatah lagi bersama tiga orang kanak-kanak itu. Permainan-permainan kembar tiga itu diletakkan di bawah meja.
“Tengku!”
                “No tengku-tengku, Ema. Saya dah cakap, kan?” Keningnya diangkat sambil dia memandang wajah yang masih terperanjat itu. Kemudian, dia memandang anakanda-anakanda saudaranya, “Abang, kakak, adik. Salam Auntie Ema.”
Dengan tertib, Hadif, Hafawati dan Huda menurut kata ayahanda saudara mereka sebelum Fateh mengangkat mereka duduk di kerusi di meja Ema itu. Hafawati diletak di sebelah Ema, sementara Huda diribanya dan Hadif di sebelahnya.



“Mereka ni… anak-anak saudara awak?” Ema bertanya, namun dalam nada bisikan.
Yes dan kenapa kita perlu berbisik ni?” Fateh juga menjawab dalam nada bisikan, walaupun sebenarnya dia berasa lucu.
I mean, mereka adalah putera puteri Tengku Mahkota dan Cik Puan. Tidak mengapakah jika mereka keluar begini sahaja? Tak bahaya?” Berkerut dahi Ema.
Fateh merenung Ema yang sedang memerhatikan anakanda-anakanda saudaranya itu, “Ema, mana awak tahu?”
Ema berpaling kepada Fateh, “Tahu apa?”
“Mana awak tahu mereka putera puteri Tengku Mahkota? Mungkin mereka anakanda Achik saya, Tengku Asrar,” ujar Fateh. Dia cuma memberitahu kembar tiga itu adalah anakanda-anakanda saudaranya, tidak pernah disebut nama Alongnya. Dia melihat Ema tergamam seketika sebelum riak itu disembunyikan.
“Tengku, everyone knows who they are. Mereka keluar dalam media massa,” jawab Ema, memberi alasan.
Fateh menggeleng, tidak menerima alasan yang diberi oleh Ema, “Jarang sangat mereka keluar dalam media, Ema. Saya boleh kira berapa kali mereka didedahkan kepada publik sejak mereka lahir.
Ema hanya senyum nipis, “Well then, I have a good memory.”
                “Mustahil juga, Ema. Tak mungkin ada yang mengenali mereka sekarang sebab mereka sudah lama tidak keluar dalam media dan kerana itulah mereka selamat untuk dibawa jalan-jalan seperti ini,” balas Fateh.
                Senyumannya luntur dan Ema melarikan pandangan. Alasan apa lagi yang boleh diberikannya? Tengku Fateh Abqari di hadapannya pula seperti sudah mengesyaki dirinya.
“Ema…” Fateh ingin meneruskan persoalan yang timbul di benaknya namun, figura di belakang Ema dan Hafawati membuatkan dia terpaksa melupakan perkara itu buat sementara waktu dan mengukir senyuman.
“Hai. Tak sangka jumpa Tengku dan Ema di sini!” Suara yang menegur daripada belakangnya membuatkan Ema berpaling. Inani. Ema bangun berpelukan seketika dengan kawannya itu.
Fateh hanya memandang dan menyuakan senyuman.
Tiba-tiba, Huda di ribanya berpaling, “Ateh, nak lagi please.” Perkataan yang paling hujung sengaja dipanjangkan oleh si manja itu nampaknya. Hailah… daripada siapalah Huda belajar benda ini?
Fateh mengangguk sahaja sebelum memandang Hadif dan Hafawati. “Abang dan kakak, nak tambah tak?”
Hadif dan Hafawati menggeleng.
“Okey. Duduk di sini dengan Auntie Ema. Jangan nakal-nakal.” Fateh menurunkan Huda dari ribanya dan bangun dari duduknya. Jari-jemari Huda digenggam dan dia meminta diri seketika daripada Ema dan Inani.
Ema memandang Fateh berlalu bersama si kecil Huda, sebelum dia menoleh kepada Inani semula. “Duduklah dulu,” pelawanya.
                Inani duduk di sebelah si kecil Hadif yang dari tadi hanya diam dan memerhati sahaja. Dia memandang si kecil Hafawati yang bulat mata memandangnya itu pula. Inani tersenyum. Comel sungguh kanak-kanak ini. “Weh, siapa dia orang ni?” soal Inani, mengangkat keningnya kepada Ema.
“Anak-anak saudara Tengku Fateh tu,” jawab Ema bersahaja. Dia melihat Fateh yang masih beratur bersama Huda untuk membeli aiskrim tambahan itu.
“Amboi kau sekarang. Dating dengan Tengku Fateh tak cerita dengan aku pun…”
Bulat mata Ema mendengar kata-kata kawan sekolahnya itu. “Shhh… Kau jangan mengarutlah, Nani. Aku terserempak dengan dia sahaja kat sini. Aku datang dengan adik-adik akulah.” Benar, dia datang ke pusat membeli-belah ini dengan adik-adiknya. Namun, dia melepaskan adik-adiknya ke mana mereka ingin pergi bersama sedikit wang, asalkan bertemu kembali dengannya sebelum mereka pulang sekejap sahaja lagi. Dia meminta adik-adiknya datang berkumpul kedai aiskrim ini.
“Iyalah. Kau datang dengan adik-adik, dia datang dengan anak-anak saudara. Alah… tak payah sorok apa-apa daripada akulah. Aku tumpang gembira untuk kau!”
Ema menghela nafas pendek. Nampaknya Inani tidak percaya apa yang dia katakan. Apa lagi yang dia boleh cakap untuk menafikan idea Inani itu?
“Okeylah. Aku ada hal sebenarnya. Aku pergi dulu ya. Kirim salam pada Tengku Fateh. Kahwin nanti, jemput aku tahu!” Inani pantas berlalu sebelum Ema sempat berkata apa-apa. Ema hanya menggeleng. Dia memandang Hadif dan Hafawati yang masih makan aiskrim. Penuh adab cara kanak-kanak ini makan.
“Mana Inani? Dah pergi?” suara Fateh mengejutkan dia daripada memerhati kembar itu. Ema mengangguk sahaja sebagai jawapan. Fateh kembali mengambil tempat duduknya dan Huda di ribanya.
So, awak buat apa kat sini sebenarnya? Tak nampak pun barang-barang?” soal Fateh.
“Saya bawa adik-adik saya. Mereka hendak beli barang di sini,” jawab Ema. Dia berpaling ke kiri dan kanan, ingin melihat sama ada adik-adiknya sudah tiba atau belum.
Fateh mengangguk. Tidak jauh dari Ema, dia dapat melihat tiga orang remaja sedang berjalan ke arah meja mereka. Dia pernah melihat mereka dan rasanya itulah adik-adik Ema. Dia hanya membiarkan mereka menghampiri.
“Akak.”
Ema berpaling. Melihat tubuh adik-adiknya, Ema menghela nafas lega. Dia sebenarnya tidak betah berlama-lama dengan Tengku Fateh. Bimbang makin banyak rahsianya terbongkar. Dia tahu Tengku Fateh adalah bekas skuad khas tentera Negara, dan pastinya pemuda itu dapat melihat gerak-gerinya yang serba-salah itu.
Ema berpaling kepada Tengku Fateh, “Tengku, ini adik-adik saya. Mazurah, Syafik, Majid.”
Fateh mengangguk dan bersalaman dengan Syafik dan Majid. “Kau orang nak aiskrim? Abang belanja,” duga Fateh. Dia melihat ketiga-tiga remaja itu berpaling kepada Ema, seakan-akan meminta kebenaran. Ema memandangnya dan Fateh membalas renungan mata gadis itu. Dia memang sengaja tidak mahu Ema melarikan diri daripadanya. Ema akhirnya menghela nafas dan mengangguk kepada adik-adiknya. Fateh melihat senyuman di wajah adik-adik Ema.




komennn??? ^_^ sorry lambat !

4 komen:

nurul berkata...

terlepas rinduuuuuuuuuuuuuu.... cpt2 smbg nnt yer..terima kasih..

eija berkata...

uit sapa ema nie sbnarnya.. anak raja jugak ke..wahhhh

Nava_JksCri berkata...

Sekarang dalam otak Nava dah de ???
Who is Ema? Jgn2 spy kot!!!

Tanpa Nama berkata...

Omaiii... sambung cepat! Cepat2 la buat buku. Tk sabarnya.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©