COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 22 April 2011

MCI -6-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Bunyi ringtone telefon tangannya yang berada di atas katil mengganggu tumpuannya yang sedang berusaha untuk memahami apa yang sedang dibacanya. Dia berpaling melihat telefon tangannya yang sememangnya jauh untuk dicapai. Malas pula rasanya ingin bangun dari kerusi meja belajarnya itu.
            Nak ambil ke tak? Kalau tak ambil pun, boleh sahaja dia baca mesej itu nanti. Tapi kalau tak ambil, dia akan tertanya pula siapa yang menghantar dan apa kandungan mesej itu. Herm…
            Masalah betul. Ambil ajalah Syuqaira! Fikirannya seperti memarahi diri yang begitu malas itu. Syuqaira akhirnya bangun dari duduknya, mengambil telefon yang terletak berdekatan dengan bandal di atas katil itu.
            “Mesej daripada Kak Long?”
            Kak Long tu adalah gelaran kepada sepupunya, anak sulung kepada Pak Ngahnya. Dia dengan Kak Long hanya berbeza umur  dua tahun. Bermakna Kak Long sebenarnya baru sahaja beberapa bulan menamatkan pengajian dalam Bachelor of Accounting dan baru sahaja tiga bulan bekerja.
            Dibuka inbox telefonnya.

‘Syuq, akak nak kahwin da…’

            Mata Syuqaira membulat!
What!” Syuqaira terjerit kecil sendirian. Tentulah dia terkejut. Satu; Kak Long baru tamat pengajian. Dua; Kak Long baru sahaja mula bekerja. Tiga; Kak Long bukannya ada calon sebelum ni! Namun sebentar kemudian, dia tersengih. Begitulah dia kalau terkejut. Sekejap sahaja perasaan terkejutnya, apatah lagi mesej itu sebenarnya membawa berita gembira.
             Namun, dia berasa tidak puas hati hanya dengan mendapat mesej itu sahaja. Dia perlu mendengar sendiri berita itu dari mulut Kak Long sendiri. Setelah dia menyelesakan diri di atas katilnya itu, pantas tangannya mencari nombor telefon Kak Long untuk menelefon gadis itu.
            “Assalamualaikum, Kak Long!” Pantas dia dahulu memberi salam apabila talian disambung. Salamnya dijawab diikuti dengan ketawa kecil oleh pendengar di hujung talian.
            “Kak Long! Ketawa pulak dia.” Marah Syuqaira.
            “Sorry, dik. Tak sangka Kak Long punya semangat Syuq telefon Kak Long.” Kak Long di hujung talian ketawa lagi. Syuqaira memuncung sendirian, namun hanya sekejap.
“Serius ya, Kak Long? Kak Long nak kahwin?”  Terus dia bertanya soalan utama, tiada belok kanan-belok kiri.
“Ahem. Erm… InsyaAllah, serius.”
“Tapi kenapa tiba-tiba? Sebelum ni tak ada cerita apa-apa pun?” Itu yang dia hairan sebenarnya. Memandangkan hubungannya dengan Kak Long rapat, dia sepatutnya tahu jika ada tanda-tanda gadis itu akan menikah dalam masa terdekat ini.
“Akak pun baru tahu, Syuq. Ehehe…”
Berkerut juga Syuqaira memikirkan kata-kata sepupunya itu.
“Kak Long, apa cerita ni? Kena kahwin paksa ke apa?”
Kedengaran ketawa lagi di hujung talian.
“Syuq sayang oi, siapalah yang nak paksa Kak Long ni kahwin. Bab nikah kahwin ni tak boleh paksa juga kalau si pengantin tak setuju.”
“Aisy… Kak Long. Lupa ke? Pak Ngah tu, boleh je kahwinkan Kak Long tanpa kebenaran Kak Long[1] tau,” balas Syuqaira pula.
“Takkan Kak Long boleh lupa perkara tu tapi nak kahwinkan anak dara tanpa kebenaran tu ada juga syarat-syaratnya dan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah memberi kesempatan kepada seorang gadis itu untuk membatalkan pernikahannya jika gadis itu tak suka perkahwinan itu.”

Ibn Abbas melaporkan, “Seorang gadis mengadu tentang halnya kepada Nabi Muhammad yang ia dikahwinkan oleh bapanya dan dia tidak menyukainya. Nabi lantas member kesempatan kepada gadis itu sama ada meneruskan ataupun membatalkan perkahwinan itu.” (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, al-Daruqutni)[2]

Syuqaira senyum. Dia kalau hendak berdebat dengan Kak Long, jarang dia boleh menang. Walaupun Kak Long tu ambil jurusan Akaun, tapi gadis itu lebih banyak pengalaman daripadanya dan lebih banyak pengetahuan kerana gadis itu suka membaca.
“Kak Long, ceritalah. Nak tahu juga. Sampai hati Kak Long baru nak bagitahu Syuq.” Syuqaira membuat suara sedih berserta dengan mimic muka sekali walaupun Kak Long tidak nampak wajahnya.
“Alahai, Syuq. Maaflah. Benda ni jadi terlalu pantas.”
“Maksudnya?”
“Pagi semalam, tiba-tiba ada orang datang merisik dan meminang. Kak Long pun terkejut juga. Tapi Kak Long setuju je.”
“Kak Long setuju terus?” soal Syuqaira memintas kata-kata sepupunya.
Yup. Selama ni, Kak Long sentiasa buat solat hajat dan solat istikharah, Syuq. Tiba-tiba semalam, perasaan untuk terima tu sangat kuat. Jadi, Kak Long pun setuju jelah. InsyaAllah, itu adalah keputusan yang betul dan Kak Long akan terus buat solat sunat tu sehingga majlis Kak Long nanti.”
“Ha…bila majlisnya? Oh… wait! Siapa yang hantar rombongan merisik tu? Kak Long memang kenal ke? Jangan kata selama ni memang Kak Long ada calon tapi sengaja tak bagitahu Syuq.” Panjang pula dia berceloteh.
“Taklah, Syuq. Kak Long tak kenal. Tapi abah kenal dia. Dia bekas anak murid abah.”
Syuqaira terangguk-angguk sendiri. Anak murid Pak Ngah rupanya. Dia tahu Pak Ngahnya adalah seorang ustaz di sebuah sekolah agama. Kalau macam tu, kemungkinan besar calon suami Kak Long tu adalah orang yang baik-baik sahaja.
“Si dia tu nama siapa, Kak Long? Duk sebut dia-dia je,” usik Syuqaira.
“Hahaha… mengada ya, Syuq. Namanya Muhammad Fathul Hadwan bin Hakimi.”
“Wah. Wah. Wah. Baru berkenalan semalam, dah ingat nama penuh ya Kak Long,” usiknya lagi mendapat jeritan kecil dari pendengarnya itu. Haha… Malulah tu.
“Yelah. Yelah. Sorry usik Kak Long. By the way, dia kerja apa?”
“Peguam syariah.”
“Wah! Ikan besar.”
“Syuq!!” Sekali lagi dia dimarahi. Syuqaira ketawa bahagia. Dia turut bahagia apabila dirasakan kakak sepupunya itu bahagian.
“Sorry. Just kidding.”



[1] Islam: panduan komprehensif keluarga bahagia, Dato’ Dr Harun Din, PTS Litera Utama, 2007, pg 30-31.

[2] Ibid. 

---------------------------
o...K. Jom g PBAKL 2011!!! :D

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©