COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 5 Jun 2012

KHB -7

“Apa cerita?”
         Iwana mengangkat sebelah kening ke arah sahabatnya.
         “Cerita apa? Baru dua hari lepas kan kau jumpa aku. Mana ada cerita,” jawab Iwana. Jus strawberry yang disediakan oleh pembantu rumah Syazwina tadi dikacaunya tanpa henti.
         “Tahu tak apa. Dah macam kekasih pula kita ni. Jumpa dua hari sekali,” balas Syazwina lantas ketawa. Iwana mencebik sedikit.
         “Kekasih-kekasih ni jangan sebut okey.” Iwana menjeling shabatnya. Syazwina hanya tersengih.
         “Sentap nampak? Kau ni kan... setiap kali jumpa aku minggu ni mesti muka bermasalah. Tak bestlah. Boleh tak senyum sikit?” Syazwina menongkat dagu, memandang sahabat di hadapannya.
         “Memanglah aku ada masalah.”
         Syazwina mengangkat kening. Puteri mahkota itu memang sentiasa dilanda masalah, dia tahu. Sebab itu, dia sentiasa bersedia untuk gadis itu. “Masalah apa lagi? Pasal putera raja Jauzan tu ke? Tak selesai lagi?”
         “Famili aku masih tak dapat terima keputusan aku. Aku tertekan. Kadang-kadang aku terfikir untuk lari dari istana sahaja,” adu Iwana.
         Bulat mata Syazwina. Parah! Selama ini, Iwana tidak pernah bercakap tentang keluar daripada istana. Kali ini, masalah yang dirasakan tidak sebesar mana itu boleh membuatkan Iwana berfikiran sebegitu. Dahsyat sungguh pegaruh Raja Zulqarnain Ulwan ini.
         “Wana, takkan sampai macam tu sekali? Masalah kali ini bukanlah masalah yang paling besar yang kau pernah hadapi kan? Sabar and think, Wana. Lari dari istana boleh menyelesaikan masalah dalam fikiran kau itukah? Makin banyak masalah, adalah,” nasihat Syazwina.
         “Herm... kalau aku nak lari dari istana, kau akan bantu aku kan?” Iwana tidak mempedulikan nasihat kawannya. Dia memandang gadis itu dengan penuh pengharapan.
         Syazwina tersandar. Permintaan Iwana sangat berat untuk dipersetujui. Iwana adalah seorang puteri mahkota! Bukan rakyat biasa. “Wana...”
         “Kau akan bantu aku, kan?” Iwana menyoal sekali lagi dengan bersungguh-sungguh.
         Syazwina mengeluh. Kalaulah betul Iwana akan lari daripada istana suatu hari nanti, dia akan sedia membantu supaya dia sentiasa tahu keselamatan gadis itu. Kalau dia tidak membantu, makin bertambah kerisauannya nanti. Namun...
         “Dalam keadaan terdesak sahaja, Wana.” Syazwina mengalah.
         Iwana mengukir senyuman buat sahabatnya. Syazwina memang sahabatnya dunia akhirat. “Thanks you, Wina.”
         “Kalau terpaksa, Wana! Ingat tu!” Syazwina mengangkat jari telunjuknya ke atas, memberi amaran supaya Iwana berfikiran semasak-masaknya sebelum membuat keputusan sebegitu.
         “Iyalah, sayang. Takkanlah aku nak tinggalkan famili aku semata-mata sebab perkara ni. Tadi tu, aku cuma hendak uji kau sahaja,” ujar Iwana, melegakan hati Syazwina.
         “Banyaklah kau punya ujian. Ingat aku berkawan dengan kau sebab darjat keturunan kau ke? Sampai hati kau.” Syazwina memicingkan pandangannya.
         Iwana menyengih. “Terima kasih sebab jadi sahabat aku, Wina.”
         Syazwina menghela nafas. “What’s friends for, Wana? InsyaAllah, aku akan jadi sahabat kau sampai bila-bila. Jangan lupa tu.” Sudah masuk bab penghargaan persahabatan pula mereka ini. Herm... bila lagi hendak saling berterima kasih kalau bukan dalam keadaan sebegini, kan?
         Iwana mengangguk. Jam di dinding dipandangnya. “Aku nak cari sesuatu untuk ayahanda dan bonda aku. Jom, teman aku.”
         Syazwina tersengih. “Sorry, Wana. Aku ada hal lepas ni. Kena jumpa klien.”
         Iwana memuncung, “Tadi baru cakap sahabat. Aku minta teman, dah tak boleh?”
         “Wana...”
         Iwana tersengih. “Yalah. Yalah. Gurau saja. Aku pergi dululah.” Dia bangun dari kerusi. Syazwina mengiringi gadis itu ke kereta.
         “Hati-hati,” ucap Syazwina.
         Iwana hanya mengangguk dan memandu keretanya keluar daripada kawasan rumah Syazwina.

         Satu Bluebell Mall itu dia pusing untuk mencari hadiah memohon maaf kepada ayahanda dan bondanya. Bak kata Haq tadi, dialah yang sepatutnya mula mendekati ayahanda dan bonda. Dia adalah anakanda mereka. Dialah yang bersalah kepada mereka, bukan mereka yang bersalah kepadanya. Seorang ibu ayau bapa itu tiada salah dengan anak mereka melainkan salah dengan Allah SWT.
         Setelah dua jam dan berpuas hati dengan barang yang dibelinya, Iwana bergerak ke keretanya yang terletak di kawasan letak kereta tingkat atas. Barang-barangnya dimasukkan ke tempat duduk belakang sahaja. Bonet belakang yang dibuka sebelum itu ditutup tanpa menoleh.
         Memandu pulang ke istana, dia mengambil jalan yang sedikit jauh. Sahaja ingin menukar angin. Jalan yang dilaluinya adalah jalan-jalan kampung. Dia memandu dengan perlahan sambil melihat keadaan sekeliling dan mengambil angin.
         Tiba di satu simpang, terdapat satu sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis. Iwana memandu dengan tenang. Lagipun, bukannya dia ada buat salah. Tiba berhampiran dengan polis yang bertugas, Iwana membuka cermin mata hitam yang dipakai kerana cahaya matahari itu dan menurunkan cermin kereta sebelahnya.
         “Errr... Tengku.”
         Iwana menyuakan senyuman apabila pegawai itu mengenalinya.
         “Maaf, Tengku. Boleh saya tengok lesen memandu Tengku?”
         Iwana hanya mencapai lesen memandunya dari dalam dompet. Hatinya memuji pegawai tersebut kerana bertugas dengan jujur. Orang lain berkemungkinan hanya akan melepaskannya pergi begitu sahaja.
         Selepas mengembalikan lesennya, pegawai tersebut menjengah ke tempat duduk belakang pula sebelum memandangnya kembali.
         “Boleh Tengku buka bonet belakang sekejap?” soal pegawai itu pula.
         Iwana hanya mengangguk dan mengikut permintaan pegawai tersebut. Entah kes apa yang telah berlaku menyebabkan pihak polis membuat pemeriksaan yang begitu ketat sebegini. Dia hanya menunggu pegawai itu berlalu ke belakang dan kembali kepadanya.
         Apa yang pelik, pandangan pegawai tersebut berubah apabila kembali dari melihat bonet belakang keretanya. “Tengku, tolong letak kereta ke bahagian tepi jalan.”
         Berkerut dahi Iwana mendengar arahan pegawai tersebut. Satu, dia memang tidak suka diarah oleh orang lain. Kedua, dia tidak suka dengan nada pegawai itu. Namun, dia tetap mengikut arahan tersebut. Selepas memarkir keretanya ke bahagian sisi jalan, Iwana keluar dari keretanya dan bergerak ke bonet belakang, tempat pegawai polis tadi dan beberapa lagi rakan polis menunggunya.
         “Kenapa?” soal Iwana sepatah. Apa yang dia telah lakukan? Iwana berpaling ke arah bonet belakang keretanya tanpa menunggu jawapan. Apa yang dilihatnya ternyata begitu memeranjatkan. Bulat matanya melihat kandungan bonet belakang itu. Apa ni? Bonet belakang keretanya sepatutnya kosong! Lama dia memerhati dengan hati yang berdegup kencang dan persoalan yang timbul.
         Seorang kanak-kanak lelaki sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bonet belakang itu! Terketar-ketar tangannya menutup mulut. Ya Allah, bala apa ini?

“Tengku, sila ikut kami ke balai,” ujar salah seorang daripada pegawai polis yang mengerumuninya. Iwana memandang mereka semua. Terpaku dia di situ seketika. Beberapa orang polis sudah bergerak untuk memeriksa kondisisi kanak-kanak tersebut.
lusa, my last final exam paper!
 
pray for cik haliban tau! ^_^
 
 & dont forget to comment~ *_*

1 komen:

Nadzipah berkata...

Apakah? Siapa yang buat Iwana macam tu ni? Kesiannya...
Ini mesti lepas ni keluarga Iwana akan dapatkan khidmat peguam..Ulwan la orang tu kan? :D

Wish you all the best cik Haliban^^ Bittaufiq wannajah. Rabbuna yusahhil :')

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©