COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 2 Mac 2013

E & F -1-



The artwork is not cik haliban's.

Ruang makan yang memuatkan keluarga diraja itu riuh-rendah dengan gelagat tiga orang anakanda-anakanda kembar Tengku Iman Hakimi dan Cik Puan Hijratul Khairiyah. Hijratul Khairiyah berpandangan dengan suaminya. Tengku Iman Hakimi memang tegas tetapi kadang-kadang dia biarkan sahaja anakanda-anakandanya yang masing-masing baru berusia empat tahun itu bermain sesama mereka. Pasangan raja dan permaisuri yang turut berada di situ pula hanya senyum melihat perangai cucunda-cucunda mereka.
         “Adik, jangan lari laju-laju,” tegur Hijratul Khairiyah melihat anakanda bongsunya, Huda laju mengejar kakanda-kakanda kembarnya yang seronok melarikan diri. Bukannya dia tidak risaukan dua lagi anakandanya, Hadif dan Haafawati tetapi Huda adalah anakanda yang paling manja dan paling senang untuk mengalirkan air mata jika jatuh.
         “Assalamualaikum! Meriahnya bunyi.” Satu suara daripada pintu masuk ruang itu menghentikan larian tiga kembar diraja itu. Semua yang ada di situ berpaling. Tengku Iman Hakimi mengangguk ke arah pemuda yang baru tiba itu. Pasangan raja, permaisuri dan Hijratul Khairiyah menyuakan senyuman kepada pemuda itu
“Ateh!!!” Ruang itu riuh kembali panggilan tiga kembar kepada ayahanda saudara mereka sambil berlari ke arah pemuda itu. ‘Ateh’ adalah panggilan keluarga diraja itu kepada Tengku Fateh Abqari yang merupakan adinda lelaki kepada Tuanku Iman Hakimi. Fateh juga menggelarkan dirinya ‘Ateh’ kepada anakanda-anakanda saudaranya kerana padanya panggilan ‘Pak Cik’ atau ‘Uncle’ itu terlalu tua dan tidak sesuai baginya. Fateh ketawa apabila kakinya dipeluk orang makhluk-makhluk kecil kesayangannya yang comel itu.
“Hai, sayang. Aktifnya pagi-pagi ni. Sudah sarapan ataupun belum, sayang-sayang Ateh ni?” Fateh mengusap kepala anakanda-anakandanya yang berusia empat tahun itu. Rindunya dia dengan gelagat mereka sejak seminggu yang lalu. Dia sudah tidak tinggal di dalam istana lagi. Jadi, dia memastikan dirinya supaya masuk ke istana sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk bertemu dengan keluarga dirajanya.
“Ateh, nak dukung…” Manja Si Kecil Huda meminta. Fateh dengan senang hatinya memeluk anakanda saudaranya dan diangkat ke dalam dakapannya. Walaupun mereka berusia empat tahun namun Fateh tidak kisah apatah lagi Huda yang sangat ringan baginya itu.
         “Nak jugak!” Hafawati menarik-narik seluar Fateh.
“Sayang, Ateh tak larat nak angkat dua-dua. Sekarang adik dulu, nanti Ateh dukung kakak sekejap lagi ya,” pujuk Fateh, memandang Si Kecil Hafawati di bawah. Hafawati mula memuncung dan bergerak ke tempat asalnya di meja makan. Hadif mengikut langkah adindanya. Fateh menggeleng sendiri dan mengikut mereka.
“Assalamualaikum, ayahanda, bonda, Along, Angah,” Fateh sekali lagi memberi salam, menyapa dan bersalam dengan ahli keluarganya. Alongnya tentulah merujuk kepada Tengku Iman Hakimi dan Angah pula merujuk kepada Hijratul Khairiyah yang merupakan kakanda angkatnya merangkap kakanda iparnya dan isteri kepada Along itu.
“Tak kerja hari ni Ateh?” Bondanya bertanya setelah menjawab salam.
Ateh duduk di sebelah bondanya dan Huda diletakkan atas ribanya sebelum dia memandang bondanya, “Kerja bonda. Sekejap lagi Ateh jalan.”
“Makan, Ateh,” pelawa Hijratul Khairiyah yang sedang melayan Hafawati yang tadinya merajuk dengan Fateh itu.
Fateh mengangguk kepada kakandanya iparnya itu. Dia memandang Huda di ribanya. “Adik sudah makan? Nak makan dengan Ateh tak?”
Huda menggeleng. “Tak nak. Adik dah makan. Nak turun…” Huda kemudiannya berusaha untuk turun daripada riba ayahanda saudaranya itu apabila melihat kembarnya yang lain sudah mula bermain, meninggalkannya.
Fateh hanya membiarkan dan menyambung untuk bersarapan. Dia bertanya khabar ayahanda dan bondanya dan bertukar cerita dengan Along dan Angahnya. Di tengah-tengah perbualan mereka itu, telefon Fateh mula berbunyi.
Excuse me,” Fateh meminta diri daripada meja makan dan bergerak ke luar agar dia dapat menerima panggilan tersebut tanpa gangguan.
Dari meja makan itu, Hijratul Khairiyah memandang tubuh Fateh yang membelakangi mereka di sebalik dinding yang berkaca lutsinar itu. Dia dapat melihat tubuh Fateh berubah menjadi lebih tegak sedikit apabila menjawab panggilan tersebut. Mungkin panggilan kerja. Fateh adalah anakanda ketiga pasangan pemerintah Zamora tetapi dia tidak hidup bersenang–lenang atas harta ayahanda dan bondanya. Fateh mengajar dirinya supaya berbakti kepada negara mereka, menjadi salah seorang tauladan kepada putera-putera raja negara lain.
“Kerja?” Sepatah Tengku Iman Hakimi bertanya apabila Fateh kembali ke meja makan.
Fateh mengangguk serius, masih terbias moodnya bercakap dengan bosnya tadi. “Tiba-tiba ada hal kecemasan pula. Lepas ni Ateh kena gerak terus.”
“Habiskan sarapan dulu,” tegur bondanya. Wanita Pertama Negara itu tentu tidak mahu anaknya berkerja dengan perut yang kosong.
Fateh tersengih, “Baik, bonda.”

Ema mengambil kad yang dihulurkan oleh Abang Rahman yang sedang bertugas di pondok jaga kawasan Kondominium Mahligai. Setiap kali dia datang ke sini, memang Abang Rahman yang dia akan jumpa. Dia hanya ke sini sekali seminggu sahaja iaitu pada hari Isnin pagi dan tentulah masa tersebut adalah masa Abang Rahman yang bertugas.
         “Tuan sudah lama keluar, Abang Rahman?” soal Ema. Kalau dia sudah mendapat kad itu, maknanya Tuan sudah keluar. Sebenarnya, ini kali ketiga dia datang ke sini. Pertama kali dia datang, menggantikan rakan sekerjanya, Abang Rahman sudah ramah. Pada pandangannya, ramah lelaki itu bukannya ramah menggatal tetapi ramah baik hati. Lagipun, Abang Rahman suka bercerita tentang keluarga dan anak-anaknya.
         “Dalam setengah jam, Ema. Ema sudah sarapan? Kalau belum, abang ada kuih ni. Isteri abang yang buat,” pelawa Abang Rahman.
         Ema tersenyum, “Ema sudah sarapan. Terima kasih. Ema naik dulu ya.”
         Dengan kad yang berada di tangannya itu, Ema boleh menggunakan lif peribadi yang sebenarnya boleh digunakan oleh sesetengah orang sahaja. Hendak masuk lif tersebut, imbaskan saja kad tersebut di mesin pengesan. Masuk lif, tidak perlu tekan apa-apa kerana kad yang diimbasnya tadi sudah mempunyai maklumat tentang tingkat yang hendak dituju oleh pemilik kad tersebut.
         Ting! Bunyi tersebut menandakan bahawa dia sudah tiba ke destinasi, tingkat paling atas sekali di blok tersebut! Ema keluar daripada lif dan berjalan menuju ke arah sebuah pintu. Pintu rumah itu juga dibuka dengan cara mengimbas kad yang diperolehinya tadi.
         “Assalamualaikum.” Salam diberi walaupun dia tahu tiada orang dalam penthouse tersebut. Memberi salam ketika masuk ke dalam rumah walaupun rumah yang kosong adalah sunat[1].
Sebenarnya, kawasan Kondominium Mahligai ini mempunyai 5 buah blok dan tingkat paling atas setiap blok hanya menempatkan sebuah rumah, lebih tepat lagi, sebuah emper (penthouse). Kedatangan Ema di penthouse itu bukanlah bermaksud dia memiliki rumah tersebut tetapi dia datang untuk menjalankan tugasnya. Dia bertugas sebagai seorang pembantu rumah separuh masa di bawas sebuah agensi dan beberapa minggu yang lalu, dia diberi tugas untuk menggantikan rakan sekerjanya yang sudah ingin berhenti.
Haaa… diberi tugas membersihkan sebuah penthouse, siapa yang tidak teruja? Kalau dia tidak mengambil peluang ini, bila lagi dia dapat menjejakkan kaki ke dalam sebuah rumah yang mewah sebegini? Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur kering dan basah, ruang tamu dan ruang makan yang luas serta lif persendirian. Dekorasi pula, usah cakaplah. Hendak memiliki rumah yang semahal ini, dalam mimpi sahajalah. Diberi kebenaran untuk membersihkan rumah ini juga sudah cukup baginya, bukannya dia berniat untuk mencuri barang ataupun menggoda tuan punya rumah.
Oh… Sebenarnya, dia tidak mengenali pemilik penthouse ini. Dia hanya mendapat arahan daripada majikannya di agensi dan dia menjalankan amanah. Di penthouse tersebut juga tiada gambar-gambar yang membolehkan dia mengenali pemilik penthouse ini. Apa yang dia tahu daripada Abang Rahman, pemilik penthouse ini seorang yang lelaki, bujang, muda dan Islam. Apapun, dia tidak kisah asalkan dia dapat kerja yang halal.
Gadjet mp3 diambil daripada begnya. Fon telinga dipasang sebelum butang ‘main’ ditekan. Irama lagu mula masuk ke gegendang telinganya. “Okey! Jom mula kerja! Bismillahirrahmanirrahim…” 
         Ema memulakan tugasnya di bilik paling hujung. Bilik tetamu itu dikemas sebaik mungkin. Karpet divakum dan dinding bilik yang dibuat daripada kaca lutsinar itu dilap secermat mungkin, tidak mahu menyebabkan dinding itu pecah atau rekah! Kadang-kadang Ema terberhenti mengelap dinding kaca itu untuk melihat pemandangan daripada situ. Iyalah, pemandangan daripada tingkat paling atas memang paling menarik. Fikirnya, kalau pemandangan waktu malam, mestilah lagi cantik.
         Selesai mengemas bilik-bilik tetamu, Ema mengemop pula lantai luar bilik. Hanya bilik utama sahaja yang dia tidak pernah masuk dan tidak pernah kemas. Hendak buat macam mana, pintu bilik tersebut dikunci. Tentu pemilik rumah emper itu tidak suka privasi diceroboh. Kalau dialah jadi tuan rumah emper ini, dia juga akan berbuat begitu. Pemilik rumah emper itu mungkin menyimpan sesuatu yang berharga dalam bilik utama itu. Apapun, dia tidak berminat untuk mengambil tahu.
         Setelah itu, Ema bergerak ke mesin basuh untuk menyidai pakaian yang sudah siap dibasuh oleh mesin itu. Kadang-kadang, dia hanya perlu menyidai sahaja. Kadang-kadang, pemilik rumah emper itu hanya meninggalkan pakaian yang belum dibasuh dalam raga yang tersedia di situ, mungkin tidak sempat untuk membasuhnya. Sebenarnya, tugas Ema tidak termasuk membasuh dan menyidai pakaian tersebut tetapi dia yang rela hati membantu. Lagipun, bukannya dia perlu membasuh dengan tangan, hanya perlu tekan butang-butang di mesin basuh tersebut.
         Pinggan, piring dan cawan yang digunakan oleh tuan rumah juga hanya kadang-kadang sahaja ditinggalkan dalam sinki di dapur. Lalu, dia bermurah hati tolong membasuh cawan dan pinggan tersebut. Bukannya banyak kerana hanya seorang sahaja penghuni dalam rumah emper itu. Kemudiannya, dia mengemas dan mengelap dapur itu. Di rumah emper itu, ada dua jenis dapur yang tersedia, dapur basah dan dapur kering. Wah… agak-agaknya, pemilik rumah emper itu tahu memasak atau tak? Jika tidak, sia-sia sahajalah dapur itu terbiar sahaja. Ingin sekali dia cuba menggunakan dapur itu tetapi dia tidak mempunyai kebenaran, sedihnya…
         Akhir sekali, Ema mengemas ruang tamu yang berdekatan dengan pintu masuk. Ruang tamu itu sangatlah luas, memuatkan set sofa berhadapan dengan set televisyen dan audio visual. Terdapat juga satu buaian rotan yang tergantung berdekatan dengan sofa tersebut. Penghawa dingan yang dipasang di ruang tamu itu pun sudah dua, boleh dibayangkan besar mana ruangtamu penthouse tersebut.
         Sedar tidak sedar, sudah hampir tiga jam di menghabiskan masanya membersihkan penthouse tersebut. Ema berdiri di situ mencekak pinggangnya sambil memandang ruang-ruang yang sudah dia bersihkan pada hari ini. Nasib sahaja penthouse ini menggunakan penghawa dingin, lalu dia tidak begitu kepanasan dan berpeluh setelah siap melaksanakan tugasnya.
         “Alhamdulillah…” Tamat sudah tugasnya di situ pada hari ini tanpa sebarang kemalangan atau kerosakan.



[1] http://ohislam.com/adab-memberi-salam/

So??? komen? ^____^

heroin
 
hero

5 komen:

{chocafvan} berkata...

tak sabar nak tau kisah selanjutnyaaa!! Best!!

iniakuyangpunyahati berkata...

ema klu tw sape tuan rumah t agak2 dia nk keje lagi x??? anak raja 2 i-p

munirah fierus berkata...

Alhamdulillah . lama tk jenguk blog akak . sekali jenguk dh ada cerita baru . pasal Fateh pulak tu . hahaaa .. :D

Nava_JksCri berkata...

*thumbs up*

muhsinah nik berkata...

besttt !!! rajin-rajin la tambahhh hehehe ^________^

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©