COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 29 Oktober 2010

TBUM -4-

Amalia mengambil telefon tangannya yang tersadai di atas meja solek dari tadi. Seketika dia menekan nombor teman baiknya, seketika kemudian di mundar-mandir di dalam biliknya yang penuh dengan barang-barang itu dengan telefon melekap di telinga kanan.. Biliknya yang dihias tema warna ungu muda itu akan menjadi bilik pengantin esok.

“Uma! Kau nak datang ke tak ni?” Dengan wajah yang bercampur segala perasaan –geram, marah, panik- dia meninggikan suaranya. Sahabatnya yang seorang itu sudah berjanji dengan dirinya untuk menemankan dia berinai dan bermalam di rumahnya pada malam itu. Malam terakhirnya sebagai seorang anak kepada dua orang tuanya. Esoknya dia akan menghadapi kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang suami. Tentunya, dia ingin ditemani oleh teman baiknya pada ketika itu.

Amalia bertambah geram apabila mendengar ketawa rakannya itu Gadis itu selalu main-main.

“Ekekeke…Kau takut ek?”

Amalia seperti dapat memandang wajah sahabatnya yang sedang tersengih nakal pada waktu itu. Kalau dia berada di hadapan gadis itu, sudah lama dia menggeletek gadis tersebut.

“Uma! Geramlah aku, kau ni! Aku tengah risau ni, kau main-main pulak!” Marah Amalia.

“Kau takut apa, Lia?” Sudah habis ketawanya.

“Sebab tu aku suruh kau datang. Uma, kau kat mana?” Amalia masih mundar mandir di biliknya itu. Orang yang masuk keluar dari biliknya itu tidak dihiraukan.

“Rumah.”

“Apa?! Ya Allah. Kau ni betulla. Habis, bila kau nak sampai ni?”

“Lia… apa jerit-jerit macam tu? Lia tu nak menikah dah esok, tak elok!” Kedengaran suara ibunya dari pintu. Amalia tersengih kepada ibunya yang hanya menjengulkan kepala sebelum serius kembali dengan sahabatnya di telefon. Namun, gadis itu sekali lagi mentertawakannya.

“Hehehe…kau kena marah ek?”

“Uma!”

“Okay. Nanti aku bawa 160. Kejap lagi sampai punya rumah kau! Okay. Bye. Assalamualaikum.”

Amalia terpinga-pinga apabila sahabatnya itu menamatkan panggilannya. Dia merebahkan dirinya ke atas katilnya yang sudah bertukar cadar. Sahabatnya, Humaira memang suka main-main dalam urusannya. Kelakuannya seperti seorang kanak-kanak. Mula-mula bersahabat dengan gadis tersebut, dia memang hairan. Pernah dia terfikir, mungkin Humaira adalah kanak-kanak tapi dia cepat membesar. Kemudian dia akan ketawa sendiri, mana mungkin perkara itu berlaku walaupun pada hakikatnya Allah mampu membuatnya jika Dia berkehendakkan keadaan tersebut.

Kini, dia senang sekali berkawan dengan gadis tersebut. Dengan kelakuannya yang manja, Amalia menganggap gadis itu seperti adik perempuannya sendiri. Mereka berdua sudah seperti adik beradik. Dari universiti mereka mula berkawan sehingga kini, dia sudah ingin mendirikan rumahtangga. Humaira tidak pernah menyusahkannya.

Sepanjang mengenali seorang gadis yang bernama Humaira, dia juga tahu bahawa gadis unik itu seorang yang penyayang. Mana tidaknya, semasa sedang belajar dahulu, sering sahaja Humaira membawa balik ke rumahnya kucing-kucing yang dia terserempak. Kerana itu, Amalia menggelarnya ‘Ummu Hurairah’.

Humaira selalu main-main. Dahulu, satu sahaja keadaan yang dia tahu Humaira akan serius, apabila menyiapkan assignmentnya. Ketika itu, jangan sesekali mengganggunya ataupun membuat lawak antarabangsa di hadapannya. Dia tidak akan sesekali ketawa. Sehingga kini, Amalia jadi kagum melihat insan yang bernama Humaira itu.

“Lia.”

Amalia bangkit dari baringnya dan berpaling ke arah pintu biliknya. Ibunya sedang berdiri di situ.

“Uma jadi ke bermalam kat sini?”

Amalia mengangguk.

“Nanti kalau dia datang, suruh dia naiklah, bu. Lia tidur dengan dialah malam ni, bu.”

“Lia…” Suara ibunya sudah berbaur ceramah motivasi perkahwinan seperti kebelakangan ini, namun cepat-cepat dia memintas.

“Bu… please, bu. Malam ni je.”

“Mestilah malam ni jek. Esok Lia dah kena tidur dengan suami.”

“Ibu!” Merah jadinya wajah Amalia. Malu… Ibunya berlalu keluar. Amalia masih begitu. Mengingatkan kata-kata ibunya tadi, perasaannya menjadi bercampur-baur seeperti sebelum dia menelefon Humaira. Humaira… cepatlah kau sampai.

-----------------------------

uhuh. tgh amat malas untuk belajar.
Tolong lah doa supaya haliban rajin yek.
Nak xam final dah ni.

0 komen:

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©