COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 6 Julai 2013

E & F -4- bahagian ii

Terima kasih kepada Anonymous yang sudi komen minta supaya cik haliban sambung cerita ni. Lain kali, bagitahu nama awak tau, baru cik haliban boleh sebut di sini. :) Cik haliban gembira walaupun korang komen 1 perkataan tau. Just... komen. :) Arigatou~


Fateh berjalan mengelilingi dewan, menyapa kawan-kawan yang sudah lama tidak ditemuinya. Kadang-kadang dia menegur kawan-kawan yang sedang berdiri. Kadang-kadang dia ditegur oleh kawan-kawan yang sedang duduk di meja masing-masing. Tiba-tiba matanya terfokus kepada gadis yang bergaun putih  untuk kali kedua pada malam tersebut. Entah kenapa, matanya perasan sahaja kedudukan gadis itu. Dia melihat gadis itu membawa segelas air yogurt strawberi ke arah satu meja.
                Tanpa sedar, kakinya melangkah menurut arah tuju gadis tersebut. Dia hendak melihat daripada dekat wajah itu kerana dia berasa dia pernah melihat gadis itu. Gadis itu berhenti di sebuah meja dan dia berhenti beberapa langkah di belakang gadis itu.
“Tengku!” Seseorang yang berada di hadapan gadis itu menyapanya.
Fateh mengalih pandangnya, melihat seorang gadis yang tersenyum ke arahnya. Melihat pemakaian gadis itu, rasanya gadis inilah yang menarik gadis bergaun putih tadi. Apabila melihat daripada dekat sebegini, dia kenal rakan gadis ini rupanya. Anak kepada menteri ayahandanya, dia tidak boleh buat tidak kenal. Fateh menyuakan senyuman. “Inani, kan?”
“Ya, saya. Tengku seorang sahaja?”
Fateh tersengih. Ini entah kali keberapa dia disoal perkara yang sama. Kalau loyar buruk, dia akan berkata bahawa dia bersama malaikat di kanan dan kirinya. “Seorang sahaja. Inani?”
“Saya dengan tunang saya. Dia terjumpa kawan dia pula tadi. Duduklah dulu, Tengku.” Ajak Inani.
Fateh melihat kedudukan meja itu. Hanya satu tempat kosong yang ada, iaitu di sebelah kiri gadis bergaun putih. Inani pula duduk di kanan gadis itu. Baru Fateh perasan, gadis bergaun putih itu langsung tidak berpaling ke arahnya. Kenapa? Akhirnya, Fateh melabuhkan diri di kerusi kosong. Dia melemparkan senyuman kepada ahli meja yang lain sebelum menoleh untuk memandang wajah gadis bergaun putih di sebelahnya. Gadis itu sedang menunduk.
Selaku bekas ahli skuad khas tentera, Fateh cepat mengenali wajah seseorang. Saat melihat wajah tersebut daripada dekat, Fateh teringatkan peristiwa dia terlanggar seseorang di Giants beberapa hari yang lalu. Ahhh…Patutlah gadis itu terus sahaja mengenali dia tempoh hari, bekas rakan sekolah rupanya.
“Awak yang saya langgar di Giants hari itu kan?” soal Fateh untuk kepastian. Gadis itu akhirnya mengangkat wajah dan menyuakan senyuman nipis kepadanya.
“Saya, Tengku.”
“Ini kawan saya, Tengku. Zaima namanya. Boleh panggil dia Ema,” Inani menyampuk dari sebelah sana. Fateh senyum berterima kasih kepada gadis itu.
“Maaflah. Saya sudah tak ingat sangat rakan-rakan sekolah dahulu. Kita sekelaskah?” soal Fateh. Itu yang menjadi persoalannya memandangkan gadis bergelas Ema itu seperti mengenali Hijazi.
“Oh. Tak. Kita tak sekelas.” Pendek jawapan Ema.
Inani pula menambah, “Dulu Ema tak pakai tudung, mungkin sebab itu Tengku tak mengecam dia. Saya pun tadi susah hendak cam dia. Nasib baik dia perkenalkan dirinya.”
Fateh mengangguk memahami. Ramai sahaja orang yang dia jumpa pada mala mini berhijrah seperti Ema. Walaubagaimanapun, ada juga yang dahulunya cantik menutup aurat tetapi sekarang sudah tidak begitu. Dia sedikit kesal. Ketika itu, dia ditegur oleh seseorang. Fateh menyuakan senyuman meminta diri dan bangun untuk berbual dengan orang yang menegurnya itu.

Ema menggosok-gosok tangannya yang dipenuhi sabun itu. Selepas tangannya dibilas, dia melihat penampilannya di cermin tandas itu. Selendang yang dipakai diperbetulkan agar tutup melabuhi dada dan juga labuh sedikit di bahagian belakang. Terima kasih kepada Nada sebenarnya. Gaun putih labuh ini sebenarnya Nada yang pinjamkan kepadanya. Walaupun ringkas dan kosong, gaun labuh itu sesuai untuk dia pakai ke majlis perjumpaan di hotel ini.
                Setelah dia berpuas hati, Ema mencapai beg tangannya dan keluar daripada tandas. Tiba di luar pintu tandas, dia menoleh kanan dan kiri. Namun ketika dia menoleh ke kiri, Ema terkedu. Seorang lelaki yang juga baru keluar daripada tandas lelaki di  sebelah situ juga nampak kaku memandang dirinya.  Ema cepat-cepat tersedar dan mengheret kakinya untuk melangkah pergi daripada situ.
                “Ema!” Lelaki itu memanggil.
                Malangnya, kaki Ema terhenti apabila suara itu bersuara. Ema memarahi ‘kakinya’ kerana berhenti tetapi jikalau dia terus berjalan, mungkin akan menyebabkan drama pula. Kemudiannya, Ema berpaling sembilan puluh darjah sahaja. Takkan hendak membiarkan lelaki itu bercakap dengan belakangnya.
                “Ema…” panggil lelakai itu lagi.
                Ema menghela nafas. Dia menjeling lelaki itu sekilas sebelum memandang dinding di hadapannya. Hijazi, tunang Diana. “Ada apa? Baik awak masuk ke dewan sebelum tunang awak cari.”
                “Ema hendak ke mana? Majlis tak tamat lagi.”
                “Saya hendak balik. Ada apa-apa lagi awak hendak cakap? Kalau tak ada, saya pergi dulu,” jawab Ema malas. Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka. Jika ada sesiapa yang nampak mereka, timbul gossip lain pula nanti.
“Ema, Jaz hendak meminta maaf,” lembut lelaki itu berbicara dengannya.
Ema tersenyum nipis. Sesiapa yang melihat senyumannya itu akan nampak bahawa dia sebenarnya memberikan senyuman kesedihan. Hatinya dirasakan disiat untuk kali kedua selepas dia diperkenalkan kepada Diana sebagai tunang Hijazi pada awal majlis tadi. “Hendak minta maaf untuk apa? Awak bukannya berjanji dengan saya takkan cari orang lain. Awak bukannya berjanji hendak bersama dengan saya selepas awak dapat kerja. Awak tidak pernah berjanji apa-apa dengan saya. Kenapa awak hendak meminta maaf?”
Di tengah-tengah kata-katanya, Ema berasa sayu. Matanya berair. Mutiara yang hampir terjatuh itu disapu pantas oleh Ema sebelum lelaki itu nampak. Hatinya yang sakit, hanya Tuhan yang tahu. Hubungan dia dengan Hijazi semasa zaman persekolahan tiada siapa yang tahu. Fatin dan Inani hanya tahu dia suka akan pemuda itu namun mereka tidak tahu bahawa sebenarnya, dia dan Hijazi berkasihan secara rahsia.
“Ema, Jaz cari Ema dulu tapi Ema dah berpindah dari situ. Jaz tak tahu hendak cari mana lagi. Jaz tak sangka kita akan jumpa lagi,” ulas Hijazi, mempertahankan diri.
Ema senyum nipis. Jawapan Hijazi langsung tidak menyenangkan hatinya, tetapi lebih menambahkan luka. Kedengarannya Hijazi seperti tidak mencarinya dengan bersungguh-sungguh. “Awak dah bertunang, Hijazi. Saya harap awak bahagia.”
“Jaz minta maaf, Ema.”
Ema tidak menjawab tetapi melangkah menjauhi lelaki itu. Dia ingin balik. Tiba di hadapan Hotel Bintang Emas, kelihatan hujan yang turun membasahi Bumi. Rasa seperti hujan itu turun untuk menemani dirinya yang sedang kesedihan itu.
Miss, do you need an umbrella?” Seorang tukang angkut beg(bellboy) datang bertanya kepada Ema.
Ema menyuakan senyuman dan dan menggelengkan kepalanya. “No, thanks.
Ema mendekati kawasan yang kena tempias air hujan. Angin sejuk menyapanya. Tangannya diangkat, ingin merasai tempias air hujan tersebut. Sejuk air yang menitik di atas tangannya. Rasanya sudah lama dia tidak bermain air hujan. Kali terakhir mungkin semasa dia kecil dahulu agaknya.

Kalau kawan2 ingat, Fateh ni adalah adinda Tengku Iman Hakimi. :)


5 komen:

nurul berkata...

salam, wahh terubat rindu...harap dpt sambung cepat2...heheh :)

Tanpa Nama berkata...

Wahhhh itu kite tu pengomen sebelum ni. Eceh rsa femes lak bila TT bgi pengumuman khas ehehe. Cik anon ni mewakili cik anon seantero dunia so tu bkn satu org comment ye :D
Btw Ema n fateh ni seumur ke? Atau taraf senior n junior?

munirah fierus berkata...

lamanya tk baca blog akak . rindu ... lama jugak tk call akak . T.T *nangis*

munirah fierus berkata...

lamanya tk baca blog akak . rindu ... lama jugak tk call akak . T.T *nangis*

Nava_JksCri berkata...

Ema jgn sedih2....
Baca je entri ni. Nava pun nak mandi hujan la..hehehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©