COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 9 Mei 2015

Takdir Cinta -36-

Hijazi. Bunga mawar merah jambu. Dua perkara itu timbul dalam fikirannya tatkala pintu bilik itu dibuka. Terkebil-kebil Ema memandang Hijazi yang tegak berdiri di situ, memandang kembar tiga yang sedang berada di sisi katilnya itu.
“Wah... Pink! Kakak, bunga tu warna pink!” Huda tiba-tiba melompat kegembiraan sambil menunjuk ke arah bunga yang dipegang oleh Hijazi itu. Ya, bunga mawar berwarna merah jambu. Ema mengalih pandang kepada Huda yang sedang bercakap dengan kakandanya, Hafawati itu. Geli hati pula rasannya. Huda lebih teruja dengan bunga tersebut, walaupun dia pasti bunga itu bukanlah untuk Huda.
Ema berpaling kepada Hijazi kembali. Lelaki itu sudah mula melangkah masuk, menghampirinya dan kembar tiga itu.
“Hai...” sapa Hijazi.
Ema menyambut dengan senyuman nipis, tanpa berkata apa-apa. Dia tiada urusan dengan lelaki ini dan dia tidak tahu mengapa lelaki ini datang melawatnya di sini. Beberapa hari yang lalu mereka terserempak di taman hospital, dia tidak berbual panjang dengan lelaki itu. Sementelahan, Fateh datang ‘menyelamatkan’ dirinya ketika  itu.
“Er... mereka anak-anak saudara awakkah?” soal Hijazi, dengan nada serba salah. Mungkin tidak tahu bagaimana hendak member reaksi.
Namun, persoalan itu membuatkan dia ingin tergelak kuat. Kembar tiga yang comel molek itu dikatakan anak saudaranya? Mereka ada iras-iraskah? Rasanya tiada. Hijazi tidak mengenali mereka bertiga, dia tidak akan mendedahkan identity mereka. Dia memandang Hadif, Hafawati dan Huda yang masih memandang Hijazi itu.
“Hadif, Wati, Huda. Boleh salam dengan uncle tak?” Ema menyoal mereka bertiga. Dia tahu mereka putera dan puteri diraja, namun dia pasti mereka bertiga ini tetap diajar dengan adab sopan masyarakat mereka. Ketiga-tiga mereka bergerak dan bersalaman dengan Hijazi.
Uncle ni, siapa?” Hadif menyoal berterus terang. Sepertimana si kecil itu menyoal dirinya apabila mereka bertiga memasuki bilik ini tadi. Ema diam, menyembunyikan senyuman geli hatinya.
Uncle kawan auntie ni.”
Ema tidak mencelah tapi dia tidak suka dirinya dianggap kawan lelaki itu. Dia sendiri tidak menganggap dan tidak boleh menganggap diri sebagai kawan lelaki itu. Lelaki itu pernah menghancurkan hatinya. Kemaafan boleh diberi, namun untuk melupakan adalah mustahil sama sekali. Dia tidak ingin mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki ini.
“Tapi auntie kawan Ateh. Mana boleh uncle kawan dengan auntie,” balas Hadif pula.
Ema ingin tergelak, namun tiba-tiba Huda pula menyampuk perbualan Hijazi dan Hadif.
Uncle, Huda nak bunga tu, boleh?” soal Huda dengan polos.
Hijazi sudah terkulat-kulat memandang kembar tiga. Jambangan bunga di tangan dihulurkan kepada Huda dengan rasa teragak-agak. Saat itu, Ema tidak dapat menyembunyikan rasa hatinya. Dia tergelak kecil di hadapan mereka berempat. Comel sungguh anakanda-anakanda saudara Fateh ini. Saat ini, dirasakan kembar tiga itu seperti menggantikan Fateh untuk melindunginya daripada Hijazi itu.
“Terima kasih, uncle. Huda suka pink!” Huda berkata-kata lagi.
Senyuman Ema semakin lebar. Jambangan bunga tampak besar di dalam pelukan Huda yang berusia lima tahun itu. Senyumannya mati apabila memandang Hijazi kembali. Dia tidak mahu lelaki itu salah sangka jika dia memberikan senyuman. Lalu, hanya wajah biasa yang ditunjuk kepada lelaki itu.
 “Bunga tu untuk sepupu awakkah? Maaflah, awak terpaksa beri pada Huda pula,” ujar Ema. Dia masih ingat bahawa sepupu Hijazi itu dimasukkan ke dalam hospital ini. Itu yang Hijazi beritahu beberapa hari yang lalu.
It’s fine. Bunga tu... untuk awak.”
Ema memandang bunga di tangan Huda. Bunga merah jambu untuk dia? Mengikut apa yang dipelajarinya ketika menjadi pembantu kedai bunga sementara dahulu, bunga mawar merah jambu diberikan kepada seseorang untuk menunjukkan rasa terima kasih, kagum atau kegembiraan. Jadi, apa yang ingin disampaikan oleh Hijazi?
Hadif mula memanjat naik ke atas katilnya. Hafawati pula duduk di kerusi di sebelah katil dan Huda menunjuk-nunjuk bunga di tangannya kepada si kakandanya itu. Ema senyum. Kembar tiga itu nampak selesa berada berdekatan dengannya. Hijazi pula kelihatan janggal berdiri di antara mereka, namun Ema biarkan sahaja. 

Bunga yang diberikan Hijazi itu kemungkinan tidak bermaksud apa-apa. Kemungkinan lelaki itu berikan kepadanya kerana berpendapat warna merah jambu itu kelihatan cantik pada bunga mawar sahaja.
“Jadi... Sudah lama awak admitted di sini?” soal Hijazi, beralih untuk berdiri di kaki katilnya pula.
“Lebih seminggu sudah,” jawab Ema pendek. Dia memerhati Hadif, Hafawati dan Huda berbual sesama mereka. Perbualannya dengan Hijazi sepi seketika.
“Ema, kita tak pernah berbincang apa yang terjadi.”
Ema terkaku. Matanya yang memandang Hafawati terhenti di situ seketika. Sebaris ayat yang dituturkan oleh Hijazi itu membuatkan hatinya mula resah. Ema berpaling ke sisi, tidak mampu hendak memandang lelaki di hadapannya itu. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
“Tak ada apa-apa untuk dibincangkan, Hijazi. Apa yang terjadi sudah berlalu. Sekarang awak ada kehidupan awak. Saya ada kehidupan saya,” balas Ema senada. Apa yang terjadi adalah hubungan mereka sudah ditakdirkan putus. Takdir Allah begitu, tiada sesiapa yang dapat menghalang. Namun, rasa terkilan tetap ada di dalam hatinya apabila Hijazi menghilang daripada hidupnya dengan tiba-tiba. Semakin lama, rasa terkilannya itu bertukar menjadi sesuatu yang lebih besar.
“Tapi biarlah saya jelaskan keadaan saya, Ema,” desak Hijazi.
Ema menggeleng perlahan.
“Penjelasan awak tidak akan mengubah apa-apa, Hijazi. Keadaan kita tetap akan begini. Awak sudah bertunang dan tentunya akan berkahwin,” ucap Ema. Dia penat. Dia sudah malas hendak berfikir tentang perkara yang sudah berlalu bertahun-tahun lamanya sudah. Dia tidak mahu berbincang tentang perkara itu.
“Tapi saya tak mahu keadaan kita begini, Ema. Kekok. Kita boleh menjadi kawankan?”
Kawan? Ema menjungkitkan bahu. Dia boleh memaafkan, tapi untuk melupakan sesuatu itu sangat susah.
“Assalamualaikum.” Sebaris salam itu membuatkan kelima-lima insane di dalam bilik itu berpaling ke arah pintu.
Fateh.
“Ateh!” Hadif, Hafawati dan Huda menjerit kegembiraan. Huda melepaskan jambangan bunga ke atas lantai sebelum si kecil itu dan Hafawati berlari ke arah ayahanda saudara mereka, manakala Hadif hanya menunggu di atas katil sahaja. Fateh sempat memandangnya sebelum melayan anakanda-anakanda saudaranya.
“Hah! Abang, kakak dan adik mesti bersembunyi daripada pengawalkan? Nakal, ya?” Fateh membulatkan matanya kepada Hafawati dan Huda di hadapannya.
“Takkk!” Panjang harakat yang disebut oleh Hafawati dan Huda. Ema tergelak kecil.
Fateh memimpin Hafawati dan Ema menghampiri katil. Pemuda itu bersalam dengan Hijazi sebelum mengambil tempat duduk Hafawati di kerusi sisi katil tadi. Jambangan bunga di atas lantai diambil dan diletakkan di atas meja sisi katil.
“Kau dah lama sampai?” soal Fateh kepada Hijazi. Ema hanya diam memerhati.
“Sempat berbual sekejap dengan Ema.”
Fateh mengerling ke arahnya seketika, membuatkan Ema mengangkat keningnya. Kenapa pula Fateh pandang dirinya? Bukan salah dirinya kalau Hijazi datang melawatnya di sini.
“Aku tak sempat nak berbual dengan kau hari itu. Kau datang melawat siapa di hospital ni?” soal Fateh lagi.
“Hari itu aku datang melawat sepupu aku. Hari ini aku sengaja datang melawat Ema. ”
Ema memandang Fateh yang mengangguk beberapa kali itu.
“Maaflah kalau anakanda-anakanda saudara aku ni ganggu kau dengan Ema,” ujar Fateh tiba-tiba, membuatkan dahi Ema berkerut. Kenapa pula dia berasa seperti Fateh sedang menyindir.
“Anakanda saudara kau?” soal Hijazi pula dengan nada yang pelik.
 “Yup. Lah... Ema tak beritahu kau?” Fateh memandang Ema seketika.
“Ema cakap mereka anak-anak saudara dia.”
Berkerut dahi Ema. Bila pula dia berkata begitu? Hijazi yang memandai menyangka begitu apabila dia tidak menjawab soalan tersebut tadi. Fateh pula tiba-tiba sahaja gelak.
Of course. Anakanda saudara aku, anakanda saudara Ema jugakan, sayang?”
Jawapan Fateh membuatkan Ema membesarkan matanya kepada pemuda itu. Mereka saling merenung. Ini kali kedua Fateh menggelarnya begitu. Apatah lagi di hadapan ketiga-tiga si kecil  itu.  Dia bimbang Hadif, Hafawati dan Huda bercerita kepada orang lain sahaja. Kanak-kanak kecil bukannya tahu apa-apa. Mereka sangat jujur.
“Okeylah. Aku gerak dulu. Ada kerja sikit,” Hijazi meminta diri, membuatkan mata mereka berkalih.
Fateh mengangguk dan bersalaman dengan Hijazi.
“Jumpa lagi, Ema.” Hijazi berkalih kepadanya. Ema hanya memandang dan mengangguk sahaja. Kelibat Hijazi hilang di sebalik pintu, membuatkan Ema memandang Fateh pula. Namun, Fateh berpaling dan mengenyitkan mata kepadanya. Makin besar mata Ema.

“Apa awak ni?!” Marah Ema. Macam manalah dia tidak marah jikalau Fateh mempermainkannya begini?
“Kenapa? Marah sebab saya ganggu awak dengan Hijazi? Bukan main lagi awak bercinta dengan dia depan anakanda-anakanda saudara saya, ya?” Fateh turut membesarkan matanya.
Ema terkejut. Apa pula yang dicakapkan oleh Fateh ni? Tak masuk akal langsung. Sudahlah tadi pemuda itu sengaja ber’sayang-sayang’ dengannya di hadapan Hijazi, kini menuduhnya bercinta dengan lelaki tadi pula?
“Hisy! Apa yang awak mengarut ni? Boleh tak jangan merepek? Anakanda-anakanda awak dengar benda yang bukan-bukan nanti,” jawab Ema. Dia tidak mahu bergaduh dengan pemuda itu.
“Merepek apanya? Ni siap ada bunga lagi. Bunga coklatlah, bunga mawarlah.”
Ema merenung Fateh seketika. Dia hairan dengan nada pemuda itu. Kenapa bunyinya seperti... cemburu? Ema menghela nafas dan menggeleng sendiri.
“Bunga mawar ni, Huda punya. Kan Huda?” Ema berkalih kepada Huda pula. Huda diangkat untuk duduk di sisinya di atas katil.
“Ha’ah. Uncle tadi bagi pada adik, Ateh. Huda suka pink!”
Ema senyum memandang si kecil yang comel itu. Rasa seperti hendak dicium-cium pipi Huda itu.
“Ateh... nak coklat tu?” Hafawati yang duduk di riba Fateh itu menunjuk ke arah jambangan bunga coklat Kisses yang terletak bersebelahan jambangan bunga mawar itu. Ema berkalih kepada jambangan bunga yang diterimanya beberapa hari yang lalu itu. Oleh kerana bilik itu berhawa dingin, jadi dia tidak risau akan coklat-coklat tersebut.
“Tu bungalah, kakak. Bukan coklat,” usik Fateh.
“Coklatlah, Ateh. Tengok tu...” Hafawati mempertahankan ideanya.
Fateh senyum.
“Lah... Iyakah? Ateh ingat bunga tadi. Pandainya kakak... Tapi coklat tu kepunyaan Auntie Ema. Kakak perlu minta daripada auntie terlebih dahulu,” ujar Fateh, mengerling ke arah Ema.
“Adik pun nak!”
“Abang pun nak!”
Huda dan Hadif yang berada di atas katil turut meminta. Ema senyum kepada kembar tiga itu. Iyalah, kanak-kanak selalunya sukakan coklat yang rasanya manis.
“Boleh... tapi kena minta Ateh yang bukakan. Auntie susah hendak buka.” Walaupun lukanya sudah semakin sembuh, namun tangannya masih lagi berbalut. Jadi, susah dia hendak mengambil coklat yang dipinta oleh mereka bertiga itu.
“Ateh, nak!” Kembar tiga itu meminta kepada Fateh pula.
“Cakap apa pada auntie?” tanya Fateh kepada anakanda-anakanda saudaranya.
“Terima kasih, auntie!”
“Sama-sama.” Balas Ema dengan senyuman.
“Sayang Ateh tak?” soal Fateh lagi.
“Sayang!”
Fateh ketawa bahagia sebelum mengambil jambangan bunga coklat Kisses itu. Dia membuka dan mengambil coklat tersebut dengan berhati-hati.
“Bunga coklat ni Hijazi juga yang bagi?” soal Fateh kepada Ema pula.
Ema diam, memandang Fateh yang menyoalnya tanpa memandangnya itu. Apabila dia terpandang coklat Kisses itu, dia teringatkan pemuda di hadapannya ini. Salah satu kemungkinan pengirim yang difikirkannya adalah Fateh itu sendiri. Adakah Fateh sengaja hendak menduganya? Akhirnya, Ema menjungkitkan bahu.
 “Tak pasti. Semalam saya bangun daripada tidur, dah ada di sini.”
“Boleh pula macam tu. Tak ada kad?” Fateh mengangkat kening
Ema menggeleng sahaja.
“Awak pastikah ini awak punya?” Fateh memandangnya. Ema membalas renungan lelaki itu seketika.
“Dah dua hari bunga coklat di ada dalam bilik ini. Tak ada sesiapa datang tuntut pun. Jadi, saya anggap itu saya punya.”
Fateh ketawa mendengar alasannya. Ema menjadi hairan. Kalau berkenaan bunga mawar tadi, masam sahaja wajah Fateh. Dengan bunga coklat ini, boleh pula pemuda itu ketawa. Dia memandang sahaja Fateh membahagikan coklat Kisses itu seorang satu kepada Hadif, Hafawati dan Huda. Tidak lupa kepada dirinya juga. Pemuda itu kemudiannya mengeluarkan iPhonenya dan menghubungi seseorang.
“Saya hendak telefon pengawal dia orang ni. Kalut pula mereka mencari kembar ni nanti,” jelas Fateh pendek apabila pandangan mereka bertemu. Ema mengangguk sahaja. Agaknya kembar tiga ini datang untuk melawat bonda saudara mereka yang bersalin dengan ayahanda atau pun bonda mereka. Entah bagaimana mereka boleh terlepas ke sini. Kanak-kanak, ada sahaja idea mereka untuk mencapai sesuatu yang mereka hendak.
Sepi antara mereka. Yang kedengaran hanyalah suara si  kecil-si kecil kesayangan Fateh. Ema hanya memandang layanan Fateh terhadap anakanda-anakanda saudaranya itu.
Fateh yang dikenalinya semasa zaman sekolah adalah Tengku Fateh Abqari yang tidak berperasaan. Fateh yang dikenalinya sebagai seorang putera raja kedua Zamora adalah Tengku Fateh Abqari yang serius dan berkarisma. Fateh yang berada di hadapannya sekarang adalah Tengku Fateh Abqari yang jarang-jarang sekali dapat dilihat oleh orang ramai. Sebagai seorang ayahanda saudara kepada putera dan puteri Tengku Mahkota itu, Fateh dilihatnya sangat sabar dan ceria.
Fateh yang berada dalam bilik sakitnya ini adalah Tengku Fateh Abqari yang bergelar kawannya. Walau bagaimanapun, dia berasa layanan Fateh kepadanya lebih daripada seorang kawan. Kawan baik? Tidak. Sahabat. Lagilah bukan. Mengingatkan segala bantuan yang Fateh hulurkan kepadanya, Ema berasa Fateh melayannya seperti seorang ahli keluarga lelaki itu sendiri. Fateh menganggapnya seperti seorang adik? Begitukah?
 “Saya telefon emak saya tadi,” maklum Ema, memecahkan kesunyian antara mereka.
Fateh memandangnya dengan kening.
“Jadi, awak terima hadiah saya tu?”
Ema menjulingkan matanya.
“Kalau saya tak nak, awak hendak ambil semula?”
Nope.”
See...”
Ema menjeling. Fateh tergelak.
“Emak awak sihat? Adik-adik?” Fateh bertanya.
“Alhamdulillah, semua sihat. Saya hendak minta keluar hospital minggu depan. Saya hendak balik kampung.”
Fateh diam seketika. Hafawati diturunkan daripada ribanya apabila Hadif dan Huda turun darpada katil. Diperhatikan kembar tiga itu seketika sebelum mereka berpandangan.
“Are you sure? Awak hendak cakap apa pada emak dan adik-adik awak nanti tentang kesan luka awak ni?”
The truth. Parut-parut saya ni, lambat lagi hendak hilang. Saya tak boleh bersembunyi daripada keluarga saya selamanya. Mereka perlukan saya. Saya jua memerlukan mereka,” balas Ema.
Fateh senyum nipis dan mengangguk.
That’s good. By the way, esok saya terbang ke Malaysia.”
“Oh... Lamakah awak ke sana?”
“Biasalah, dua atau tiga hari.”
Okay. Have a safe journey.”
rasa macam dah panjanggg~ 

ke tak? hihihi.... macam mana? ok tak? 

tiba-tiba rasa TC ni panjang sangat dah.

  bila entah nak tamat??? hahaha....

komen tau! :D


Pertandingan Komentar!

Sesiapa hendak join, boleh ke group FB Serendipity :)  

Cara & syarat-syarat ada di 'pinned post'.

k.bai.

5 komen:

ada berkata...

best..

nurha berkata...

nak lagi..

Tanpa Nama berkata...

best.. mmg panjangggggggggggggggggggggggggg............... nnt rajin2kan diri add lbhhhhhhhhhhh panjggggggggggggggg lagiii.. hihihihi ^________^

salawati abd mubin berkata...

best.... bila e nak terbit bunga2 cinta antara mrk ni...tak sabar hehhe

Nur Nadheera berkata...

Waahhh.. Best plus sweet sangat hahaha.. Nak lagi boleh Cik Haliban :) comel pula tengok gambar putera & puteri tuu.. Hehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©