COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 30 Julai 2012

[cerpen] Chef Diraja Saya



Ini kisah anakanda kedua Tengku Muhammad Danish &  Cik Puan Iman (dalam novel Calon Isteri Putera Mahkota).  



Ini kisah adinda kepada Tengku Iwana (dalam e-novel Kerana Hati Bicara).


enjoy~
-----------------------------------

Haq duduk di sebalik kaunter yang memisahkan bahagian memasak dan juga bahagian tempat meja dan kerusi makan. Dia menongkat dagu, memandang gelagat chef-chef yang sedang gigih bekerja. Namun, fokusnya lebih tertumpu kepada seorang chef perempuan muda yang bernama Adlina. Adlina bergerak ke kanan, matanya ke kanan. Adlina bergerak ke kiri, matanya ke kiri. Ketua chef, Pak Cik Bani di dapur itu menggeleng sendirian melihat gelagat putera kedua Negara Darwish itu.   
“Haq nak makan?” soal Pak Cik Bani. Penat juga dia melihat  Tengku Dhiya’ul Haq yang asyik duduk menongkat dagu itu. Dia yang sudah biasa dengan putera itu daripada kecil, hanya memanggil Haq dengan namanya sahaja.
“Tak apa, pak cik. Haq tak lapar,” jawab Haq mesra, melarikan pandangannya ke arah wajah tua Pak Cik Bani pula.
“Dah tu, buat apa kat sini, Tengku? Membuang masa?” suara kecil yang dinanti-nantikan oleh Haq daripada tadi kedengaran. Haq menyuakan senyuman kepada Adlina.
“Tak lah. Saya tengah buat kira-kira.” sindir Haq dengan senyuman manisnya. Sungguh kontra! Dilihatnya Adlina menjelingnya. Haq tersengih lagi. Dia memang suka mengusik gadis itu. Entahlah, sejak Adlina mula bekerja di dapur itu beberapa bulan yang lalu, dia sudah tertarik. Tiada siapa yang tahu aktivitinya di masa lapang itu selain dayang-dayang dan pengawal-pengawal yang masuk ke dapur istana untuk makan ketika dia berada di situ.
         “Kira bawang yang Pak Cik Bani kupas?” Adlina menempelak lembut, dengan matanya dijengilkan.
         Belum sempat Haq membalas, Pak Cik Bani sudah mencelah.
         “Bercinta kat sini pula dia. Haq, kan tak siap makanan malam ni,” ucap Pak Cik Bani. Haq ketawa senang hati. Dia suka apabila Pak Cik Bani menyebut bahawa dia sedang bercinta, padahal mereka tiada apa-apa.
         “Yalah. Yalah. Pak Cik Bani dah menghalau. Haq pergi dululah.”
         Dalam perjalanan kembali ke kediamannya, Haq singgah di kediaman kakandanya, Iwana. Kelihatan gadis yang tua dua tahun daripadanya itu sedang mencari sesuatu di rak buku.
         “Akak buat apa?” tanya Haq selepas member salam. Dia duduk di kerusi hadapan meja kerja. Kakandanya berpaling dengan sebuah buku yang tidak kurang tebal di tangannya.
         “Buat research sikit. Haq ni, mesti daripada dapur. Pergi mengacau Lina, kan?”  balas Iwana lalu duduk. Dia adalah satu-satunya kakanda Haq, jadi semua rahsia Haq diketahuinya termasuklah rahsia hati pemuda itu.
         “Syhhh…” Haq meletakkan jari telunjuk di bibir.
         “Tak ada oranglah dalam bilik kerja ni. Tak payah hendak berahsia sangat dengan akak.” Iwana menjulingkan matanya.
         “Manalah tahu. Orang cakap, dinding pun ada telinga,” balas Haq. Memang dia agak berhati-hati. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu bahawa dia mengukai chef junior itu. Bonda dan ayahanda tentunya tidak tahu.
         “Itu orang cakap. Akak cakap, dinding bilik kerja akak ni sound-proof, insyaAllah.”
         “Yelah. Yelah.” Bercakap kakandanya itu, memang dia tidak akan menang.
         “Betullah, kan? Haq memang pergi kacau Lina.” Iwana membuat kenyataan.
         Haq menggaru-garu kepalanya yang memang tidak gatal. Segan, “Mana ada kacau. Haq cuma jenguk sahaja.”
         Iwana menggeleng melihat gelagat adindanya sebelum mengusik, “Iyalah tu. Orang tengah angau memang macam tu. Tengok sesaat pun dah okey, kan?”
         “Eh, mana akak tahu? Akak pernah angau ke?” balas Haq selamba.
         “Ish… ketuk kepala kang.” Iwana menjengilkan matanya. Dia tidak mahu berbincang tentang kisah cinta hidupnya tetapi kisah cinta adindanya. Lagipun, dia mana ada kisah cinta setakat ini! Tiba-tiba, dia melihat Haq tersengih sendiri. Hah, sempat pula budak ni mengelamun.
         “Dahlah, Haq. Kalau datang sini hendak berangan kahwin dengan Lina, baik Haq balik. Kalau tak, ada baiknya Haq tolong akak,” tegur Iwana.
         Haq tersengih. Nampaknya, kakandanya sudah mula serius. Iyalah, Iwana ada seorang puteri mahkota. Dia tahu, gadis itu memang sentiasa sibuk. Betul kata kakandanya, lebih baik dia membantu kakandanya itu daripada berangan kahwin dengan Lina yang entah bila akan tercapai impian itu.

** ** ** ** ** ** **

Haq mengaminkan doa yang dibacanya sebelum diaminkan juga oleh ayahanda, bonda dan kakandanya. Kemudian, dia bergerak menghampiri mereka untuk bersalaman. Ini adalah aktiviti mingguan mereka, iaitu bersolat jemaat bersama-sama. Oleh kerana tidak berpeluang melakukan perkara ini setiap kali solat, mereka sekeluarga membuat keputusan bahawa dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali mereka perlu bersolat jemaah.
         Dahulu, tentulah ayahanda yang menjadi imam mereka. Sekarang, ayahanda sudah member tugas itu kepada Haq. Lagipun, Haq sudah pun berusia dua puluh dua tahun. Pemuda seusia ini, memang patut sudah reti menjadi imam solat keluarga.
         “Haq, bonda perasan bacaan ayat suci Haq sudah semakin luas,” puji bonda, Permaisuri Iman, ketika dia menyalami wanita itu.
         Haq menguntum senyuman manis. “Alhamdulillah, bonda. Haq pun masih dalam proses belajar lagi juga.”
         “Alhamdulillah. Bagus tu, Haq. Nampaknya, Haq sudah dewasa,” sambut ayahanda, Tuanku Muhammad Danish pula.
         Iwana tersengih, “Maksudnya, Haq sudah boleh kahwinlah kan, ayahanda, bonda?”
         Haq membulatkan mata kepada kakandanya, menghantar amaran supaya gadis itu tidak membongkar rahsia hatinya kepada ayahanda dan bonda.
         “Kalau ada calon, apa salahnya. Lagipun, Haq sudah habis belajar. Ayahanda dulu pun kahwin lepas habis belajar walaupun ketika itu bonda masih lagi belajar,” balas Tuanku Muhammad Danish, membuka sedikit hikayat kisah zaman mudanya bersama Permaisuri Iman.
         Haq dan Iwana tersenyum mendengar kata-kata ayahanda mereka. Mereka beruda sudah tahu hikayat ayahanda dan bonda mereka dahulu tetapi mendengarnya berulang-ulang kali tidak langsung memudarkan perasaan teruja mereka.
         “Ayahanda, macam mana ayahanda tahu bahawa ayahanda sudah bersedia untuk berkahwin?” soal Haq. Ketika ini, hanya mereka berempat berada di bilik solat itu. Lalu, dia tidak segan bertanya hal-hal peribadi kepada ayahanda dan bondanya.
         “Tanya pada Allah, Haq. Setiap hari kita perlu mengadu pada Allah dan akan sampai satu masa bahawa Haq akan rasa sudah sampai masanya Haq hendak menghalalkan perasaan yang Haq alami. Ketika itu, insyaAllah, Allah akan datangkan keyakinan dalam diri kita,” jawab Tuanku Muhammad Danish. Dia dapat merasakan bahawa ada maknanya anakanda lelakinya itu bertanya soalan sedemikian, namun dia tidak bertanya lebih lanjut.
         Iwana dan Haq mengangguk manakala Permaisuri Iman pula menguntum senyuman mendengar ucapan tersebut. Sesi selepas solat itu seperti sudah menjadi slot pendek kursus perkahwinan pula.
         “Dalam masa yang sama, kita juga perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu rumah tangga. Bukan sekadar ada perasaan hendak kahwin tetapi tak tahu apa-apa tentang perkahwinan. Perkahwinan itu adalah untuk seumur hidup, bukan untuk hari pernikahan itu sahaja. Berpuluh-puluh tahun kita hendak hidup dengan pasangan kita, sebab itu kita kena minta tolong pada Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Kalau kita masih berasa belum bersedia, maknanya kita masih perlu mempersiapkan diri kita,” sambung Tuanku Muhammad Danish sambil memandang kedua-dua anakandanya. Kata-kata itu bukan hanya ditujukan buat mereka berdua tetapi kepada dirinya juga. Dia juga masih belajar untuk menjadi suami yang terbaik walaupun sudah lebih dua puluh tahun usia perkahwinannya bersama Permaisuri Iman.
         “Wana dan Haq sudah ada calon ke?” celah Permaisuri Iman, dengan senyuman. Dia mengerling suaminya seketika. Kemudian, dilihatnya Iwana menjeling kepada Haq yang tiba-tiba pula mengurut leher itu. Dia sudah bertahun-tahun hidup, jadi dia faham gaya badan anakanda-anakandanya.
         “Ayahanda dan bonda tak kisah siapa yang anakanda pilih. Bonda dulupun rakyat biasa sahaja,” sambung Permaisuri Iman apabila Iwana dan Haq tidak menjawab.
         “Rakyat biasa yang luar biasa pada pandangan ayahanda,” sampuk Tuanku Muhammad Danish, menjeling manja ke arah permaisuri hatinya itu.
Lantas, Iwana dan Haq tersengih apabila bonda mereka menampar lembut lengan ayahandanya. Mereka berdua bahagia melihat ayahanda dan bonda mereka yang masih lagi mesra itu.
 
** ** ** ** ** ** **

“Saya ada hadiah untuk awak.”
         Lina mengangkat wajah daripada hidangan yang diuruskannya. Dia memandang sekeliling sebelum memandang pemuda itu dengan kerutan. “Hari ini hari jadi kakanda Tengku. Kenapa pula saya yang dapat hadiah?”
         “Saya dah bagi hadiah pada kakanda saya. Giliran awak pula,” jawab Haq dengan sengihan.
         “Tapi hari ini bukan hari jadi saya,” balas Lina. Kemudiannya, dia bergerak untuk memeriksa makanan-makanan lain. Makanan-makanan pada majlis ulangtahun hari jadi Tengku Iwana itu adalah dibawah seliaannya. Dia juga bimbang orang akan memandang dia pelik jika berbual-bual dengan Tengku Dhiya’ul Haq.
         “Tak apalah. Saya tetap hendak beri hadiah pada awak tapi hadiah awak ada di dapur. Saya tak boleh bawa ke sini sebab hadiah awak akan hilang nanti. Nanti awak boleh tuntut hadiah awak dengan Pak Cik Bani, ya?” ujar Haq sebelum berlalu.
         Lina memandang tubuh lelaki itu. Dia kemudiannya menggeleng sendiri. Macam-macam sungguh karenah anakanda Raja mereka itu. Namun, dia tetap ingin tahu apa hadiah yang akan dituntutnya daripada Pak Cik Bani nanti. Nampaknya, Pak Cik Bani telah berkonspirasi dengan Tengku Dhiya’ul Haq.
         “Hai, Lina.” Tegur seseorang.
         Lina pantas berpaling kerana dia kenal benar akan suara tersebut. Tengku Iwana. Lalu, senyuman manis diukir untuk gadis yang berdiri di sebelahnya itu. “Tengku, Selamat Ulangtahun Hari lahir,” ucap Lina seraya menundukkan kepalanya seketika sebelum mengangkatnya kembali.
         “ Terima kasih. Terima kasih juga sebab sudi sediakan makanan untuk majlis ini,” balas Tengku Iwana.
         Lina menggeleng sendiri. Tengku Iwana memang ramah dengan staf istana, “Memang tugas saya, Tengku. Tak perlu ucapkan terima kasih.”
         “Ucapan terima kasih itu perlu sebab ia akan mengeratkan hubungan kita, Lina,” balas Tengku Iwana sebelum mengambil sebiji pinggan kecil untuk diisi makanan yang ada di situ. Lina membantu Tengku Iwana.
         “Lina, kalau saya minta satu hadiah daripada awak, boleh tak?”
         Bulat mata Lina mendengar soalan Tengku Iwana. Terkebil-kebil dia memandang puteri mahkota Darwish itu. Hadiah untuk Tengku Iwana??? Manalah dia ada duit untuk membelikan hadiah kepada Tengku Iwana. Takkanlah dia hendak menghadiahkan barangan yang murah? “Tengku…”
         “Saya bukan hendak minta sesuatu yang susah. Senang sahaja, Lina. I promise. Boleh?” Tengku Iwana memotong.
         Lina semakin serba-salah, “InsyaAllah, tengku. Saya akan cuba usahakan.”
         Tengku Iwana menguntum senyuman sebelum menghampiri Lina. Dia berdiri sekaki daripada chef junior itu. “Lina, it will make me happy if the answer will be a yes.” Kemudiannya, Tengku Iwana berlalu daripada situ begitu sahaja.
         Sekali lagi dia terkebil-kebil. Sebenarnya, dia tidak faham apa yang ingin dikatakan oleh Tengku Iwana. Tadi, Tengku Iwana menginginkan hadiah daripadanya. Kemudian, Tengku Iwana mahukan jawapan ‘Yes’. Apa sebenarnya hadiah yang diingini oleh Tengku Iwana dan ‘Yes’ itu pula untuk apa? Pening kepalanya.
         Selesai majlis sambutan hari lahir Tengku Iwana, Lina terus berlalu ke dapur istana. Tugasnya di situ sudah selesai. Tugas memantau dan mengemas makanan dan dewan itu pula adalah tugas orang lain. Di dapur istana, dia melepaskan penat lelahnya pada hari itu.
         Pak Cik Bani yang perasan kepulangan Lina di dapur istana itu hanya membiarkan juniornya itu berehat untuk seketika. Pak Cik Bani adalah ketua chef istana, jadi dia hanya memantau sekali sahaja majlis ulangtahun hari jadi Tengku Iwana tadi sebelum kembali ke dapur istana untuk tugas-tugas yang lain.
         “Macam mana majlis tadi, Lina?” soal Pak Cik Bani berbasa-basi.
         “Alhamdulillah, meriah juga pakcik. Makanan pun Alhamdulillah cukup dan semua orang nampak berpuas hati,” jawab Lina.
         “Penat sangat pula pak cik tengok Lina.”
         “Penatlah sikit pak cik.” Lina tersengih. Malu pun ada dengan Pak Cik Bani. Iyalah, dia masih muda tapi sudah mudah penat seperti orang tua pula.
         “Dalam peti tu ada sesuatu untuk kamu. Tengoklah di tingkat lima” Pak Cik Bani menunjuk ke arah peti sejuk dapur istana di belakang Lina.
         Lina segera berpaling. Dalam kepalanya sudah tergambar makanan yang enak tersimpan untuknya. Apatah lagi, dia hanya sempat melapik perutnya dengan roti sahaja untuk sejak pagi tadi. Dibuka pintu peti sejuk itu dan dia menjengah ke tingkat lima peti sejuk itu. Apa yang dia adalah satu papan yang dipenuhi dengan 6 biji kek cawan. Lina berpaling kepada Pak Cik Bani. “Cupcakes ini kah, pak cik?”
         Apabila pak cik Bani mengangguk, Lina mencapai papan kek cawan itu dan menariknya keluar. Seketika kemudian, dia terkebil-kebil memandang kek-kek cawan yang sudah berapa di atas meja. Lima kek cawan yang mempunyai bentuk hati manakala sebutir lagi ada tertulis ‘Will You Marry Me?’ 


Bulat mata Lina sebelum dia memandang Pak Cik Bani. “Pak cik, apa ni?”
         Pak Cik Bani kemudian ketawa apabila dirasakan Lina sudah salah faham. “Bukan dari pak cik, Lina. Daripada Haq.”
         Lina menarik nafas lega apabila kek-kek cawan itu bukanlah daripada Pak Cik Bani namun, apabila ketuanya itu menyebut nama Haq, dia terkedu. “Haq???”

 
         ** ** ** ** ** ** **

Lina meramas jari-jemarinya. Kepalanya daripada tadi menunduk kerana tidak berani memandang dua insan ahli keluarga diraja di hadapannya sekarang ini.
         “Macam mana, Lina? Apa keputusan Lina?” soal Permaisuri Iman. Wajahnya dihiasi senyuman kerana dia tidak mahu Lina terlalu gementar.
         Lina diam lagi. Dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Dia sekarang sedang menghadap Permaisuri Iman dan Tengku Iwana gara-gara Tengku Dhiya’ul Haq yang membuat kek cawan untuk melamarnya. Tahulah dia adalah seorang chef, tapi perlukah melamar menggunakan kek? Tapi cara itu pun romantik juga sebenarnya.
         “Hari tu saya sudah cakap pada Lina, it will make me happy if the answer will be a yes,” ujar Tengku Iwana pula.
         Lina terdiam lagi. Ooo… inilah rupanya perkara yang diperkatakan oelh Tengku Iwana pada majlis ulang tahun tempoh hari.
         “Lina tak sukakan Haqkah?” tanya Permaisuri Iman lembut. Nampak seperti Lina susah hendak memberikan jawapan. Adakah gadis itu sudah mempunyai pilihan sendiri?
         “Bukan macam tu, Tuanku. Saya tak pernah bencikan Tengku Haq,” jawab Lina.
         Permaisuri Iman tersenyum, “Lina tersalah jawapan ni. Saya tak pun cakap Lina bencikan Haq. Lina jangan risau. Saya tak akan marah jikalau Lina hendak menolak. Mungkin Lina sudah ada kekasih?”
         Lina menggeleng, “Tak ada, Tuanku.”
         “Jadi, kenapa Lina masih belum ada jawapan? Lina ada masalahkah?” soal Permaisuri Iman lagi.
         “Saya keliru, Tuanku. Saya hanya kuli istana. Saya tidak layak untuk perkara-perkara sebegini,” ujar Lina jujur.
         Iwana berpandangan dengan bondanya sebelum mereka berdua memandang Lina kembali, “Lina, kami tak pernah menganggap staf istana sebagai kuli. Malah, kami sudah mengganggap kita semua sebagai satu keluarga yang saling memerlukan dan membantu antara satu sama lain. Jangan terlalu rendah diri, Lina.”
         “Apa maksud Lina dengan tidak layak? Sebab Lina bukan berdarah diraja? Lina, awak pun tahu saya juga rakyat biasa dahulu,” sambung Permaisuri Iman pula.
         Lina mula serba salah, “Saya tidak bermaksud hendak menghina Tuanku. Maafkan saya.”
         Permaisuri Iman ketawa. “Tidak, Lina. Tidak timbul hal hina-menghina di sini. The point is, sekarang ini awak jangan fikirkan sangat perbezaan taraf. Di mata Allah, kita semua sama sahaja, Lina. Apa yang membezakan kita hanyalah taqwa kepada-Nya.”
         Lina hanya mengangguk mendengar tazkirah pendek daripada permaisurinya itu.
         “Ataupun, Lina tak yakin bahawa Haq boleh menjadi suami yang baik untuk Lina?” soal Iwana pula. Mereka berusaha mencari penyelesaian kepada kenapa Lina susah hendak menerima Haq. Hakikatnya, mereka tidak tidak jika Lina menjadi isteri Haq.
         “Bukan begitu, Tengku. Saya yang tidak yang saya boleh menjadi isteri kepada Tengku Haq,” jawab Lina, masih menunduk daripada tadi.
         Permaisuri Iman menggeleng sendiri. Gadis di hadapannya itu sungguh degil. “Lina, cuba angkat wajah awak. Pandang saya,” arah Permaisuri Iman akhirnya.
         Lina mula kecut perut mendengar suara Permaisuri Iman yang sudah mula timbul nada arahan itu. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya, memandang dua insan di hadapannya. Namun, apa yang dilihatnya adalah wajah-wajah yang penuh dengan senyuman manis.
         “Lina, jawab pendek sahaja kepada soalan saya ini. Lina sukakan Haq atau tidak?”
         Lina terkelu seketika. Hendak kata dia tidak suka, tidak juga. Hendak kata dia suka, dia sendiri keliru. Hakikatnya, dia sudah fikirkan perkara ini selama beberapa hari sudah.
         “Sudi tak Lina jadi menantu saya?” lamar Permaisuri Iman sendiri, bagi pihak anakanda lelakinya.
         Lina jadi tergamam. Permaisuri Iman melamarnya!


         ** ** ** ** ** ** **


Beberapa tahun kemudian…

“Teringat pula saya, betapa susahnya awak hendak menerima saya dulu,” ujar Haq kepada isterinya yang berada di sisinya di kepala katil itu. Di tengah-tengah mereka, terdapat seorang insan kecil yang sangat dikasihi oleh mereka berdua. Haq mengusap kepala si kecil cinta hati mereka itu.
         Lina menguntum senyuman, “Jodoh, bukanlah perkara main-main. Mestilah Lina perlu fikir masak-masak dahulu. Lagipun, awak tu adalah seorang putera, bukan sebarangan orang.”
         Sebenarnya, mereka sedang berbincang tentang lamaran daripada seorang menteri untuk menjodohkan kakanda mereka dengan anaknya. Memang Tengku Iwana masih belum berkahwin sedangkan mereka berdua sudah mempunyai seorang anakanda yang bernama Tengku Uqail.
         “Sampai bonda sendiri melamar awak untuk saya, baru awak terima saya.” Haq memandang wajah isteri yang dinikahinya beberapa tahun yang lalu.
         “Lamaran Permaisuri, mana berani saya hendak tolak,” balas Lina, sengaja mengusik suaminya. Haq tersengih sebelum mencuit hidung si isteri. Dia tahu isterinya bergurau sahaja.
         “Alhamdulillah. Sekarang awak sudah menjadi milik saya. Dulu awak chef diraja untuk semua. Sekarang, awak adalah chef diraja yang esklusif untuk saya seorang.” Haq tersenyum.
         “Ya, hanya untuk awak,” sambut Lina, membalas senyuman suami yang tercinta.

-TAMAT-

14092012. 0507.
        
untuk kisah Iwana, sila ke KHB.


sebarang kesilapan ejaan, sila maafkan cik haliban.
 

KOMEN PLEASE~ TQ.

5 komen:

munirah fierus berkata...

best! sukelah~ :)

Idha_chunhyang berkata...

suka suka suka ^_^

SYIRA Reyes berkata...

Best!!Suka suka suka..

Nur Eza berkata...

Sweetnya..suka

Nur Nadheera berkata...

Terbaiklahh... :)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©