COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label MCI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCI. Papar semua catatan

Ahad, 4 Disember 2011

MCI SP#3

Piano Thank You Allah -
http://www.youtube.com/watch?v=tHGOZSLxvsQ
Piano For The Rest of My Life - 
http://www.youtube.com/watch?v=BgWGgf_fyIA

Cik haliban personally suggest you guys/girls dengar lagu ni sambil baca SP#3 ini untuk mood membaca. :)


Syuqaira memandang wajahnya yang terpantul di cermin setelah selesai memakai tudungnya. Birai tudung dibetulkan beberapa kali sebelum dia mengukir senyuman dan berlalu ke pintu untuk keluar bilik. Tentulah tidak manis jika dia hanya berkurung sahaja di dalam bilik apabila berada di rumah keluarga mentuanya. Apatah lagi dia memang sudah kenal rapat dengan adik perempuan dan ibu suaminya sebelum dia bernikah lagi.
Perlahan-lahan kakinya melangkah turun tangga dari tingkat atas. Kedengaran di telinganya gema bunyi piano dimainkan. Syuqaira tersenyum. Dia seperti sudah dapat mengagak lagu apakah yang sedang dimainkan itu. Apa yang dia tidak dapat agak ialah siapa yang bermain piano itu. Almaklumlah, semua ahli keluarga mentuanya memang pandai bermain piano.
          Bibirnya bergerak-gerak, menyanyikan lirik lagu itu perlahan.

[1]Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

Tiba di ruang tamu, dia melihat suaminya sedang berdiri di sisi piano hitam yang tersedia di satu sudut. Apabila suaminya menyedari kehadirannya di situ, lelaki itu menyuakan senyuman kepadanya. Syuqaira membalas senyuman itu, tetapi masih berdiri di situ. Dia melihat belakang Airi yang khusyuk bermain piano tanpa menyedari kehadirannya.
          Syuqaira jadi kagum dengan adik iparnya itu. Matanya memandang jari-jemari gadis itu yang rancak bergerak di atas piano itu. Iyalah, dia bukannya reti main piano, jadi dia merasakan bahawa orang yang mahir bermain instrument itu bukanlah sebarangan orang.
Bunyi yang mendayu-dayu semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Syuqaira mula bergerak perlahan menghampiri dua orang kesayangannya itu.
“Alhamdulillah. Okey dah tu, dik,” ujar suaminya kepada Airi.
          “Tapi rasa macam ada je tune yang tak kena tadi,” adu adik iparnya pula dengan nada manja dan sedikit tidak puas hati dengan kerjanya sendiri tadi.
          “Tak apa, esok kita praktis lagi,” jawab si abang kepada Airi itu.
          Syuqaira yang sudah berada di belakang Airi itu meletakkan tangannya di atas bahu gadis itu. Pantas sahaja Airi berpaling ke arahnya.
          “Akak! Aduh... terkejut Airi.”
          Syuqaira tersengih. Dia tidak sangka pula Airi akan terkejut. Dia bukannya sengaja ingin mengejutkan gadis itu. Sangkanya, Airi sudah sedar dia berada di ruang tamu itu.
          “Sedap dengar Airi main tadi,” puji Syuqaira setelah meminta maaf.
          Airi hanya tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tengok tu. Kak Syuq pun dah puji. Dah okeylah adik main, cuma perlu sentiasa praktislah,” ujar suaminya pula. Syuqaira bergerak berdiri di sisi suaminya. Tangan suaminya serta-merta bergerak memeluk pinggangnya seperti mana dia memeluk belakang pinggang suaminya.
“Kenapa nak praktis-praktis ni? Ada event apa-apakah?” soal Syuqaira. Setahu dia, selama ini Airi hanya bermain piano di rumahnya untuk suka-suka sahaja. Tiba-tiba pula perlu berlatih.
“Ni ha. Budak kecik ni nak buat performance kat kolej,” si suaminya tolong menjawab soalannya. Airi sudah tersengih malu. Syuqaira tersenyum. Wah. Wah. Wah. Sudah maju adik iparnya itu.
“Event apa, Airi?”
“Musical Theatre untuk Campus Dakwah Project,” jawab Airi malu-malu.
Syuqaira mengangguk. Kalau sebut Campus Dakwah Project ataupun nama pendeknya CAMPRO, dia akan mengerti. CAMPRO adalah sebuah program sebulan yang wajib diadakan pada setiap semester di kolej bekas tempat dia menyambung pelajarannya dahulu. Walaubagaimana pun, dia rasa program Musical Theatre adalah satu aktiviti baru dalam CAMPRO.
“Airi jadi one of wakil kolej ke?” Soal Syuqaira lagi.
“Ha’ah. Entah macam mana ada kawan Airi yang tahu Airi boleh main piano ni bagi nama Airi untuk performers.” Airi menjawab sambil bangun dari duduknya di hadapan piano pula, membiarkan si abang mengambil tempatnya. Syuqaira memandang sahaja suaminya yang sudah duduk di kerusi piano itu.
“Jemput performers dari luar tak?” Syuqaira makin berminat. Sudah lama dia tidak menziarahi kolej itu. Teringin pula pergi. Apatah lagi, program CAMPRO ini sebenarnya memang terbuka kepada orang luar, bolehlah dia dan suami pergi melihat adik iparnya itu membuat persembahan.
“Ada jemputan luar Ustaz Nazrey ex-Raihan dulu tu.”
Syuqaira mengangguk beberapa kali.
“Nanti bolehlah akak tengok Airi buat performance eh,” ujar Syuqaira mencuit pipi gadis itu. Airi tersengih lagi sebelum berlalu. Malu sangat pula gadis itu. Syuqaira menggeleng sahaja sebelum melihat suaminya yang sedang duduk sambil memandangnya itu.
“Kenapa pandang saya, Encik Muhammad Zafir?” soal Syuqaira dengan kening terangkat.
“Pandang isteri sendiri dapat pahala, Puan Syuqaira. Meh, duduk sini,” balas suaminya sambil menghulurkan tangan ke arahnya.
Syuqaira tersenyum manis, menyambut tangan lelaki itu sebelum turut melabuhkan dirinya di sisi suaminya rapat.
“Nak request lagu apa?” soal Zafir, memandang si isteri di sebelahnya dengan senyumanDia akan minta isterinya request lagu untuk dia main. . Memang sudah biasa mereka begitu kalau tidak ramai yang ada di rumah itu. Bolehlah dia dan isteri bermanja sedikit menggunakan piano itu. Kali ini, Syuqaira hanya mengangkat bahu.
“Tak kisah lagu apa tapi nak request benda lain,” Syuqaira meleretkan ayatnya yang tidak sempurna.
“Apa?” soal Zafir.
“Nak request Encik Muhammad Zafir nyanyi sekali, bukan main piano saja. Boleh?” soal Syuqaira dengan mukanya yang dibuat-buat comel.  Terangkat kening Zafir mendengar permintaan isteri tercintanya. Aiks... selama ni tak pernah minta pun.
“Nanti kang hujan turun, yang,” jawab Zafir bersahaja. Syuqaira memuncung bibirnya seketika.
“Alah... suara abang okey apa. Please...” Syuqaira memujuk suaminya. Dipegang lengan suaminya manja.
“Hurm... yalah, Puan Syuqaira. Anything for you.” Zafir mencuit hujung hidung isterinya. Kemudian, jari-jemarinya mula menari di atas papan-papan piano. Perlahan-lahan, kedengaran gema daripada piano itu berkumandang di ruang itu. For The Rest Of My Life oleh Maher Zain. Seketika kemudian, kotak suara Zafir mula mengeluarkan suara.  Syuqaira senyum puas hati. Dia melentokkan kepalanya di bahu suami.

[2]I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

          Syuqaira mengangkat kepala  dengan senyuman manis sekali apabila bunyi piano sudah tidak kedengaran. Dipandang wajah suaminya dengan penuh rasa kasih sayang.
          “Terima kasih, abang,” ucapnya lembut. Sebetulnya, mendengar suara suaminya menyanyikan lagu itu tadi, dia berasa seperti itu adalah luahan sebenar suaminya. Terasa dirinya begitu disayangi. Alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan.
          “Anything for you,” ulang Zafir sekali lagi, membalas renungan lembut si isteri pertama dan terakhirnya, insyaAllah.

-TAMAT SP#3-

------------
Sorry ini bukan sambungan IAPH.. 

SP#3 ni tak der reveal apa-apa pun, saja nak tulis bab lepas Syuqaira kahwin. Rasa mcm meniru scene Hero SP Hilal Asyraf pun ada sebab bab main piano. hehe... tapi sy x tiru ye. 

CAMPRO is © to IIUM

Thanks for stay tune with cik haliban. :)


[1] Artist: Maher Zain. Album: Thank You Allah. Copyright: Awakening Records 2009
[2] “For The Rest Of My Life” by Maher Zain. Album: Thank You Allah. © Awakening Records 2011

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)
Read more...

Sabtu, 8 Oktober 2011

MCI SP 2

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.
Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Amin.[1]”
Syuqaira meraup tapak tangannya ke wajahnya, mengaminkan doa yang dibaca dan diamalkan selama ini selepas solat tahajjud dan solat istikharah. Kemudiannya, tangan kanannya didekatkan dan diletakkan di atas bahagian kiri bawah dadanya. Kala itu, dadanya berdegup sedikit kencang daripada biasa. Itulah yang dirasainya selama seminggu ini, setiap kali selepas dia menunaikan solat istikharah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik buat dirinya.
 Seminggu sudah berlalu. Ayah dan umminya tentu akan menunggu dia memberitahu keputusannya pada pagi esok. Jantungnya berdegup sedikit pantas setiap kali dia memikirkan perkara yang melibatkan keseluruhan hidupnya selepas ini. Hatinya sudah pun amat cenderung pada satu keputusan. 

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu[2]

            Insya-Allah, dia akan... terima.

* * * * *

“Kak Syuq!!!”
Syuqaira mengangkat muka daripada barang-barang hantaran, memandang orang yang memanggilnya di muka pintu. Melihat wajah yang terjengul itu, jantungnya berdegup dengan lebih kencang daripada tadi, gementar. Walaubagaimanapun, dia juga berasa gembira kerana rombongan yang disertai oleh gadis itu selamat tiba di rumahnya saat itu.
            Syuqaira mengukir senyuman terhadap gadis yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik dan menghampirinya itu. Rombongan yang disertai oleh gadis itu tentulah penting untuk tiba dengan selamat kerana gadis itu datang bersama rombongan pengantin lelaki yang akan menikahinya beberapa minit lagi, insyaAllah.
            “Airi,” dia menepuk lembut tilam di sisinya supaya gadis itu duduk di birai katil di sebelahnya itu. Wajah Airi nampak berseri-seri, mungkin lebih berseri—seri daripadanya. Hehehe...
            “Cantiknya akak,” puji Airi seraya duduk di sisinya. Syuqaira tersenyum manis. Orang yang memakai pakaian pengantin, memang akan kelihatan sedikit bergaya daripada biasa. Kalau orang lain berbaju kebaya pengantin, dia pula berjubah pengantin. Siapa kata jubah tidak boleh dijadikan pakaian pengantin? J
            “Baju sahaja yang cantik, Airi. Akak biasa saja,” balas Syuqaira. Dia mencubit pipi Airi yang memang daripada tadi tersengih sahaja. Gembira sungguh gadis itu.
            “Ala, Kak Syuq ni. Airi bukan cakap pasal bajulah. Airi cakap pasal akak,” jawab gadis itu kembali, membuatkan Syuqaira tersenyum manis lagi.
            “Airi dah lama sampai?” soal Syuqaira. Kalau Airi sudah lama sampai, tentulah pengantin lelaki juga sudah ada di ruang tamu rumah itu. Syuqaira memandang jam di dinding biliknya. Kalau diikutkan, dia akan dinikahkan pada pukul sepuluh setengah pagi. Sekarang, sudah pukul sepuluh lima belas pagi. Tinggal lima belas minit sahaja lagi dia akan menamatkan zaman perseorangannya. Selepas ini, hidupnya bukan lagi seorang tetapi berdua.
            “Dalam sepuluh minit. Airi lari naik atas, datang sini sebab tak sabar nak tengok akak. Biar Airi tengok dulu, baru abang boleh tengok,” jawab Airi dengan sengihan nakalnya. Syuqaira hanya menggeleng dengan senyumannya. Apa-apa sahajalah gadis ini. Airi bakal menjadi adik iparnya.
            Dua minggu yang lalu, dia memberi keputusan kepada ummi dan ayahnya bahawa dia menerima lamaran orang yang merisiknya daripada ibubapanya itu. Seminggu kemudian, ada rombongan meminang yang datang. Apa yang mengejutkannya adalah kehadiran juniornya yang pernah menjadi teman sebiliknya di kolej, Airi. Rupa-rupanya, pemuda yang berhubung dengan ayah dan umminya adalah abang kepada Airi.
Hari itu, Airi juga sentiasa dengan senyuman padahal di kepalanya penuh dengan persoalan. Walaubagaimanapun, dia tidak mempunyai kesempatan untuk berbual panjang dengan gadis itu.
            “Akak turun ke nanti, semasa abang lafaz ijab kabul?” soal Airi.
            “Tak. Akak duduk kat bilik ni sahaja,” jawab Syuqaira. Airi mungkin ingin turun, melihat saat abangnya melafazkan akad nikah terhadap dirinya. Pada telahannya, sebagai seorang adik, Airi tidak mahu melepaskan peluangnya melihat abangnya bertukar status daripada bujang kepada status seorang suami.
            Dia melihat gadis itu mengangguk beberapa kali.
            “Apa perasaan akak sekarang? Airi rasa gembira sangat sebab akak akan jadi kakak ipar Airi. Bolehlah Airi jumpa akak selalu selepas ini,” ulas Airi.
            Airi senyum sahaja. Sebenarnya, dia tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaannya kepada gadis itu. Dia sungguh bersyukur dan gembira kerana jodohnya cepat sampai selepas dia tamat belajar. Baginya, memang Allah telah menetapkan segala-galanya dan bukan semua orang bernasib sepertinya. Saat ini, dia cuma berharap masjid yang akan dibinanya bersama abang gadis itu akan berkekalan dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Al-Furqan 25:74)

            “Akak nak tahu sesuatu tak?”
            Syuqaira mengangkat kening ke arah Airi. Sepertinya,gadis itu ingin membongkar sesuatu rahsia pula. Okey... dia sudah mula rasa saspens, sedikit sebanyak menghilangkan rasa gementarnya terhadap majlisnya beberapa minit lagi. Dia diam, menunggu kata-kata seterusnya daripada gadis itu.
            “Erm... tak apalah. Biar abang sajalah yang cerita dengan akak lepas ni.”
            Bulat sedikit mata Syuqaira mendengar kata-kata itu. Sungguh anti-klimaks. Apalah airi ni...
            “Airi ni memang sengajakan...” Syuqaira mencuit pinggang gadis itu. Airi ketawa kecil dan tersengih.
            “Okey. Okey. Airi cerita. Akak ingat tak yang Kak Hijrah pernah lamar akak untuk seseorang?”
            Syuqaira mengangguk sahaja. Dia masih ingat perkara itu walaupun sudah hampir setahun lebih peristiwa itu berlalu.
            “Sebenarnya, orang yang lamar akak tu adalah abang.”
            Hah? Syuqaira memandang Airi dengan perasaan tidak percaya. “Airi pasti ke?” soalnya kembali.
            “Mestilah Airi pasti sebab Airilah yang cadangkan abang supaya lamar akak. Abang bagitahu Airi yang Kak Hijrah akan tanya akak pasal perkara tu.”
            Syuqaira terdiam. Sedikit rasa bersalah timbul di hatinya apabila dia teringatkan hubungannya dengan Airi selepas dia menolak lamaran tersebut sedangkan Airi tahu bahawa pemuda itu adalah abangnya. Hubungan mereka berdua langsung tiada perubahan, malahan dia dapat merasa Airi dan dia lebih rapat selepas itu. Itu bermakna, Airi betul-betul menjalinkan ukhuwah dengannya bukan kerana gadis itu inginkan dia bersama abangnya tetapi kerana ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu yang berkuasa. Ikhlaslah yang mengeratkan hubungan mereka berdua biarpun dia sudah menolak lamaran daripada abang gadis itu setahun yang lalu.
            “Airi tak marah akak tolak lamaran itu?” soal Syuqaira. Dia melihat gadis itu menggeleng.
            “Taklah. Sebab Airi tahu, Allah sudah menciptakan perkara yang terbaik untuk setiap hambaNya. Masa tu, Airi fikir bahawa kemungkinan abang dan Kak Syuq bukanlah pasangan yang terbaik. Abang mungkin akan berjumpa pasangannya yang terbaik lagi, dan Kak Syuq juga mungkin akan jumpa orang yang terbaik buat akak.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur: "...dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Lagipun, Airi memang sayangkan akak. Takkan Airi hendak marah akak hanya sebab akak tolak lamaran abang padahal akak sendiri tak tahu itu adalah lamaran abang. Walau apapun, sekarang ini sudah terbukti bahawa jodoh abang memang dengan akak. Cuma setahun yang lalu mungkin bukan waktu yang terbaik untuk perkara itu. Jadi, Allah tangguhkan kepada masa yang terbaik iaitu sekarang.”
            Syuqaira mengangguk setuju dengan jawapan Airi. Dia memanjatkan syukur kerana gadis itu memahami dirinya. Sedikit-sebanyak, jawapan itu berupa tazkirah ataupun peringatan untuk sesiapa sahaja yang mendengarnya.
            “Terima kasih, Airi. Akak pun sayangkan Airi.” Syuqaira memeluk gadis di sebelahnya itu. Airi membalas pelukannya.
            “Tak. Terima kasih sebab akak sudi jadi isteri abang Airi. Tapi selepas ini, tentu akak lebih sayangkan abang daripada Airi,” balas Airi berserta usikan nakal. Syuqaira mencuit lagi pinggang Airi, membuatkan gadis itu ketawa dan mengelak.
            “Okey, akak. Airi turun dulu. Lepas ni, Airi naik dengan abang sayang akak,” ujar Airi sambil berlalu keluar dengan sengihannya. Syuqaira hanya mampu tersenyum dan menggeleng dengan telatah gadis itu.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)

-TAMAT SP-



[1] Doa Jodoh. Sumber : (http://halaqah.net/)
[2] Kupinang kau dengan bismillah – Ungu & Rossa

KOMEN??? ^_^
Read more...

Ahad, 2 Oktober 2011

MCI - SP 1 -

by *Nayzak

Syuqaira memandang pemandangan di luar kereta yang dipandu oleh ayahnya. Dia, ayah dan umminya baru sahaja keluar daripada kawasan asrama kolej. Belakang kereta Naza Ria yang dipinjam daripada bapa saudaranya itu penuh dengan barang-barangnya selama empat tahun dia berada di asrama tersebut. 

Dia sudahpun menamatkan lanjutan pelajarannya, hanya menunggu majlis graduasi sahaja. Semalam adalah malam terakhir dia bermalam di situ. Hatinya sudah berasa rindu pula dengan suasana belajar apabila dia sudah tamat belajar begini. Entah bila lagi dia akan menjejakkan kakinya ke kolej tersebut.

    Pelukan Airi semasa dia ingin berangkat tadi, seakan-akan masih terasa. Hatinya berasa sayu walaupun ketika itu Airi sedang tersenyum ceria.

    “Akak, nanti kita jumpa lagi,” ujar Airi, memandang wajahnya.
Syuqaira mengangguk sahaja walaupun dia tidak tahu bilakah Allah akan mentakdirkan dia untuk bertemu lagi dengan gadis itu. Airi sudah dianggap seperti adik yang dia tidak pernah ada. Menjadi anak tunggal dalam keluarga, dialah kakak, dialah adik.

Ayahnya membawa mereka makan di restoran ikan bakar sebelum mereka singgah di Masjid Negeri untuk solat jamak Zohor dan Asar terus.
 
“Kakak.”
 
Syuqaira yang baru sahaja hendak melangkah ke kawasan wanita mengikut umminya itu berpaling apabila ayahnya memanggilnya.
 
“Nanti ayah tunggu di tangga sana. Ayah dan ummi ada sesuatu hendak cakap dengan kakak.”
 
Syuqaira memandang tangga di hadapan kawasan masuk lelaki yang ditunjukkan oleh ayahnya sebelum memandang umminya yang ternyata sedang memandangnya itu. Kemudian, dia mengangguk kepada ayahnya.
 
Muncul persoalan di mindanya. Apakah yang penting sangat sehingga ayah dan umminya tidak menunggu sehingga mereka pulang ke rumah terlebih dahulu? Walau apapun, dia berusaha untuk melupakan persoaln itu sebelum solat kerana dia perlu khusyuk dalam solat. Kemungkinan besar untuk dia tidak khusyuk sepenuhnya ada. Walau bagaimanapun, apa yang wajib adalah usaha untuk khusyuk itu.
 
Selesai solat, dia mengikut langkah kaki umminya. Dari jauh, dia nampak ayahnya sedang bersalam dengan seorang pemuda sebelum pemuda itu berlalu. Dia tidak nampak wajah pemuda itu. Terdetik di hatinya, ramah pula ayahnya dengan orang-orang di sini.
 
“Duduk, kakak,” arah ayahnya setelah umminya mengambil tempat di sisi ayahnya di tangga teratas itu. Syuqaira mengikut sahaja kata-kata ayahnya. Dia melabuhkan diri dua buah anak tangga di bawah ayah dan umminya.
 
“Ada apa, ayah?” soal Syuqaira hairan apabila melihat ayah dan umminya sedikit serius.
 
“Kakak pernah cakap dengan ummi dan ayah bahawa kakak hanya akan kahwin selepas tamat belajar. Sekarang, kakak pun dah habis.”
 
Syuqaira mengangguk sahaja mendengar permulaan bicara ayahnya. Umminya di sebelah ayah itu menyuakan senyuman.
 
“Sebenarnya lebih kurang setahun lebih yang lalu, ada orang datang merisik kakak,” sambung umminya.  

Syuqaira terkaku seketika. Merisik dirinya? Setahun lebih yang lalu? Mengapa ayah dan umminya baru memberitahunya perkara ini? Jangan cakap ummi dan ayah sudah bersetuju dengan risikan tersebut, hatinya berkata-kata tetapi mulutnya tetap senyap. Tiba-tiba dia teringatkan lamaran pertama yang dia dapat melalui Kak Hijratul ketika dia masih berada di tahun ketiga di kolej.
 
“Oleh sebab ketika itu kakak masih sedang belajar, kami tidak terima tetapi kami juga tidak menolak,” ujar umminya lagi.
 
“Maksudnya?” soal Syuqaira sepatah.
 
“Kami beri dia masa dan pilihan. Kami pinta dia tunggu sehingga kakak habis belajar sebelum datang semula. Kalau dia tidak sanggup, kami benarkan dia cari orang lain sebab kami tak mengikat dia dengan apa-apa ikatan,” balas ummi.
 
Syuqaira lega sedikit. Dia bersyukur kerana ummi dan ayahnya memahami dirinya dan beristighfar kerana sudah tersalah sangka dengan ibubapanya sebentar tadi.
 
“Walaupun kakak belum officially graduate tetapi sekarang kakak sudah tamat belajar dan ayah dapat tahu bahawa dia masih menunggu kakak,” ujar ayahnya kembali.
 
Syuqaira tergamam kembali. Pemuda itu masih menunggunya? Kenapa? Kenapa tidak cari sahaja gadis lain?
 
“Kalau kakak sudah ada pilihan sendiri, kami tidak memaksa. Kami juga bukan mahukan keputusan kakak sekarang. Kami hendak kakak buat solat istikharah dulu banyak-banyak sebelum beri keputusan kakak. Kalau boleh, dalam masa seminggu. Boleh, kakak?” umminya pula menyambung bicara.
Syuqaira diam seketika. Dia tidak mempunyai pilihan sendiri tetapi cukupkah masa seminggu yang diberi?
 
“Ayah nak kakak tahu bahawa kami yakin bahawa dia adalah pemuda yang baik, jujur dan serius. Dia bukan sahaja tidak bertemu dan menaburkan janji-janji manis pada kakak tetapi dia datang pada ayah dan ummi, sebagai wali dan ibubapa, dengan cara yang berhormat untuk bertanya tentang kakak.”
 
Syuqaira diam apabila mendengar sifat-sifat yang disebut oleh ayahnya itu. Syuqaira jadi tertanya siapakah pemuda yang begitu berani pergi bertemu dengan ayahnya secara terus tanpa memberitahunya itu. Betul kata ayah, pemuda itu serius dan sanggup menunggunya. Walau apapun, dia perlu meminta petunjuk daripada Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya terlebih dahulu.

-BERSAMBUNG-

cik haliban rasa bersalah sebab dah lama tak post cerita. huhuhu... tapi maaf la sebab ini bukan sambungan IAPH. apapun, thanks for stay tuned~
Read more...

Rabu, 11 Mei 2011

MCI -11- -akhir-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. 
Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. 
Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. 
Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. 

            Syuqaira merenung blurp novel terbitan DBP itu. Seindah Mawar Berduri. Membaca blurp itu membuatkan dia teringat kembali lamaran yang dibawa oleh Kak Hijratul. Sebenarnya, itu adalah lamaran pertama yang diterimanya. Sungguh dia terkejut sebenarnya Cuma tidak ditunjuk kepada Kak Hijratul itu. Dia tidak menyangka bahawa ada yang mengenalinya, sedangkan dia bukanlah terkenal seperti Kak Hijratul yang menjadi AJK dalam hampir setiap program yang dianjurkan oleh kolej. Memang dia bukan sesiapa!
Syuqaira menggeleng, seakan ingin menghapuskan dan menghalang kenangan itu daripada mendekatinya.
            Tipulah jika dia tidak gembira ada yang melamarnya cuma dia berasa di masih belum bersedia untuk memikirkan perkara-perkara seperti itu. Walaupun itu adalah apa yang dia rasa, dia tidak tahu jika Allah telah mentakdirkan sesuatu yang lain untuknya. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang terang bersuluh.
…kilauan cinta berlandaskan nafsu.
Ya. Itulah yang dia bimbang. Dia bimbang dia terjerat dalam perkara-perkara seperti itu.
Kepala Airi yang sedang tidur di kerusi sebelahnya itu sudah jatuh ke bahunya. Syuqaira senyum. Tidak sampai sepuluh minit bas bergerak, gadis itu sudah terlentok lena. Menaiki bas di waktu pagi membolehkan dia membaca novel itu untuk menghilangkan kebosanan. Akhirnya, dia memang mengikut kehendak Airi, mengikut gadis itu pulang ke kampung halaman gadis itu sebelum pulang ke kampungnya yang tercinta.
Magnet Cinta Ilahi (MCI)
Airi masuk ke dalam biliknya membawa dulang yang berisi air. Dia melihat Syuqaira leka merenung gambar keluarga di atas meja belajarnya itu.
            “Akak. Jom minum,” ajaknya sambil meletakkan dulang air itu di atas meja jepun di tengah-tengah biliknya itu.
            “Akak tengok apa kat gambar tu?” soalnya apabila Syuqaira duduk di hadapannya.
            “Tak ada. Itu semua adik-beradik Airi ke?”     
            Airi senyum mengangguk. “Ha’ah. Kenapa?”
            “Tak. Itu, abang Airi kot, akak rasa macam pernah nampak muka dialah.”
            Airi senyum lagi sambil mengerling sekilas gambar keluarganya.
            “Akak pernah nampak dia kat kolej la kot.”
            “Eh. Airi ada abang ke kat kolej kita?”
            “Ada.”
            Dia melihat Syuqaira mengangguk dan tidak bertanya lebih lanjut.
            “Akak. Airi nak tanya sesuatu. Tapi akak jangan marah.”
            Syuqaira ketawa. “Soalan macam mana yang boleh buat akak marah ni, dik?”
            “Soalan peribadilah sikit. Boleh,akak?”
            “Boleh. Tanyalah. InsyaAllah akak jawab.”
            Airi mengangguk. Dia berfikir sejenak, bagaimana ingin memulakan pertanyaannya. “Hari tu kan, Kak Hijratul ada datang jumpa akak. Airi terdengar perbualan akak dengan dia.”
            “Yang mana, Airi? Rasanya, selalu je Kak Atul datang jumpa akak.”
            “Yang dia cakap, dia merisik akak untuk seseorang,” ujar Airi semakin perlahan. Takut pula kakak di hadapannya itu menyangka bahawa dia mencuri dengar.
            “Oh.” Dilihatnya Syuqaira tersengih. “Kenapa dengan yang itu? Airi nak tanya apa? Akak tak marah.”
            “Airi dengar, akak tak nak tahu siapa orang yang merisik akak tu.”
            “Ha’ah. Akak takut jadi fitnah hati pula. Takut teringat-ingatkan orang tu. Akak pun dah tolak, jadi sebaiknya akak tak tahu siapa orang tu.”
            “Akak tak rasa menyesal ke? Manalah tahu kalau orang yang merisik akak tu adalah orang yang akak harap-harapkan?”
            “Mana Airi tahu akak ada mengharapkan seseorang?”
            Airi tersengih. “Airi tak tahu. Saje je tanya macam tu. Akak memang tak ada mengharapkan sesiapa ke?”
            Dia melihat Syuqaira berjeda seketika. Mungkin berfikir bagaimana ingin menjawab soalannya itu.
            “Akak mengharap pada Allah sahaja, Airi. Akak mengharapkan Allah pertemukan jodoh akak dengan jodoh yang terbaik kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk akak. Akak tak tahu bila jodoh akak akan datang, tapi akak mengharapkan dia datang lepas akak habis belajar. Kalau dia datang sebelum akak habis belajar, akak mungkin takkan terima.”
            “Kalau dia datang sebelum akak habis belajar dan dia memang jodoh akak?” soal Airi lagi. Dia seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Syuqaira.
            “Kalau dia memang jodoh akak, dia akan sanggup tunggu akak sampai akak habis belajar. Kalau dia tak sanggup tunggu, mungkin dia bukan jodoh akak yang terbaik.”
            “Maknanya, kalau orang yang merisik akak hari itu tunggu akak sehingga habis dan merisik akak lagi selepas akak habis belajar, akak akan terima?”
            “InsyaAllah. Kalau Ummi dan Ayah akak rasa dia adalah orang yang terbaik untuk anak mereka ini, akak terima sahaja Airi.”
            Airi mengangguk dan tersenyum puas. Rupanya, satu sahaja syarat gadis itu setakat ini , iaitu tunggu sahaja sehingga gadis itu habis belajar. Syarat-syarat lain, lain kali punya pasal. Sebenarnya, dia hendak cakap dia tahu siapa yang merisik gadis di hadapannya itu. Tapi apabila mendengar Syuqaira bimbangkan fitnah hati, lalu dia melupakan hasratnya itu.
            Tentulah dia tahu siapa orang itu kerana dialah yang mencadangkan orang itu merisik Kak Syuqaira di hadapannya itu. Dan orang itu sendiri adalah abangnya. Nampaknya dia kena memberitahu abangnya supaya bersabar selama dua tahun lagi.  Airi tersengih sendirian.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah An-Nur 24:26)

-TAMAT-

yes! tamat! Sebenarnya, MCI ini hanyalah koleksi cerpen. bukan novel pun. Kalau ada kawan-kawan yang baca MCI ni, boleh la komen & kritik ya. Semuanya cik haliban terima. 

ARIGATOU GOZAIMASHITA~



untuk itu, cik haliban pun nak berehat sekejap sebelum masuk cerita lain. nak tunggu kawan2 komen banyak2 dulu. haha.  

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)  
Read more...

Sabtu, 7 Mei 2011

MCI -10-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Sejak melangkah keluar dari dewan peperiksaan sehinggalah dia sampai ke dalam biliknya dan berbaring merenung siling, ada rasa kesal di dalam hatinya. Ada rasa sedih. Ada rasa sesal. Syuqaira mengeluh lagi untuk entah keberapa kalinya. Lengannya dibawa ke kepala, menutup matanya. Terasa sungguh letih.
            “Akak!”
            Syuqaira tersentak. Dia mengalihkan tangannya dan mencelikkan mata. Ditoleh kea rah Airi yang berada di ruang masuk ke compartmentnya itu. Senyuman di bibir cuba diukir semanis mungkin.
            “Airi, ada apa?”
            “Hari ni akak last paper kan?”
            Syuqaira mengangguk. Dia bangun dari baringnya, bersandar di dinding sebelah katilnya.
            “Ha’ah. Tadi last paper. Akak baru balik je ni. Airi pun dah habis semalam kan?”
            Gadis itu mengangguk.
            “Akak okey ke? Masuk bilik pun senyap-senyap je tadi. Kenapa akak nampak sedih?”
            Syuqaira tersengih.
“Tak adalah dik. Tengah frust pasal paper tadi. Banyak soalan tak boleh jawab. Banyak soalan tinggal. Dahlah minus marking.” Syuqaira kesal sendiri. Apabila difikirkan balik, mungkin juga dia tidak berusaha bersungguh-sungguh walaupun sebelum ini dirasakan usahanya selama ini sudah mencukupi. Namun ternyata dia salah. Kalau tidak, takkanlah banyak soalan yang dia tidak dapat jawab. Bagaimana hendak jawab, tak tahu jawapannya apa. Soalan pun tak faham. Aduh~
            “Minus marking tu macam mana?”
            “Oh. Airi tak ada ke paper yang minus marking?”
            Airi hanya menggeleng.
            “Means that, kalau betul jawapan ada markah. Kalau salah jawapan, tolak markah. Kalau tinggal jawapan tak ada apa-apa kesan.”
            “Oh~ Jadi kalau tak yakin jawapan betul atau salah, akak tinggal lah ya?”
            “Ya tapi banyak sangat yang akak tinggal tadi. Sebab tu tengah frust ni.”
            Airi teranggguk-angguk Syuqaira tersenyum hambar. Apa-apa pun, semuanya sudah lepas. Yang tinggal hanyalah tunggu keputusan sahaja. Apa lagi yang boleh dia buat. Hanya bertawakkal dan solat hajat memohon kecemerlangan daripada Allah.
            “Ha… Airi nak tanya daripada tadi ni. Akak balik bila? Lupa dah.”
            “Tak tahu lagi, tak beli lagi tiket bas. Airi balik esokkan?”
            “Yup. Akak tak beli lagi tiket tak apa ke? Nantikan, tak ada tiket.”
            Syuqaira tersengih.
            “Kalau tak ada, akak beli hari yang ada tiketlah.”
            “Kalau macam tu, jom balik rumah Airi.”
            “Hah? Balik rumah Airi?” Tidak pernah pula selama ini Airi mengajaknya.
            “Ha’ah. Jomlah akak. Airi teringin nak akak kenal rumah Airi.”
            “Kenapa pula macam tu?”
            Airi menjungkitkan bahunya.
            “Jomlah akak. Lagipun cuti ni lama, kan? Akak datanglah rumah Airi dulu. Lepas tu akak baliklah rumah akak. Kitakan jiran je.”
            “Aduh, dik. Bila masa kita berjiran ni?” Pening dia dengan kata-kata juniornya itu.
            “Jiranlah. Jiran negeri. Jomlah akak, balik dengan Airi esok. Airi tanggung tiket akak.”
            Aish… Airi sudah membuat tawaran yang sangat menggodanya. Syuqaira tahu Airi anak orang berada jika dilihat dari cara Airi hidup. Boleh sahaja jika gadis itu hendak membelanjanya tapi dia bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan.
            “Tapi Airikan ada adik-beradik lain. Seganlah akak nak pergi rumah Airi.” Dia masih ingat serba sedikit cerita Airi tentang keluarganya. Airi mempunyai seorang kakak dan dua orang abang serta seorang adik lelaki.
            “Alah akak. Airi pasti abang-abang Airi tak ada di rumah dua tiga hari nanti. Jomlah akak. Ya? Ya?”
            Syuqaira sudah jadi segan untuk menolak. Bersungguh-sungguh Airi memujuknya untuk berkunjung ke rumah gadis itu. Dia pula memang masih tiada perancangan ingin balik hari apa. Bukannya tidak mahu balik ke rumah. Bukannya tidak merindui ibu dan ayahnya. Cuma cutinya kali ini memang panjang sedikit daripada selalunya.  Kalau boleh, dia memang ingin melancong seketika sebelum pulang ke rumahnya di kampung.
            “Pukul berapa Airi bertolak esok?”
            Tanpa menjawab soalannya, Airi sudah bersorak keriangan, menyangka bahawa dia bersetuju untuk mengikut gadis itu pulang.
Read more...

Rabu, 4 Mei 2011

MCI -9-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
 
Hari ini, kelasnya bermula pukul sembilan pagi bertempat di Auditorium ataupun biasanya dia dan kawan-kawan hanya menyebut ‘Audi’. Apabila kelas pagi-pagi sebegini, dia bersemangat untuk keluar awal pergi ke kelas. Pagi ini pukul lapan dia sudah keluar dari biliknya dan lebih kurang lime belas minit kemudia dia sudah tiba di Auditorium.
            Belum masuk ke Audi lagi, sudah terasa kedinginan yang disebabkan oleh alat pendingin dari dalam Audi yang boleh menempatkan lebih lima ratus orang pelajar itu. Syuqaira menarik baju sejuk yang dipakainya. Memang setiap hari yang ada kelas di Audi, dia akan memakai baju sejuknya yang berwarna hitam itu.
            “Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam.” Dia mengira barisan kerusi kerana dia selalunya mengambil tempat di barisan keenam di bahagian tengah.
Setelah meletakkan begnya, barulah dia perasan bahawa dia bukanlah orang yang pertama sampai di Audi itu. Dia nampak satu kepala bertudung di barisan kedua bahagian tepi kanan Audi. Syuqaira mendekati orang tersebut. Semakin dekat, barulah dia tahu orang itu ialah Iwana.
“Assalamualaikum,” sapanya sambil mengambil tempat duduk di sebelah Iwana. Iwana nyata tidak menyangka ada orang di situ selain dia. Itulah…kusyuk sangat membaca novel di tangannya itu.
“Waalaikumussalam. Syuq, awal datang.”
Syuqaira mencebik main-main.
“Awak tu datang awal lagi dari saya. Baca novel ke?”
Iwana terus mengangguk dan menunjuk muka depan novel yang dibacanya tadi.
“Contengan Jalanan?” Syuqaira membaca tajuk novel tersebut. Iwana mengangguk lagi.
“Hlovate punya. Awak kenal tak Hlovate?”
“Tak sangat. Tapi macam pernah baca satu novel dia.” Syuqaira ingat-lupa-ingat-lupa sebenarnya. Rasa macam pernah dengar nama penulis tersebut.  Kebiasaaannya, novel yang dia beli adalah novel Islami yang diterjemah daripada Bahasa Indonesia. Contohnya novel karya Habiburrahman El-Shirazy dan Taufiqurrahman Al-Azizy. Novel Islami tempatan pula, dia tiada penulis tetap yang diminatinya kerana novel Islami baru sahaja ingin berkembang di sini.
“Ha… kalau awak nak baca novel Melayu, saya rekomenkan awak baca Hlovate punya. Dah banyak novel dia. Sangat best…”
Syuqaira tersenyum apabila melihat begitu bersemangat Iwana bercerita tentang penulis yang diminatinya itu. Satu per satu disebut novel-novel karya penulis Hlovate itu. Rooftop Rant la. 5 Tahun 5 Bulan la. Tunas la. Versus la.
“Okey ke cerita dia? Jiwang-jiwang?”
Melihat Iwana menggeleng, dia jadi minat untuk mendengar.
“Hlovate ni ada gaya tersendiri tau penulisan dia.”
“Tulisan pun ada gaya?” Syuqaira menyampuk.
“Ya. Betul. Bagi sayalah kan, setiap kali saya baca novel dia, cerita tu seperti kena batang hidung sendiri. Setiap apa yang dia tulis membuatkan saya berfikir panjang. Boleh dikatakan bahawa Hlovate ni menjadikan novel ni sebagai cara dia berdakwah. Hal cinta-cinta tu ada tapi benda tu tak ditumpukan sangat lah. Biasalahkan, cinta tu keinginan setiap manusia.”
Syuqaira diam dan mengangguk mendengar penjelasan panjang dari Iwana. Alangkah bagusnya kalau ramai penulis seperti yang dicakapkan oleh Iwana itu, menjadikan penulisan ataupun karya-karya novel sebagai satu jalan untuk berdakwah. Lagi bagus jika mereka semua benar-benar ikhlas.
Almaklumlah, remaja suka membaca cerita, bukannya fakta sepenuhnya. Jadi jika novel dijadikan satu jalan dakwah, insyaAllah cara mereka akan berhasil. Sebab itulah dia suka membaca karya Habiburrahman El-Shirazy. Ceritanya penuh dengan pengajaran.
“Selalunya cerita ringan-ringan je. Tak memberatkan kepala. Tapi ada satu novel Hlovate berat. Versus.” Iwana menyambung.
“Cerita betapa susahnya seseorang tu nak berubah. Lebih atau kurang begitulah cerita dia. Actually, kalau difikirkan balik, semua cerita dia pasal seseorang tu berusaha berubah jadi baik. Changing for good ain’t a crime, dia cakap.”
“Semangatnya awak cerita.”
“Mestilah. Bukunya sangat-sangat best. Awak nak pinjam tak? Saya ada semua buku yang dia tulis.”
Syuqaira diam seketika untuk berfikir.
“Kalau pinjam lama tak apa ke? Takut tak sempat nak habiskan dalam masa terdekat ni.”
“Tak apa. Kalau awak lupa nak bagi balik, saya halalkan.”
“Eh. Mana boleh.” Syuqaira menggeleng. Boleh pula begitu.
“Apa tak bolehnya. Boleh sahaja. Saya anggap itu salah satu cara untuk saya berdakwah juga.”
Syuqaira senyum apabila melihat Iwana tersenyum.
“Nak tahu tak kenapa nama pena dia Hlovate?”
Syuqaira mendengar dan sesekali menyampuk. Maklumlah, kalau dah seseorang bercakap tentang sesuatu yang diminatinya, susah untuk dihalang dan diberhentikan.
Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©