COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket
Memaparkan catatan dengan label IA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IA. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mac 2020

Jualan @ Shopee


Assalamualaikum wbt.

Greetings, everyone!

Lama nya tak pos di blog ni...


ADA LAGI YANG MASIH MENUNGGU?


Mohon maaf sangat-sangat ya lama gila tak update sebab sekarang tengah busy writing Thesis for PhD. Pray for me!

post ini bertujuan untuk beritahu kawan-kawan yang novel-novel yang dah lama published tapi tak ada dah di pasaran, masih dijual oleh cik haliban. hihi... Boleh order kat Shopee kalau berminat



Shop: Belle Talib

link shopee:

Terima kasih, kawan-kawan yang sentiasa menyokong cik haliban.
Jangan lupa, STAY AT HOME! Jangan biarkan diri dijangkiti. Sayangi diri dan ahli keluarga anda!

Read more...

Rabu, 16 Disember 2015

Takdir Cinta (E&F) -42-


Cik Puan Hijratul Khairiyah (Airi)


Airi membetulkan tudungnya buat kali terakhir sebelum memandang pakaian yang tersarung di badannya dari atas ke bawah sekali lagi. Badannya dipusing ke kiri dan kanan, mencari kehadiran ‘kejadian yang tidak diingini’. Sepasang lengan memeluknya daripada belakang membuatkan Airi mengangkat wajah, memandnang refleksi insan di belakangnya.
                “Tengok apa, sayang?” Kening lelaki itu diangkat sebelah.
                Airi tersengih.
“Amor. Sudah siap?” soal Airi tanpa menjawab soalan suami tercinta.
“Sudah. Dari tadi Kimi tengok sayang depan cermin ni. Eres hermosa[1], sayang,” ucap Hakimi berserta satu kucupan di belakang kepala Airi yang dilitupi tudung itu.
Airi senyum manis. Dia bertentang mata dengan suaminya di cermin. Sudah beberapa tahun mereka bersama, pelbagai dugaan alam rumahtangga yang mereka lalui. Cemburu? Memang tidak boleh dikira dengan tangan sudah. Merajuk? Haruslah ada dalam setiap hubungan. Cahaya mata juga sudah tiga. Yang ke-empat? Err... tak pasti lagi. Airi tersengih sendiri.
“Sayang?” panggil Hakimi apabila isterinya hanya diam sahaja.
Airi meleraikan pelukan suaminya, berpaling dan menggelengkan kepalanya. Jari-jemari mereka ditautkan kembali dan ditarik menuju ke luar.
“Jom. Nanti kita sampai lewat pula,” ujar Airi lalu melangkah.
Turun sahaja ke tingkat bawah kediaman mereka, Airi dan Hakimi melangkah ke ruang tamu untuk menjenguk anakanda-anakanda mereka.
“Bonda!” Si kecil Huda menerpa kepadanya. Airi senyum dan mengusap kepala anakanda bongsunya itu.
“Bonda nak pergi dah?” soal Hafawati yang masih duduk di hadapan televisyen tetapi berpaling kepada mereka. Hadif pula hanya memandang daripada sisi Hafawati.
“Iya. Adik, kakak dan abang, jangan nakal-nakal,” pesan Airi.
“Bonda... Adik nak ikut,” rengek Huda yang memeluk badannya itu.
Airi berpandangan dengan suaminya. Hakimi merendahkan badan, bertentang mata dengan anakanda bongsu mereka itu.
“Adik nak ikut?” soal Hakimi dengan senyuman. Huda mengangguk dengan laju.
“Boleh... tapi abang dan kakak tak ikut. Nanti adik nak bermain dengan siapa? Abang dan kakak seronok bermain bersama-sama. Nanti adik seorang diri, tak seronoklah kan?”  Hakimi bertanya, memandang insan yang ada di ruang tamu tersebut satu persatu sebelum memandang Huda kembali.
Airi hanya senyum sambil mengusap kepala anakandanya itu. Hadif dan Hafawati yang tidak menyampuk itu bagaikan mengerti permainan minda ayahanda mereka itu. Huda senyap seketika, berfikir agaknya. Seketika kemudian, Airi berasa pelukan Huda semakin longgar. Dia berpandangan dengan Hakimi.
“Okey. Adik nak main dengan abang dan kakak,” putus Huda sendiri. Airi senyum. Hakimi membuat gaya mengelap peluh sebelum mencium pipi anakandanya itu sebelum kembali berdiri. Airi ketawa dalam hati.
Mereka akhirnya beriringan keluar daripada kediaman, memasuki tempat duduk belakang kereta yang telah disediakan.
“Airi rasa teruja pula malam ini,” ujar Airi ketika kereta yang mereka naiki melewati jalan-jalan yang menghala ke arah bandar.
                “Kenapa?” sepatah suaminya bertanya.
                “Nak jumpa Ateh. Dia mesti tak tahu kita akan pergi majlis tu, kan?” Airi memandang suaminya. Mereka berdua sedang berada dalam perjalanan menju ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tempat kerja Tengku Fateh Abqari.
                “Kita pun tak sampai dua puluh empat jam beri notis kehadiran ke gala ni. Mungkin juga dia tak tahu. Hai... sayang. Teruja sangat hendak jumpa Ateh ni. Ada apa-apakah?” Hakimi mengangat kening sebelah. Airi ketawa kecil.
                “Tak ada apa-apalah. Airi hendak tengok siapa partner dia. Bukankah majlis ini perlu ada plus one?”
                “Betul tu tapi mengenali Ateh, Kimi tak rasa dia kisah sangatkalau datang seorang diri. He’s a prince. Siapa boleh tegur dia, kan?” komen Hakimi.
                “Amboi! Mentang-mentanglah putera raja, mana boleh sesuka hati begitu.” Airi membulatkan matanya. Giliran Hakimi pula yang ketawa.
                “Sayang, ini hanya makan malam sahaja. Nothing serious. Bukannya melanggar peraturan atau hukum sangat kalau dia datang seorang diri pun. Tapikan...” Hakimi berjela. Airi memandang suaminya dengan tanda tanya.
                “Tapi?”
                “Kimi rasa kita ada surprise malam ni.” Hakimi memandang isterinya dengan senyuman. Airi sengih lebar.


Fateh memandu keretanya membelah malam, diterangi oleh lampu-lampu jalan lebuhraya itu. Sesekali, dia mengerling ke kirinya dan tersenyum sendiri. Dengan gaun yang dihadiahkannya kepada gadis itu beberapa hari yang lalu, dan gaya tudung yang lain daripada kebiasaannya, Ema nampak lebih manis. Ema juga nampaknya hanya memakai mekap nipis sahaja. Parut di pipi gadis itu juga tidak kelihatan begitu ketara.
                “Cara...” panggil Fateh.
                “Hurm?” Ema menyahut seraya berpaling ke arahnya.
                Fateh senyum sendiri apabila menyedari Ema tidak menangkih panggilan yang digunakannya itu.
                “Senyap sahaja. Fikir apa?” Dikerling gadis itu sekali lagi sebelum perhatiannya ditumpukan pada jalan raya.
                “Tak ada apa. Fikir kerja,” balas Ema bersahaja. Memang benar dia sedang memikirkan kerjanya. Kes yang diambil alihnya sekarang ini melibatkan beberapa orang VIP. Jikalau dia bertemu dengan suspek-suspek kesnya di gala makan malam yang akan dihadirinya dengan Fateh ini, tidak mungkin dia akan melepaskan peluangnya.
                Fateh senyum sendiri. Alahai... Ema sahajalah satu-satunya gadis yang memikirkan kerja apabila bersamanya. Kalau gadis lain, tentu tidak akan fikir perkara lain. Namun perkara utama yang bermain di kepalanya sekarang tentunya adalah permintaan yang dia kemukakan kepada emak Ema tempoh hari. Sejak menjemput Ema tadi, dia mencari-cari jikalau terdapat cincin yang berada di jari gadis itu namun hampa. Dia ingin bertanya tetapi rasanya sekarang bukanlah masa yang sesuai.
                Fateh mengerling jam di papan pemuka keretanya dan tersengih.
                “Cara, sebenarnya...” panggilnya sekali lagi dan berjeda.
                “Kenapa?”
“Kita dah lewat,” sambung Fateh, masih dengan senyuman.
“Maksud awak?” Ema memandangnya dengan kebingungan.
“Gala mula pukul lapan malam,” jawab Fateh tanpa memandang gadis di sisinya.
Bulat mata Ema
“Apa? Kalau majlis mula pukul lapan, kenapa awak jemput saya pukul lapan setengah? Sekarang sudah hampir pukul sembilan malam. Malulah saya kalau masuk majlis lewat,” marah Ema tetapi dengan suara yang tertahan.
“Kenapa awak nak malu pula? Lagipun, you are not alone. You’re my partner. Awak akan masuk dengan saya,” balas Fateh.
Ema menjulingkan matanya.
“Exactly. Saya akan masuk dengan awak. Kalau kita masuk lewat, orang tak akan cakap kita lewat sebab awak. Orang akan kata kita lewat sebab saya. Saya akan malu, dan awak pun akan mendapat malu.”
Fateh ketawa mendengar penjelasan pendek Ema.
“Ketawa pula...” marah Ema lagi.
“Cara, who cares what people will say. Lagipun, kita ke gala ini bukan hendak ambil hati sesiapa. Kita tidak akan menyinggung perasaan sesiapa kalau kita lewat pun. Orang yang paling VVIP di gala ini pun, mungkin hanya kakanda-kakanda saya sahaja.”
Pantas, Ema berpaling ke arah pemandu kereta yang dinaikinya itu. Bulat matanya lagi besar daripada tadi. Dia benar-benar terperanjat.
“Awak! Kakanda-kakanda awak ada di gala ini? Kenapa awak tak beritahu saya?” Ema terasa ingin marah, menjerit dan memukul pemuda itu. Kenapalah pemuda itu tidak memberitahunya perkara ini awal-awal?
“Non, cara. Se te lo dico, farai quello che? Ha negato la mia richiesta?[2]”
Terkebil-kebil Ema merenung Fateh. Dia hanya faham permulaaan ayat sahaja. Selebihnya, bahasa yang diutarakan oleh Fateh itu kedengaran asing di telinganya tetapi sedap didengar.
“Awak cakap apa? Saya tak faham.” Ini kali pertama dia dengar Fateh bercakap panjang dalam bahasa Itali. Dia agak sahaja bahasa Itali kerana ayat pertama pemuda itu tadi. Tapi kata-kata itu kedengaran sangat... menarik dan mengancam jiwa.
‘Hisy, Ema! Apa kau fikir ni? Sudah-sudah,’ marah Ema kepada diri sendiri dalam hati.
Fateh menggeleng sahaja.
“Tak ada apa-apalah. Sebenarnya, kakanda-kakanda saya memang dijemput tetapi saya tidak pasti jika mereka datang atau tidak ke gala ini. Jadi, jangan risaulah. Macam ni, kalau awak malu hendak masuk pintu depan, kita masuk pintu belakang. Okey?”
“Okey. Tapi...” Berkerut dahi Ema.
“Tapi apa?” tanya Fateh.
“Awak putera diraja. Kakanda-kakanda awak akan ada di sana. Awak tak sepatutnya masuk ikut pintu belakang.” Dia tahu, kalau mereka masuk ikut pintu belakang, tiada sesiapa yang akan perasan, namun jika difikirkan secara rational, Tengku Fateh Abqari adalah orang yang disegani ramai. Dia tidak boleh membiarkan pemuda ini berbuat demikian hanya kerana dirinya.
“Masuk pintu depan tak nak. Masuk pintu belakang pun tak mahu. Susahnya hendak faham perempuan. Che cosa vuoi, donna[3]?”
Ema tersengih nipis. Dia suka dengar Fateh berbahasa asing dengannya walaupun dia tidak faham. Nantilah dia belajar bahasa tersebut dengan lebih mendalam.
“Ikut awaklah, Tengku Fateh Abqari,” jawab Ema akhirnya.
“I love it when you say my name,” balas Fateh dengan nakal. Mata Ema membulat lagi.
“Hisy. Jangan mengarutlah.”
                Fateh ketawa.
                Akhirnya mereka tiba di pintu masuk dewan makan malam gala itu tepat jam sembilan suku malam. Ema menghela nafas. Dipandang belakang Fateh yang berada setapak di hadapannya.  Ketika itu, pemuda itu berpaling kepadanya. Ema mengangkat kening.
                “Awak buat apa di belakang saya? You are my partner. Meh, jalan tepi saya,” ujar Fateh.
                Ema senyum dan berdiri di sisi pemuda itu.
                Fateh membalas senyuman gadis itu. Kalau mereka sudah halal, tentu mereka akan masuk dengan lengan saling berpautan. Sekarang, sabar sahajalah dahulu.
“Ready?”
“Perlu ke tanya macam tu? Awak buat saya makin nervous.”
Fateh mengangkat kening sebelah.
“Awak? Syaimah Nasuha, nervous? Saya tak percaya. Awak berada di sini setelah masuk hutan malam-malam seorang diri dan ditangkap selama beberapa hari oleh entah sesiapa di Darwish sana tu. Awak kata awak nervous hendak masuk dewan ni?”
Ema memandang peuda itu dengan tajam. Kedengaran seperti Fateh sedang memerlinya. Lengan Fateh ditampar dengan sedikit kuat. Tentulah tak apa sebab berlapik.
“Awak hendak masuk dengan saya atau seorang diri? Saya tak kisah,” balas Ema dengan senyuman pura-pura.
Fateh sengih. “Okey. Jom.”


Sesi cabutan bertuah pusingan pertama sedang berlangsung. Airi memandang suaminya di atas pentas itu dengan senyuman di bibir. Majlis gala pada malam ini, hanya separuh formal sahaja, jadi dia dan suami berasa lebih selesa untuk bersosial berbanding dengan majlis formal biasa. Seketika kemudian, dia memandang sekeliling. Dia masih belum bertemuu dengan Fateh. Ada kemungkinan adinda iparnya itu masih belum tiba. Kalau tidak, tentu Fateh akan datang bertemu dengannya dan Hakimi.
                “Cik Puan, hendak saya ambilkan apa-apa?” soal pembantu peribadinya, Sufiah yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
                Airi menggeleng.
                “Sufi, don’t mind me tonight. Berapa kali saya hendak cakap?” ujar Airi kepada pembantu peribadinya itu. Dia sudah mengarahkan wanita itu supaya tidak menghiraukannya pada malam ini dan dia sudah melepaskan wanita itu daripada tugas pada malam ini. Sufiah sepatutnya tidak bergaul dengan orang lain pada malam ini.
                “I can’t do that, cik puan. Dah biasa,” balas Sufiah dengan sengihan.
                “Sudah-sudah. Awak kena jauhkan diri daripada saya sepuluh depa pada malam ini. Faham?” Airi membuat riak tegas.
                “Faham, cik puan. Maksudnya, cik puan tak nak dengarlah berita yang saya bawa ni?” Wanita itu mengangkat kening kepadanya, membuatkan Airi teruja.
                “Haaa... Awak tahu sahaja kelemahan saya, Sufi. Apa dia? Cepat cerita.”
                “Tengku Fateh dan pasangan dia baru sahaja sampai.”
                “Pasangan?”    Bulat dan bercahaya mata Airi mendengar perkhabaran pembantu peribadinya.
                Sufiah mengangguk.
                “Siapa?” soal Airi pendek.
                Namun sebelum sempat Sufiah menjawab, suaminya sudah mula turun daripada pentas dengan tepukan daripada hadirin. Airi menumpukan perhatian kepada suaminya sementara Sufiah berundur ke mejanya sendiri. Airi menyambut suaminya di meja mereka itu dengan senyuman lebar.
                “Gembira sangat nampaknya, sayang. Ada apa?” tanya Hakimi berbisik.
                “Amor, Fateh datang dengan seseorang.”
                Terangkat kening Hakimi. Airi ingin menjawab soalan sepi daripada suaminya itu namun perbualan mereka berdua disampuk oleh salam yang diberikan oleh seseorang. Mereka berpaling.
                “Ateh. Baru sampai?” Hakimi menyapa adindanya selepas mereka bersalaman.
                “Ha’ah. Sorry, Along, Angah. Ateh tak tahu Along dan Angah akan datang malam ini.”
                “Tak ada apa-apalah. Memang kami pun last minute baru buat keputusan untuk datang. Ateh seorang sahajakah?” balas Hakimi, mengerling kepada isterinya yang tampak teruja dengan kehadiran adinda bongsu mereka itu.
                “Oh, tak. Ateh datang dengan seseorang. Kenalkan, ini Syaimah Nasuha.” Fateh bergerak ke kanan, membuka ruang untuk kakanda-kakandanya melihat Ema yang dari tadi berdiri di belakangnya.
                Airi terkaku seketika sebelum senyuman di bibirnya semakin lebar.
                “Ema! Lama saya tak jumpa awak,” sapa Airi. Dia bangun dan berpautan dengan gadis yang diperkenalkan oleh Fateh itu. Alah... Bukannya dia tidak kenal gadis itu.
                “Apa khabar, cik puan?”
                “Alhamdulillah.” Airi melepaskan pelukan. Dia senyum kepada Fateh dan suaminya.
“So.... Angah kenal Ema?” soal Fateh.
Airi senyum sahaja dan mengangguk. Dia tidak pasti jika Fateh masih ingat atau tidak kejadian gambar Ema yang terjatuh daripada fail sulitnya dahulu.
“Dan macam mana Ateh boleh kenal Ema?” soal Airi kembali dengan kening terangkat.
“Panjang ceritanya.”
“Pendekkan,” arah Airi.
“Lain kalilah,” jawab Fateh.
“Fine!” Airi menjeling adinda iparnya sebelum berdiri di sebelah suaminya kembali.
“Tengku.” Ema menyapa suaminya dengan penuh hormat.
“Syaimah Nasuha. Boleh saya panggil kamu Ema juga?” Hakimi senyum.
“Boleh, Tengku.”
“Ema, thank you for all your hardworks,” sambung Hakimi. Tentulah dia tahu siapa Ema yang sebenarnya. Lagi-lagi gadis itu pernah ditugaskan untuk melindungi isteriyang yang tersayang itu. Ucapan terima kasihnya adalah penghargaan untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ema pada masa yang lalu, dan juga untuk pada masa hadapan. Airi senyum sahaja.
“Okey. Sudah habis semua formalitikan? Ateh nak ajak Ema ambil makanan. See you soon.”
 Airi dan Hakimi memandang mereka berlalu sebelum kembali duduk di meja mereka.
“So... Ema. Not your expectation, kan sayang?” Hakimi memandang isterinya. Dia tahu dulu Airi hendak mengkenenkan Fateh dengan rakan Ema, iaitu Amani.
 “Sekali sekala, kita kena expect the unexpected, kan amor?” Airi senyum.
“True.”
Terima kasih kerana sudi membaca dan menunggu entri cik haliban.
ok.... your comment, everyone? :)
stay tuneeee!!!! <3



[1] Bahasa Sepanyol = Awak cantik.

[2] Bahasa Itali = Tidak, sayang. Kalau saya beritahu awak, apa yang awak akan buat? Menolak permintaan saya?


[3] Bahasa Itali = Apa yang awak hendak, wahai perempuan?
Read more...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Takdir Cinta (E&F) -23-


Ema menuruni tangga masjid sebelah wanita. Mereka singgah di masjid untuk bersolat Maghrib terlebih dahulu. Kata insan yang cuba menyelamatkannya itu, mereka perlu berbicara. Menghampiri kereta yang membawanya ke sini, Ema melihat pemuda itu sedang bersandar pada pintu kereta sambil berpeluk tubuh. Pemuda itu sedang memandang langit malam yang gelap.
                Pemuda itu kembali menunduk dan memandangnya apabila menyedari seseorang sedang menghampiri. Ema cuba untuk berlagak biasa. Namun, hatinya resah memikirkan bahawa pemuda itu akan menyoal keberadaannya di rumah usang di dalam kawasan hutan itu. Dia juga hairan bagaimana pemuda itu boleh berada di situ. Adakah pemuda itu turut terlibat? Ema menggeleng sendiri. Hatinya tidak mahu mengakui tanggapan tersebut.
                “Jom. Kita berbincang lepas makan,” ajak pemuda itu apabila dia menghampiri.
                Ema terus berlalu ke tempat duduk sebelah pemandu. Sepanjang pemanduan tersebut, hanya sepi yang menemani mereka berdua. Setibanya di restoran, Ema hanya mengikut langkah lelaki itu daripada belakang.
Sementara menunggu pesanan makanan mereka tiba, Ema memandang orang sekeliling. Bukan tidak ingin memandang insan di hadapnnya, cuma dia perlu menjaga pandangannya.
"Let’s talk.”
Ema memandang insan tersebut. Terserempak dengan Tengku Fateh Abqari itu tentulah bukan dalam jadual hariannya. Namun, takdir Allah menemukan mereka walaupun dalam keadaan yang luar biasa.
“Apa yang awak buat di sana, Ema? It was dangerous. Sudahlah waktu itu sudah hampir masuk Maghrib.”
Ema diam. Dia tahu soalan tersebut akan ditanya namun dia masih belum ada jawapannya. Sepi. Lelaki itu memandangnya. Dia pula memandang jari-jemarinya di atas meja.
"Ema... Susah sangat ke soalan saya?”
Ema menggeleng. Dia tidak langsung tertekan dengan desakan lelaki itu. Dia adalah seorang pengintip, dia sudah dilatih dengan bermacam-macam cara untuk menahan diri daripada membuka mulut tentang tugasnya.
“Awak sendiri? Apa awak buat di sana? Awak kenal mereka?” bidas Ema. Dia tidak boleh menjawab soalan Fateh secara jujur. Perihal kerja dan tugasannya adalah perkara sulit kerajaan walaupun Fateh adalah putera raja negaranya. Lalu, lebih baik dia mempersoalkan kehadiran lelaki itu di sana.
Dilihatnya lelaki itu bersandar dan memeluk tubuh. “Saya ekori awak.”
Ema meniru gaya Fateh. Dia turut berpeluk tubuh. Dia memang seorang gadis, namun dia boleh menjadi seorang yang tegas apabila perlu. Orang tidak akan nampak dia sebagai seorang gadis yang lemah. Keningnya diangkat, ingin lelaki di hadapannya itu meneruskan penjelasan.
“Saya pergi ke hotel tempat awak menginap. Guess what? Pekerja hotel cakap nama awak tiada dalam sistem mereka tapi lepas tu saya nampak awak keluar. Jadi saya ekori awak,” terang lelaki di hadapannya itu.
“Macam awak ekori saya semalam,” ujar Ema dengan nada mendatar. Ayat itu bukan satu pertanyaan tetapi satu pernyataan. Tentulah Fateh mengekori kereta yang dipandunya ke kawasan air terjun semalam.
“Ema, awak seorang perempuan. Saya kenal awak dan nampak awak masuk ke kawasan hutan. Awak fikir, apa yang saya akan buat? Takkan saya hendak biarkan perempuan masuk kawasan hutan. Manalah saya sangka awak bukan perempuan biasa.”
Ema hampir tersengih apabila Fateh melabelkan dia sebagai ‘bukan perempuan biasa’. Tepat sekali ungkapan yang digunakan oleh pemuda itu.
“Inikah kerja yang awak cakap? Awak kerja apa sampai perlu mengintip orang-orang dalam rumah banglo usang tu malam-malam begini? Entah siapa mereka semua tu, Ema,” sambung lelaki itu lagi.
Ema menghela nafas panjang. Tanpa sedar, Fateh sudah mengetahui salah satu tugasannya walaupun lelaki itu tidak mengetahui kerja sebenarnya. Jika dia terus membiarkan Fateh membuat andaian demi andaian, lelaki itu mungkin akan mengetahui rahsianya. Dia tahu, Fateh bukanlah seorang yang senang diputar belit. Lelaki itu adalah bekas ahli perisik negara, dia tahu perkara itu.
Ketika itu, pelayan datang membawa makanan mereka. Fateh mengarahkan mereka makan terlebih dahulu. Bunyinya seperti mereka memerlukan tenaga untuk ‘bergaduh’ selepas makan nanti.
“Oh ya, jangan lupa. Tengahari esok kita makan tenghari dengan Danish dan Iman,” ujar lelaki itu setelah mengelap mulutnya dengan tisu setelah selesai menjamu selera.
Ema menjulingkan mata ke atas lelangit restoran tersebut. Siapa yang boleh lupa jika ada temujanji dengan pasangan diraja? Tentu sekali dia tidak lupa.
“Iya,” jawab Ema sepatah.
“Saya jemput awak nanti.”
Terangkat kening Ema. “Perlukah?”
Ema melihat lelaki itu mengeluh, “Can you just give me a chance, Ema?”
Ema terkebil-kebil seketika. “Peluang apa?”
Lelaki di hadapannya itu menggeleng. Ema semakin tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh lelaki itu sebenarnya.
“I don’t know you anymore, Ema. Saya mula kenal awak sebagai bekas rakan satu kolej. Kemudian, awak kerja sebagai pembantu rumah saya. Selepas tu, awak kerja di kedai bunga. Sekarang, awak di sini. Jauh daripada keluarga awak dan saya masih tidak tahu apa yang awak buat di sini. Malam esok saya sudah terbang balik ke Zamora, Ema. Macam mana kalau ada apa-apa terjadi pada awak?” Fateh meluahkan rasa.
Ema tersenyum nipis. Wajar jika lelaki itu risau akan dirinya kerana lelaki itu tidak tahu siapa dirinya yang sebenar.
“Saya sudah biasa survive dengan cara begini. Saya bukan orang senang, Fateh. Saya perlu bekerja kuat demi keluarga saya,” balas Ema.
“Tapi sehingga membahayakan diri awak sebegini? Saya nampak orang-orang yang berada di dalam rumah banglo usang tu mempunyai pistol, Ema. Boleh tak awak fikirkan keselamatan awak sebelum buat sesuatu?”
Ema mengeluh. Dia tidak boleh menyalahkan lelaki itu. Lelaki itu tidak tahu bahawa dia memang terlatih. “Kan saya sudah beritahu awak tadi, saya dah biasa.”
Bulat mata si Fateh. “Awak sudah biasa berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pistol begitu?”
Ema terdiam. Nampaknya, sedikit rahsianya sudah terbongkar. Lebih baik selepas ini dia hanya mendiamkan diri.
“Awak buat kerja apa ni, Ema? Jangan cakap awak buat sesuatu yang menyalahi undang-undang,” teka Fateh.
Ema tergelak. Dia... membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang? Ema terasa ingin ketawa pula rasanya. Sebagai seorang pengintip Skuad Alpha, dia adalah salah seorang yang paling arif tentang undang-undang. Mereka yang bergelar pengintip rahsia negara adalah orang-orang yang sangat berdisiplin dan tidak mempunyai rekod buruk. Jikalau ada juga undang-undang yang mereka langgar, itu adalah hanya kerana tugasan masing-masing.
“Ema...” panggil Fateh apabila Ema tidak langsung memberi jawapan kepada Fateh.
Ema menggelengkan kepalanya, “Boleh kita berhenti bercakap tentang saya? Saya tak boleh jawab soalan-soalan awak, Fateh. Please...”
Fateh bersandar dan menghela nafas panjang. Nampaknya gadis di hadapannya itu tidak akan bercerita tentang perkara yang sebenarnya.

Melangkah masuk ke kediamannya, Tengku Iman Hakimi terus sahaja mendaki anak tangga  menuju ke tingkat atas. Waktu-waktu sebegini, isteri tercinta dan anakanda-anakanda kesayangannya tentu sedang menonton televisyen bersama-sama. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga kecilnya itu.
                Salam diberi apabila dia memasuki ruang menonton. Tiga kembar miliknya bersama Cik Puan Airinya itu meluru kearahnya dan memeluknya erat. Hakimi tersenyum bahagia. Dia berpandangan dengan isterinya yang sedang berdiri. Setelah memastikan anakanda-anakanda mereka kembali menonton, Hakimi menghampiri si isteri dan membiarkan tangannya disalami sebelum dia membalas dengan kucupan di dahi wanita itu. Mereka kemudiannya duduk bersebelahan di sofa sementara anakanda-anakanda mereka lebih senang berbaring di bawah sahaja.
                “Amor, okey hari ni?” soal si isteri dengan bisikan, tidak mahu mengganggu konsentrasi anakanda-anakanda mereka.
                Hakimi senyum, “Tengok wajah sayang dan tiga anakanda kita ni, yang tak okey pun akan jadi okey.”
                Si isteri membalas senyuman dan mengangguk sahaja.
“Oh ya, tadi Danish ada menghubungi Kimi,” ujar Hakimi apabila teringatkan panggilan yang diterima nun jauh daripada Darwish.
“Ada apa-apakah?”
“Ada sedikit masalah negara, nanti Kimi cerita. Katanya, Ateh pun ada di Darwish sekarang,” jelas Hakimi.
“Ateh pergi Darwish? Kalau Airi tahu, boleh Airi kirimkan sesuatu pada orang di sana.”
Hakimi senyum sahaja. Airi tentu rindukan kaum kerabatnya di sana. “Fateh pergi kerana kerja, sayang. Lagipun, kalau Airi hendak ke Darwish, beritahu Kimi bila-bila masa. Kita boleh aturkan masa untuk ke sana.”
“Airi tahu, cuma lama pula rasanya tak jumpa Ateh,” balas isterinya.
“Sibuk bekerja dan kumpul duit untuk kahwin agaknya,” ujar Hakimi bergurau.
“Hah? Ateh hendak kahwin? Dengan siapa? Kenapa Airi tak tahu?” Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut isterinya. Hakimi ketawa kecil.
“Amor, perkara ni tak lucu. Airi tak tahu apa-apa pun.”
“Lah... Bukan sayangkah yang temukan dan hendak jodohnya Ateh dengan seseorang tempoh hari? Tak jadi?” jawab Hakimi.
Si isteri menggeleng lembut. “Ateh nampak tak berminat. Mungkin dia sudah ada orang lain.  Dia ada minta maklumat tentang seseorang daripada Airi, tapi Airi tak boleh bagi sebab itu fail sulit.”
Hakimi mengangguk. “Tak apa. Tahulah dia hendak buat macam mana tu. Dia bekas seorang perisik negara. Kalau dia betul-betul berminat, dia boleh sahaja dapatkan maklumat yang dia mahu dengan caranya sendiri.”
“Tapi Airi suka sangat kalau Ateh jadi dengan Amani,” jawab si isteri.
Terangkat kening Hakimi. Nampaknya wanita kesayangannya itu betul-betul serius hendak berbiraskan gadis bernama Amani itu. “Kenapa? Ada apa dengan Amani tu?”
“Amani cantik dan pandai bergaya. Pelajaran pun tinggi. Kerjanya juga bukan sebarangan. Airi rasa Amani sesuai dengan Ateh.”
Hakimi menggeleng sendiri mendengar kata-kata si isteri. “Sayang sedar tak? Semua yang sayang sebut tu adalah duniawi semata-mata. Benda-benda itu semua mungkin nampak menarik pada mata saying, tapi bukan pada Ateh. Ateh mungkin nampak benda yang lebih bernilai daripada semua itu pada seseorang yang dia tunggu, seperti apa yang Kimi nampak pada sayang selama ini.”
Tersipu-sipu si isteri. Hakimi senyum sahaja.
panjang tak? panjang tak? heee.... Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk yang beragama Islam. :) Selamat bercuti untuk semua!

Read more...

Isnin, 28 Julai 2014

Istana Airi -edisi puasa-

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!!

p/s: Hari tu, ada orang rindu Airi Hakimi, kan.... nah cerpen. hehe...sepatutnya update semalam (malam raya), tapi baru siap tengahari ni pulak. 



p/s/s: ada kawan-kawan yang tanya, KENAPA ADA CERITA YANG EPISOD 6 KE ATAS TAK BOLEH BACA? Jawapan cik haliban, sila rujuk ANNOUNCEMENTS no.2 di bahagian atas sekali blog ini.  ^___^

Enjoy!



Hakimi menjengah ke kawasan dapur di kediamannya apabila hidungnya menangkap bau yang enak setelah melangkah masuk. Siapa lagi yang memasak di dapur kediaman kalau bukan isterinya yang tercinta.

Hakimi senyum memandang belakang isteri yang sedang menghadap dapur sambil menggoreng sesuatu itu. Khusyuk sungguh si isteri.Lantas salam diberi.

Airi menjawab salam dan berpaling. Senyuman paling manis diberikan kepada si suami. Si suami berjanji untuk mengambil cuti daripada urusan negara pada hari ini, tapi cuti separuh hari sahajalah.

"Sayang buat apa?" Soal Hakimi.

Airi kembali menghadap kuali, "Goreng kacang ni, nanti hendak buat kuah kacang untuk sate".

"Bau pun dah sedap... herm... Tak sabar nak makan," ujar Hakimi sambil berdiri di belakang isterinya. Tangannya mula memeluk pinggang wanita itu, mengunci Airi dalam pelukannya.

Airi senyum sahaja. Pelukan suami tidak dirasakan rimas, malah dia bahagia. Walaupun mereka sudah mempunyai tiga kembar, suaminya masih lagi romantik dengannya.

"Abang, kakak dan adik mana?" SoalHakimi. Ketika dia keluar daripada kediaman pagi tadi, anakanda-anakandanya masih lagi lena. Dia pulang ini, matahari sudah tegak di kepala. Kebiasaannya, anakanda-anakanda
mereka sudah bangun.

"Ateh ambil tadi. Main dekat taman kot,"jawab Airi.

"Mereka puasa tak hari ini?"

Soalan tersebut membuatkan Airi tersenyum mengingatkan gelagat anakanda-anakanda mereka beberapa jam yang lalu,"Alhamdulillah, abang puasa. Adik pula semangat hendak ikut abang puasa. Kakak pula, mula-mula tak nak. Lepas tu, abang yakinkan. Sehari lagi puasa, kata abang. Esok raya dah. Kakak pun terpengaruhlah."

Hakimi terangguk-angguk, "Bagus abang. Kecil-kecil dah pandai berkata-kata mempengaruhi orang lain."

"Anakanda amor,kan... Pewaris amor," balas Airi bersahaja.

Hakimi ketawa. Betullah. Sikap anakanda sulung mereka itu adalah satu sikap yang diperlukan oleh seorang yang bakal memegang takhta negara kelak.

"Sayang ada hendak buat apa-apa lagi? Kimi boleh tolong." Hakimi meman akan rajin menolong Airi jika isterinya itu memasak di kediaman. Airi tidak membenarkan pelayan-pelayan atau inang membantu, selain membawa barang masakan daripada dapur istana.

"Amor tolong goreng kacang ini sahajalah. Airi hendak tengok nasi."

Hakimi melepaskan pelukan dan membiarkan isterinya melakukan kerja lain. Esok sudah hari raya, isterinya sedang berusaha memenuhi kehendak anakanda-anakanda mereka yang hendak makan sate, makanan jenis Asia.

Hadif, anakanda sulung mereka itu memberitahu bahawa cikgu kelasnya mengatakan sate adalah makanan tradisional orang Asiaketika hari raya. Oleh kerana mereka akan makan makanan lain esok, maka Airi berusaha untuk membuat sate pada malam hari raya untuk mereka sekeluarga.

"Ayahanda!" "Ayahanda!""Ayahanda!" Suara tiga anakanda mereka tiba-tiba memenuhi ruang kediaman. Hakimi senyum dan berpaling. Tiga kembarnya berlari dan memeluk duakakinya.

"Abang, kakak dan adik daripada mana ni?"Soal Hakimi mengusap kepala mereka. Airi menghairi dan menutup api dapur. Kalau dibiarkan Hakimi melayan anakanda mereka tanpa mengacau kacang dalam kuali itu,alamatnya hanguslah. Lagipun, kacang itu sudah masak.

"Ateh." Sepatah sahaja anakanda-anakandanya menjawab.

"Ayahanda, bau apa ni? Sedapnya..."Kakak, Hafawati bertanya.

Hakimi berpandangan dengan isterinya yang juga sedang memandangnya dengan sengihan. Hakimi kemudiannya menunduk, berhadapan dengan anakanda-anakandanya. "Kan abang, kakak dan adik hendak makan sate. Bonda tengah sediakan sate."

"Wah... Sedapnya. Kakak nak! Kakak nak!"

Hakimi senyum. Kepala Hafawati yang diliti tudungkecil itu diusap, "Boleh... Tapi selepas buka puasa nanti. Sekarangkan kakak puasa. Abang dan adik pun, puasa kan?"

Hadif dan Huda dilihatnya mengangguk sementara wajah Hafawati menjadi muram.

"Tapi kakak lapar..." Hafawati merengek.

"Jadi, kakak nak buka puasa? Abang?Adik?" Soal Hakimi lembut.

Hafawati mengangguk sementara Hadif menggeleng.Huda pula turut menggeleng selepas melihat abangnya menggeleng.

"Okey. Abang dan adik teruskan berpuasa. Kakak nak berbuka kan? Ayahanda benarkan, tapi ingat tak ayahanda janji apa kalau abang, kakak dan adik puasa 10 hari?"

"Dapat jam tangan!" Serentak ketiga zuriatnya itu menjawab.

Hakimi mengangguk, "Hari ni hari kesepuluh.Kalau kakak tak puasa hari, jadi kakak hanya puasa sembilan hari. Kakak tak akan dapat jam yang abang dan adik dapat. Boleh?"

Soalan Hakimi tidak mendapat jawapan terus daripada Hafawati. Anakanda keduanya itu kelihatan sedang berfikir. Hakimi memandang dua anakandanya yang lain. Mereka juga sedang menanti jawapan kembar mereka itu.

"Jadi? Kakak nak tak jam tangan tu? Kalau nak, kena puasa hari ni," ujar Hakimi lagi. Dia bukan hendak memanjakan anakanda-anakandanya
namun, baginya, memberi hadiah atau ganjaran adalah salah satu latihan. Apatah lagi, anakanda-anakandanya ini baru berumur lima tahun. 10 hari berpuasa adalah satu pencapaian yang bagus.

"Erm... Kakak nak puasalah."

Hakimi senyum, berbangga dengan keputusan anakanda perempuannya itu. "Good girl.Tinggal beberapa jam sahaja lagi. Ayahanda yakin, abang, kakak dan adik boleh tahan. Okey, sekarang naik atas mandi. Lepas ni, kita solat sama-sama.Boleh?"

"Okey!" Sahut mereka bertiga sebelum berlalu naik ke tingkat atas kediaman mereka itu.

Airi senyum bahagia. Dia tahu, suaminya suka membiarkan anakanda-anakanda mereka berfikir untuk berbuat sesuatu, cuma merekalah yang perlu membimbing tiga kembar mereka itu.

"Sayang, boleh solat kan? Jom naik sama-sama," ajak Hakimi.

Airi yang masih dengan senyuman itu menghampiri sisuami sebelum tangan kanan lelaki itu dicapainya. "Amor, perasan tak yang Airi puasa penuh?"

Hakimi mengemaskan genggaman tangan mereka. Minda berfikir kebenaran kata-kata si isteri. Dalam bulan puasa ini, mereka memang sentiasa bersolat subuh bersama-sama. Maknanya, memang isterinya tidak pernah tinggal puasa. "Iyalah. Sayang puasa penuh."

"Jadi, Airi tak pernah 'datang bulan' padabulan ni. Amor, apa sebab seorang wanita tak akan 'datang bulan'?"

"Sakit? Sayang sakit kah?" Hakimi tiba-tiba kerisauan.

Airi senyum tetapi menggeleng. Dia tahu, Hakimi tahu bahwa kebiasaannya dia akan 'datang bulan' pada setiap bulan dalam masa lima tahun ini, semenjak kembar mereka dilahirkan.

Dahi Hakimi mula berkerut, "Sayang...mengandung?"

Senyuman Airi mula lebar. Ternyata, suaminya adalah seorang yang bijaksana, layak menjadi bakal pemegang takhta negara mereka ini.
"Si, amor," jawab Airi lembut, dalam bahasa Sepanyol.

"Ya Allah!" Pantas tubuhnya dipaut erat oleh si suami. Airi tidak membantah.

"Subhanallah. Alhamdulillah." Hakimimemuji kebesaran Allah. Pelukannya dilepaskan dan dia mengapit pipi si isteridengan tangannya. Mata itu dipandang penuh kasih.

"Terima kasih, sayang. Este es el mejor regalo para la hari raya (This is the best presentfor hari raya!)," ujar Hakimi gembira dan teruja.

Airi ketawa kecil. "Lo sé (Saya tahu), amor."

Tubuh isterinya dipeluk sekali lagi sebelum ubun-ubun wanita kesayangannya itu dicium lembut. "Okey, sayang. Lepas ni,no more hardwork. Buat sate ni adalah perkara terakhir yang sayang boleh buat. Faham?"

Airi senyum sahaja. Buat masa ini, biarlah dia bersetuju sahaja. Lagipun, suaminya itu masih sedang teruja. Hatinya turut mengucap syukur atas kurniaan Allah ini. Akhirnya, keluarga mereka bakal bertambah tidak lama lagi. Semoga tiga kembar sulung mereka itu dapat menerima berita ini dengan baik.
 

-TAMAT-

utk link di FB: http://goo.gl/VF8ViQ



komen, please.... :D

untuk CALON ISTERI PUTERI MAHKOTA -edisi puasa-, boleh ke link http://goo.gl/IuCPgc ni. :)


Read more...
SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©