COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 1 Mac 2015

Takdir Cinta -32-


Ema menjeling Fateh yang duduk bersebelahan dengannya itu. Dia  memang sudah boleh dipindahkan ke Zamora, tetapi dia masih tidak boleh banyak bergerak. Lalu, dia hanya mampu menjeling lelaki itu. Dari hujung matanya, dia nampak lelaki itu sedang memakai headphone dan mendengar sesuatu daripada iPhone. Lelaki itu nampak ceria.

                ‘Haruslah Fateh ceria. Tentu dia sudah lama hendak pulang ke Zamora tapi tak dapat kerana keadaan aku. Aku ini yang tidak mahu pulang. Aku bimbang terserempak dengan seseorang yang aku kenal dan berita ini sampai kepada keluarga aku,’ keluh Ema dalam hatinya.  Mereka sedang berada dalam penerbangan pulang ke Zamora, dalam kabin kelas pertama.

Dia memejamkan mata. Di mindanya terbayangkan wajah emak yang berkerut-kerut kerana melihat keadaan dirinya yang berbalut di pipi, tangan dan kaki itu. Sebenarnya, selama dia menjadi agen pengintip Zamora, dia selalu sahaja menghilang selama seminggu atau dua minggu tanpa menghubungi ahli keluarganya. Ahli keluarganya sudah tahu bahawa dia bekerja tanpa boleh diganggu. Mereka tidak langsung mengadu kepada sesiapa kerana tiada sesiapa yang dapat membantu mereka mencarinya.

Namun kali ini, dengan kehadiran Fateh yang suka berhubung dengan keluarganya itu, mereka dapat berusaha mencari dirinya yang hilang. Tambahan pula, Fateh adalah orang penting dalam negara. Fateh tentunya mempunyai rangkaiannya yang tersendiri jika ingin mendapatkan apa-apa maklumat.

So, what happened? Fateh happened!’ marahnya dalam hati. Dia marahkan diri sendiri sahaja. Namun, Ema sedar bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Apa yang dirancangnya tentulah tidak boleh mengatasi perancangan Allah SWT.

Walau bagaimanapun, dia sudah memberi syarat kepada Fateh jikalau Fateh ingin memindahkannya ke hospital di Zamora. Syaratnya; emak dan adik-adiknya tidak boleh tahu bahawa dia berada di hospital. Pada mulanya, Fateh sangat tidak bersetuju. Namun, Ema mengeraskan hatinya. Hanya itu syaratnya.

Dia ingin pulih sepenuhnya sebelum bertemu dengan keluarganya. Jika dia bertemu dengan emaknya dalam keadaannya yang cedera begini, dia akan terpaksa menipu emaknya kerana rahsianya sebagai agen pengintip Skuad Alpha adalah rahsia sulit kerajaan sehingga ke akhir hayatnya. Jikalau aktiviti intipannya terbongkas sekalipun, identitinya hanyalah sebagai seorang anggota polis yang sedang melakukan tugasnya sahaja. Itu adalah cerita sokongan setiap agen pengintip Zamora.

Ema memegang pipinya yang berbalut. Ema tahu, dia tidak akan dapat menyembunyikan kesan kelecuran yang terpadat pada anggota badannya, tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu membimbangkan emaknya jika dia sudah tidak sakit-sakit lagi.

“Ema, awak okey? Hendak apa-apakah?” soal Fateh tiba-tiba.

Ema berpaling sedikit dan cuba mengukir senyuman nipis.

“Saya okey. Terima kasih.” Dia tidak boleh marah sangat kepada Fateh kerana Fateh jugalah yang membantu dirinya. Tanpa Fateh, segala urusannya di hospital Darwish tidak akan berjalan dengan lancar. Dengan bantuan Fateh dan semestinya pengaruh Tengku Muhammad Danish, dia dapat berada di Darwish tanpa sebarang komplikasi.

“Awak tak mahu makan atau minum apa-apa?”

Chicken chop, boleh?” Tiba-tiba Ema bergurau, membuatkan Fateh termangu-mangu memandangnya. Agaknya pemuda itu terperanjat sedikit dan berfikir sama ada apa yang dia dengar itu betul ataupun khayalan sahaja.

“Serius? Chicken chop memang ada, tapi dalam keadaan awak begini, saya rasa awak belum boleh makan makanan yang bukan-bukan,” ulah Fateh setelah kurang rasa terperanjatnya tadi.

Ema menjeling.

“Apa pula makanan bukan-bukan? It’s normal. Takkan aku nak makan nasi air atau bubur nasi saja setiap hari,” rungut Ema perlahan, cukup untuk pendengarannya sahaja.

“Ema.” Fateh memanggil, namun Ema buat-buat tidak dengar sahaja.

“Ema, awak merajuk dengan sayakah?” Fateh mencuba lagi. Ema tetap diam. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap walaupun hanya kepulan-kepulan awan yang menjamah penglihatannya.

“Ish... Saya kena rekod ni. Kali pertama awak merajuk dengan saya.”

Ema yang mendengar itu mencebik sedikit. Malas pula dia membalas usikan lelaki itu.

“Ema... Awak masih cedera. Nanti saya belanja awak makan chopstick kalau awak sudah sembuh, ya? Sekarang ni, saya akan pesan makanan lain untuk awak. Sementara itu, awak makan ini. Nah, ambil ni.”

Ema memandang tangan Fateh yang terhulur di hadapannya itu. Beberapa biji coklat Hershey’s Kisses dengan balutan warna emas terletak elok di atas telapak tangan lelaki itu. Ema berkalih, memandang wajah lelaki itu pula, seakan-akan bertanya dalam diam.

“Ambil, makan coklat ini dulu sementara saya pesan sesuatu untuk awak. Awak sedang laparkan?” Fateh menyuakan senyuman kepadanya.

Ema kembali memandang coklat-coklat itu sebelum dia menghulurkan tangannya dan Fateh meletakkan coklat-coklat itu ke telapak tangannya pula. Hershey’s Kisses situ sudah bertukar tempat dan bertukar milik. Fateh kemudiannya bangun dari tempat duduknya dan berlalu mencari atenden kapal terbang.

Melihat Kisses di tangannya itu, Ema mengukir senyuman manis.



Fateh kembali ke istana utama, ingin bertemu dengan ahli kerabat keluarganya setelah hampir dua minggu tidak bersua.  Orang pertama yang dia jumpa tentulah bondanya yang tersayang. Ayahanda dan kakanda Tengku Iman Hakimi tiada di istana kerana terdapat kerja di luar. Lalu, dia berlalu ke kediaman kakanda sulungnya. Mungkin kakanda ipar dan anakanda-anakanda saudaranya ada di kediaman tersebut.

                Dia menganggukkan kepala kepada pengawal-pengawal peribadi kakanda iparnya yang sedang bertugas dan berjaga di luar kediaman itu. Memasuki kediaman kakanda sulungnya itu, dia mendengar jeritan-jeritan milik anakanda-anakanda saudaranya yang mungkin sedang bermain-main. Fateh tersenyum lalu melangkah ke arah suara-suara tersebut.

                Tiba di bilik menonton, suara-suara si kecil semakin kuat. Diketuk pintu yang tertutup itu sebelum membukanya perlahan-lahan. Kepalanya dijenguk ke dalam bilik menonton tersebut. Kelihatan tiga kembar sedang berkejar-kejaran mengelilingi kerusi sofa yang diduduki oleh bonda mereka bertiga itu. Si bonda itu pula membiarkan gelagat-gelagat anakanda-anakandanya itu sambil membaca sebuah buku.

                “Ateh!” Jerit si kembar bongsu apabila ternampak tubuhnya yang mula masuk ke dalam bilik menonton tersebut. Huda berlari ke arahnya pula. Fateh tunduk. Didakapnya Huda apabila si kecil itu meluru ke dalam pelukannya.

                “Ateh!!!” Hadif dan Hafawati turut menjerit dan meluru ke arahnya, namun hanya dapat memeluk kakinya sahaja. Fateh ketawa gembira. Nampak anakanda-anakanda saudaranya itu saying dan rindukan dirinya. Dia juga merindui mereka.

                “Hai sayang-sayang, Ateh,” sapa Fateh, bergilir mencium kepala Huda, Hafawati dan Hadif. Kemudiannya, dia bergrak menghampiri kakanda iparnya yang sedang menyuakan senyuman.

                “Assalamualaikum, Angah. Sihat?” Fateh duduk tidak jauh daripada Puteri Mahkota Zamora itu bersama Huda di ribanya. Hafawati dan Hadif pula berlalu didik di sisi bonda mereka itu.

                “Waalaikumussalam. Alhamdulillah, Angah sihat. Ateh sihat? Lama Ateh tak singgah istana ni. Kembar tiga ni pun dah rindu pada Ateh sangat-sangat.” Cik Puan Airi itu menjawab sambil mengusap kepala dua anakanda-anakanda di sisinya.

                Fateh senyum. Kepala si kecil Huda dicium sekali lagi.

                “Alhamdulillah, Ateh pun sihat. Ateh ada urusan di Darwish. Ini pun Ateh baru sampai ke Zamora in semalam,” jawab Fateh.

                “Em... Along pun ada bagitahu Angah yang Ateh ada di Darwish. Lama juga Ateh di sana, kan? Urusan penting?”

                Fateh menyembunyikan senyumannya di sebalik kepala Huda. Persoalan yang ditanya oleh kakanda iparnya itu membuatkan dia terfikir, jika wanita itu sebenarnya berpura-pura tidak tahu dan sedang cuba menguji dirinya sahaja. Rasanya mustahil jika Alongnya tidak bercerita apa-apa tentang aktivitinya di Darwish kepada wanita di hadapannya itu.

                “Kawan Ateh kemalangan. Ateh tolong dia. Ada beberapa hal yang perlu diselesaikan sebelum kami pulang ke sini,” terang Fateh secara ringkas, menyembunyikan identiti Ema.

                “Oh... Jadi, kawan Fateh tu rakyat Zamora? Dia sudah sihat?” soal Airi lagi.

                Fateh mengangguk.

“Alhamdulillah. Dia sudah sihat.”

“Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu,” sambut Airi.

Mereka berbual-bual tentang hal si kembar tiga yang sedang bermain-main sesame mereka itu sebelum seorang tetamu yang tidak disangka muncul. Achik mereka, Tengku Syifa’ul Asrar. Apa tidaknya, Achik mereka itu sudah sepatutnya bersedia untuk bersalin di hospital, bukannya berjalan ke sana-sini membawa perut yang bulat itu. Mata Fateh memandang perut kakandanya yang kelihatan seperti hendak pecah itu.

“Achik, qué estás haciendo aquí? Se supone que para estar en el hospital[1].

Fateh diam mendengar Angah yang menegur Achik dalam bahasa Sepanyol yang tidak difahaminya. Dilihatnya, Achik hanya senyum dan menghampiri mereka. Dengan susah payah, Achik cuba untuk duduk di sebelahnya. Fateh memegang lengan wanita itu dan membantu Achiknya duduk.

Quiero dar a luz aquí[2],” balas Achik kepadanya Angah mereka.

Fateh melihat wajah Angahnya itu berubah daripada kehairanan menjadi terkejut.

Cómo[3]???

Achik kemudiannya ketawa.

Sólo estoy bromeando. No te preocupes, Angah. Me voy a quedar en el hospital a partir de mañana[4],” balas Achik pula.

Fateh menggelengkan kepala.

“Angah dan Achik cakap bahasa yang Ateh faham, boleh tak?” Apa tidaknya, dia langsung tidak faham apa yang mereka perkatakan. Terus Angah dan Achiknya itu ketawa.

“Hah! Ateh, lama tak dengar cerita? Pergi mana? Macam hilang daripada dunia sahaja seminggu dua ini.” Achik berkalih kepadanya pula, apabila dia menyampuk perbualan mereka.

Fateh menjulingkan matanya ke atas.

“ Tak perlu hiperbola sangat, Achik. Semua orang tahu Ateh ada di Darwish. Sibuk sikit kat sana.”

“Iyalah. Ateh di Darwish tapi langsung tak hantar berita. Macamlah Darwish tu hujung dunia. Apa yang sibuk sangat di Darwish tu? Cuba cerita, Achik nak tahu juga.”

Fateh memandang Achik yang sedang merenungnya, menanti jawapan kepada soalan yang ditanya. Nampaknya kakandanya yang mengandung itu tetap mahu dia bercerita perkara yang sebenar.

“Achik, please. Tak penting pun,” jawab Fateh.

Puh...lease, Ateh. Kalau tak penting, takkanlah Ateh berada di sana sampai dua minggu? Kenapa susah sangat hendak cerita ni? Kenapa berahsia sangat?”

Fateh memandang Angah, meminta kakanda iparnya itu menolongnya. Namun wanita itu hanya menjungkitkan bahu, berpura-pura tidak tahu bagaimana hendak mengalihkan perhatian Achik daripadanya. Fateh menghela nafas.

“Tak ada rahsia pun. Ateh pergi tolong kawan Ateh. Dia kemalangan di sana,” ujar Fateh, mengulang cerita yang sama diceritakan kepada Angahnya tadi.

“Oh... So, kawan tu dah okeykah? Siapa kawan Ateh tu?”  soal Achiknya lagi dengan wajah yang selamba.

Macamlah Fateh tidak tahu, Achiknya itu ingin mengorek rahsia.

“Kawan sekolah Ateh dulu,” jawab Fateh pendek. Dilihatnya, kakanda iparnya memandangnya dengan kening terangkat. Mungkin ini adalah satu maklumat baru, yang tidak diketahui oleh Angahnya itu.

“Siapa namanya?” Achiknya masih belum berputus asa.

“Achik, please.” Fateh mengeluh kecik, tidak mahu memberitahu apa-apa dan dia juga tidak mahu menipu kakanda-kakandanya ini.

“Lah... Susah sangat hendak cakap ni, kenapa? Bukan Achik hendak pergi serang dia pun...” Achiknya berkata sambil memeluk tubuh. Muka wanita itu sudah cemberut.

Not the right time yet, Achik. Sudahlah, tak payah buat muka begitu. Kesian anakanda saudara Ateh yang hendak keluar esok lusa ini, mulut nanti muncung macam tu,” usik Fateh. Kelakar juga dia melihat reaksi wajah Achiknya itu.  Akibatnya, perit lengannya dipukul kuat oleh wanita itu.

“Jangan cakap macam tu pada anakanda Achik ni. Kata-kata tu doa!” marah Achiknya.

Fateh tertawa.

“Tapi Achik, perangai si ibu lagi banyak pengaruhnya ke atas anak-anak. Jadi, Achiklah yang perlu berhati-hati sebenarnya. Betul tak, Angah?”

Airi hanya senyum dan mengangguk tanda setuju.




[1] Bahasa Sepanyol: Apa yang awak buat di sini? Awak sepatutnya berada di hospital.

[2] Bahasa Sepanyol: Saya hendak bersalin di sini.

[3] Bahasa Sepanyol: Apa???


[4] Bahasa Sepanyol: Saya cuma bergurau sahaja. Jangan risau, Angah. Saya akan tinggal di hospital mulai esok.

Siapa pernah baca ISTANA AIRI akan tahu bahawa Fateh tak reti Bahasa Sepanyol. Bahasa Sepanyol adalah bahasa rasmi negara Lotus, tempat pertemuan kali pertama Asrar dan Airi. :D

5 komen:

nurul berkata...

Yeayyy, setelah lama menungguuu.. thanks kak

Tanpa Nama berkata...

Chopstikk?? Mne leh mkn... chicken chop leh r.. hehe

Tanpa Nama berkata...

Best..

ada berkata...

best..

Tanpa Nama berkata...

best!!!!! fighting sis <3 <3 <3

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©