COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Rabu, 28 Januari 2015

Takdir Cinta (E&F) -30-

Keluarnya dua orang pegawai polis Darwish, Ema memandang Fateh yang memasuki bilik persendiriannya itu. Dia sendiri yang meminta lelaki itu meninggalkannya dengan pegawai-pegawai polis tersebut. Dia tidak mahu Fateh dengar apa yang hendak diceritakan pada pegawai polis itu. Tentulah Fateh akan tahu juga, tapi bukan sekarang dan bukan daripad mulutnya. Dia akan rasa bersalah jika Fateh berada bersamanya ketika disiasat nanti.
Pada pegawai polis Darwish tadi, Ema nyatakan bahawa dia sebenarnya adalah pegawai polis negara Zamora, walau bagaimana pun, dia tidak beritahu mereka bhawa dia adalah agen pengintip skuad Alpha Zamora. Itu adalah rahsianya dengan kerajaan sampai ke akhir hayatnya.
“Awak dah hubungi keluarga awak?” tanya Fateh, yang berdiri berpeluk tubuh di kaki katilnya.
Ema hanya menggeleng. Telefonnya sudah hilang semenjak dia ditawan tempoh hari. Dia pula masih belum boleh bergerak sangat untuk keluar daripada biliknya untuk menelefon keluarganya.
“Nah, guna telefon saya.” Fateh menghulurkan iPhone, seakan-akan mengerti apa yang bermain di fikirannya.
Ema mengambil iPhone tersebut, namun matanya masih memandang pemuda itu. Terdapat sesuatu yang mengganggu fikirannya semenjak dia sedarkan diri. Hari pertama dia sedarkan diri, Fateh orang pertama yang dilihatnya. Hari-hari selepas itu, Fateh masih berada di sini, melawatnya setiap hari.
“Fateh, kenapa awak masih di sini? Awak tak kerjakah seminggu ini?” akhirnya, soalan itu diluahkan. Matanya masih memandag gerak-geri pemuda itu. Daripada berdiri di kaki katilnya, pemuda itu berpaling ke arah tingkap dan membelakanginya. Berkerut dahi Ema.
‘Itu maksudnya tak mahu jawab soalan akukah? Tak nak jawab, sudah...’
Ema menggeleng sendiri. IPhone di tangannya ditilik sebelum jari-jemarinya lancar bergerak di atas skrin iPhone tersebut untuk menelefon ahli keluarganya. Melihat kepada waktu sekarang, adik-adiknya mungkin sudah pulang daripada sekolah. Namun, dia tidak pasti jika emaknya ada di rumah ataupun masih berniaga.
Kedengaran bunyi talian telefon yang menunggu untuk disambung. Sabar Ema menunggu sambil matanya memandang gerak-geri Fateh yang berlalu untuk duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.
“Assalamualaikum.” Suara di hujung corong menjawab panggilan telefonnya.
“Waalaikumussalam. Mak, Ema ni.” Ema senyum lebar mendengar suara emaknya. Rindu dia dengan suara wanita yang disayanginya itu.
“Ya Allah! Ema sihat ke? Kenapa sekarang baru telefon mak. Mak dengan adik-adik risau sangat pada Ema ni…”
Senyuman Ema mula pudar. Rasa bersalah yang memang ada dalam dirinya mula memenuhi ruang hatinya.
“Ema minta maaf mak… Telefon Ema hilang. Ini Ema pinjam telefon kawan,” balas Ema.
“Nasib baik Fateh ada. Fateh yang tolong cari Ema. Dia beritahu yang kamu ada di Darwish. Kamu buat apa di sana tu, Ema?”
Ema memandang Fateh apabila nama lelaki itu disebut. Nampaknya, sepanjang dia menghilangkan diri, keluarganya banyak bergantung kepada lelaki itu untuk mencarinya. Dia perlu berterima kasih kepada Fateh.
“Ema kerja, mak. Ema minta maaf sebab buat mak dan adik-adik risau. InsyaAllah, Ema selamat sekarang ni, mak.”
“Fateh cakap, dia akan bawa kamu balik minggu depan. Jadikah?”
Terangkat kening Ema. Dia memandang Fateh. Fateh yang ketika itu turut memandangnya dan meniru gaya keningnya. Fateh membuat perancangan supaya dia kembali ke Zamora pada minggu hadapan? Dia langsung tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut. Lagipun, dia masih belum dapat bergerak bebas dengan luka-luka kelecuran di badannya.
“Ema tak pasti lagi, mak.”
Ema tidak pasti jika Fateh memberitahu emaknya tentang keadaan sebenar dirinya sekarang itu. Adakah keluarganya tahu bahawa dia ditawan oleh pemberontak dan sedang dirawat di hospital pada saat ini?
“Tak bolehkah Ema balik ke rumah sekejap? Biar mak dan adik-adik tengok kamu sihat walafiat.”
Ema serba-salah. Dia tahu keluarganya risau namun dia sebenarnya tidak mahu emak atau adik-adiknya tahu akan kecederaannya itu. Dia tidak mahu emaknya berasa susah hati. Kalau boleh, dia hanya akan kembali bertemu dengan keluarganya setelah dia benar-benar pulih.
Emak dan adik-adiknya tidak mengetahui pekerjaan sebenarnya. Jika mereka melihat keadaan dan kecederaan yang dialaminya kali ini, Ema tidak tahu jika dia dapat bermuslihat lagi. Dia tidak mahu menipu ahli keluarganya.
“Mak, nanti Ema bincang dengan Fateh dulu ya,” balas Ema akhirnya.
“Iyalah. Kalau ada apa-apa, telefonlah rumah,” ucap emaknya pula.
Hampir lima belas minit dia berbual dengan emaknya, sebelum iPhone milik Fateh itu dikembalikan kepada pemiliknya. Dia berkira-kira cara hendak berbincang dengan Fateh tentang kepulangannya ke Zamora dan hasratnya yang tidak mahu keluarganya tahu keadaan sebenarnya. Namun, tiba-tiba mereka berdua diganggu oleh pintu bilik yang dibuka daripada luar.
“Assalamualaikum,” suara seorang wanita memberi salam.
Ema menyuakan senyuman memandang Cik Puan Iman yang muncul dari sebalik pintu itu.

“Assalamualaikum. Hai, Ema,” ujar Iman apabila dia memasuki bilik persendirian yang menempatkan pesakit bernama Syaimah Nasuha itu. Dipandang sekeliling bilik tersebut, pandangannya jatuh kepada seorang lelaki yang duduk di sofa bilik itu.
                “Eh, Fateh pun ada.” Dia tidak hairan Fateh ada di situ. Tentulah Fateh ingin menjaga teman wanitanya, kan?
                “Masuklah, Iman. Kenapa berdiri di pintu tu?” ajak Fateh apabila dia berdiri tegak, tidak berganjak daripada pintu masuk itu.
                Iman sengih dan mengangguk. Kakinya dilangkah dilangkah ke arah katil. Matanya mengimbas tubuh badan Ema. Terdapat balutan di pipi, tangan dan kaki gadis itu. Iman tidak duduk di kerusi. Dia mengambil tempat di atas katil, di sisi kanan Ema. Jari-jemari gadis itu dipaut lembut.
                “Awak okeykah, Ema? Luka-luka awak ni, macam mana sekarang?” soal Iman. Ema yang sedang duduk bersandar di kepala katil itu dipandang dengan rasa sedikit kerisauan. Nampak agak banyak kecederaan yang dialami oleh gadis itu.
                “Alhamdulillah, saya semakin sihat. Terima kasih Iman sebab sudi datang.”
                Iman senyum mendengar ucapan terima kasih itu.
                “Saya minta maaf sebab sekarang baru datang melawat awak,” ujar Iman. Dilihatnya, Ema menggelengkan kepala.
                “Kenapa perlu minta maaf? Awak datang ziarah saya ni pun, tentu ambil masa awak yang sibuk.”
                Berkerut dahi Iman. Kali ini, dia yang menggelengkan kepalanya.
                “Jangan cakap begitu, Ema. Saya anggap awak sebagai kawan saya. Apa jenis kawan saya ni kalau saya tak datang tengok kawan saya yang sakit? Anyway, ada doktor cakap bila awak boleh keluar?” soal Iman. Melihat pada keadaan Ema sekarang ini, dia tidak pasti sama ada Ema boleh keluar dalam masa yang terdekat ini.
                “Doktor kata, mungkin minggu depan tetapi bergantung pada tahap kesembuhan luka saya ini.”
                Iman mengangguk faham. Dia kemudiannya berpaling ke arah Fateh yang hanya diam daripada tadi, tidak menyampuk perbualan mereka berdua.
                “Lamakah awak cuti, Fateh? Cuti tak bergaji?” soalnya.
                Fateh dilihatnya mengangguk, “Emergency. Bos okey sahaja. Kalau Ema dah boleh dipindahkan ke Zamora, saya masuk kerjalah.”
                Iman mengangguk mengerti. Ema tiada saudara-mara di sini untuk menjaganya. Wajarlah Fateh cuti untuk menguruskan hal-hal Ema ini. Beruntung Ema kerana Fateh betul-betul ingin menjaga gadis itu.
                “Kalau Ema sudah boleh dipindahkan, jangan lupa beritahu saya,” ujar Iman.
                “Baik, Cik Puan Iman. Perintah dijunjung,” balas Fateh sebelum menyengih.
                Iman tertawa dengan balasan spontan Fateh yang mencuit hatinya.
                “Tak payah nak ber‘cik puan’ sangatlah. Tak sesuai kalau keluar daripada mulut awak,” komen Iman dengan senyuman di bibir. Mengada-ngada sahaja Fateh ini.
                “Tak sesuai keluar daripada mulut saya? I don’t know whether it is an insult or a compliment,” balas Fateh, keningnya diangkat sebelah.
                “I would not dare to insult a Zamoraian prince,” ujar Iman, matanya dibesarkan, berpura-pura terperanjat sedikit.
Akhirnya, mereka berdua ketawa sendiri. Iman berpaling kepada Ema.
“Tengoklah kawan lelaki awak tu, Ema. Mengada-ngada.”
“Hei!” bantah Fateh.
Iman ketawa. Ema senyum nipis. Gelagat dua orang kawan ini turut mencuit hatinya.
Dou desuka? Shiawase desuka? :p (entah betul, entah tak bahasa jepun tu... haha )

Y qué? Está satisfecho ? (Sepanyol :p)

Okey...bahasa malaysia: 
Macam mana? Puas hatikah? hihihi...

itu sahaja untuk setakat ini... Dah episod 30 ya... panjang jugak cerita TC ni... bila entah nak habis. hihihi... oleh itu, bagi 10 komen, baru cik haliban sambung lagi TC -31- (serius punya request) :D

ada sesiapa nak beli novel remaja cik haliban/ nabilah nur? klik INI :)

ok bye.

10 komen:

nurha berkata...

Erm..ok..next..pjang skit boleh..tak puas nak baca

Tanpa Nama berkata...

Suka3. Xpuas membaca. Biarpun sudah tiga puluh episod tetap akan ku nanti ;-)

nurul berkata...

Nak lagiiiii...

ada berkata...

best..smbg lgi..plz..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum Haliban,
x puas. Nak lagi panjang.

Anieaina

siti nooraini mohari berkata...

Nak lagi!!!

muhsinah nik berkata...

huuuu best!!! nak lagiii ^___________^

ziana eunos berkata...

besttt ni lagi

rabiatul adawwiyah berkata...

Sis smbg lg ye... hmm bila la fateh nk tnye psl kje ema ni..lmbt je amik action hahahahhaha

syaza suhana berkata...

Nk lg...
Rasa2 dh 10 komen..hehe
miss writer..update 1 lg..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©