COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 26 Disember 2020

Takdir Cinta -65-

Fateh masuk ke bilik menonton dengan mug berisi kopi panas di tangan. Dilihatnya, Ema sedang menghadap iPad walaupun televisyen di hadapan terbuka. Sofa yang diduduki wanita itu dihampirinya.

"Cara, buat apa pagi-pagi ni? Tv buka tapi tak tengok," tegur Fateh. Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu.

"Tengah cari accomodation. Kitakan nak pergi holidays next week." Ema senyum tanpa berpaling. iPad di tangannya ditunjuk kepada si suami yang baru dinikahi itu.

Berkerut dahi Fateh, " Accomodation? Tak payah susah-susah carilah, cara. Saya ada keahlian hotel di sana."

"Saya tahu, hotel lima bintang kan?" Ema berpaling dengan kening terangkat.

Apabila Fateh mengangguk, Ema mengangkat jari telunjuknya dan digoyangkan ke kiri dan kanan beberapa kali.

"Saya tak nak. Mari sini, saya ajar awak bercuti cara orang biasa."

"Cara, orang biasa pun tidur hotel," balas Fateh dengan senyuman kecil.

"Orang biasa tapi berada. Cuba tanya emak dan adik-adik saya, jarang tidur di hotel tau. Biasanya kami tidur di homestay sahaja," ujar Ema.

"Homestay? Sewa satu rumah, kan? Lagilah mewah," komen Fateh.

"Mewah apanya... Lagi murah. Lagi berbaloi. Ada juga homestay yang sewa bilik-bilik. Bertambah-tambah murahnya," balas Ema bersemangat.

"So, awak tengah cari homestay ke ni?" soal Fateh.

Ema mengangguk, "Kita duduk homestay, ya? Pengalaman baru untuk awak, kan?"

Fateh senyum dan mengangguk. Dia sedar, dengan Ema, dia perlu mula belajar bagaimana rakyat biasa menjalani kehidupan mereka.

Ema pula senyum lebar. Sebenarnya, dia hanya ingin menguji lelaki ini. Bolehkah lelaki ini tidak akan menurunkan standard demi dirinya, seperti yang diucapkan oleh Melissa semalam kepadanya.

 

Ema bergerak meninggalkan Fateh apabila lelaki itu mula bercakap tentang hal rasmi dengan pegawai yang menghampiri mereka. Dia menghampiri meja buffet tidak jauh dari situ. Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang tersedia di meja tersebut. Ema mengambil piring kecil dan mencapai brownies,muffin dan macaron.

Kemudiannya, dia mengambil tempat duduk di meja kecil yang sedikit tersembunyi. Bukan dia tidak selesa dengan majlis ini, tapi dia ingin melepaskan sedikit keletihannya. Seperti kata Fateh, walaupun kebanyakan pegawai yang menghadiri majlis pada malam ini tidak mengenali dirinya tetapi sebagai seorang bekas pegawai perisik, dia sudah mengetahui kebanyakan tetamu yang hadir. Jadi, dia tidak begitu gementar apabila berhadapan dengan mereka.

Tiba-tiba, kerusi di hadapannya diduduki oleh seseorang. Ema mengangkat wajah, melihat gerangan yang mengganggu dirinya tanpa sebarang salam itu. Terangkat keningnya apabila melihat gadis yang duduk di hadapannya. Melihat wajah serius Melissa di hadapannya, Ema tersenyum nipis dan bersandar, menunggu bicara daripada tetamu di hadapannya itu. Walaupun dia atau Fateh tidak menjemput gadis ini secara personal, gadis ini tentu hadir bersama seseorang.

“You ingat you sudah menang?” Melissa bertanya sinis. Dia menyilang kaki dan berpeluk tubuh.

“Saya tak masuk pertandingan apa-apa, Cik Melissa,” balas Ema. Dia tahu apa yang gadis itu maksudkan, namun dia hendak gadis itu sedar bahawa dia tidak pernah menganggap sesiapapun sebagai musuh pertandingan dalam hubungannya dengan Fateh.

Berubah wajah Melissa apabila mendengar kata-kata Ema. Dia memandang Ema dari atas ke bawah beberapa kali. Dia tidak mahu di mana menariknya perempuan di hadapannya sehingga keluarga diraja menerima perempuan ini sebagai ahli keluarga diraja.

“You jangan bangga sangat. Tengku Fateh sudah biasa hidup mewah. Dia anak raja. Dia mempunyai  standard tinggi dalam semua perkara dalam hidup dia. Dia mungkin ikut kehendak you sebelum kahwin, tapi dia takkan bertahan lama,” ujar Melissa dengan yakin.

Ema diam seketika. Dia akui, apa yang dikatakan oleh Melissa ada kebenarannya tapi mungkin bukan sepenuhnya. Lagipun, dia lebih mengenali Fateh berbanding Melissa. Ema senyum.

“You dah kenal dia berapa lama, Cik Melissa? You memang bekerja satu syarikat dengan dia. You boleh tengok cara pemakaian dan cara hidup dia semasa bekerja tapi you tak tahu hidup peribadi dia. You said it yourself, he has a high standard in everything,” balas Ema dengan tenang. Dia memandang tepat ke mata Melissa.

“And he chose me as his wife,” sambung Ema pada akhirnya dengan senyuman.

Giliran Melissa punya untuk terdiam. Melissa menggenggam tangannya kerana geram.

 

Ema meletakkan iPad di atas meja dan memalingkan badannya menghadap si suami. Fateh yang masih memegang mug berisi kopi sambil menonton televisyen itu turut menoleh.

“Kenapa?” tanya Fateh apabila hairan kerana isterinya hanya diam sahaja. Dia membawa mug di tangannya ke mulut wanita itu. Senyuman terukir apabila si isteri membuka mulut dan menghirup sedikit minuman tersebut.

“Hurm… kopi apa ni?” tanya Ema bersahaja.

“Kona Coffee,” jawab Fateh pendek.

Terangkat kening Ema. Dia pernah dengar tetapi tidak pernah merasa kopi ini. Kopi jenis premium ini hanya di tanam di Hawai, Amerika Syarikat sahaja. Betullah kata Melissa bahawa Fateh sudah biasa hidup dengan standard yang tinggi.

“Sedap,” komen Ema dengan senyuman.

“Lagi sedap sebab awak kongsi saya punya,” balas Fateh, mengusap pipi dan bibir Ema. Mug di tangannya diletakkan di atas meja.

“Ada orang beritahu saya, awak ada high standard in everything.” Ema memandang wajah suaminya.

Which is why saya pilih awak, cara.”

Ema tergelak. Jawapan Fateh sama dengan jawapan yang diberikan kepada Melissa semalam. Walaupun itu adalah jawapannya kepada Melissa, hatinya tetap berbunga apabila mendengar ucapan itu daripada mulut suaminya sendiri.

“Awak okey sahaja untuk majlis belah kampung saya esok?” tanya Ema. Majlis belah pengantin perempuan akan diadakan di balai raya kampungnya. Mereka menjemput orang-orang kampung serta kenalan-kenalannya daripada pelbagai organisasi.

“Kita dah bincang lama dah benda ni, cara. Saya tak ada masalah pun.”

Ema mengangguk. Memang benar semuanya sudah diatur mengikut persetujuan mereka berdua. Sebetulnya, dia bukannya sangat terpengaruh dengan kata-kata Melissa. Dia adalah seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Dia tidak akan menyesal dengan setiap Langkah dan setiap keputusan yang dibuatnya.

“Saya teruja sebenarnya ni, nak balik rumah ke kampung awak hari ni,” ujar Fateh. Dia kembali bersandar.

“Teruja apanya? Bukannya awak tak pernah pergi rumah saya.” Ema juga bersandar ke kerusi. Bahunya didekatkan dengan bahu si suami.

“Tapi saya tak pernah bermalam di rumah mak,” jawab Fateh. Itulah yang dia teruja. Kali ini barulah dia boleh mengetahui keadaan seluruh rumah dan yang paling penting, bilik si isteri.

“Jangan mengadu bila kena gigit nyamuk,” Ema memberi amaran.

“Saya takkan bagi nyamuk gigit saya. Kalau awak, saya izikan,” balas Fateh.

Membesar mata Ema apabila Fateh tiba-tiba mengusiknya begitu. Fateh mengenyitkan matanya sebelum ketawa nakal.


ok tak entri kali ni? hihi...



11 komen:

fezmia berkata...

Sangat sangat ok <3

Unknown berkata...

💕

Tanpa Nama berkata...

Ok²..terbaik <3

Unknown berkata...

💕

Unknown berkata...

👍💕

Tanpa Nama berkata...

OMG...OMG....LOVE...LOVE...LOVE...

Tanpa Nama berkata...

��

Unknown berkata...

ni memang episod last ke cik penulis heheehe

hasiza berkata...

ada dibukukan tak cerita tadir cinta

miss_aihan berkata...

Waiting for new update

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lama dah x update

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©