COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 23 Disember 2014

Takdir Cinta (E&F) -26-


Daripada entri -25- yang lalu:

“Awak siapa?” soal Fateh. Entah-entah, gadis ini yang menyebabkan timbulnya salah faham antara Angah dan Alongnya.
“Saya pembantu peribadi Tengku Iman yang baru.”
Berkerut dahi Fateh. Mengapa Alongnya memerlukan pembantu peribadi yang baru?
“Jadi, awak mesti tahu kenapa Cik Puan Airi menangis tadi, kan?” tanya Fateh. Dilihatnya, gadis itu menunduk.
“Sebenarnya, Cik Puan salah faham. Tadi... saya terjatuh di atas Tengku Iman dan Cik Puan masuk. Cik Puan keluar tanpa dengar penjelasan.”
Fateh bersandar dan memeluk tubuh. Dia memandang pembantu peribadi kakandanya itu seketika. Dia tidak mahu masuk campur berlebih-lebihan. Dia percaya akan Alongnya, namun dia tidak percayakan gadis ini.
Whatever your intention is, hurting Cik Puan will make the whole palace hate you even you are in favour of Tengku Iman. Awak faham, kan?”
Ini ruang tamu rumah emper Fateh, kalau anda lupa.

“Dengar cerita orang tu merajuk seminggu,” usik Fateh. Pemanggil di hujung corong telefonnya itu ketawa. Fateh mengepit telefonnya di antara telinga dan bahu, sementara dua tangannya memegang satu cawan dan satu pinggan berisi kek. Dia duduk menghadap televisyen yang sedang menyiarkan filem Legend of Seekers.
“Memang Angah sengaja. Lagipun, sekali sekala perlu juga merajuk lama-lama, bukannya selalu,” balas kakanda iparnya itu.
Fateh tersengih sendirian, “Iyalah, Angah. Boleh buat pengajaran pada Along supaya perkara tu tak berulang lagi.”
“Angah percayakan Along.”
Fateh senyum mendengar ucapan kakanda ipar merangkap kakanda angkatnya itu. “I know.
“Oh ya, Ateh. Angah hendak tanya sesuatu ni.”
“Tanya sahajalah, Ngah. Apa dia?” Tangannya menyuap sedikit demi sedikit kek di hadapannya.
“Apa pendapat Ateh tentang Amani?”
Terhenti pergerakan tangan Fateh. Amani?  Siapa pula Amani? “Er... Siapa, Angah?”
“Amani. Ya Allah, Ateh tak ingatkah siapa Amani?”
Fateh terdiam. Kedengarannya, insan bernama Amani itu sangat penting buat kakanda iparnya itu. “Maaf, Angah. Kawan Angahkah?”
“Amani tu gadis yang Angah kenalkan pada Ateh semasa hari jadi kembar tempoh hari. Ingat tak?”
Fateh memutarkan memorinya kepada tempoh majlis ulangtahun hari lahir anakanda-anakanda kesayangannya. Sudah hampir dua minggu lamanya kalau tidak salah perkiraannya. Saat itu baru dia teringat bahawa memang kakanda iparnya ada mengenalkan dia kepada seseorang.
“Ooohhh... Amani itu.”
“Ya, Amani itu. Apa pendapat Ateh?” Sekali lagi kakanda iparnya itu bertanya soalan yang sama. Fateh sudah faham benar maksud tersirat soalan tersebut. Adakah dia perlu berpura-pura tidak faham atau berterus-terang kepada wanita tersebut?
                “Frankly speaking Angah, gadis bernama Amani tu cantik.” Terhenti di situ seketika kata-katanya.
                “Angah rasa seperti ada ‘tetapi’ sahaja?”
                Fateh senyum. Betul anggapan kakandanya itu, “Tetapi dia bukan jenis yang Ateh suka, Angah.”
“Oh... Okey.” Pendek jawapan kakandanya.
“Ateh minta maaf, Angah,” ucap Fateh. Serba-salah pula rasanya. Dia menghargai usaha kakanda iparnya itu untuk mencari jodoh baginya, namun hatinya mungkin sudah terpaut pada seseorang yang lain.
Nah... Tak ada apa-apa yang Ateh perlu minta maaf. Bukan jodoh dia dengan Ateh. Lagipun, jodoh tu urusan Allah.”
Fateh senyum. Bukankah dia sudah kata, kakanda iparnya ini adalah seorang yang bertimbang rasa.
“Okey, Ateh. Anakanda-anakanda saudara Ateh dah memanggil-manggil Angah ni. Nanti kita berbual lain kali ya.”
“Yalah, Ngah. Kirim salam peluk cium pada anakanda-anakanda saudara kesayangan  Ateh  semua tu,” balas Fateh. Terbayang di fikirannya wajah-wajah suci Hadif, Hafawati dan Huda yang kecil.
Telefonnya diletakkan di atas meja apabila suara kakanda iparnya sudah tidak kedengaran. Badannya disandarkan ke sofa dan kakinya disilangkan. Seronoknya bersantai pada hari-hari cuti sebegini. Bukan selalu dia boleh bercuti begini.
Tiba-tiba sekali lagi telefonnya berbunyi. Dengan mata yang difokuskan di televisyen, dia mencapai telefonnya lalu ditekap di telinga. “Fateh speaking.”
“Abang Fateh...”
Rumah kampung emak Ema.

Fateh memandang emak kepada empat orang anak yang duduk berhadapan dengannya itu. Wanita itu hanya diam semenjak dia tiba di rumah kampung tersebut. Yang bergilir-gilir bercerita daripada tadi hanyalah tiga anak wanita itu, Mazurah, Majid dan Syafiq.  Setelah mendapat panggilan daripada Syafiq tadi, dia terus sahaja ke rumah ini.
"Kakak sudah dua minggu tak menghubungi kami. Selalunya, kalau tak telefon, kakak akan mesej. Ini dua minggu senyap terus, abang," Suara si adik yang terselit kerisauan itu jelas di telinganya.
Fateh diam. Kali terakhir dia bertemu dengan orang yang dikehendaki oleh si adik itu juga dua minggu yang lalu di negara Darwish. Apakah yang sedang berlaku? Adakah Ema masih belum pulang daripada negara itu? Dia teringat saat dia mengekori Ema yang memasuki hutan untuk mengintip sebuah rumah. Mereka hampir tertangkap! Adakah Ema menyambung perbuatan mengintipnya itu walaupun dia telah member amaran?
“Kali terakhir dia telefon, dia ada cakap dia hendak ke mana?” soal Fateh, untuk kepastian.
“Kakak macam biasa sahaja. Dia cakap dia kerja, susah untuk telefon dia,” balas Mazurah.
Fateh diam, berfikir. Apa yang dia perlu lakukan? Dia boleh sahaja meminta pertolongan Danish yang merupakan Putera Mahkota Darwish untuk mencari Ema, tapi sebelum itu, dia memerlukan kepastian bahawa Ema tiada di dalam negara Zamora ini dahulu. Untuk mengetahui perkara ini, dia boleh meminta kenalan-kenalannya. Walau bagaimanapun, dia juga perlu menenangkan ahli-ahli keluarga Ema ini.
“Sudah laporkan pada polis?” tanya Fateh.
Syafiq menggelengkan kepalanya. Fateh mengangguk dan memandang emak kepada Ema itu.
“Okey. Macam ini, mak cik. Kita buat laporan polis terlebih dahulu. Memandangkan sudah dua minggu kali terakhir mak cik berhubung dengan dia, pihak polis akan terus membuat siasatan. Sementara pihak polis membuat kerja mereka, saya akan berusaha mencari Ema dengan cara saya,” jelas Fateh.
Dilihatnya Mazurah, Majid, Syafiq serta emak mereka itu mengangguk.
“Terima kasih, Fateh. Mak cik minta maaf sebab terpaksa menyusahkan Fateh.” Sayu suara itu kedengaran, malah terselit nada sendu.
Fateh menggelengkan kepalanya, “Ema kawan saya, mak cik. Saya bersyukur Syafiq telefon saya bertanya pada saya. Kalau tidak, saya pun tidak tahu apa-apa. InsyaAllah, saya akan usahakan yang terbaik secepat mungkin. Kita sama-sama berdoa agar Ema selamat sahaja dalam jagaan Allah SWT,” ujar Fateh, menenangkan hati-hati kesayangan Ema yang kegelisahan. Jauh di sudut hatinya turut sama berharap agar tiada perkara yang tidak elok menimpa gadis itu.
Ya Allah Al-Hafidz, Engkau Yang Maha Menjaga, lindungilah Ema daripada sebarang bahaya dan musibah!
Stor belakang rumah???

Ema bersusah payah membuka matanya. Badannya terasa sungguh tidak selesa dan sakit-sakit. Sedikit pergerakan menyebabkan rasa sakit di bahagian paha, perut dan lengannya. Ema beristighfar. Perlahan-lahan dia membetulkan letak duduk badannya yang bersandar pada dinding zink stor buruk yang menempatkannya itu. Dengan bantuan cahaya bulan yang menembusi lohong-lohong zink stor itu, Ema memandang jam tangannya. Sudah pukul lima setengah pagi. Dia perlu solat Subuh.
                Ema sedar dia dalam tawanan pemberontak. Dalam keadaan darurat sepertinya sebegini, Ema sedar solat yang didirikannya tidak sempurna, walau bagaimanapun, ini tidak boleh dijadikannya alasan untuk tidak mendirikan solat. Solat adalah tiang agama. Air dalam botol kecil yang diberikan kepadanya dua hari yang lalu, Ema mengambil wuduk.  Wuduk itu sebenarnya mudah dan boleh dilaksanakan dengan menggunakan air yang sedikit [1].
                Semenjak menjadi tawanan, dia hanya diberikan makanan dan minuman dua hari sekali sahaja. Oleh itu, dia berjimat cermatmenggunakan air botol yang diberikan kepadanya. Ini membuatkan badannya lemah dan tidak mampu berusaha melepaskan dirinya. Bukan dia tidak pernah melawan, namun dia sudah tidak berdaya.
Selepas ditangkap pemberontak yang diintipnya, dia diseret dan dihumban ke dalam stor kecil itu. Ketika itu, di dalam stor itu terdapat batang-batang penyapu dan kayu yang boleh dia gunakan untuk melawan. Ketika dua orang pemberontak datang untuk memberikan makanan kepadanya beberapa jam kemudian, dia berusaha melawan menggunakan kayu yang ada di dalam stor tersebut. Walau bagaiamanapun, ternyata kudrat seorang perempuannya itu tidak boleh melawan kekuatan dua orang lelaki. Dia akhirnya dibelasah dengan teruk sekali.
                Selepas itu, segala barang-barang di dalam stor itu dikeluarkan dan dia hanya diberikan makanan dua hari sekali sahaja. Ini menyebabkan luka-luka di badannya lambat sembuh dan badannya semakin lemah.
Setelah selesai solat dalam keadaan darurat yang dilaksanakannya, Ema menadah tangan dan berdoa. Dia reda dan tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi ke atas dirinya sekarang. Ini adalah tugasnya dan pengorbanannya untuk negara. Ini adalah jihadnya ketika ini.
Ema tidak begitu bimbang kerana identitinya sebagai agen pengintip Zamora masih belum terbongkar. Para pemberontak yang menangkapnya itu masih lagi tertanya-tanya siapa dia. Ketika disoal, tentulah dia tidak membuka mulutnya. Perkara ini dia akan simpan sehingga akhir hayatnya. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Dia berdiam diri, dan habuannya adalah tumbukan dan sepak terajang.
Walau bagaimanapun, Ema amat bersyukur kerana dia tidak diapa-apakan dalam konteks seksual. Dengan badannya yang lemah begini, dia tidak akan dapat melawan jika apa-apa terjadi kepadanya. Dia juga bersyukur dan tahu mengapa dia masih ditakdirkan untuk menghirup udara milik Allah ketika ini. Dia terdengar perbualan pemberontak-pemberontak yang menangkapnya itu bahawa mereka masih sedang cuba menghubungi bos mereka dan menunggu keputusan.



[1] Menegak Kebenaran [Siri Kuliah Jemputan] Ustaz Azhar Idrus 44], Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar, Kedah, 07 Disember 2012. https://www.youtube.com/watch?v=L2bRjOS9M6Y.

OKEY~ itu untuk setakat ini. :D 

Apakah yang bakal terjadi pada Ema? Apa yang Fateh akan lakukan? Cer teka. Cer teka. :p

Alhamdulillah... Thanks untuk sesiapa yang sudi baca! Kalau rajin, komenlah. :)

2 komen:

muhsinah nik berkata...

Bestnyeerrrr !!! Cepatlah Kak sambung heheheh ^_____^

ada berkata...

best..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©